Thursday, May 21, 2015

Stick & Stones #18



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17]

Adam memandang Zachary yang tersenyum sinis padanya. Jujur, dia benci lelaki itu. Dia benci senyuman sinis yang dilontarkan Zachary padanya. Kalau bukan mereka berada di tempat awam, sudah lama dia layangkan satu tumbukan ke muka Zachary.

Dan dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan ini. Entah mengapa dia tiba-tiba saja mahu menyertai Amily untuk makan malam bersama Zachary. Adakah dia lakukan itu hanya disebabkan dia cemburu. 

Tak!

Dia bukan cemburu. Dia cuma tidak gemar Amily menghabiskan masa dengan Zachary. Walau betapa bencinya pada Amily, wanita itu masih lagi isterinya. Dan dia lebih berhak ke at Amily berbanding Zachary.

“So, Adam…” Zachary bersuara seusai Amily menghilangkan diri ke bilik air. “What had changed your mind to have dinner with us?”

Adam tunjuk riak menyampah. “It’s none of your business, Zack.”

Zachary ketawa kecil. “Kau cemburu?”

“Aku lebih berhak ke atas Amily dari kau.”

Zachary tarik senyum senget. “It is. Tapi dia lebih sukakan aku dari kau.”

Adam diam. Sedikit sakit hati dengan ayat Zachary. Belum sempat Adam membalas kata-kata Zachary, kelibat AMily sudah muncul. Amily memandang saja kedua-dua lelaki di hadapannya tanpa mengesyaki apa-apa. Dan dalam masa yang sama, pesanan mereka telah tiba. Masing-masing menikmati makanan dengan tenang. Tapi tidak Adam. Dia walau macam mana sekalipun, masih tidak berpuas hati dengan kelibat Zachary bersama Amily. 

“So Amily,” kedengaran lagi suara Zachary. Dia memandang Amily. Jelingan Adam tidak dipendulikan. “You ada nak pergi mana-mana lepas ni?”

Adam telan air liur. Dia pandang AMily, menantikan jawapan dari wanita itu. 

“Why?” Amily bersuara. 

“Let’s go usual place after this?” Zachary mengukirkan senyuman pada Amily.

Amily balas senyuman Zachary. Dia menoleh seketika ke arah Adam. Lelaki itu berlagak biasa saja. “I nak balik rehat, Zack.”

Adam senyum sinis. Senang hati betul melihat wajah kelat Zachary Davis itu. 

“But you dan I dah lama tak hangout,” Zachary tidak berpuas hati. Sakit hati pulak melihat senyuman sinis sepupunya itu.

You yang sibuk dengan perempuan lain. Bukan salah I,Zack.”

Zachary telan air liur. Bagaimana Amily tahu itu? “I’m sorry.”

Amily tarik senyum senget. “Itu bukan hal I, Zack. You nak keluar dengan perempuan mana sekalipun, I tak kisah.”

Sekali lagi Zachary telan air liur. Dan Adam sedang mentertawakan Zachary dalam hati. Padan muka!

“I…” belum sempat Zachary menghabiskan ayatnya, Amily membatalkan niatnya. Wanita itu bersuara.

“I’m done.” Amily meletakkan sudu dan garpunya. Dia memandang Zachary.

Zachary kerut dahi. “I hantarkan you.” Zachary angkat tangan, memanggil pelayan.

Amily geleng. “I balik dengan Adam.” Dia pandang Adam di sebelahnya. 

Adam telan air liur. 

“Dia tak akan hantarkan you.” Zachary tidak berpuas hati.

“Why not? I datang dengan dia.”

Zachary mengeluh tidak berpuas hati. “Because he didn’t like you. And who knows what he will do to you.”

Adam ketap gigi. “Adakah kau nak cakap aku ni jahat sangat, Zack?”

“Kau tak suka Amily. Dan aku pasti kau akan lakukan perkara-perkara yang bukan pada dia.”

“I am, Zack. Tapi kalau betul aku nak lakukan perkara yang bukan-bukan pada dia, aku ada hak. She’s my wife, not yours.”

Zachary mendengus. 

Amily tarik senyum senget. Dia kemudian bangun. Memandang Zachary yang masih memandangnya dengan rasa tidak puas hati. “Bye Zack. I see you again.”

Zachary bangun, begitu juga sepupunya. Dia, walau macam mana sekalipun tidak rela Amily bersama Adam. “I will call you.”

Amily senyum sebelum beredar. Adam menuruti saja langkah isterinya dengan tidak rela.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Setibanya di luar restoran, Amily memandang Adam dengan senyuman sinis. “You betul nak hantarkan I balik?”

Adam telan air liur. Kalau dia tidak hantarkan Amily balik, sah-sah Amily akan pulang dengan Zachary. Belum sempat dia menjawab soalan Amily, Zachary telah muncul di sebelahnya.

“I hantarkan you balik,” ucap Zachary tanpa mempendulikan Adam yang sedang menjelingnya. 

Amily geleng. “I akan balik dengan Adam.”

“I tak percayakan Adam.”

Adam tunjuk riak menyampah. Sakit hati pulak dengan Zachary Davis. Eh, Amily tu isteri aku, bukan isteri kau! Tak payah berlagak gentleman sangat.

“But I believe him, Zack.” Amily pandang Adam yang masih mendiamkan diri.

Zachary mengeluh. Tidak tahu lagi bagaimana mahu memujuk Amily Katrina untuk pulang bersamanya. Amily Katrina terkenal dengan sikap keras kepalanya. Hitam katanya maka hitamlah sehingga ke akhir hayat. Dia pandang Adam yang dari tadi mendiamkan diri. Mereka saling menjeling satu sama lain. 

Aku akan hantar dia, Zack,” balas Adam sinis. 

“I don’t trust you.” Zachary masih melontarkan jelingan tajam pada Adam.

Adam tarik senyum senget. Aday tidak mahu mengaku dia kisah? “I don’t trust you either, Zack.”

“You hate her.” Zachary tidak mahu mengaku kalah. 

“I am. And I hate you too, Zack.”

Zachary mendengus. Dia kembali memandang Amily yang sedang memerhatikan dia dan Adam. “You heard him. Dan you masih nak risikokan hidup you di tangan dia?”

Amily ketawa kecil. Kedua-dua Zachary dan Adam kerut dahi. Langsung tidak memahami ketawa Amily. “I already know that fact, Zack.”

“Then?” Zachary tidak berpuas hati.

“he won’t dare to harm me.” Mata Amily pada Adam.

Zachary mendengus. Dia tak akan percaya. 

“She’s right. Lagipun aku ada hak ke atas dia lebih dari kau.” ujar Adam sinis. Sengaja dia mahu sakitkan hati Zachary. 

“I am her favorite guy, Adam.”Zachary tidak mahu mengalah.

Adam tarik senyum sinis. “She’s married to me, not you.”

“Dia kahwin dengan kau sebab harta je.”

“Jadi kau tahu yang aku lebih banyak harta dari kau.”

“Kau!” Zachary berang

Amily yang menyaksikan pertelingkahan mulut di antara Adam dan Zachary dari tadi hanya mampu menggelengkan kepala saja. Kaca mata hitam dikeluarkan dari beg tangan Guccinya sebelum memakainya. Dia kemudian berpaling ke belakang, melangkah ke arah kereta yang baru saja tiba di bahu jalan itu.

Zachary yang sedar kelibat Amily yang sedang ‘melarikan diri’ terus saja melangkah ke arah Amily. “Where are you going?”

Amily hembus nafas kasar. “I nak balik.”

“I hantar.”

Amily geleng. Matanya memandang kelibat Adam yang baru saja tiba di sebelah Zachary. “Bryan dah sampai.” Amily tunjuk ke arah kereta Mazda CX-5 yang diparkir tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di sebelah kereta itu.

“Bryan?” Adam kerut dahi. 

My bodyguard,” balas Amily.

Adam kerut dahi lagi. Kenapa dia tidak tahu tentang Amily punya seorang bodyguard? Oh, dia lupa. Mana pernah dia ambil tahu tentang Amily Katrina itu.

“Boys, behave. Don’t fight.” Amily memandang kedua-dua Adam dan Zachary sebelum melangkah ke arah kereta. Bryan bergegas ke arah kereta dan membuka pintu pada majikannya sebelum dia kembali mengambil tempat di bahagian pemandu.

Zachary mengeluh. Dia sempat memberi melontarkan jelingan maut pada sepupunya sebelum berlalu ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.

Adam pula hanya menunjuk reaksi jengkel sahaja. Harapnya dia tak akan ambil tahu tentang Amily dan Zachary lagi. Satu penyesalan baginya untuk menyertai makan malam ini.

Reenapple: Amily dan Zachary ni ada kisah silam ke?



8 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.