Monday, May 18, 2015

Stick & Stones #16




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15]

Daniel memandang ketuanya dengan tenang walau wajah lelaki di hadapannya tidaklah tenang. Seolah-olah ada sesuatu yang meresahkan lelaki itu. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran lelaki itu. “Tuan?

Adam memandang lelaki di hadapannya. iPad di tangannya diletakkan atas meja. “Aku nak kau siasat sesuatu.”

Daniel angguk. “Apa yang tuan mahu saya siasat?”

Adam menghela nafas panjang. “Aku nak kau siasat hubungan Amily dan Zack.

Daniel kerut dahi. Dia salah dengarkah? Sebelum ini majikannya itu langsung tidak mahu ambil tahu tentang isterinya. Dan sekarang mahu dia menyiasat hubungan isteri dan sepupunya. Sesuatu telah berlaku?

“I believe they are having relationship,” Adam bersuara lagi. Jujur, sejak mengetahui Zachary dan Amily punya hubungan yang mesra, dia menjadi tidak keruan. Risau jika Zachary hanya mendekati Amily sebab punya muslihat tertentu.

Daniel telan air liur. “Saya akan siasat hal itu.”

Adam angguk. Dia bangun. “Let’s go meeting,” Adam bersuara. Sejujurnya dia akan berhadapan Amily nanti. 

Daniel angguk sebelum menuruti langkah majikannya.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Seusai bermesyuarat, Adam mengeluh melihat Amily melayan Zachary. Kalaulah dia tahu Zachary akan turut serta dalam mesyuarat kali ini, sah-sah dia akan minta Daddy bubarkan saja nama Zachary dari projek kali ini. Bukan dia cemburu melihat Amily melayan Zachary tapi dia pantang bila orang yang tidak disukainya mendekati orang yang dikenalinya hatta itu adalah Amily yang juga tidak disukai.

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah Amily dan Zachary. Dia berdehem, mahu menyedarkan dua orang itu tentang kewujudannya. 

“Yes, Adam?” Soal Zachary tenang.

Amily berlagak tidak sedar akan kewujudan Adam. Dia benci lelaki itu sejujurnya. 

“Aku nak isteri aku,” balas Adam dingin sambil matanya memandang Amily. Belum sempat wanita itu bersuara, dia telah mengheret Amily ke dalam lif.

“Apa yang you nak?” Soal Amily dingin tatkala pintu lif tertutup rapat.

I nak you jauhkan diri dari Zack.”

“Why?” Amily berpeluk tubuh. 

Adam mengeluh. “Because I don’t like him.”

“But I like him.”

Adam telan air liur. Sakit hati pula mendengar jawapan Amily. Tak. Dia bukan cemburu. Dia cuma tak suka Amily dan Zachary. Dan dia lagi lagi lagi tak suka bila kedua-dua manusia yang tidak disukainya rapat satu sama lain.

Apa hubungan you dan dia?”

Amily memandang Adam. Hairan dengan soalan yang baru didengarnya tadi. “Are you jealous?”

Adam mendengus. Tak, dia bukan cemburu. “No!”

“Jadi, kenapa you nak marah kalau I dan Zack rapat?”

Adam telan air liur. “I told you, I tak suka dia.”

“Apa kaitan dengan I?”

Adam tarik nafas sedalam-dalamnya. Amily Katrina ini sengaja mahu mencabar kesabarannya. “Bila I cakap I tak suka, I tak suka. Dan I tak suka you dekat dengan dia. Just stay away from him.”

Amily senyum sinis. “You are jealous, isn’t it?” Sengaja Amily berbisik ke telinga Adam.

Adam mendengus kasar. Kali ini dia tidak mampu bersabar dengan sikap Amily. Tanpa dia sedar, dia menolak tubuh wanita itu ke dinding dengan kasar.

Amily telan air liur. Sedikit terkesima dengan perilaku Adam tapi dia masih lagi mampu tersenyum sinis. “You are jealous.” Dia bermain tali leher Adam. 

Adam mendengus. “I said I’m not!” Adam meninggikan suara. “I tak suka Zack. And didn’t like you either, Amily.”

Aneh, Amily hanya mengukirkan senyuman saja. Dan makin Adam bertambah bengang. 

I didn’t like you too, Adam,” balas Amily senyum sinis. Tangannya masih bermain tali leher Adam. 

Adam mendengus.Entah mengapa jantungnya berdegup laju saat nafas Amily terkena wajahnya. Ditambah lagi dengan wangian DKNY milik wanita membuatnya dia telan air liur berkali-kali. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Amily. Tapi belum sempat dia lakukan itu, Amily tiba-tiba saja menarik tali lehernya, membuatkan dia kembali dekat dengan wanita itu. Sekali lagi nafas wanita itu terkena wajahnya. 

“Wanna do something dirty?” Soal Amily dengan senyuman menggoda.

Adam kerut dahi. Air liur ditelan sekali lagi saat Amily mencapai tangannya dan meletakkannya di paha wanita itu. Dan tangan wanita merayap ke dada bidangnya. 

“Stop it, Amily!” Adam berang.

Amily ketawa kecil. Tahu takut! Senyumannya dimatikan saat pintu lif terbuka. Dia jeling tajam pada manusia yang baru saja melangkah masuk ke dalam lif itu. Pengacau betul!

“Encik Adam…” Sapa Jessica dengan senyuman. Jelingan Amily, dia langsung tidak ambil penduli. Bukan Amily yang bayar gajinya pun.

“Hai…” Adam mengalihkan pandangannya ke arah Jessica. Tidak mahu melayan Amily.

Kurang dari 30 saat, pintu lif sekali lagi terbuka. Amily mahu melangkah keluar tapi Adam terlebih dahulu memegang tangannya dan mengheretnya keluar dari lif secara paksa.

Jessica yang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri itu hanya mampu mengerutkan dahi saja. Tertanya-tanya adakah Amily dan Adam bergaduh tadi? Dia ukirkan senyuman sambil mengharapkan andaiannya itu adalah benar. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Amily mengukirkan senyuman sinis memandang Adam di hadapannya. Sudahlah memaksanya mengikut langkah lelaki itu. Ini pula mendiamkan diri dari tadi. Tertanya-tanya apa yang Adam mahukan sebenarnya. 

“Is this how you ask a lady to have lunch with you?” Amily bersuara. Matanya memandang keadaan sekeliling restoran mewah di hadapannya. Harapnya dia akan bertemu seseorang yang yang dikenalinya tapi dia tak mahu Jessica. 

Adam tidak mengambil penduli soalan Amily. Black coffee di hadapannya dihirup. Stik daging kegemarannya dipotong sebelum dikunyah. Dia malas untuk melayan Amily. Lagi baik dia buat-buat tidak sedar akan kewujudan Amily. Menyesal pula mengheret Amily makan tengahari bersamanya saat ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengannya tadi. 

Amily senyum sinis lagi. Makin Adam bersikap dingin dengannya, makin dia mahu cuba tarik perhatian lelaki itu. Dari tadi lagi kakinya mengesel betis Adam dengan sengaja tapi Adam hanya berlagak biasa saja. 

“Berdekatan restoran ni, ada hotel. Shall we go there after this?” Amily bersuara lagi seusai menghirup Jus Epal di hadapannya. Salad yang dipesannya tadi hampir saja mahu habis.

Adam mendengus. “Just stop it, Amily!” Dia pandang Adam dengan berang. Benci dengan helah Amily. Dari tadi kaki wanita itu menyentuh kakinya, tapi dia buat-buat tenang. 

Amily senyum sinis. “You tak pernah sentuh I lagi, sayang.” Sengaja Amily menggunakan nada sebegitu.

Adam tunjuk riak jengkel. Menyampah! “I tak ada keinginan untuk sentuh perempuan murahan macam you ni.”

Amily ketawa kecil. “Auch! That hurts, baby.”

Adam ketap gigi. “Just stop it.”

Amily senyum sinis lagi. “Why? You yang bawa I ke sini. So you kena tahan anything that happen now.”

Adam mengeluh. Menyesal pula mengheret Amily ke sini. Tak. Dia sebenarnya menyesal melibatkan diri dengan cadangan Amily yang tidak masuk akal ini. Sepatutnya dia ikut saja Plan B, mencari wanita lain dan berkahwin dengan perempuan itu. Penduli apa dia kalau perkahwinan itu adalah atas dasar duit, yang penting dia tak berkahwin dengan Amily Katrina. Tapi semuanya sudah terlambat.

You may leave now if you don’t want to stay with me.”

Amily geleng. “I want to spend my time with you, today.”

Sekali lagi Adam mengeluh kasar. “In your dream only, Amily.”

Sekali lagi Amily ketawa kecil. Dan itu makin membuatkan Adam menyampah. 

“You yang bawak I ke sini, Adam. I thought you want to spend your time with me.”

Adam mendengus. Perasannya Amily Katrina ini. 

OR, do we have something to discuss?” Soalan kedua Amily membuatkan Adam telan air liur. 

“There’s nothing we can discuss.” Balas Adam dingin.

Amily angguk sebelum bangun.

Adam kerut dahi. “Where are you going?

Amily senyum. “You cakap kita tak ada apa-apa yang nak dibincangkan. So we are done for today.”

Adam telan air liur. 

“Atau you sememangnya nak habiskan masa you dengan I tapi you ego untuk mengaku?” Amily bersuara sekali lagi apabila melihat wajah kelat Adam.

Adam tarik nafas sedalam-dalamnya. Sakit hati betul dengan ayat Amily. “You heard me, Amily. I tak sentuh perempuan murahan macam you.”

Sekali lagi Amily ketawa kecil. “Well, okay then.” Amily pandang Adam. “Tapi kalau you berubah fikiran, you know where to find me.” Seusai ucapkan ayat itu, Amily beredar.

Adam mengeluh. Amily memang mencabar naluri lelakinya. Tapi dia tak akan mudah tewas. Dia pasti dia tak akan pernah tewas dengan godaan Amily Katrina itu.



Reenapple: Yelah sangat Adam. I bet someday you will fall into Amily's hand. Haha






15 comments:

  1. Apasal rasa mcm amily ni suka dkt adam..iya ke x??

    ReplyDelete
  2. Gatal nya Amily.

    ReplyDelete
  3. Daring btul lah Amily nih. And mcm biasa, Adam suka berlagak plus ego.

    ReplyDelete
  4. Antara Adam dan Amir, mana lagi handsome dan sasa? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nak buat perbandingan. Kah kah kah

      Delete
  5. Aku tunggu masa Adam jatuh kat tangan Amily. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Antara Amily dan Zara, mana lagi cantik?

    #TeamTania

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua dua watak itu tak ada kaitan. Sekian

      Delete
  7. Ego adam ... dlm hati membuak2 nk spend time kn

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.