Tuesday, May 19, 2015

Stick & Stones #17




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16]

Adam memandang gambar-gambar yang diserahkan Daniel padanya pagi tadi. Bukti-bukti kemesraan Amily Katrina dan Zachary Davis. Dah agak hubungan Amily dan Zachary bukan setakat senior dan junior saja. Hubungan mereka lebih dari itu. Melepak di kelab malam setiap hujung minggu, itu belum lagi dengan membeli belah bersama. Zachary sememangnya lelaki kesayangan Amily seperti yang dikatakan sepupunya hari itu. 

Ah, dia tak mahu terima ini. Adam pandang Daniel. “This is all?”

Daniel angguk. Dia sebenarnya tidak tahu sama ada dia mahu serahkan atau tidak gambar-gambar lain tentang Amily Katrina yang berada dalam simpanannya. Mungkin lebih baik saja dia rahsiakan gambar itu. 

Adam mengeluh. “But then Daniel…” Adam keluarkan satu sampul coklat. Dia mengeluarkan gambar-gambar yang berada dalam sampul itu. Adam pandang pembantu peribadinya sekali lagi. “Wanna explain this?”

Daniel telan air liur. Nampaknya Adam Joshua telah mengupah penyiasat persendirian yang lain. Dia tahu sebab mengapa majikannya melakukan itu. Adam tahu dia walau macam mana sekalipun, akan cuba menyembunyikan perihal buruk tentang Amily.

Adam mengeluh sebelum memandang gambar-gambar Amily bersama lelaki lain. Bukan setakat Zachary tapi juga lelaki-lelaki lain. Tidak tahu yang mana satu adalah teman istimewa Amily. 

“Saya…” Daniel cuba bersuara tapi niatnya dimatikan saat Adam geleng kepala. Daniel telan air liur. 

“Kau tak cuba melindungi Amily, bukan?” Soal Adam.

Daniel diam. wajahnya ditundukkan. Sedikit rasa bersalah menghimpit dirinya. “I’m sorry.”

Adam menghela nafas panjang. Gambar-gambar Amily dan lelaki yang tidak dikenalinya diperhatikan sekali lagi. Dia tahu Amily adalah seorang yang licik, plastic dan dia dapat andaikan Amily adalah seorang wanita yang terkenal di kalangan lelaki lelaki yang suka menghabiskan masanya di kelab malam. Dan dia juga tidak menyukai bahawa andaiannya selama ini adalah benar. 

“Tuan?” kedengaran suara Daniel lagi. Sedikit risau dengan diam majikannya.

Adam pandang Daniel. Belum sempat dia bersuara, tiba-tiba saja kedengaran loceng pintu. Adam telan air liur. Tertanya-tanya siapa gerangan yang datang hujung minggu ini. Mahu andaikan Delailah, tak mungkin. Sahabatnya itu berada di luar negara atas urusan kerja. 

Daniel melangkah ke arah pintu. Dia mengukirkan senyuman tatkala melihat gerangan di hadapannya. 

“Hai Daniel,” kedengaran suara Amily riang. Dia melangkah masuk tanpa menunggu pelawaan Daniel. 

Adam bangun sebelum menoleh ke arah pintu. Sedikit terkejut mendengar suara Amily.Gambar-gambar yang bertaburan di hadapannya dimasukkan kembali ke dalam sampul surat. Risau jika Amily tahu hal sebenarnya. 

Hai sayang,” Sapa Amily pada Adam pula. Dia melangkah ke arah lelaki itu.

“What are you doing here?” Soal Adam dingin. Jujur, dia tidak gemar Amily Katrina itu menjejak kaki ke apartmenya l.

Amily senyum sebelum mengambil tempat di sofa. “Jumpa you.”

“I tak suka you datang sini.”

Amily senyum sinis. “You datang apartmen I without my permission and why I can’t do the same thing?”

Adam telan air liur. Dia lupa itu. “Apa yang you nak?”

Amily senyum sinis lagi. “I nak bincang sesuatu dengan you.” Matanya beralih ke arah Daniel yang masih berdiri di hujung sofa.

“Apa yang you nak cakap, cakap je depan Daniel. He knows everything.”

Amily tarik senyum senget. Tentulah Daniel tahu. Lelaki itu yang lebih banyak menguruskan hal rumah tangga mereka berbanding Adam sendiri. Amily menghela nafas panjang sebelum matanya kembali ke arah Adam. Tapi lelaki itu mengalihkan pandangannya. Tentu Adam risau jika dia bertindak bukan-bukan.

“Well then… apa keputusan yang you dapat dari siasat tentang I?”

Adam telan air liur. begitu juga Daniel. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Bagaimana Amily Katrina tahu?

Apa yang you cakap ni?” Adam berpura-pura tidak tahu. 

Amily senyum sinis. Kali ini dia bangun sebelum melabuhkan punggung di atas meja kopi berhadapan Adam Joshua. Senyuman terukir. “I know the truth. You upah orang siasat tentang I, bukan? You nak tahu sejauh mana I rapat dengan Zack, isn’t it?”

Adam cuba berlagak tenang. Dia diam. tidak mengiyakan atau menafikan ayat Amily.

So, apa keputusan yang you dapat?” Soal Amily sambil memeluk tubuh. Kakinya disilangkan tapi matanya masih pada Adam.

Daniel yang diam dari tadi hanya mampu terus memerhatikan saja. Dia sedikit cuak. Isteri majikannya sukar ditafsir dan wanita itu punya keupayaan untuk ‘menakutkan’ sesiapa saja walau wanita itu tidak benar-benar maksudkannya.

“You cemburu dengan hubungan I dan Zack, bukan?” Amily bersuara lagi.

“So, you memang ada hubungan dengan dia?” Mata Adam ke arah Amily.

Amily senyum jahat. “You cemburu?”

“In your dream only, Amily.” Adam mendengus. 

Amily ketawa kecil dan Adam menunjukkan reaksi jengkel. Dia pandang Daniel yang masih berdiri di tempat yang sama “Daniel…”

Daniel pandang isteri majikannya. 

“Would you leave both of us alone?” Amily bersuara lagi. 

“You tak ada hak untuk halau Daniel.”

Amily senyum sinis. “Why?”

“Sebab Daniel kerja dengan I.”

“But I’m your wife.”

“So?”

“I ada hak ke atas harta you.”

Adam senyum sinis. materialistic betul wanita di hadapannya. “Tapi Daniel tak ada kaitan dengan you. Dia tak berkerja dengan you. Dia bekerja dengan I. That’s mean he belong too me only.”

“So, you nak cakap yang you dan Daniel ada hubungan lebih dari seorang bos dan pekerja? Is he your lover?”

Adam mendengus. Berang dengan ayat Amily. Sesuka hati mahu tuduh dia punya minat dengan kaum sejenis. “Apa yang you nak sebenarnya? Kalau you datang sini nak buat I marah, you had succeed, Amily.” Adam berang.

Amily ketawa kecil. “Did anyone tell you, how cute you are when you are mad?”

Adam ketap gigi. Entah kenapa dia rasakan pujian Amily itu menjengkelkannya. “Leave.”

Amily tarik senyum senget. “I will…” Amily bangun. “But then…” Amily kembali memandang Adam. “You better stop investigating about me or else…”

“Or else what Amily? You ingat I takut dengan ugutan you?”

Amily jungkit bahu. “Maybe I will hurt Delailah? This time, I yang buat not anyone else. So, you boleh datang dan serang I dengan reason yang valid.”

Adam bangun. Sakit hati betul dengan ugutan Amily. “Stay away from her!”

Amily ketawa sinis. Daniel yang mendengar ketawa Amily Katrina itu hanya mampu menelan air liur. 

“Okay. But then, what about Maya?”

Adam telan air liur. Tangan dikepal. 

“Did I tell you, MZix Holdings bekerjasama dengan syarikat Maya bekerja? I might seeing her always.” Amily bersuara lagi. “She looks beautiful like always.”

Genggaman makin diketatkan. Adam jeling Amily, mengharapkan jelingannya itu mampu membunuh wanita jahat di hadapannya. “You wouldn’t dare to do that on her! Kalau you berani sentuh Maya walaupun seinci, I akan pastikan itu adalah perkara yang terakhir yang you akan buat.”

Sekli lagi Amily ketawa kecil. “You masih sayangkan dia? Walaupun dia sekarang sedang berbahagia dengan kawan baik you?”

Adam telan air liur. Keluhan dilepaskan. Benar, dia walau macam mana sekali[pun masih lagi punya rasa sayang pada Maya Ariana itu walaupun hanya secebis. 

Amily senyum sinis melihat wajah Adam yang kelat. “well then, I have to go. Remember, jangan masuk campur hal I.” 

Nafas Adam turun naik. Kalaulah Daniel itu tidak berada di sini, sudah lama dia mencekik Amily Katrina sampai mati. Itu yang dia mahu lakukan sekarang ini.

“See you later, sayang.” Amily melangkah ke arah pintu. Daniel bergegas membukakan pintu untuk isteri majikannya. “Bye Daniel.”

Daniel senyum kelat sebelum tunduk.

Adam mengeluh kasar. Dia kembali melabuhkan punggung ke sofa. Tidak menyangka Amily sanggup mengugutnya menggunakan Maya.

“Tuan…” Daniel bersuara.

“Arahkan orang untuk awasi dia.”

Daniel telan air liur. Dia? Siapa ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Adam. “Saya akan mintak orang lindungi Cik Maya.”

Adam geleng. Sekali lagi Daniel telan air liur.

“Aku nak kau awasi Amily.”

“Tapi tuan…” belum sempat Daniel menghabiskan ayatnya, Adam telah memotong.

I don’t care about her blackmail. She’s not that brave after all.”

Daniel tarik nafas sebelum angguk kepala. Dia sebenarnya tidak bersetuju dengan arahan majikannya itu.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Adam tarik nafas. Sekali sekala dia akan memerhatikan jamnya. Sekali sekala dia akan memerhatikan pintu masuk bangunan yang tidak jauh darinya berdiri. Harapnya Maya akan muncul, melangkah keluar dari bangunan itu. Namun tiada. 

Dia sendiri tidak tahu apa yang dia buat ini. Niatnya mahu bertemu Maya saja. Dia, walau macam mana pun masih rindukan wanita itu walau keinginan untuk menambat hati Maya semula sudah hilang. Mungkin saja dia lakukan apa yang dia sedang lakukan sekarang ini adalah disebabkan ugutan Amily Katrina tempoh hari. Ah, kebenciannya pada Amily makin bertambah. Tak ada cara lainkah untuk hentikan perkahwinan ini?

Beberapa minit kemudian, kelibat Maya melangkah keluar dari bangunan itu. Adam mengukirkan senyuman. Maya walau macam mana sekalipun, masih lagi seorang gadis jelita, seperti dulu. Tapi belum sempat dia melangkah ke arah gadis itu, Edrian telah menghancurkan niatnya. Entah dari mana lelaki itu muncul. Jujur, dia kecewa melihat senyuman dan pandangan Maya pada Edrian. Gadis itu pernah pandangnya dengan pandangan sedemikian. Tapi sekarang semuanya telah beralih pada Edrian Marcus itu. 

“How pathetic…” tiba-tiba saja kedengaran suara wanita di belakang Adam. Adam menoleh, dia sedikit terkejut, sedikit bengang melihat Amily. Entah bila wanita itu muncul, dia tidak sedar itu.

“Apa yang you buat kat sini?” Soal Adam bengang. Spoil mood je Amily ini.

Amily senyum palsu. “I ada urusan kat sini. And I saw you here. Still seeing Maya?”

Adam diam.

“But then…” Amily bersuara lagi. Matanya memerhatikan gelagat mesra Maya dan Edrian sebelum memerhatikan reaksi Adam. Dia senyum sinis. “She looks happy with Edrian.”

Adam mendengus. “None of your business, Amily.”

Amily ketawa kecil. “It’s must be hurt seeing someone you love, living happily with someone else. Lebih-lebih lagi kalau that someone itu adalah kawan baik you,” sengaja Amily keluarkan ayat sebegitu.

Adam mendengus. Akhirnya dia berniat melangkah ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ. Dan dalam masa yang sama, iPhone milik Amily mengeluarkan bunyi.

“Hai Zack…” 

Langkah Adam dimatikan. Dia kembali menoleh ke arah Amily. Dia lihat Amily sedang mengukirkan senyuman sambil bercakap di telefon.

“I’m on my way.” Kedengaran lagi suara Amily. “I see you there.” Talian dimatikan.

“Are you talking with Zack?” Soal Adam sejurus Amily menamatkan panggilan.

Amily angguk dengan senyuman. “I ada dinner dengan Zack after this. Would you like to join?”

Adam telan air liur.

“Oh, I lupa, you tak suka Zack. So you tentunya tak mahu join kitaorang bukan?” Amily bersuara lagi. Kali ini dengan nada sinis.

Amily senyum sinis. Tanpa menjawab soalan Adam, dia meninggalkan saja lelaki itu sendirian di situ.

Dan Adam hanya menghela nafas panjang. Jujur, dia berada dalam dilemma sekarang ini. 

Ikut Amily, Adam. Or else kau akan ditimpa masalah.

It’s none of my business.

Zack dan Amily tentu sedang merancang sesuatu di luar pengetahuan kau.


Adam mendengus. Benci betul bermonolog dalaman ini. Mahu atau tidak, mengikut Amily?


Reenapple: So, agak agak Adam akan join Amily dan Zachary atau tak?





8 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.