Wednesday, May 13, 2015

Stick & Stones #11



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10]



Tiga bulan dan 12 hari kemudian….

Delaila memandang Adam yang dari tadi kelihatan gembira. Hanya dia yang risau entah apa-apa. Selepas perkahwinan Adam dan Amily, dia langsung tidak dengar khabar berita dari sahabatnya. Tertanya-tanya adakah ia berjalan seperti yang dirancangkan. Delaila tidak tahu dia mahu risaukan Adam atau mahu risaukan Amily. Tapi apa-apa pun dia harus berada di pihak Adam.

“So, how’s your life?” 

Adam senyum sebelum meneguk kopi di hadapannya. “It’s been great. Everything is over.”

Delaila senyum kelat. “And Amily?

Adam jungkit bahu. Dia ingatkan tiga hari selepas Amily menghilangkan diri dari hotel 4 bulan yang lalu, dia akan bertemu wanita itu di Paris tapi wanita itu tidak pernah muncul. Dan akhirnya dia menghabiskan percutiannya seorang diri saja. 

Untuk hal sebenar, dia sendiri tidak tahu di mana Amily tinggal atau berada. Atau dalam erti kata lain, sehari selepas majlis perkahwinan mereka, masing-masing hidup dengan dunia masing-masing. 

“It’s been almost four months. Dan you tak tahu apa-apa tentang dia? Did you know where she is right now?” Delaila tidak puas hati.

Adam meletakkan cawan kopi. Matanya memandang Delaila. Hairan dengan Delaila yang tiba-tiba saja menanyakan soalan tentang wanita yang tidak disukainya.

“Kenapa you nak tahu? Does it matter to you, to me, where she is right now?”

Delaila mengeluh. “So, you memang tak tahu dia kat mana?”

Adam angguk kepala. “Itu tak penting dalam hidup I.

“Kalau both of you diminta hadir ke event together? As a couple?”

Adam senyum. “My personal assistant will handle that. Daniel akan maklumkan pada Amily. Dan kami akan set place and time untuk jumpa before event tu bermula.”

Delaila telan air liur. Jika difikirkan semula, cadangan Amily itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Dan ya, untuk saat ini, Delaila terpaksa akui itu sememangnya cadangan yang tidak masuk akal. Tapi kalau itu membahagiakan semua pihak, apa lagi yang boleh dia katakan? Sekurangnya Adam tidak lagi muram seperti dulu. Lelaki itu sudah mampu tersenyum dan menjadi Adam yang dulu.

“Laila?

Delaila tersedar. Dia pandang Adam yang sedang memandangnya. “What?”

“You nampak termenung. Ada masalah dengan Jeff?”

Delaila geleng kepala.

“Then?” 

“I just curious…”

Curious on what? Jeff ada perempuan lain? Then tell me who is she dan I akan tolong you balas dendam.

Delaila ketawa. “Don’t be over protective, Adam. Jeff, bukan lelaki macam tu.

Adam mencebik. Dia tahu Jeffri tak akan menduakan Delaila. Tapi, kalau betul Jeffri curang pada Delaila sepertimana bekas kekasih Delaila dulu, dia tak akan sewenangnya lepaskan Jeffri seperti mana dia buat pada Affendi. Masih dia ingat tangisan Delaila waktu itu.

I cuma curious…” Delaila kembali bersuara. “… macam mana you boleh hidup macam ni?”

“Macam ni? Means?”

“You get married but then…”

Adam ketawa. “You sendiri tahu itu semua idea Amily. You should ask her.”

Delailah senyum kelat. “You memang tak tahu apa-apa tentang dia?

“Why would I?”

“Because she’s your wife?”

Adam ketawa lagi. “She’s probably already have boyfriend.” Jujur, Adam memang tidak kisah. Kehidupan Amily bukan urusannya. Lagipun, wanita itu tidak pernah berbincang apa-apa tentang perkahwinan mereka.

“Dan you tak nak tahu siapa lelaki itu?

Adam geleng kepala. “It’s not my business. After all, I have to keep my promise. Kami berjanji tak akan masuk campur urusan satu sama lain.”

“Have you met her after that?

Adam angguk. “Sometimes, kalau Casa ada urusan dengan MZix, kebarangkalian untuk jumpa Amily adalah tinggi. But I never meet her during working hours. Ataupun kalau kedua-dua family kami mahu berjumpa, kami berdua nak tak nak akan hadirkan diri. But after that dinner, follow our own life.”

Delaila telan air liur lagi. memang sesuatu yang gila apa yang didengarnya. “Dan you tak pernah luangkan masa dengan dia? Just only two of you?”

Adam geleng. “Untuk apa? I bet dia pun tak nak bazirkan masa dia dengan I. She dislikes me. Just like I did.”

Delaila mengeluh. “Tak pernah terlintas di fikiran you untuk cuba kenal dia?”

Adam kerut dahi sebelum dia ketawa. “What’s wrong with you, Laila? I thought you were on my side.”

“I am.”

“Then?”

Sebab you dah give up on Maya. I just thought maybe you boleh bagi peluang untuk diri you?” 

Adam memandang Delaila. Cuba memahami ayat sahabatnya. “Such as?”

Delaila senyum. “Fall in love?”

Adam gelak kecil. “Did you mean by fall in love with Amily?”

Delaila telan air liur. Tidak tahu sama ada mahu angguk atau geleng kepala. 

“I will fall in love again one day but not with Amily.”

“Dan you masih nak simpan Amily sebagai isteri selepas you cakap you tak akan jatuh cinta pada dia?

Adam telan air liur. Tiba-tiba saja dia teringatkan pengakuan Amily pada malam pertama mereka.

Is that mean both of you dah bincangkan tentang penceraian?

Adam telan air liur lagi. tidak pula terlintas di fikirannya tentang penceraian. Amily tidak pula menyebut perihal bercerai selepas itu. Nampaknya wanita itu seperti menggemari status ‘digantung tak bertali.’

“I tak tahu. Amily dan I tak pernah bincang apa-apa tentang kami. We’re just like stranger with some memories.”

Delaila mengeluh. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia beria-ia mahu tahu tentang keadaan Amily selepas berkahwin dengan sahabatnya. Mungkin disebabkan dia terlihat kelibat gadis itu beberapa hari yang lalu. Masih kelihatan cantik seperti dulu. Atau lebih cantik.

“So, you memang tak nak kenal Amily dengan lebih dekat?”

“For what?” Adam hairan. 

“Sebab ia adalah sesuatu yang rugi kalau you tak nak kenal wanita secantik Amily.”

Adam ketawa. “You should know when I hate someone, that’s never change till the end of my life.

Delaila mengeluh. Tak ada guna bercakap dengan Adam tentang Amily. Tak ada apa yang akan mengubah Adam tentang Amily. Dia memerhatikan keadaan sekeliling restoran sebelum matanya menangkap satu tubuh yang dikenalinya. 

“Adam…” Delaila panggil Adam. Matanya masih pada tubuh yang dikenalinya.

What?”-

“There…” Delaila tunjuk ke arah gerangan yang dikenalinya. “Amily…” tangan Delaila menunjuk ke hujung restoran.

Adam menoleh. Betullah apa yang dikatakan Delaila. Itu adalah Amily. Sedang berbual mesra dengan seorang lelaki. Dan itu adalah kali pertama dia lihat senyuman Amily. Senyuman ikhlas Amily. Entahkan wanita itu sedar atau tidak kehadirannya di restoran ini.

“Is that her boyfriend?” Soal Delaila


Adam jungkit bahu. Matanya masih lagi pada Amily. Wanita itu masih tidak menyedari dirinya diperhatikan. Adam perhati pula lelaki yang sedang berbual dengan Amily. Kacak! Mungkin benar seperti apa yang diandaikan oleh Delaila. Lelaki itu adalah teman lelaki Amily. Ah, seingatnya Amily punya hubungan yang istimewa dengan Zachary. Sepupunya itu tak pernah gagal untuk sakitkan hatinya.

“They are leaving..” Delaila bersuara lagi apabila melihat Amily dan lelaki itu bangun. Dia sempat mengerling Adam, melihat reaksi lelaki itu apabila Amily memeluk lelaki yang tak dikenali itu dengan senyuman.

Laila, you ikut I,” arah Adam sebelum bangun dan meletakkan not bernilai $50 diatas meja.

Delaila bangun dan menuruti langkah Adam. Dia diam saja saat kereta BMW X6 Adam, meluncur laju di jalan raya, mengekori kereta Amily dari belakang. 

Setelah 30 minit pemanduan, kereta Adam berhenti. Adam perhatikan saja kereta Amily memasuki kawasan parking yang dikawal itu. 

“Dia tinggal sini?” Soal Delaila, memerhatikan sekeliling bangunan yang kelihatan mewah itu. “Sewa satu bulan apartmen kat sini almost sama dengan tiga bulan gaji I.”

Adam senyum sinis. “Amily is the type of woman who have high taste. Kalau you perhati barang-barang yang dia guna, semuanya barang berjenama. She’s a little bit Maya with that.”

Delaila memandang Adam. Dia salah dengarkah? Adam cakap dia tak tahu pasal isterinya tapi boleh pula bercerita tentang high taste Amily. Dan boleh pula dia samakan Amily dengan Maya. Dia pasti Amily dan Maya adalah dua wanita yang berbeza.

“Actually, you nak buat apa, Adam?” Soal Delaila, memuntahkan soalan yang dia mahu tanyakan dari tadi. 

Adam telan air liur. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mahu mengekori Amily. “Maybe ikut cadangan you?”

“Cadangan I?

Adam angguk sebelum matanya memandang Delaila. “You ask me to know her, right?”

Delaila ketawa. “You feel insecure dengan apa yang berlaku tadi?”

“Which part?”

“Amily dan lelaki itu seems have a very good relationship.” Sengaja Delaila keluarkan ayat sedemikian. 

Adam ketawa. Dia jungkit bahu selepas itu.

“Tapi macam mana kita nak tahu which unit she’s staying?” Soal Delaila lagi. Dia yakin Adam tak akan mahu menunggu dalam kereta, menanti Amily untuk keluar. 

“I akan tanya Daniel. Dia tentu tahu.”

“Daniel tahu?” Delaila hairan. Banyak betul pembantu peribadi Adam tahu. Dari tentang rancangan tak masuk akal Amily sehinggakan perangai Adam yang kadang-kadang hot temper. Nampaknya tugas pembantu peribadi sememangnya mencabar. Dan Delaila tahu Daniel adalah orang yang boleh dipercayai. Segala rahsia Adam dijaganya dengan baik. 

Adam angguk. “Daniel tahu banyak hal yang I tak mahu tahu. One of it, adalah tentang Amily. Dia yang cadangkan I beli ini, beli itu untuk Amily which I never did.”

Delaila ketawa. “Kenapa dia cadangkan semua tu?”

Adam senyum. “Just like you said. Because she’s my wife. He think I… once a while patut tunjukkan pada Amily yang I ambil tahu tentang dia.

He’s good.” Delaila memuji Daniel.

“He is. That’s why I trust him with my life.”

Delaila senyum. Telefon bimbitnya berbunyi. Delaila telan air liur. Dia hampir lupa. 

“Kenapa you tak nak jawab call tu? It’s from Jeff.” Soal Adam hairan.

“I… actually dah janji dengan dia… dengan family dia that we will have dinner together.

“Biar I hantarkan. Kat mana?”

Delaila geleng. “It’s okay. I pergi dengan teksi.”

“It’s okay Laila. I hantarkan.”

Delaila senyum. “It’s okay. I bet you tentu mahu jumpa Amily sekarang ini jugak, kan?”

Adam ketawa. Delaila tahu-tahu je apa yang dia mahu buat selepas ini. 

“Good luck, Adam.” Ucap Delaila sebelum turun dari kereta Adam dan menaiki teksi yang kebetulan baru saja menurunkan penumpangnya di situ.

Adam mendail nombor Daniel. Memberitahu tentang arahannya. Dia senyum saat Daniel memaklumkan apa yang dia mahu tahu.


Reenapple: Apa yang Adam nak buat sebenarnya?




5 comments:

  1. Yeayy. Adam wajib dktkan dgn Amily. Hehehe. #teamAmily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh... dah start team team ni? Penulis #TeamAdam Haha

      Delete
  2. Replies
    1. Berkemungkinan seperti itu. Hurmm

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.