Friday, May 1, 2015

Prolog: Stick & Stones




Dia memandang siling putih di hadapannya. Bunyi air yang mengalir tidak dihiraukannya. Harapnya dia cepat-cepat ‘hilang’ dari dunia ini. Harap-harapnya masalah yang melanda dirinya cepat hilang. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk dirinya. 

Dia mengeluh. Penat sebenarnya. Mommy dan Daddy langsung tidak pernah memahaminya. Tak ada siapa yang faham apa yang dia alami saat ini. Satu-satu manusia yang memahaminya tidak berada di sampingnya saat ini.

 Dia tak mampu lagi hadapi semua ini. Dia pejam mata, menenggelamkan dirinya. 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Tiba saat yang kesepuluh, tiba-tiba saja dia terdengar bunyi hentakan di pintu. Memanggil namanya.

“Adam! Open this door! Do nothing stupid, please.” Kedengaran suara perempuan. 

“Adam! Bukak pintu ni!” kedengaran suara lelaki pula.

Adam abaikan suara-suara itu. Dia kembali menenggelamkan dirinya ke dalam jakuzi yang penuh dengan air itu. Dia kembali mengira. Belum sampai kiraan yang kesepuluh, dia rasakan seseorang memegang badannya. 

Dia buka mata. Seorang lelaki dan seorang perempuan sedang memandangnya. 

“Adam…” wanita itu bersuara. 

Adam telan air liur. Dicapai pisau yang diletakkan di bawah tuala tadi. Lelaki itu mula menjauhinya. Begitu juga dengan wanita yang memanggil namanya tadi. 

“JAngan dekat!” Pisau diletakkan di nadinya.

“Adam… kita boleh bawa bincang hal ini…” Lelaki di hadapannya bersuara.

Adam geleng. “No. Nothing is not matter anymore. Semuanya dah berakhir.”

“It’s not over yet, Adam…” Wanita itu bersuara. Ada tangisan di pipinya. 

“I can’t do this anymore! Kau tahu apa perasaan yang paling celaka dalam hidup kau? Perasaan kecewa.” Pisau ditangannya diletakkan ke pergelangan tangan.

“Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. You told me that before, remember?”

Adam telan air liur. Lelaki dan perempuan di hadapannya dipandang silih berganti.

“My girlfriend is cheating with my bestfriend! Dan Daddy…” Adam mengeluh. 

“Aku tahu kau kecewa dengan Maya. Tapi membunuh diri tak akan menyelesaikan masalah, Adam.” Lelaki itu masih memujuknya.

“Aku sayang dia dengan nyawa aku. Dan ini yang aku dapat?” Adam menjerit. 

“Kita akan cuba dapatkan Maya semula, Okay?” Wanita itu bersuara.

Adam telan air liur. “You don’t know Maya, Laila.”

Delaila telan air liur. Dia tahu itu. Tapi dia tahu Adam benar-benr cintakan Maya. Tidak pernah sahabatnya itu memandang wanita lain selain Maya. Bagi Adam, Maya adalah wanita sempurna selain ibunya. Dan Delaila akui itu.

“I might tak kenal dia macam you kenal dia. Tapi I akan tolong you cuba dapatkan dia semula. Okay?” Delaila cuba pujuk lelaki di hadapannya. Walau dia tidak pasti apa yang dia katakan itu. 

Adam geleng kepala. Pisau ditangannya dipandang. Ditekankan mata pisau ke kulitnya. Dia telan air liur apabila melihat titisan merah mula keluar.

“Adam!!!” jerit lelaki itu dan keadaan menjadi gelap seketika.

*********************************


Adam buka mata. Anak matanya ke kiri dan ke kanan. Tertanya-tanya dia berada di mana. Dia mengeluh saat mengetahui dia berada di bilik tidurnya. Tubuhnya disarungkan baju t shirt. Dan dia berada di atas katil. Pergelangan tangannya berbalut.

Pintu bilik terkuak. Seorang wanita mengukirkan senyuman padanya. 

“Laila?”

Delaila senyum kelat. Beberapa saat kemudiaan, seorang lelaki masuk.

“How you feel?” Soal lelaki itu.

“I feel nothing, Jeff,” balas Adam.

Jeffri senyum hambar. “It’s such a stupid act.”

Adam senyum kelat. Dia tahu itu. “Does anyone know about this?”

Delaila geleng. “Why Adam? Why? You tahu tak nyawa you priceless? There are lots of people who love you.”

Adam ketawa dan tiada siapa pun di dalam bilik itu memahami maksud ketawa Adam.

“Then kenapa Maya buat I macam ni, Laila? Kenapa Daddy buat I macam ni?”

JEffri mengeluh. Begitu juga Laila. 

“Hidup tidak kejam, Adam.”

Adam senyum kelat. “Then, Maya kejam? Sebab tinggalkan aku untuk bersama Edrian? Daddy kejam sebab paksa aku kahwin pilihan dia?”

Jeffri telan air liur. Dia tiada jawapan untuk soalan Adam. 

“Everything happens for reasons, Adam,” ucap Delaila.

Adam ketawa. “So, you nak cakap everything yang berlaku pada I sekarang ada sebabnya? Maya tinggalkan I so that I can get married with that bitch?”

“You don’t know her yet. She might not like what you said,” Jeffri bersuara pulak.

Adam mendengus. 

Delaila geleng kepala pada Jeffri, meminta lelaki itu tidak berkata apa-apa lagi. Suasana menjadi sepi seketika sebelum Adam kembali bersuara. Lelaki itu dari tadi memandang Delaila sebelum mindanya teringatkan sesuatu.

“Remember apa yang you cakapkan pada I, Laila?”

“Which one?”

“Yang you akan tolong I dapatkan semula Maya?”

Laila telan air liur. Jeffri memandangnya, lelaki itu geleng kepala.

“You janji dengan I bukan? Yang you akan tolong I dapatkan Maya semula?” Adam bersuara lagi.

“Yes, I promise you that,” ucap Delaila dengan tidak yakin. Bukannya dia benar-benar mahu tolong Adam dapatkan Maya semula. Itu hanyalah sebagai ayat untuk mengelak dari Adam melakukan sesuatu yang bukan-bukan semalam. 

Adam senyum.

“But why Adam?” Soal Delaila. Dia tidak memahami mengapa Adam mahu dapatkan kembali Maya. Maya walau bagaimana sekalipun, tak akan mahu kembali pada Adam. Hati wanita itu tekad memilih Edrian. Lagipun, Adam sudah ditunangkan dengan wanita pilihan keluarganya.

“You know I love her. Kau juga yang cakap the best man wins, kan Jeff?” Adam memandang Jeffri di sebelah Delaila.

Jeffri telan air liur. Dia angguk walau tidak mahu. 

“Tapi you dah ditunangkan dengan…” Ayat Delaila terhenti di situ. Tidak tahu dengan siapa Adam ditunangkan. Yang dia tahu wanita itu adalah anak sahabat ayah Adam.

Adam mendengus. Benci bila diingatkan itu. Dia benci perempuan itu. Walau macam mana sekalipun, dia tak akan berkahwin dengan perempuan itu. 

“Pertunangan dan perkahwinan kami akan terbatal if I got Maya back. The only reason I kena kahwin dengan perempuan itu hanya disebabkan Maya yang curang dengan I.”

Delaila telan air liur. Seakan-akan mengerti maksud tersirat yang Adam ucapkan. “And?”

“And I’m gonna have my life back. I takkan buat perkara bodoh seperti yang berlaku semalam.”

Delaila mengeluh. Dia pandang Jeffri, namun lelaki itu hanya mengukirkan senyuman kelat saja. Jeffri juga sama seperti Delaila, tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan. 

“And you akan tolong I bukan, Laila? Remember you words.”

Delaila mengeluh. Ini akibatnya bercakap tanpa berfikir dahulu. Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata, binasa lah jawabnya.




6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.