Tuesday, May 12, 2015

Stick & Stones #10




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9]

Jam menunjukkan pukul 12.15 tengah malam saat Amily tiba di bilik. Rupanya dia baru saja keluar selama 30 minit. Ingatkan hampir 1 jam lebih. Mujur saja dia dah mandi. Jadi, lepas ini dia hanya perlu tidur dan keluar dari hotel ini. Tapi di mana dia akan tidur malam ini? Walau macam mana sekalipun, katil harus menjadi miliknya seorang. Penduli apa dia dengan Adam. 

Amily melabuhkan punggung di hujung katil. Dia kembali mengimbau perbualan bersama Papa dan Mamanya tadi. Amily tenang saja. Berkali-kali diingatkan oleh Mama tentang rancangan gilanya. Walaupun Papa tidak mahu bercakap dengannya itu tapi dia tahu sedikit sebanyak dia telah melukakan hati lelaki kesayangannya itu. 

Mama sempat lagi membebel kepadanya tentang betapa tidak matang keputusan yang dibuatnya. Apa yang dia lakukan adalah untuk syarikat Papa. Papa yang mahu dia lakukan sedemikian bukan? Dan itu saja caranya. Mengikut kemahuannya. 

Pintu bilik air terbuka. Amily menoleh. Dia pandang Adam yang hanya dibaluti tuala saja di pinggangnya. 

“Mana you pergi?” Soal Adam selamba. 

Amily tidak mendengar soalan Adam. Dia asyik memandang tubuh Adam yang sasa itu. Dari atas hingga bawah. ‘Not bad’. Puji Amily dalam hati. 

“Amily?” Kedengaran suara Adam. 

Amily tersedar. Cepat-cepat dia alihkan wajahnya.Kenapa dengan dia malam ini? 

“Where you have been?” Soal Adam lagi. Langsung tidak mengesyaki apa-apa. 

“Jumpa Mama.” 

“Oh, how is she?” Soal Adam sambil tangannya ligat membelek baju dalam suitcasenya. Harap-harap Angela masukkan sekali baju tidur kegemarannya. Dia langsung tidak sedar Amily yang sedang memerhatikannya. 

“She’s good. They will be home by tomorrow.” 

“That’s good.” Balas Adam. Dia senyum tatkala jumpa singlet hitam kegemarannya. Disarungkan terus di situ tanpa menghiraukan pandangan Amily. Seluar pendek dicapai. 

“You nak pakai seluar tu kat sini?” Kedengaran suara Amily. 

Adam menoleh. “Yes, why?” 

Amily tarik senyum senget. Tidak menyangka Adam ini berperangai sebegini. Ingatkan lelaki itu berbeza dari mana-mana lelaki yang dia kenal. “But I’m still here. In front of you. Kalau you nak pakai baju sekalipun, pakai ia dalam bilik air. Atau you nak tunjuk asset you kat I?” 

Adam telan air liur. Sedikit terkesima dengan ayat Amily ini. Berterus terang betul! “Well, you are free to see my body.” Sengaja Adam keluarkan ayat sedemikian, mahu menakutkan Amily. Tapi nampaknya tidak berjaya. Wanita itu hanya tersenyum sinis saja. 

“Okay. Take off your towel.”

Adam telan air liur. Dia akhirnya kembali melangkah kebilik air. Beberapa saat kemudian, dia melangkah keluar dari bilik air. Senyuman terukir saat melihat Amily sedang asyik mengemas bagasinya. Langkah dihayunkan ke arah Amily. Dia ada idea untuk kenakan wanita itu. Balas dendam yang tadi. 

“So…” Adam bersuara. 

Amily mengerling. Dia tidak ambil penduli Adam yang sedang mendekatinya. Dia asyik dengan bagasinya. 

“How are we gonna spend our first night?” Soal Adam dengan sengaja. 

Amily mendongak lagi. Sedikit terkejut dengan ayat Adam. “Excuse me?” 

Adam senyum sinis. “You heard me.” 

Amily mendengus. Bagasinya ditutup kasar. Dia pandang Adam. “That wasn’t in our deal.” 

Adam tarik senyum senget lagi. “It is? I don’t think so.” Dia melangkah ke arah Amily. Makin dia melangkah ke arah wanita itu, makin Amily mengundurkan diri ke belakang. Senyuman lebar terukir saat wanita itu terkunci pada dinding. 

“You nak buat apa?” 

Adam senyum jahat. “I nak tuntut malam pertama kita.” Sengaja Adam memandang Amily dari atas hingga bawah. Bukanlah Amily berpakaian seksi. Wanita itu hanya mengenakan baju tidur bertali halus dipadankan dengan seluar pijama berwarna biru gelap. 

Amily telan air liur. Tapi dia senyum. Dia tahu Adam sengaja mahu menakutkannya. “In your dream only.” 

“I nak jadikan itu sebagai satu reality.” 

Amily senyum sinis. “You takkan berjaya.” 

“What makes you think like that? You perempuan dan I lelaki. Lainlah kalau I lelaki dan you lelaki atau I perempuan dan you perempuan.” 

Amily senyum sinis lagi. Tapi dia tidak membalas kata-kata Adam. Dia mendekatkan diri pada Adam. Anak mata hitam lelaki itu dipandang dengan senyuman yang menggoda. “Are you sure you want to do this?” Tangannya merangkul leher Adam. 

Adam telan air liur. Tidak pula dia menyangka Amily seberani sebegini. Dia hanya mahu menakutkan wanita itu. “Let’s do that.” Adam ucap dengan rasa berdebar. Biar betul Amily ini. 

Amily senyum sinis lagi. “Do you really want to do this?” 

“What?” Adam kerut dahi. DIa telan air liur. Tiba-tiba saja dia gerun dengan senyuman Amily. “After this you dan I akan hidup dengan cara masing-masing. So, why don’t we take this opportunity?” 

Amily senyum sinis. “But then, I’m not a virgin anymore.” Ucap Amily tenang. Dia menjauhkan diri dari Adam sebelum melangkah ke arah katil. “So, it’s means, if we really did that, it isn’t my first night.” 

Adam telan air liur. Dia salah dengar kah? 

“So I don’t think you nak sentuh I. I bukannya baik macam Maya.” Tambah Amily lagi. 

Adam telan air liur lagi. Pengakuan Amily betul-betul mengejutkannya. “You already have someone?” Tiba-tiba saja Adam teringatkan suara lelaki yang didengarnya pada saat pertama kali menelefon Amily 

Amily tarik senyum. Tidak mengiyakan atau menafikan. “So, I harap kita stick dengan perjanjian kita. After tonight, you may have your own life back.” 

“Who is he?” Tiba-tiba saja Adam terbayangkan Zachary. 

Amily diam. Soalan Adam dibiarkan saja. “So, malam ni you nak tidur di sofa atau katil?” Sengaja dia mahu mengubah topic perbualan. 

Adam menghela nafas panjang. “I will sleep on the bed then.” 

Amily angguk. “Okay then. You boleh tidur di sebelah I. But make sure you do nothing.” Ugut Amily. 

Adam tarik senyum senget. Do nothing? Dia memang tak ada keinginan untuk menyentuh wanita yang dibencinya itu. Lagi-lagi selepas mendengar pengakuan mengejut Amily. Dia akhirnya berjalan ke sebelah kiri katil dan membaringkan dirinya di sebelah Amily. 

Amily kaku. Dia tidak ambil penduli Adam di sebelahnya. Mereka mendiamkan diri sebelum Adam bersuara. 

You pasti you tak menyesal dengan apa yang you buat ni?” 

Amily kerling Adam. “If you dare to do anything on me, I won’t hesitate to scream.” 

Adam ketawa kecil. Tahu takut juga Amily Katrina ini. “But you already used to it.” 

Amily diam. 

Adam tarik senyum senget. “I mean our marriage.”Adam bersuara lagi. 

Amily telan air liur. Malu pulak salah faham. “Ini cadangan I, bukan cadangan you.” 

Tapi I terlibat dengan rancangan you.”

“I didn’t ask you to agree.” 

“But you insist want to be my wife, right?” 

Amily mengeluh. “I cuma kahwin dengan you sebab nak selamatkan syarikat Papa saja.” 

Adam telan air liur. Dia tahu itu. “So, sebab itu you sanggup gadaikan hidup you?” 

Amily telan air lagi. “Kita akan bercerai nanti, bukan? You tak akan mahu habiskan hidup you menjadi suami I dan I tak nak habiskan seumur hidup I bergelar isteri you.” 

Adam mengeluh lagi. Dia bangun, memandang Amily. “Do you even know what is the meaning of marriage?” 

Amily bangun. Air liur ditelan. Dia pandang Adam. Jujur, dia tidak mampu menjawab soalan lelaki itu. Soalan senang tapi dia tidak tahu jawapannya. 

Adam geleng. Amily sememangnya tidak pernah faham erti perkahwinan sebenar. “Have you really been in love before?” 

Amily telan air liur. Soalan Adam dia tidak memberi respon. “If you keep asking me nonsense questions like that, my answer is no, Adam. And stop asking me that stupid question.” Amily berang. 

“Marriage is commitment of love.. People don’t get married because of money, Amily.” Terang Adam. 

“But that’s what we do right now. Because of money.” 

Adam telan air liur. 

“Dahlah. I penat nak gaduh dengan you. Night!” Amily kembali membaringkan diri sebelum menarik selimut menutupi dirinya. 

Adam mengeluh. Akhirnya dia menutup lampu sebelum membaringkan diri di sebelah Amily. Mereka saling membelakangi satu sama lain. Adam tidak pasti sama ada Amily memikirkan hal yang sama dengannya atau tidak, tapi dia tetap pasti cadangan Amily tetap gila. Dan juga pengakuan wanita itu tadi. Benar-benar meranjatkannya. 

******************************


Adam sedar saat matahari memancar tepat ke arah mukanya. Dia bangun, memerhatikan keadaan sekeliling sebelum menyedari kelibat Amily yang telah tiada di sebelahnya. Dia mengeluh dan dalam masa yang sama gembira kerana selepas ini dia akan menjalani hidupnya seperti dahulu kala. 

Tapi sampai bila mereka mahu berkeadaan sebegini? 



Reenapple: Agaknya apa yang akan berlaku nanti?




4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.