Friday, May 22, 2015

Stick & Stones #19


[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18]

Amily Katrina sedang asyik memerhatikan skrin computer di hadapannya saat tiba-tiba saja kedengaran ketukan di pintu. Setiausahanya, Wendy melangkah masuk.

“Encik Zachary nak jumpa Puan.”

Amily tarik nafas. Dia pandang Wendy seketika sebelum bersuara. “Did he made appointment?”

Wendy geleng. 

“Let him in."

Wendy angguk sebelum melangkah keluar. Beberapa saat kemudian, kedengaran ketukan di pintu. Tapi kali ini bukan Wendy tapi Zachary. Lelaki itu melangkah masuk dengan tangannya memegang sejambak bunga ros merah.

“Hai,” sapa Zachary sambil menghulurkan jambangan ros merah pada Amily.

Amily senyum sebelum menyambut jambangan ros merah dari tangan Zachary. 

You sibuk?” Soal Zachary lagi setelah mengambil tempat berhadapan Amily Katrina.

Amily senyum. “I am. You nak apa?” Amily kembali memerhatikan skrin computer di hadapannya.-

Zachary senyum. “Inviting you for lunch?”

Amily kembali memandang Zachary di hadapannya. Senyuman sinis diukir. “Are you trying to…”

Yes, I am.” Ujar Zachary. Dia walau macam mana sekalipun, berharap dapat pujuk Amily.

Sekali lagi Amily senyum. “I tak kisah pun,Zack.”

Zachary mengeluh. Tapi dia kisah. Walau mungkin Amily cuma menganggapnya sebagai sahabat saja, tapi dia mahu lebih dari itu. Dia mahu tempat Adam. Semuanya. Jawatan lelaki itu dan juga posisi Adam Joshua sebagai suami Amily. Argh, kenapa perlu Adam menjadi penghalang sebagai hasratnya? 

“Adakah you mengambil keputusan nak pujuk I sebab one of your girls dump you?” Amily bersuara lagi. Macam lah dia tak tahu perangai Zachary Davis ini. Kaki perempuan!

Zachary senyum hambar. Tak ada yang dia boleh sorokkan dari Amily Katrina ini. “You do know that you are my favorite girl.”

Amily ketawa kecil. “Even I’m still your favorite girl, you masih cari perempuan lain.”

Zachary telan air liur. Sedikit terasa dengan ayat Amily. “You’ve been kind of busy lately.”

“I am. Dan sekarang I pun sibuk. You nak apa?”

Zachary mengeluh. “Inviting you for lunch.” Jam tangannya dikerling. “It’s almost 1 p.m.”

“I ada lunch appointment hari ini.”

Zachary kerut dahi. “With who?”

“Adam.”

“Kenapa you dan dia tiba-tiba saja lunch sama-sama?” Soal Zachary dalam nada tidak puas hati. Sah-sah Adam sedang merancang sesuatu.

Amily jungkit bahu. “He said we have something to discuss about.”

“Which is?”

Amily jungkit bahu.

“Tentang penceraian both of you?” Zachary membuat andaian.

Amily memandang Zachary. Hairan mengapa lelaki itu membuat andaian sedemikian. “Zack, you sendiri tahu if I’m losing Adam, it’s means I’m losing everything.”

Zachary telan air liur. Dia tahu itu. “But you dan dia tak cinta satu sama lain. Just look at the way he treated you, it’s not worth still be at his side”

Amily ketawa kecil. “Siapa cakap I mahukan cinta dia?”

Sekali lagi Zachary mengeluh. Dia lupa itu. “I juga ada duit, Amily.”

Amily tarik senyum senget. “Tapi duit you tak sebanyak duit dia.”

Zachary geleng. Dia pasti apa yang membuatkan Amily bersetuju pada perkahwinannya bukanlah sebab duit semata-mata. Ada sesuatu yang membuatkan wanita itu beria-ia mahu berkahwin dengan sepupunya itu. “Berapa lama you nak hidup macam ni?”

“Macam ni? Maksud you?” Amily kerut dahi. Berpura-pura tidak memahami. 

“Adam layan you macam you tak wujud dalam hidup dia…” belum sempat Zachary habiskan ayatnya, Amily telah mencelah.

“I tak kisah semua tu. I’m happy living like this.”

Zachary mengelus kasar. Dia walau macam mana sekalipun, tak mampu ubah fikiran Amily Katrina ini. “I akan buat you lebih bahagia dari sekarang ni.”

Amily senyum. “I dah bahagia dengan hidup macam ni.”

“Amily…”

“Enough, Zack. Jangan spoilkan mood I.” Amily mengemas mejanya. Bersiap-siap mahu keluar. “I jumpa you malam ni, di tempat biasa?”

Zachary angguk lemah. Akhirnya dia bangun dan melangkah keluar dari pejabat Amily dengan rasa berat hati. Kebencian pada Adam Joshua makin bertambah.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Adam Joshua membuka pintu apartmennya saat loceng kedengaran. Dia mengukirkan senyuman palsu tapi tidak Amily. Dia tahu apa yang bersarang di fikiran wanita itu. Entah hantu apa yang merasuknya sehingga membuatkannya melakukan hal yang tidak pernah dijangkanya. Dia sendiri tidak tahu atas sebab apa dia mahu mengajak Amily makan tengahari bersamanya hari ini. Sudahlah makan tengahari di apartmennya pula. 

Amily tarik senyum senget. Belum sempat Adam bersuara padanya, dia terus melangkah masuk, mengambil tempat di sofa dengan selamba. Kaki disilangkan sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling apartmen mewah Adam Joshua ini. Masih sama. Tiada apa yang berubah.

“So, what’s for lunch?”

Adam menghela nafas panjang. “Lemon-Rosemary Roast Chicken with Potatoes.” 

“You masak sendiri?”

“I minta Angela buatkan dan bawa ke sini.”

Amily tarik senyum senget. Sudah agak! “Tapi I tak nak makan itu hari ini.”

Adam tunjuk reaksi jengkel. Mengada je Amily ini. Bagi betis nak paha.

“Jadi, apa yang you nak makan?”

Amily senyum sinis. Dia melangkah ke arah Adam dengan senyuman yang membawa 1000 maksud. “Let’s eat something else.”

Adam tunjuk riak kosong. “I don’t have time to cook another meal.”

“Jadi, makan kat luar?”

“I tak suka bazirkan makanan.”

“Jadikan makanan lunch you as dinner, okay?”

Adam mendengus. Tidak puas hati dengan cadangan Amily. Menyesal betul mengajak Amily makan tengahari dengannya hari ini. “Kalau you tak suka menu hari ini, maybe you boleh pulang?”

Amily senyum sinis. “You yang jemput I makan tengahari dengan you, Dan sekarang you nak halau I? How rude of you to the guest.”

Adam ketap gigi. Biadap? Siapa yang biadap sebenarnya ni? Dia atau Amily?

“By the way, apa tujuan you ajak I datang lunch kat sini hari ini?” Amily bersuara lagi sebelum kembali melabuhkan punggungnya di sofa. Dia memandang Adam yang masih berdiri memandangnya.

Adam telan air liur. Dia sebenarnya tiada jawapan untuk soalan wanita itu.

Atau… kita akan lakukan sesuatu hari ini? Which one is your room?” Amily bersuara lagi.

“In your dream only!”

Amily ketawa sinis. “Then?”

“I believe we have something to discuss.” Jawab Adam tidak yakin. Benar, dia harus berbincang sesuatu dengan Amily tapi dia pasti hari ini bukan hari yang terbaik untuk berbincang tentang itu.

“Kalau betul kita da sesuatu yang harus dibincang, kenapa apartmen you?”

“I believe this is private enough for us to talk about our marriage.”

Amily senyum sinis. Kelihatan menarik perbincangan mereka nanti. “Apa yang you nak bincangkan tentang perkahwinan kita?”

Adam telan air liur. Dia mengambil tempat di sofa berhadapan Amily.

“Is it about our divorce?” Amily cuba membuat andaian.

“You sanggup kehilangan semuanya?” Adam memandang Amily denga senyuman sinis.

Senyuman sinis Amily dimatikan. Adam nampaknya telah tahu kesemuanya. “But that will makes you happy, right?”

“It is.”

“Tapi, you tak risaukan Zack?”

Adam kerut dahi. Tidak memahami soalan Amily. “Maksud you?”

“You kahwin dengan I sebab you tak nak Casa Holdings jadi milik you. So, kalau you lepaskan I, bukankah peluang Zack untuk rampas kedudukan adalah tinggi?”

Adam senyum senget. Nampaknya Amily tidak tahu hal sebenar. “I rasa itu tak akan berlaku.”

“Why?”

“Zack tak ada hak dalam syarikat itu. And plus Mommy takkan benarkan itu berlaku.”

Amily angguk. “I see. Jadi, kita akan bercerai?”

“Jadi, you sanggup kehilangan semuanya?” Sekali lagi Adam mengeluarkan soalan yang sama.

Amily tunjuk riak tidak selesa dengan soalan Adam. Nampaknya lelaki ini telah tahu kelemahannya. “Apa yang you nak bincangkan ssebenarnya?” Amily tidak puas hati.

Adam senyum sinis. “Our marriage but not our divorce.”

“Which is?”

“For how long we gonna live like this?”

Amily ketawa sinis. Adam kerut dahi. Hairan dengan ketawa Amily. Adakah soalannya kedengaran bodoh?

Adakah you nak minta I tinggal dengan you?”

Adam telan air liur. “Why not?”

Ketawa Amily dimatikan. “I like living like this.”

“Why? Sebab senang bagi you untuk benarkan mana-mana lelaki datang apartmen you?” Soal Adam sinis. 

“You are right!”

Adam mendengus. “Listen to me, Amily. You are my wife, and I’m your husband…” belum sempat Adam menghabiskan ayatnya

“Then? You nak tuntut hak you sebagai suami I?”

Adam telan air liur. Berani betul soalan Amily.

So, can we do it now? I tak ada banyak masa.” Amily bersuara lagi.

Adam mengeluh. Berbincang dengan Amily memang tak akan mampu membuatkannya sabar. “I’m being serious, Amily.”

“So do I, Adam.” Amily bangun. Begitu juga Adam. Mereka saling memandang satu sama lain. Masa seolah-olah bergerak perlahan. Amily kemudian melangkah ke arah Adam dengan senyuman sinis masih lagi di bibirnya. Tubuh lelaki itu ditolak ke sofa membuatkan Adam kembali terduduk ke sofa. 

“What is wrong with you?” Marah Adam. Ayat marahnya terhenti saat Amily tiba-tiba saja mengambil tempat di atas pahanya. Dia telan air liur. Wanita itu merangkul lehernya sambil mengukirkan senyuman sinis sebelum tiba-tiba saja bibirnya disentuh oleh bibir Amily. Adam telan air liur. Dia biarkan saja. Tidak pula dia menghalang perbuatan Amily. Dia benarkan saja perilaku Amily. 

“You lips tastes good,” ucap Amily seusai melepaskan ciumannya.

Adam telan air liur lagi. Dia sebenarnya speechless dengan kelakuan Amily. Juga dengan dirinya. Dia mahu mengamuk tapi ayat marahnya tidak pula mahu keluar dari mulutnya. Akhirnya dia memandang Amily di hadapannya. Tubuh wanita itu masih lagi diatas pahanya. 

“Now, you listen to me. It’s true you suami I dan I isteri you tapi kita berdua tahu yang kita tak mahu habiskan masa untuk tinggal bersama. You hate me as much I hate you. I hate you, I benci perkahwinan ini tapi I tak nak kehilangan semua ini. Losing you means losing everything for me.” Amily turun dari sofa, membetulkan skirtnya yang sedikit terdedah. Matanya kemudian memandang Adam.

Adam tarik nafas. Cepat-cepat tersedar dari ‘godaan’ Amily itu. Dia berdiri, memandang Amily. Jujur, hati jahatnya tadi mahu minta lebih lagi. Dia mahu lebih dari ciuman Amily tapi hatinya yang satu lagi cuba mengingatkannya tentang kebenciannya pada Amily Katrina itu.

“I’m leaving. Dan I harap you stick pada rancangan kita.” Seusai mengucapkan itu, Amily melangkah pergi.

Adam melepaskan keluhan berat. Argh, sekarang dia buntu dengan perkahwinan ini. Apa yang harus dia buat?




Reenapple: Harap Amily take action.




5 comments:

  1. Kemana lah arah perkhwinan dy org ni..hoping for a good ending for both adam n amily

    ReplyDelete
  2. Take action mcam mna tuh Reen? Amily nih kdang2 nmpak mcm suka Adam tp jual mahal. Pening2.

    ReplyDelete
  3. Adam 😒😒 dpt kiss terkesima terus

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.