Sunday, May 17, 2015

Stick & Stones #15



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14]

Amily pandang Encik Zafrul dengan rasa tidak puas hati. Dia sebenarnya langsung tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi ketika makan malam terakhir mereka beberapa minggu yang lalu. Dan Encik Zafrul langsung tidak mahu menjawab soalannya. Sehingga ke pagi ini. 

“Papa…” Amily bersuara lagi. Cubaan yang entah keberapa. Puan Sarah di sebelah suaminya hanya mampu mengukirkan senyuman kelat saja. Dia tahu sikap keras kepala suaminya. Sebiji macam Amily Katrina.

Lydia yang berada di sebelah kakaknya hanya mampu mendiamkan diri saja. Dia pasti jikalau Papa berdiam diri seperti itu, makanya ada sesuatu yang salah dilakukan oleh kakaknya. 

“For how long you are gonna be like this?” Amily tidak puas hati. 

Encik Zafrul memandang anak sulungnya. Tahu sangat sebab apa Amily Katrina di hadapannya membuat keputusan untuk bermalam di rumah ini sejak semalam. Ada sesuatu yang anak sulungnya itu mahu.

“If you want to talk about the things that happened a few weeks ago, Papa tak nak bincang.”

“What happened exactly?” Soal Lydia pada Mamanya. Menyesal dia tidak datang makan malam hari itu. Semuanya disebabkan test yang akan dia hadapi keesokan harinya. 

Amily mengeluh. Soalan adik perempuannya dia tidak hiraukan. Manakala Puan Sarah pula hanya mengelengkan kepala pada anak bongsunya. 

Lydia angguk. Nampaknya dia faham apa yang berlaku. Itu tentunya berkaitan dengan abang iparnya. Dia tahu hal sebenar yang berlaku diantara kakak dan abang iparnya.

“Lydia pergi dulu.” Lydia beredar setelah mencium pipi Papa dan Mamanya. Oh, tidak lupa juga pipi kakak kesayangannya. 

Amily tarik nafas. Dia kembali memandang Papanya. “Papa tahu Amily tak suka Adam. Kenapa Papa perlu biarkan Amily kerja dengan dia?”

Encik Zafrul mengeluh. “Adam is somebody to you, Amily. He’s your husband. Dan bagitahu Papa apa yang salah bila Papa letakkan Amily bekerjasama dengan Adam?”

“I hate him.”

“You hate him but you still want to marry him.” Balas Encik Zafrul selamba.

“I did this for you, Papa.”

“And I did this for you too.”

Amily ketap gigi. Dia pandang Puan Sarah pula. “Mama please.”

Puan Sarah geleng dengan senyuman. “I can’t help you, dear.”

Amily mengeluh lagi. Dia pandang Encik Zafrul. “I am very disappointed.”

Encik Zafrul senyum. “But I’m not. Sama ada Amily setuju atau tidak, you have to work with him. Dan kalau Amily ingkar arahan Papa, you know what I will do, right?”

Amily mendengus. Ugutan Encik Zafrul lah dia paling tidak gemar dengar. Biarpun pada permulaannya dia ingatkan Encik Zafrul hanya sengaja mahu menakutkannya, tapi lelaki itu benar-benar lakukan apa yang dia katakan itu. 

Papa nak sekat kad kredit Amily? You just bluffing me right?” Dia tak mahu percaya.

Encik Zafrul geleng. “Papa dah pernah buat benda tu banyak kali. Dan Papa tak kisah buat hal yang sama banyak kali. Oh, dan mungkin kali ini ada extra. Amily nak tahu apa dia?”

Amily kerut dahi. 

“I’m gonna take everything that belongs to you,” Encik Zafrul bersuara lagi. “That’s includes your house, your car.”

Amily telan air liur. Dia mendengus sekali lagi sebelum bangun.

“Don’t forget dinner tonight,” ucap Encik Zafrul dingin.

Amily mendengus sekali lagi sebelum beredar. 

Encik Zafrul hanya ketawa melihat gelagat anak sulungnya. Puan Sarah hanya senyum sambil geleng kepala. 

“Abang tak patut buat macam tu,” tegur Puan Sarah.

Encik Zafrul matikan ketawanya. “It’s for their own good, Sarah. Sampai bila mereka nak hidup macam tu. Sampai bila Amily nak hidup macam tu?”

“All she do was helping you.”

Encik Zafrul senyum hambar. DIa tahu itu. Hanya sebab mahu selamatkan syarikatnya, anak sulungnya beria-ia mahu berkahwin dengan Adam. “And all what I’m doing right now is pay her. I just want her happy again.”

Puan Sarah senyum kelat. Dia tahu apa yang dimaksudkan suaminya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily memandang kelibat lelaki di sebelah Lydia. Lelaki itu sedang berbual mesra dengan Lydia. Dia tak mahu percaya apa yang dilihatnya. Dia harap apa yang dilihatnya hanyalah mimpi. Tapi cubitan di pipinya sakit. 

Dia perhatikan saja Adam dan adiknya berbual dengan mesra. Tidak tahu apa yang dibualkan oleh dua manusia itu. Dia tidak mahu ambil tahu. 

“Kakak…” Lydia telan air liur saat terpandangkan kakak kesayangannya di ruang tamu. Dipandang abang iparnya, lelaki itu sedang berlagak tenang. 

“You buat apa kat sini?” Soal Amily pada Adam. 

“Papa jemput dia datang makan malam kat sini,” kedengaran suara Encik Zafrul. 

“What for? We already have that family dinner.”

“Having family dinner once a month is not enough to show how good you are after marriage, Amily Katrina,” ucap Encik Zafrul. Kali ini nada suaranya mendatar. 

Amily telan air liur. Dia tidak berani untuk menjawab Papa saat nada suara itu digunakan. Dan juga saat Papa menyebut nama penuhnya. 

“Dinner dah siap,” kedengaran suara Puan Sarah di ruang makan. Masing-masing melangkah ke ruang makan kecuali Amily dan Adam. Kedua-duanya saling memandang satu sama lain. Kedua-duanya saling mendiamkan diri. 

Amily mengukirkan senyuman sinis. Dia tidak pasti apa tujuan Adam tiba-tiba saja memunculkan diri di rumah keluarganya tapi ini adalah sesuatu yang seronok. Sesuatu yang boleh dia ‘balas dendam’ pada lelaki di hadapannya.

“What’s your game?”

Adam senyum sinis. “Papa you jemput I datang sini. Just like Mommy invite you last week.”

“Adam…” kedengaran sekali lagi suara Encik Zafrul. Dia memandang kedua-dua anak dan menantunya. 

Adam melangkah ke arah ayah mertuanya. Ditinggalkan Amily sendirian di ruang tamu.

Amily kemudian melangkah ke arah ruang makan. Dia mengambil tempat di sebelah Adam. Sengaja dia mengambil tempat bersebelahan lelaki itu. 

15 minit menikmati makan malam, semuanya kelihatan biasa saja. Encik Zafrul lebih banyak melayani Adam. 

“Malam ni, Adam tidur sini.” Cadang Encik Zafrul.

“Why Papa?” Soal Amily sinis.

Encik Zafrul tarik nafas. Dia tahu Amily sedang memberontak dalam diam. Dia tahu respon Amily. Dan dia sudah bersedia awal-awal. 

“This is my house, Amily. Dan Papa ada hak nak benarkan sesiapa bermalam di sini.

Amily diam. Tidak memberi respon ayat Papanya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghabiskan saja makanannya. Dia mahu cepat-cepat beredar dari sini. Dia sudah berjanji dengan seseorang.

“Dan Papa nak Amily bermalam di sini.” Encik Zafrul bersuara lagi. 

Amily kaku. Dia pandang Encik Zafrul. “I already promised with someone.”

Adam telan air liur. Tentu Amily mahu berjumpa dengan lelaki hari itu. Atau lelaki lain? 

“Cancel it,’ arah Encik Zafrul.

“I won’t do that.”

“Remember what I told you this morning? I’m not hesitate to do it again…” ugut Encik Zafrul.

Amily mengeluh. Dia akhirnya bangun sebelum melangkah ke tingkat atas. 

Adam yang dari tadi mendiamkan diri hanya mampu ketawa sinis dalam hati. Nampaknya dia sudah tahu kelemahan Amily Katrina itu. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Amily baru saja selesai keluar dari bilik air saat Adam melangkah masuk. Di tangan lelaki itu ada lipatan pajama. Sudah tentu itu milik Papa. Dia pandang Adam dengan sebelah mata sebelum melabuhkan punggung di sofa. 

Adam tarik nafas. Sejujurnya, dia juga tidak begitu setuju dengan permintaan ayah mertuanya. Tapi demi menjaga hati keluarga mentuanya dia ikutkan saja. Akhirnya dia melangkah ke bilik air tanpa mempendulikan Amily yang sedang menonton televisyen. 

10 minit kemudian, Adam melangkah keluar dari bilik air. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Seperti yang diandaikannya dulu, segala citarasa Amily adalah mewah. Lihat saja pakaian wanita itu. 

“So, where are you gonna sleep tonight?” Soal Amily sambil memeluk tubuhnya. Matanya memandang Adam yang baru saja keluar dari bilik air. Bukanlah dia tidak menyukai kelibat lelaki itu tetapi sikap Papa yang mengugutnya hanya disebabkan Adam, dia tidak gemar. 

Adam tarik nafas. Dia pandang sofa yang berada tidak jauh dengan tempat dia berdiri. “I will sleep on the couch tonight.

Amily tarik senyum senget. “I was about to let you sleep on the bed, next to me.”

“I won’t sleep next to you.”

“Why?” Sengaja Amily keluarkan soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.

Adam menghela nafas panjang. “You know I hate you.

Amily ketawa kecil. Dan Adam kerut dahi. Tertanya-tanya apa yang kelakar sangat.

“You hate me but you showing yourself in front of me.

Adam telan air liur. Dia tahu dia yang mulakan semuanya dulu. Itu semua adalah salah Delailah atau dia sebenarnya tiba-tiba saja rasa tercabar melihat Amily bersama lelaki lain?

“I have my own reason.”

“And what’s that reason?”

Adam telan air liur. Dia tiada jawapan untuk soalan Amily.

“You cakap kita ada sesuatu yang harus dibincangkan.” Amily bangun, melangkah ke arah Adam. Senyuman menggoda diukir.

Adam telan air liur. Makin Amily melangkah ke arahnya, makin dia mengundurkan diri ke belakang. Dan sehinggalah bila belakang tubuhnya menyentuh dinding, dia telan air liur lagi. Amily mengukirkan senyuman yang dia sendiri tidak memahami. 

Sekali lagi Adam telan air liur saat jari runcing Amily merayau-rayau di dada bidangnya. Dia terkesima saat wanita di hadapannya menyelak baju tidurnya dan menyentuh dadanya. Sekali lagi jari wanita itu merayau di dada bidangnya. Kalau tadi berlapik, sekarang kulitnya disentuh. Dia dapat rasakan kelembutan kulit Amily Katrina itu. Dia mencapai tangan wanita. Risau kalau tangan wanita itu mahu meliar ke tempat lain. Amily bukan boleh dijangka.

“Apa yang you nak buat ni?” soal Adam dengan sedikit bengang.

Amily senyum sinis. Dia pandang Adam sebelum matanya memandang dada lelaki itu. “Did I told you, you have a sexy body?” Sengaja Amily berkata sedemikian, mahu menakutkan Adam Joshua ini. 

Adam mendengus. Akhirnya dia menjauhkan diri dari Amily. Dan Amily hanya ketawa saja melihat respon Adam. Baru saja mahu gertak, Adam sudah mengundurkan diri dari ‘permainannya’. No fun betul!

“You tidur sini malam ni. I tidur dengan Lydia.” Ucap Amily sekali lagi sebelum melangkah keluar dari bilik. 

Adam menghela nafas panjang. Jujur, dia rasakan dia dan AMily perlu berbincang tentang perkahwinan mereka. Belum sempat dia melabuhkan di katil, kedengaran bunyi deringan dari telefon pintar Amily. Dia bangun, mencapai telefon Amily yang sedang dicaj yang berada di atas meja. Adam telan air liur apabila nama Zachary tertera di skrin. 

Dia capai telefon itu sebelum melekapkan jarinya ke skrin. 

Hey Amily, let’s hang out tonight?” kedengaran suara Zachary di hujung talian. 

Adam telan air liur. “Zack…

“Who is this?” Soal Zachary.

“Adam.”

“Adam?” Kedengaran suara terkejut Zachary. “How on earth you have her phone?”

“She’s my wife.”

“But you guys living separately.”

Adam mendengus. Nampaknya Zachary tahu hal sebenar. 

“Aku nak bercakap dengan Amily,” kedengaran lagi suara Zachary. 

“She’s sleeping.” Adam bohong.

Is it? Dia bukan jenis yang akan tidur awal.”

Adam mendengus. “Aku rasa tak appropriate kau call dia waktu macam ni, bukan?”

Kedengaran ketawa Zachary di hujung talian. Adam sakit hati. “You really don’t know your wife so don’t tell me that.”

“Apa hubungan kau dan dia?” Soal Adam kasar.

Sekali lagi Zachary ketawa. “Lagi baik kau tanya dia. Tapi aku bagi kau 1 klu, I’m her favorite guy, Adam.” Talian dimatikan.

Adam mendengus sekali lagi. Nampaknya hubungan Amily dan Zachary bukan hanya sekadar senior dan junior. Dia pasti itu.


Reenapple: Padan muka Adam. 



6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.