Saturday, April 25, 2015

Salah Guru?




Tengah baca isu pelajar jual Nasi Lemak, dan dan dan dapat penjelasan sebenar. Bukan salah cikgu yang sebenarnya. Budak pun salah juga. 

Tapi yang buat aku bengang kat sini is, baca komen komen komen dan tetiba mata aku tertarik pada satu komen. Komen yang tetap menyalahkan cikgu sebab salah didik budak jadi kurang ajar.

And I was like.... heh. 

Sila beritahu aku since when budak biadap, cikgu harus dipersalahkan? So, siapa sebenarnya yang menghasilkan budak biadap itu? Cikgu ke yang mengandungkan dan melahirkan diorang?


Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. That's right. Tapi adakah ia harus di apply pada guru saja? Adakah tugas mendidik dan memberi pelajaran sahsiah dan moral diambil alih oleh guru saja? So, peranan ibu bapa di mana?

Aku entah. Ter-emo sekejap baca komen tu. Asal budak biadap, salahkan guru. Asal budak buat jahat, salahkan guru. 

Sebelum nak menunding jari, siasat dulu.Jangan terburu-buru nak tuding jari. Jangan nak salahkan satu pihak je. Heh 


Sekian. 




8 comments:

  1. sekarang ni kalau bebudak buat salah, orang memang tuding jari dekat cikgu je. Tu yang banyak kes cikgu kena saman tu. Eh la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku lebih suka dengar dua pihak instead 1 pihak.

      Delete
  2. tu la...

    aku tak amik port isu tu, sebab aku tau bkn salah ckgu pun

    entah2 saje orang nak buat viral je.

    crik publisiti kt facebook.

    ReplyDelete
  3. budak sekarang, tak macam budak zaman kita...kalau zaman kita, tak ada istilah budak biadap, zaman sekarang macam-macam ada, pastu sesetengah parents akan masuk campur kalau cikgu sentuh anak mereka, budak-budak sekarang kadang-kadang kena guna kekerasan sikit, baru tahu beradab, ye dop ?

    ReplyDelete
  4. alah.. biasalah tu.. kalau budak buat salah / kurang ajar, budak tak faham ape cikgu ajar, budak tak lulus exam, budak tak reti bergaul dgn kawan2.. mcm smuanya nk salahkan cikgu... padahal didikan kan bermula dari rumah masing2...? bila dah berjaya ramai pula yg mcm lupakan jasa guru.. sygi dan hormatilah cikgu / guru kita walaupun dia cuma ajar kita satu huruf , dia tetap cikgu kita... tanpa cikgu kita takkan jadi pandai n berjaya...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.