Friday, May 15, 2015

Stick & Stones #13





[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12]


Amily memasuki ruang lobi hotel mewah dengan selamba. Tanpa mengesyaki gerak gerinya sedang diperhatikan seseorang. Langkahnya kemudian terhenti saat namanya dipanggil.

“Amily!” kedengaran suara wanita. Amily menoleh. Wajahnya kelihatan tidak puas hati dengan gerangan yang menyebut namanya sebentar.

“Dah lama bukan, kita tak jumpa. The last time we met on your wedding day,” ucap wanita itu.

Amily senyum palsu. Sedikit bengang bila diingatkan itu. Manalah dia tahu, Mama menjemput semua rakan sekolahnya dulu. Dan itu termasuk Jessica yang langsung tidak pernah dia suka. 

“It’s really been a while,” balas Amily tidak ikhlas.

“Kau buat apa kat sini?” Soal Jessica. Untuk sejujurnya, dia bukanlah menyukai Amily. Dan dia tahu Amily juga tidak menyukainya tapi masing-masing hanya berlagak hipokrit setiap kali berhadapan. 

“Family dinner.”

“Alone? Your husband?” Mata Jessica galak mencari kelibat lelaki kacak di ruangan lobi itu. Ramai lelaki kacak tapi tiada satu pun adalah suami Amily.

“He will be arriving in any minute.”

So, both of you datang separately for family dinner?” Jessica sedikit terkejut tapi kelihatan gembira. 

Amily mendengus. Bengang pula dengan perempuan berlagak dihadapannya ini. 

Jessica senyum. “Aku ada perjumpaan dengan kawan-kawan kolej aku dulu kat sini. And guess what, I still the prettiest among them.”

Amily senyum jengkel. Sudahlah dia tidak bertanya pun, Jessica pula terhegeh-hegeh membuka cerita. Lepas tu mahu bangga diri pula. Perasannya minah ni. 

“Oh, aku rasa itu suami kau, bukan?” Jessica menunjukkan ke arah pintu masuk hotel. 

Amily menoleh. Memang benar sangkaan Jessica. Kuat betul daya ingatan Jessica. Masih ingat wajah Adam walau baru jumpanya sekali. Mata Adam dan dia bertaut sambil lelaki itu melangkah ke arahnya. 

“Hi!” sapa Adam dengan senyuman palsu di bibirnya. Dia memandang Amily dari atas sehingga bawah. Kelihatan anggun seperti selalu. Sesuatu yang dia tidak pernah mampu sangkal dengan keanggunan Amily Katrina ini.

Oh, Cik Jessica, what a coincidence,” sapa Adam pada Jessica dan itu membuatkan Amily mengerutkan dahi. 

“Both of you know each other?” Amily kerut dahi.

Adam angguk. 

“He’s my boss,” jelas Jessica.

Amily tidak pendulikan Jessica. Benci pula mendengar suara Jessica. 

“You tak bagitahu I pun,” Amily memandang Adam.

Adam jungkit bahu.

“I tak tahu pula you dan dia,” mata Adam pada Jessica . “actually kenal each other.”

“Kami kawan satu sekolah.”

“She’s not my friend,” balas Amily selamba. Dia gelak dalam hati melihat wajah Jessica yang berubah. Padan muka!

“Of course, Amily jenis yang tak suka berkawan. Boleh dibilang dengan jari berapa orang kawan yang dia ada. Amily digelar manusia pelik ketika di sekolah dulu.” Jessica kenakan Amily.

Amily tarik senyum senget. Tidak kira berapa juta kali Jessica mahu mengenakannya, dia tak pernah tewas untuk mengamuk pada wanita itu. Lagipun, yang menunjukkan kebodohan sendiri adalah Jessica bukan dirinya. 

“Kau masih berkawan dengan Tina?” Jessica bersuara sinis.

Amily abaikan soalan Jessica. Entah apa-apa soalan perempuan bajet bagus itu. Nasib baik mereka di tempat awam sekarang ini, kalau tidak memang teruk dia kenakan gadis di hadapannya. Dia sedar Adam sedang memandangnya dengan hairan. Janganlah Jessica buka kisah silamnya di hadapan Adam.

“I heard your marriage is actually family arrangement, is that true?” Soal Jessica lagi.

Amily tarik nafas. Tubuhnya dipeluk. “Itu bukan urusan kau. Sekurangnya aku berkahwin and live happily ever after. Aku dengar kau baru je bercerai dengan suami kau. Perkahwinan kau belum setahun lagi bukan?”

Jessica mematikan senyumannya. Sakit hati pula mendengar ayat Amily. Direnung tajam AMily di hadapannya. 

“Jom...” Amily memandang Adam “…parents kita tentu dah tunggu lama.” Amily kemudian memulakan langkah ke ruang makan VIP yang telah ditempah khas. 

“I see you again,” ucap Adam pada Jessica sebelum menuruti langkah Amily. 

Jessica senyum palsu memandang Adam dan Amily meninggalkannya. Kaki dihentak tanda protes pada tingkah laku Amily. Benci!

“Berlagaknya kau pompuan!” marah Jessica sebelum beredar. 

**********************************


Ketika makan malam, semuanya kelihatan sempurna kecuali Adam dan Amily yang langsung tidak bercakap antara satu sama lain seperti biasa. Yang akan bersuara adalah ibu bapa mereka, bertanyakan itu, bertanyakan ini. 

“So…” Encik Kamarul bersuara setelah mengesat mulutnya. Dipandang anak dan menantunya sebelum beralih pandangan kepada isteri dan besannya. Masing-masing menganggukkan kepala, memberi isyarat supaya dia mengeluarkan apa yang dibincangkan semalam pada Adam dan Amily. “I would like to inform something.”

Adam tarik nafas. Sedikit tidak selesa. Dia tahu apa yang bakal Daddy katakan nanti. Lelaki itu telah berbincang dengannya beberapa hari yang lepas. Dikerling ke arah Amily yang kelihatan tenang memandang Daddy.

Encik Kamarul mengukirkan senyuman. Dipandang besannya, mereka juga turut mengukirkan senyuman. “It’s supposedly should be inform in tomorrow meeting but it’s better if both of you know this earlier.” Dia pandang kedua-dua anak dan menantunya.

“What it is?” Soal Puan Julia tidak sabar. Apa entah berita yang suaminya mahu sampaikan. Harapnya itu adalah sesuatu yang baik.

“Our coming soon project with MZix Holdings, I serahkan pada Adam untuk handle.” Encik Kamarul memandang anaknya sebelum memandang besannya. Encik Zafrul tersenyum padanya. 

“And Amily will take incharge on behalf of MZix Holdings,” Encik Zafrul bersuara, memandang anak perempuannya.

“What?” Amily sedikit terkejut. Dia pandang Papanya dengan tidak puas hati. “You gotta be kidding me.”

Encik Zafrul geleng kepala dengan senyuman. “I do it on purposely.”

Amily pandang Encik Zafrul. Kemudian pandang Adam di sebelahnya. “Do you know about this?”

Adam angguk.

I told you, we have something to discuss, right?”

Amily telan air liur. Dia pandang kedua-dua ibu bapanya sebelum memandang mertuanya. “Well then, it’s good to hear that.

Adam kerut dahi. Bukankah sepatutnya Amily mengamuk sehabis yang mungkin dia mahu? Tapi respon wanita itu benar-benar mengejutkannya. Ah, dia sememangnya tak akan pernah faham apa yang difikirkan oleh seorang wanita bernama Amily Katrina ini. 

Encik Kamarul mengukirkan senyuman. Begitu juga Puan Julia dan Puan Sarah tapi tidak Encik Zafrul. Dia pasti apa yang keluar dari mulut Amily tidak sama dengan apa yang dirasakan oleh hatinya.



Reenapple: So, apa muslihat Amily?


8 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.