Saturday, May 2, 2015

Stick & Stones #1




Delaila tarik nafas sebelum melangkah masuk ke lobi bangunan tersebut. Dia sempat menoleh ke arah Adam yang sedang menanti di luar. Lelaki itu memerhatikannya.

“Hai…” Delaila senyum pada penyambut tetamu di hadapannya. Wanita itu mengukirkan senyuman. 

“What can I do for you, Miss?” soal wanita yang memakai tag nama Suzanne dengan mesra.

“Saya ada hantaran bunga untuk Cik Maya?”

“Daripada siapa saya harus katakan?”

“Daripada Adam.”

“Tunggu sebentar” Wanita itu kemudian menekan butang-butang yang berada di telefon.

5 minit kemudian, keluar seorang wanita cantik dari lif. Delaila ukirkan senyuman melihat kehadiran wanita.

“Maya?” Soal Delaila seakan tidak percaya. Gadis itu tak pernah berubah penampilannya. Segar dan ceria. Dengan lipstick merah di bibir, rambut panjang paras pinggang, membuatkan Maya kelihatan model. Dan dia pasti sedikitpun tidak meragui sebab mengapa Adam tidak mahu lupakan Maya. Gadis itu sempurna. Cukup sempurna di mata Adam. Dan juga matanya.

“Laila?” Maya bersuara sebelum memeluk erat gadis bertubuh kecil itu. “It’s been a long time, we didn’t see each other.”

Laila angguk dengan senyuman. 

“I diberitahu ada bunga dari Adam.” Maya memandang jambangan bunga di tangan Delaila. Senyumannya mati. Digantikan dengan rasa terharu. 

“You pernah mintak Adam belikan you ros hijau, bukan?” Delaila bersuara. Dia dapat rasakan yang Maya terharu dengan ros hijau di tangannya.

Maya senyum hambar. Tidak tahu bagaimana dia mahu ekspresikan perasaannya tika ini. Semuanya bercampur aduk. “I pernah minta dia belikan ros hijau yang sukar didapati. I even challenge him but he never do it. He thought I just kidding.”

Delaila senyum. Dia tahu itu. Adam pernah mengadu padanya tentang idea Maya yang mahu bunga ros hijau yang dia sendiri tidak pernah lihat. 

“Mana Adam?” Maya memerhatikan keadaan sekeliling, mencari-cari lelaki itu namun tiada. 

“Maya… Adam still loves you. He will always love you.”Delaila jujur. Dia mahu Maya tahu itu.

Maya senyum kelat. Dia tahu itu. “Ada banyak perkara yang tak boleh kita elakkan, Laila. I pun nak jelaskan semuanya pada dia. Tapi dia langsung tak mahu jawab call I ataupun Edrian.”

“Apa yang Edrian ada yang Adam tak ada, Maya?”

Maya mengeluh. Bukan niatnya untuk menduakan Adam, tetapi Edrian selalu ada saat dia memerlukan Adam, saat lelaki itu tidak berada di sisinya. Saat-saat tawa dan sedihnya, saat-saat jatuh dan bangun.

“Laila…” Maya pandang Delaila. “I tak berniat nak buat dia macam itu. But ini soal hati dan perasaan. After all, dia dah ditunangkan dengan anak kawan parents dia kan?”

Delaila telan air liur. tidak mahu mengiyakan soalan Maya. “Macam mana you tahu?”

Maya senyum kelat lagi. “We have common friends, Laila. And plus I dah jumpa tunang dia. Amily is good. Not really that bad seperti yang digambarkan Adam.”

Delaila kerut dahi. Sedikit terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Maya. Atau dia salah dengarkah?

“Kenapa you jumpa dia?”

Maya tarik nafas. “Sebab I dah tak boleh bersama Adam lagi. I harap his future wife will take care of him better than me.”

Delaila mengeluh. “She is another choice. Kalau parents Adam tak tahu tentang you dan Edrian, you are the one who will be Adam’s wife.”

Maya angguk dengan senyuman kelat. “I tahu itu. But there are things should be left unsaid, Laila.”

“Maya…” Delaila bersuara. Dia tahu dia telah membuatkan Maya rasa serba salah.

“Tolong bagitahu Adam, please pick up my call.” Ucap Maya sebelum beredar ke lif.

Delaila mengeluh. Tidak tahu sama ada rancangannya berjaya atau tidak. Tidak tahu sama ada harus diberitahu Adam atau tidak tentang perjumpaan Maya dan tunang lelaki? Dan kenapa perlu Maya berjumpa wanita itu? Delaila hairan. Harus percaya ayat Maya atau tidak?

++++++++++++++++++++++++++


Adam memandang Delaila dengan rasa tidak percaya. Tidak mahu percaya dengan kenyataan yang Maya bertemu tunangnya.

“You tak tipu I kan, Laila?” Soal Adam lagi.

Delaila angguk kepala. 

Adam mendengus. “Wy would Maya want to see Amily?” Soalan itu untuk dirinya sendiri.

“Tunang you nama Amily?” Soal Delaila. Dia baru tahu satu fakta yang baru.

Adam mendengus sekali lagi mendengar soalan Delaila. Sampai mati dia tak akan mengaku Amily adalah tunangnya.

“I rasa Amily yang minta Maya jumpa dia.” Adam membuat andaian sendiri. Berfikiran positif tentang Maya dan berfikiran negative tentang Amily.

“Untuk apa Amily mahu buat sedemikian?” Delaila hairan. Kalau dia menjadi tunang Adam, tiada gunanya bertemu dengan Maya. Maya sudah punya lelaki lain dan Adam akan menjadi miliknya. Apa lagi yang Amily mahu?

Adam senyum sinis. “You tak kenal Amily. She is a bitch. Dia boleh buat banyak perkara yang you sendiri tak dapat bayangkan.” Dia masih ingat pandangan Amily padanya hari itu. Saat Mommy dan Daddy memanggilnya untuk perjumpaan keluarga selain menyoal tentang kecurangan Maya. Wajah Amily ketika itu penuh dengan rasa angkuh. 

Delaila diam. tiada komen untuk apa yang didengarnya sebentar tadi. Dia sendiri tidak tahu siapa Amily kecuali status wanita itu sebagai bakal menantu pilihan keluarga Adam.

“So, reaksi Maya macam mana tadi?” Adam ubah topic. Dia tak mahu ingat tentang wanita yang dibencinya itu. “She really felt guilty? You pasti dengan cara tu dia akan kembali pada I?”

Delaila angguk walau dia kurang yakin. “Dia minta you jawab call dia.”

Adam mengeluh. Bukan dia tidak mahu jawab panggilan dar wanita yang dicintaiinya itu. Hatinya masih terluka dengan kecurangan Maya. Dan dia pasti dengan sikapnya yang itu, Maya akan terusan dihimpit rasa bersalah dan akan kembali padanya semula. Dan dengan itu, pertunangannya dengan Amily akan terbatal serta merta.

“I nak you tolong I lagi, please?”

Delaila telan air liur. Apa lagi pertolongan yang Adam mahu darinya?

“This will be the last time I tolong you, Adam. You janji dengan I yang you takkan buat benda-benda yang bukan.”

Adam mengeluh. “Yes I am. But I belum dapat semula Maya.”

Delaila geleng kepala. “What is it?”

“Pujuk Amily batalkan pertunangan kami.”

Delaila telan air lagi. “Adam…”

Adam tarik nafas. Dia tahu dia keterlaluan. Tetapi itu saja caranya untuk Maya kembali padanya. 

“You ingat Amily akan dengar cakap I? Someone yang dia tak pernah kenal?” Delaila bersuara lagi.

Adam pandang Delaila. “Dan you ingat Amily akan dengar cakap I? Both of us pernah bincang hal ini but she refused.”

“Dan kenapa I yang perlu buat semua tu? I cuma janji pada you yang I akan tolong you dapatkan Maya bukan tolong you batalkan pertunangan you,” ucap Delaila dengan tegas.

“Kalau pertunangan I terbatal, Maya dengan mudah akan kembali pada I. So, for now, masalahnya adalah Amily.”

Delaila mengeluh. Ada benar apa yang dikatakan oleh Adam. Tapi mampukah dia lakukannya? Berhadapan dengan Amily yang dia sendiri tidak tahu bagaimana peribadi wanita. Harapnya bukan seperti yang digambarkan oleh Adam.



Reenapple: Harap Delaila berjaya. 



9 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.