Thursday, May 14, 2015

Stick & Stones #12



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11]


Amily memandang lelaki di hadapannya dengan rasa tidak percaya. Terkejut juga saat pengawal di lobi, menghubunginya memaklumkan mengenai tetamu yang tidak diundang yang mengaku sebagai suaminya. 

“Lelaki ini memaklumkan yang dia adalah suami cik,” pengawal yang berada di kaunter memberitahu.

“Hi..” Sapa Adam dengan sinis. 

Amily diam. 

“Dia suami Cik?” Soal pengawal itu lagi. Setahunya wanita yang berada di unit 2301 belum berkahwin. 

“Mengikut undang-undang, ya,” jawab Amily sinis. Matanya menjeling tajam Adam. 

Adam senyum. Dia mengerling pengawal yang memakai tag nama Abil itu. Wanita itu kelihatan sedikit terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Amily.

“Ikut I..’ arah Amily pada Adam. 

Adam hanya mengekori saja langkah Amily. Ketika mereka berada di dalam lif, masing-masing mendiamkan diri. Setiba di apartmen 2301, Amily sekali lagi memandang Adam dari atas sehingga bawah. Wajah wanita itu kelihatan sedikit terkejut, sedikit bengang, dan sedikit hairan. 

“How on earth, you tahu I di sini?” Amily keluarkan soalan yang dia pasti dia tidak perlukan penerangan dari Adam. Ada banyak cara untuk lelaki itu mengetahui di mana dia tinggal.

Adam mencebik. 

“Dan apa yang you buat kat sini?” soal Amily lagi. 

“Saja. I rasa I patut tahu kat mana isteri I tinggal. Or else, bila kita bercerai nanti, segala harta I akan jatuh ke tangan you. Lagipun, itu sebab utama kita berkahwin bukan? Sebab duit?”

Amily diam. Tidak memberi reaksi pada ayat Adam. “Would you like anything? Coffee?” Dia menuju ke arah dapur. 

“Yeah, sure.” Balas Adam walau dia hairan. Sepatutnya Amily mengamuk padanya. Tapi wanita itu cuma bersikap dingin seperti biasa. Dia mengambil tempat di kaunter di dapur, memerhatikan gerak geri Amily yang sedang membancuh kopi. Matanya memerhatikan sekeliling apartmen mewah Amily. Tiada cacat celanya. Kemas, teratur dan elegan. Dan dia pasti segala perabot yang berada di apartmen ini adalah direka khas.

“Yang itu, apa?” Soal Adam apabila menyedari calendar di peti ais. Terdapat pelekat berwarna merah yang ditampal di sebahagian petak hari.

Amily menoleh. “That’s my disaster day.”

Adam kerut dahi. “Means?

“Itu adalah hari-hari yang I kena spend dengan you.”

Adam senyum sinis. “You tak suka spend masa dengan I?

Amily tunjuk reaksi dingin. “Apa tujuan you sebenarnya? I ingat you stick to our plan.”

Adam jungkit bahu. Dia tiada jawapan untuk itu. Yang dia tahu semuanya terjadi saat dia lihat kemesraan Amily dan lelaki yang tidak dikenali.

“You tak suka I datang sini?”

“To be honest, the answer is yes.”

Belum sempat Adam bersuara lagi, mereka dikejutkan dengan bunyi loceng pintu. Adam pandang Amily. “Are you waiting for someone?”

“Yes.” Amily melangkah ke arah pintu. Adam perhatikan saja gerangan lelaki di muka pintu. Ingatkan siapa. Rupanya penghantar pizza.

“I ingatkan someone special,” Adam bersuara lagi.

“Wanna join us?”soal Amily tidak ikhlas. Harapnya Adam menolak saja pelawaannya.

“Should I?”

“Kalau you tak malu.”

Bunyi loceng pintu kedengaran sekali lagi. Amily melangkah ke arah pintu.

“Babe!!!!” kedengaran jeritan suara wanita saat pintu dibuka. 

Adam memerhatikan gerangan wanita itu yang masih memeluk Amily.

“I ada cerita nak bagitahu you. And… did you order our pizza? I rasa I akan overnight kat sini…” Wanita yang baru melangkah masuk itu terusan bersuara sebelum ayatnya tergantung. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi saat dia sedar lelaki di hadapan.

“Adam?” Wanita itu memandang Adam dan Amily bergilir-gilir. Tertanya-tanya apa yang sedang berlaku sekarang ini. 

Adam kerut dahi. “Do we know each other?”

Wanita itu memandang Amily, meminta penjelasan. Amily memandang Adam sebelum kepala digeleng. “Ini Tina, kawan I. The bridemaid?”

Adam angguk kepala. Dia ingat ada seorang wanita kenalan Amily yang suka bercakap. Ketawa pun macam Pontianak. 

“She know about us?”

Amily angguk.

I ganggu ke?” Tina pandang Amily dengan was-was. 

“Tak. Lagipun Adam dah nak beredar, bukan?” Amily pandang Adam.

Adam senyum sinis. Matanya memandang Amily. Mereka saling memandang satu sama lain. Walaupun tidak bersuara, tapi masing-masing menunjukkan isyarat melalui pandangan.

Tina yang dari mendiamkan diri kembali bersuara. Dia merasakan ideanya untuk bermalam di rumah Amily malam ini adalah tidak sesuai.

“Mungkin, I patut balik. I tak nak kacau daun…” 

Amily memandang Tina. Harapnya sahabatnya itu mengerti pandangannnya.

“Or.. not..” ujar Tina dengan takut.

I patut balik ke?” Soal Adam tanpa rasa bersalah. 

“Kalau you tak nak balik pun, tak apa. Kita bertiga boleh berbual sehingga pagi esok. Atau pun I je yang balik.” Dalam kepala Tina, dia tetap rasakan dia patut beredar. Lebih-lebih lagi melihatkan muka Amily yang tegang. Bukan dia tidak tahu perangai sahabatnya itu. Tentu ada sesuatu yang bakal berlaku.

“No one, ask you to leave, Tina.” Ucap Amily dengan nada mendatar.

Tina telan air liur. “I nak guna bilik air,” ucap Tina sebelum menghilangkan diri ke bilik air di hujung lorong sana. Sekadar mencari alasan untuk dari melibatkan diri ke dalam perang dingin Adam dan Amily.

Mata Amily masih pada Adam. “I rasa you patut pulang.

“Kalau I tak nak balik? What you are gonna do about that?” ugut Adam.

“Apa yang you nak sebenarnya? Whats’ your game?”

“Nothing. Just like I said before this, I cuma nak tahu…” belum sempat Adam mengahbiskan ayatnya, Amily mencelah.

“I’m not interested with your money anymore. I have my own money and my own life.” 

“Jadi, you dapat duit dari perkahwinan kita? How much Papa bagi you?”

“I think it’s better you leave.” 

Adam senyum sinis. “Well then, I will leave. But…” ucap Adam sambil tangannya mencapai jaket di sofa. Matanya kembali memandang Amily. “I rasa kita ada hal untuk dibincangkan.”

“Which is?”

“I akan bagitahu you esok.”

Amily mengeluh. Lupa pula esok ada jamuan makan malam bersama keluarga mereka. Menjadi kebiasaan setiap bulan akan ada makan malam bersama. Walau dia tidak tahu tujuan ibu bapa mereka berbuat sedemikian, dia pasti itu adalah helah untuk memastikan perkahwinannya masih berlangsung. 

“You nak I jemput you?”

“I masih belum lupa bagaimana untuk memandu.”

Adam mencebik. “Okay then. See you tomorrow,” ucap Adam sekali lagi sebelum menghilangkan diri di balik pintu.

5 minit kemudian, kelibat Tina muncul semula di ruang tamu. Gadis itu melihat Amily sedang melayan rancangan TV dengan kepingan pizza di tangannya. 

“Adam dah balik?

Amily kaku. Tidak memberi reaksi pada soalan Tina.

Tina mengeluh. Dia mengambil tempat di sebelah Amily.

“Kenapa dia datang sini?”

Amily jungkit bahu.

“You cakap dia tak tahu you tinggal kat sini, but how on earth he’s coming to you?

“He is. Tapi tak susah pun bagi dia untuk tahu I tinggal kat mana.”

“Dia bagitahu kenapa dia cari you?

Amily mengeluh. Kepingan Pizza diletakkan semula ke dalam pinggan di hadapannya. Dia memandang Tina. “Dia cakap, dia perlu tahu di mana I berada or else all his money will fall to my hand apabila kami bercerai.” Amily ulang semula ayat Adam dengan cara jengkel. 

Mata Tina terbeliak. Terkejut dengan ayat yang baru didengarnya. Atau sahabatnya ini hanya mempermainkannya?

“He really said that?”

Amily angguk.

“Did you believe him?”

Amily jungkit bahu. “I tak kisah pun duit dia.”

Tina senyum hambar. “Babe, berapa lama you nak hidup macam ni?”

Amily pandang Tina lagi. Dahinya berkerut. “Means?”


“According to law, you get married. Tapi life you tak macam orang kahwin.”

“It’s what all of us already agreed.”

“Dan you tak menyesal?”

Amily kerut lagi. Kenapa dengan Tina ni? Asyik tanya soalan yang bukan-bukan.

“Untuk kesejuta kali you tanya soalan yang sama. Jawapan I tetap TAK, Tina.”

“Adam is not that bad.”

“I never said he is.” Mata Amily kembali pada televisyen di hadapannya. 

“Then?

Amily pandang Tina lagi. “You dah kenapa? Asyik tanya soalan yang pelik-pelik je.”

Tina ketawa kecil. “Kalau Adam tak muncul kat sini, takdenya I tanya soalan-soalan pelik tu. I cuma curious je.”

“Curious on what?”

“Sebab almost 4 month you dan dia kahwin. And you dan dia senyap selepas itu. Dan tiba-tiba dia muncul kat apartmen you. I thought you dengan dia dah buat keputusan untuk berbaik.

Amily kerut dahi. “I tak pernah cakap kitaorang gaduh. Dan apa jua yang sedang bermain dalam kepala otak you, it will never happen.”

Tina ketawa. “So, when the next family dinner?”

“Esok.”

Tina memandang sahabatnya dengan senyuman. Tahu sangat apa yang difikir Amily. Setiap kali tarikh makan malam bersama keluarga ditetapkan, setiap kali itulah gadis di sebelahnya akan mengeluh bernada kecewa.

“Kalau you tak nak pergi, janganlah pergi.”

Last month I dah buat.

Tina telan air liur. “Seriously?” 

Amily angguk. 

“Then, what happened?”

Amily jungkit bahu. Malas untuk ingat hal yang lalu. Masih teringat ugutan Papa hari itu.

“Babe… kau sendiri tahu kenapa family kau beria-ia nak buat family dinner once a month. It’s to ensure both of you still hold on to this marriage.”

“But my marriage is not like normal marriage.” Balas Amily dengan selamba. 

“That’s because you’re the one who made it.”

Amily senyum. “Yeah. But I didn’t regret it.”

Tina geleng kepala. Tidak tahu bagaimana lagi mahu menasihati sahabatnya ini. Dahinya berkerut, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. 

You fikir apa?” Soal Amily apabila melihat wajah berkerut sahabatnya itu.

“You dan Adam.”

“Kenapa?”

“I cuma terfikir… kenapa lelaki sekacak Adam dan wanita secantik you tak terpikat pada each other.”

Amily ketawa kecil. “Because we dislike each other at the beginning.”

“Dan parents you tak pernah cakap apa-apa? Cuba untuk buatkan you dan Adam berbaik?”

Amily geleng. “They think if they mention something about my marriage, Adam and I will have a divorce.”

“Seriously?” Soal Tina risau.

Amily jungkit bahu. “Itu belum dibincangkan lagi.

“Tapi, kenapa Adam tidak mahu letakkan jangka masa untuk perkahwinan ini? Dia cuma biarkan you dengan status gantung tak bertali.”

Amily ketawa kecil. Kelakar pula mendengar ayat Tina.

“KEnapa you gelak?” Tina hairan.

“Ayat you kelakar.

“Well princess, that’s the fact,’ ujar Tina bengang. “You dan dia berkahwin, Tapi tak seperti berkahwin. Macam tak ada hala tuju.”

Amily telan air liur. Ada benar apa yang dikatakan Tina. Tapi dia sendiri tidak pernah fikirkan kemana hala tuju perkahwinannya. 

“Mungkin dia akan bincang esok.”

Esok?” Soal Tina hairan.

Amily angguk. “Dia cakap ada hal nak dibincangkan esok. Mungkin tentang perkahwinan kami.

Tina senyum jahat. “What if, dia tuntut hak dia sebagai seorang suami?”

“Itu tak akan terjadi.”

“You pasti?”

Amily angguk kepala dengan yakin. 

Tina mengeluh. “Kenapa you tak cuba kenal Adam itu? He seems a good guy.”

Amily tunjuk riak jengkel. Dipandang Tina dengan rasa tidak puas hati. “Kalau you masih nak bercakap tentang lelaki itu, mungkin you boleh pulang?”

Tina buat muka kasihan. “Okay dear, aku dah tak cakap tentang Adam. Dan I sebenarnya ada hot story untuk you.”

“What story?”

“Jessica…” Tina tunjuk senyuman jahat. Dari tadi dia tak sabar untuk memulakan penceritaannya tentang bekas rakan sekolah mereka itu. Itu adalah sesuatu yang harus dikongsikan dengan Amily. 

Dan pillow talk mereka bermula.



Reenapple: Tengah tunggu part Adam dan Amily berbaik sebenarnya. Hurm 


6 comments:

  1. Ur story cik writer penuh misteri lah....i like it...mmg terbaik..tertanya2 jgk kekal ke x perkhwnan dy org ni..hurmm

    ReplyDelete
  2. Cepat2. Tak sbar nak tau nih. Amily is so cool. I like it. #teamAmily

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.