Saturday, May 16, 2015

Stick & Stones #14



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13]

Adam memandang wanita di hadapannya tanpa berkelip mata. Dia tidak mahu percaya. “What is she doing here?” Mata Adam pada Amily. Wanita itu hanya mengukirkan senyuman sinis padaya. 

“Adam…” tegur Puan Julia. Dipandang menantunya. Risau jika Amily akan berkecil hati dengan ayat Adam. 

Amily senyum sinis. “You datang apartmen I tanpa diundang, so why I tak boleh berada di sini. Mommy undang I.” Amily pandang ibu mertuanya. 

Puan Julia hanya ukirkan senyuman kelat. Risau jika anak dan menantunya bergaduh. “Mommy jemput dia makan malam dengan kita.

Sebelum ni, Mommy tak pernah suruh dia datang sini, makan malam dengan kita.” Adam sedikit hairan. Bukanlah dia penduli kalau Mommy atau Daddy menjemput Amily Katrina makan malam di rumah mereka. Tapi dia pasti apa yang berlaku saat ini telah diatur. Dan dia walau macam mana sekalipun tidak menyukai Amily. Tak akan pernah!

Niatnya untuk mengikut cadangan Delaila supaya mengenali Amily dibatalkan dengan begitu saja apabila melihat kelibat Amily memasuki hotel dengan lelaki asing semalam. Rupanya itulah perangai sebenar Amily Katrina yang sebenarnya. Perempuan murahan!

You cakap kita ada hal untuk dibincangkan. So, alang-alang Mommy dah jemput I, mungkin kita boleh bincangkan hal itu?

“Bincang hal apa?” Soal Puan Julia dengan rasa ingin tahu. Tidak tahu sama ada dia harus berprasangka baik atau tidak. 

Adam tarik senyuman senget. Pandai betul Amily Katrina ini berlakon. Akhirnya dia melangkah ke tingkat atas tanpa mempendulikan soalan Puan Julia. 

Puan Julia ukirkan senyuman kelat. Dipandang menantu kesayangannya. “Abaikan dia. Tentu ada hal yang berlaku kat pejabat. He always like that.”

Amily senyum palsu. Sejujurnya dia tidak kisah pun. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Saat Adam turun ke ruang tamu, kelihatan Amily sedang berbual mesra dengan Airil, adik bongsu lelakinya. Dan entah mengapa dia sedikit cemburu melihat layanan mesra Amily pada adik bongsunya. Kalau dengan dia, Amily selalu akan saja menyakitkan hatinya, tapi dengan Airil, boleh pula Amily bergurau senda. Atau itu berlaku hanya disebabkan Airil itu lagi kacak darinya? Tak mungkin!

“Abang….” Airil bersuara sambil mengukirkan senyuman tatkala menyedari kelibat Adam.

“Hurm…” balas Adam acuh tak acuh. Dia mengambil tempat di sofa. Amily memandangnya dengan senyuman sinis tapi dia abaikan saja. 

Amily berlagak sahaja dengan sikap tak endah Adam padanya. Dia sudah biasa dengan sikap dingin lelaki itu. 

Rill,” Adam memandang adik lelakinya. “Would you leave both of us alone?

Airil telan air liur Dia sebenarnya cuak. Dia tahu apa yang berlaku di antara abang dan kakak iparnya. Dia kerling kakak iparnya. Wanita itu berlagak biasa saja. 

“Why? I dengan Rill baru je borak something interesting a while ago,” Amily pandang Adam.

Adam tarik nafas. “I nak bincang dengan you sesuatu.”

“Kenapa tak boleh bincang dengan Rill ada kat sini? He’s not a stranger. He’s a family.” 

Adam mengeluh. Ayat Amily tidak dihiraukan. Dia pandang Airil. “Rill.”

Airil tarik nafas sebelum bangun. “Rill pergi tolong Angela dan Mommy kat dapur.” Airill bangun sebelum melangkah ke dapur. 

Amily senyum sinis. Nampaknya apa jua yang akan keluar dari mulut Adam adalah sesuatu yang sulit. Yang mana hanya mereka berdua saja yang tahu itu.

“Apa jua yang akan keluar dari mulut you, I tak rasa you nak bincangkan di sini bukan?”

“What makes you think like that?”

“Sebab Mommy and Daddy might hear us.”

Giliran Adam pula senyum sinis. “Unfortunately Daddy tak ada di sini. Dan Mommy, she’s in kitchen, when she’s in kitchen, she’s hardly come out until all dishes is done cooked.”

Amily senyum sinis saja. 

“Tapi Along ada di sini,” tiba-tiba kedengaran suara wanita. 

Adam telan air liur. Terus dia menoleh ke belakang. Nafas panjang dilepaskan saat melihat kelibat Arissa di ruang tamu. Entah bila kakaknya tiba, dia pun tidak tahu. 

Amily senyum sebelum bangun dan melangkah ke arah Arissa. Tubuh wanita itu dipeluk erat dengan senyuman.

Adam mengeluh. “Bila Along balik?”

“This morning.” Balas Arissa selamba.

And… are you pregnant?” Soal Adam apabila terpandangkan perut Arissa yang sedikit berisi. Kali terakhir dia bertemu Arissa adalah 3 bulan yang lalu, mendengar Arissa membebel tentang kehidupannya selepas perkahwinan yang tidak masuk akal. Memang. Itu bukan ideanya. Itu idea Amily. Jadi, salahkan AMily, bukan dia. 

Arissa senyum sambil angguk. “You gonna have a niece soon.” Balas Arissa tidak yakin. Harapnya kandungannya ini adalah perempuan. Tapi suaminya pula mahukan anak lelaki. 

“Well, congratulations then.” Ucap Adam dengan senyuman.

Arissa senyum sebelum mengambil tempat di sebelah Amily. Dipandang Adam dan adik iparnya selang seli. Tertanya-tanya apa yang kedua-dua orang ini mahu bincangkan. “So apa yang both of you nak bincangkan?

Adam telan air liur. Amily pula ukirkan senyuman sinis. Amily sah-sah tahudia gerun berhadapan dengan Arissa. “It’s our secret, Along.”

Arissa geleng kepala. DIa tak mahu percaya apa jua yang adiknya akan bincangkan dengan adik iparnya adalah rahsia. Rahsia atau tak, dia tak akan bersetuju dengan apa jua yang keluar dari mulut dua manusia di hadapannya. Masing-masing ada agenda tersendiri. Baik Amily mahupun Adam. 

“I won’t believe that, Adam. It’s must be something nonsense regarding your marriage, right?”

Adam mengeluh. “Instead Along nak salahkan Adam, lagi baik Along salahkan Amily. Whatever happened to us right now, it’s all because of her idea.

Arissa pandang Amily. Adik iparnya itu hanya mengukirkan senyuman. Sekali lagi dia gelengkan kepala. “And, have both of you thinking about your marriage? Sampai bila nak hidup macam ni?” Arissa pandang kedua-dua Adam dan Amily.

Amily masih diam. Adam pula mengeluh. Dan Arissa masih lagi menanti jawapan yang keluar dari mulut Adam dan Amily. 

“Kami buat ni bersebab,” balas Adam setelah mengharapkan AMily bersuara tidak menjadi kenyataan. Wanita itu hanya mendiamkan diri disertakan dengan senyuman sinis. 

Arissa mengeluh. Dia mahu bersuara, tapi belum sempat dia lakukan itu, kedengaran suara Angela, pembantu rumah mereka. 

“Makan malam sudah siap.”

Sekali lagi Arissa mengeluh. Dia pandang sekali lagi Adam dan Amily yang masih berdiam diri. Tanpa berkata apa-apa, Adam bangun dan melangkah ke arah ruang makan. Arissa memandang Amily yang masih mendiamkan diri.

“You have to do something, Amily.

Amily tarik senyum senget. Mahu saja dia ketawa pada cadangan yang tidak masuk akal keluar dari mulut kakak iparnya itu. Bukan sekali wanita itu melontarkan ayat yang sama. Berkali kali sejak hari pertama dia bergelar isteri Adam Joshua itu. “We didn’t love each other, Along.

Arissa telan air liur. Dia tahu itu. Sebab mengapa Amily bersetuju untuk berkahwin dengan Adam hanyalah disebabkan mahu selamatkan syarikat Encik Zafrul.

“Make him fall in  love with you.”

Amily senyum senget lagi. Buatkan Adam jatuh cinta padanya? Itu tiada langsung dalam life goalnya.“How? I’m not his type.”

Arissa mengukirkan senyuman. “Kalau Amily nak, Along ajarkan cara-caranya.”

Amily senyum. “That’s a good idea but…” Sengaja Amily biarkan ayatnya tergantung.

Arissa kerut dahi. Menanti ayat adik iparnya yang seterusnya. 

“… whatever I do, he won’t like me.

Arissa telan air liur. Dia tahu fakta itu. Dan dia tahu perangai Adam, yang apabila lelaki itu tidak menyukai seseorang, sampai mati, Adam tak akan suka orang itu. Sebagai contoh, Zachary, sepupu mereka. Tidak tahu apa penyebab berlakunya permusuhan Zachary dan Adam. Tapi dia seperti Puan Julia, turut tidak menyukai ibu Zachary, Auntie Nellyana.

“Apa yang kamu berdua buat tu? Dinner is ready.” Tiba-tiba kedengaran suara Puan Julia dari jauh. Dari tadi dia menunggu kelibat anak dan menantunya ini tiba di meja makan Diatnya Adam, anak keduanya itu hanya jawab tidak tahu.

Amily bangun sebelum Arissa menuruti langkah adik iparnya. Dia, walau macam mana sekalipun, dia akan memastikan hubungan Amily dan Adam berubah. 

10 minit kemudian, semua berada di meja makan. Arissa hanya geleng kepala melihat Adam dan Amily. Kedua-duanya tidak bersuara sesama sendiri. Yang bersuara hanyalah Airil yang akan bertanyakan itu dan ini pada Amily. Sesekali Puan Julia akan mencelah. Dan Adam hanya mendiamkan diri. Adik lelakinya itu langsung tidak mahu bersuara. Khsuyuk dengan makanan dalam pinggannya. 

“Amily…” Arissa bersuara. 

Adam mengerling kakaknya. Dia harap sangat Amily cepat cepat beredar. Sebab pertama dia tidak senang dengan kehadiran wanita itu. Sebab kedua, dia syak Arissa dan Mommy sedang rancangkan sesuatu. Seperti mana Daddy mahu dia dan Amily bekerja untuk coming soon projek syarikat mereka. 

Amily pandang kakak iparnya. 

“Apa kata Amily overnight sini malam ini?” Arissa bersuara lagi. 

Adam menghela nafas panjang. Dia sudah mengagak. Arissa dan Mommy sedang rancakang sesuatu. Wajah Puan Julia kelihatan tenang saja saat Arissa lontarkan soalan itu pada Amily. Mommy sudah tahu dari awal-awal. Dia pandang Amily. Harapnya wanita itu akan menolak pelawaan kakaknya. Dia harap sangat itu. 

Amily telan air liur. Dia mengerling ke arah Adam di hadapannya. Lelaki itu sedang memandangnya. Tentunya mengharapkan dia akan menolak pelawaan Arissa. Dia pandang Arissa dengan senyuman. “That sounds good.”

Adam mendengus tanda tidak puas hati. Amily memang sengaja. “And where is she gonna sleep?”

“Alah, bilik tetamu kan ada. Rumah ni banyak bilik. Kak Amily cakap je nak bilik…” Airil tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila terpandangkan jelingan abangnya. Menggerunkan!

Arissa senyum. Begitu juga dengan Puan Julia. “Buat apa dia nak tidur bilik tetamu? Bilik Adam kan ada?”

Adam hembus nafas. Dia geleng kepala. Dia tak akan setuju Amily berada di biliknya. “I won’t allowed that.”

Arissa senyum sinis pada adik lelakinya. “Why? Kau bukannya tidur sini pun.”

Adam mengecilkan matanya. Terasa Arissa Juliana di hadapannya begitu kecil sekali. Walau betapa dia tidak puas hati dengan Arissa, dia tak mampu lakukan apa-apa. Arissa memang terkenal dengan sikap garangnya. Dia pernah dibelasah oleh wanita itu hanya pernah mengoyakkann buku kesayangan wanita itu dulu.

Adam telan air liur. “I will sleep here tonight.”

Arissa senyum senget. Jerat mengena! “Kalau kau risau yang barang kau akan hilang bila Amily kat bilik kau, you better leave. Amily won’t do that. There’s nothing valuable in you room, right Amily?” Arissa pandang adik iparnya.

Amily senyum. “That’s right.” Amily pandang Adam tapi lelaki itu mengalihkan pandangannya. “But unfortunately…” Sekali lagi Amily biarkan ayatnya tergantung. Dia pandang Arissa dan Puan Julia berselang seli. “I couldn’t make it tonight.”

What?” Arissa kerut dahi. Begitu juga Puan Julia. 

Amily tarik nafas. Dia tiada niat untuk kecilkan hati keluarga mentuanya. “I was told to have dinner tonight. But didn’t told to stay here…” belum sempat Amily habiskan ayatnya, Arissa mencelah. 

“Kalau Amily tak ada baju, you can use mine.

Amily geleng kepala. “I kena balik juga malam ni, Along. I have flight tomorrow. And plus I’m not done packing yet.” Amily jujur. Walau dia sedikit kecewa. Kalau tidak, dia boleh menyelongkar barang barang peribadi lelaki itu. Tentu akan ada sesuatu yang bakal menarik perhatiannya nanti

Adam telan air liur. Sedikit lega. 

“Amily…” Puan Julia bersuara. Sedikit kecewa. 

“I’m sorry, Mommy. Maybe next time?”

Puan Julia angguk dengan senyuman kelat. 

Arissa mahu bersuara tapi Amily terlebih dahulu bangun. 

I’m sorry again. I have to go. And see both of you again.” Amily tahu agak biadap beredar ketika makan, tapi dia juga tidak mahu menghabiskan masanya menghadap Adam. Dia ada sesuatu yang lebih penting dari bermalam di rumah mentuanya.

“Mommy hantarkan ke pintu.” Puan Julia bangun. Dia menuruti saja langkah menantunya itu.

Arissa mengeluh. Apa yang dirancangkannya malam ini terpaksa dibatalkan. Dia pandang Adam yang kelihatan tenang. “It’s all your fault, Adam!”

“What?” Adam kerut dahi. 

“If it wasn’t you, she will stay here tonight.”

Adam tarik senyuman senget. “She’s the one refuse. It’s not my fault.”

Arissa mendengus. “Along nak tengok berapa lama kau boleh bertahan dengan perkahwinan macam ni.

Adam senyum senget. “It’s my marriage Along. Stay out of it.” Adam bangun. “And if you forget, I hate her.” Adam beredar ke tingkat atas.

Arissa mengeluh. Dia sedikit terkesima dengan ayat Adam. Tidak tahu bagaimana untuk buatkan Adam berhenti membenci Amily. Dia harap Amily akan lakukan sesuatu untuk itu.


Reenapple: Ego lah Adam ni. Eh la. 





6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.