Sunday, May 3, 2015

Stick & Stones #2




Delailah telah air liur berkali-kali. Ini semua salah Adam. Dia memarahi Adam dalam hati. Dan juga dirinya. Kalau dia tidak bersetuju untuk menolong lelaki itu, dia tak perlu lakukan ini. Wanita di hadapannya dari tadi hanya mendiamkan diri. Tertanya-tanya apa yang Amily sedang fikirkan tentangnya.Sejujurnya dia gerun dengan wanita itu.

“Introduce yourself.” Amily pandang wanita bertubuh kecil di hadapannya. Tertanya-tanya siapa wanita ini dan apa yang dia mahu darinya?

“I Delaila. A friend of Adam.” Balas Delailah dengan takut. 

Amily diam. Menunggu ayat seterusnya keluar dari mulut wanita bernama Delailah ini. 

Delaila telan air liur. Sedikit cuak berhadapan dengan wanita dihadapannya. Karakter Amily berbeza dari Maya. Maya penuh dengan senyuman di bibir dan Amily… penuh dengan ‘kegelapan’? Delaila tak tahu bagaimana untuk gambarkan karakter Amily. Tapi dia akui kecantikan Amily. 

“Adam…” Delaila kembali bersuara. “Dia…” belum sempat Delaila mengahbiskan ayatnya Amily telah mencelah.

“Dia hantar you untuk pujuk I batalkan perkahwinan kami?”

Delaila telan air liur. Tepat betul sangkaan Amily. 

“I…”

“Bagitahu Adam yang I tak akan batalkan perkahwinan ini.” Belum sempat Delailah menghabiskan ayatnya, Amily telah memotong. 

Amily senyum sinis. Dia tahu Adam mahu batalkan perkahwinan mereka yang bakal tiba. Dia tahu Adam tidak menyukainya sebagaimana dia tidak menyukai lelaki itu. Tapi dia, walau macam mana mana sekalipun tak akan bersetuju untuk mengikuti permintaan Adam itu. Dia tetap akan teruskan perkahwinan ini. 

Delaila mengeluh. Tidak menyangka ini yang akan terjadi. Segala apa yang dirancangkan sebelum bertemu Amily semuanya tidak dicapai. Dan sekarang dia harus berfikir rancanan lain untuk memujuk Amily supaya batalkan perkahwinan. Itu yang dijanji dengan Adam.

“But why? You tak cintakan dia dan Adam pun sama.” Entah mengapa Delaila keluarkan ayat sedemikian.

Amily diam. matanya masih pada gadis bertubuh kecil di hadapannya. “You seems know lots of thing.”

Delaila senyum kelat. 

“Dah berapa lama you kenal Adam?” Soal Amily. 

Delaila tarik nafas. “Since kolej.”

“Dan you tentu kenal Maya?”

Delaila telan air lagi. Kepalanya diangguk. “Adam cintakan Maya. Walau apa jua sekalipun, cinta Adam hanya pada Maya.” Delaila jujur. Dia tahu ayatnya itu bakal mengundang kemarahan Amily tapi dia mahu Amily tahu yang tiada guna mengejar cinta Adam.

“You ingat I nak dapatkan cinta Adam yang mana satu dunia tahu cinta Adam hanya pada Maya?” Nada Amily dikawal. Tidak mahu mengamuk sesuka hati.

Delaila telan air liur. “Then?”

Amily tarik nafas. “Look, ini hal I dan Adam. Dan I tak suka orang luar masuk campur. Kalau you nak sampaikan apa yang dia suruh, it’s better kalau dia sendiri yang datang jumpa I.”

Delaila mengeluh. Sukar benar untuk berbincang dengan Amily. Betullah kata Adam tentang Amily. Melihat wajah angkuh Amily sudah mula menimbulkan rasa tidak selesa baginya. 

“Tapi Amily…” Delaila tak mahu mengaku kalah. By hook or by crook dia harus selesaikan semuanya. Lagi cepat dia selesaikan semuanya, lagi cepat dia kembali mendapatkan ketenangannya. Tidak perlu lagilah otaknya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Adam.

“I akan bercakap dengan Adam about this. I tak nak bercakap dengan you,” Amily memotong ayat Delaila. Tahap kesabarannya sedikit terganggu. Sudahlah membazir masanya, tambahan pula mahu berbincang tentang lelaki yang paling dia tidak sukai itu. 

“Bagi I masa 5 minit saja, lepas tu I akan beredar…” pujuk Delaila.

Amily tarik nafas. Kepala diangguk. “5 minit you bermula dari sekarang.”

“Adam hampir nak bunuh diri sebab terbeban dengan semua ni. Girlfriend dia curang dengan kawan baik dia. Ayah dia mahu dia kahwin dengan you kalau dia tetap mahu teruskan kerja di Casa Holding.” Delaila bersuara bagi pihak Adam. 

Amily telan air liur. Sedikit terkejut dengan apa yang terkeluar dari mulut wanita bertubuh kecil di hadapannya. Adam mahu bunuh diri? Kenapa dia tidak tahu itu? Papa dan Mama langsung tidak maklumkannya tentang ini. Atau tak ada sesiapa yang tahu tentang ini?

“You nak cakap satu-satunya cara Adam untuk tamatkan masalah ini adalah dengan membunuh diri?” Soal Amily. Masih lagi tidak percaya dengan kenyataan ini. Adam yang dikenalinya punya berbagai bagai helah untuk membuatkan dia berundur diri dan dia sedikit pun tidak akan mahu mengaku kalah.

Delaila angguk. “Dia rasa terbeban dengan semua ini..”

Amily senyum sinis. “You ingat hanya dia seorang saja ke yang terbeban dengan semua ini?” Amily geleng kepala.

Delaila telan air liur. Dia pasti rundingannya dengan Amily langsung tidak berjaya. Dia pandang Amily, menanti ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut Amily.

“I sendiri akan berbincang dengan dia tentang perkahwinan kami. You bagitahu dia itu saja. And for now, I mintak you keluar dari pejabat I.”

Delaila mengeluh. Sangkaanya tepat. Rundingannya langsung tidak berjaya. “Sorry sebab bazirkan masa you.” Delaila melangkah keluar dari pejabat Amily dengan rasa berat hati. Tidak tahu apa yang harus diberitahu pada Adam tentang ini. Dan dia pasti lelaki itu akan mengamuk.



Reenapple: Meet the dark character of this novel. Heh 


8 comments:

  1. HUHUHU . Dah lama tak baca cerita misteri akak ni . HUHU >_<

    ReplyDelete
  2. But somehow I like Amily's character.

    ReplyDelete
  3. Amily dh mcm Zara. Hahaha. Tetiba je teringatkn Zara.

    ReplyDelete
  4. amily nie kerek n ego tinggi jugak ek..
    cian delaila tak memasal kena marah ngan amily..
    patutnya dam tu jumpa amily tu sendiri...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.