Saturday, March 21, 2015

Kedua #39



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30] [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38]

Kedengaran bunyi nada dering dari telefon Samsung Galaxy S6 milik Zara. Zara membuka mata. Argh… siapa pula yang kacaunya tidur? Dia tidak tahu pukul berapa dia tiba di rumah semalam. Bersuka ria di kelab malam bersama Alan. Dikerling jam di dinding, baru pukul 7 pagi. Terlampau awal untuk dia bangun. Lagipun hari ini hari Sabtu. 

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Tangan Zara mencapai telefonnya yang terletak di sebelah katil dengan malas sambil matanya masih tertutup rapat. 

Dibetulkan juraian rambut yang menutupi matanya. Dengan malas dia membuka mata sebelum jarinya menekan skrin telefon tanpa melihatnya terlebih dahulu.

“Hello,” Zara bersuara serak.

“Don’t tell me you tak bangun lagi?” Kedengaran suara tegas Amir.

“Hmmm…” Zara mengeliat. Apa kejadah Amir menelefonnya pagi-pagi buat sebegini. Sah-sah di Australia bukan waktu pagi.

“You pergi clubbing semalam?” Soal lagi Amir.

“You nak apa?” Soal Zara dalam keadaan mamai. Benci betul orang mengacau tidurnya lebih-lebih lagi kalau dia tak cukup tidur.

“Nothing. You kat rumah bukan? Wake up now. Kejap lagi Nenek akan datang rumah,” Amir bersuara.

“Datang rumah? You gotta be kidding me?” Zara bangun dari pembaringannya. Amir ni bergurau ke apa?

“Did I sound like kidding?” sinis saja suara Amir di hujung talian. Mujur dia kejutkan Zara, kalau tak, pukul berapa entah Zara Amani akan bangun. Bukan dia tidak tahu isterinya, jika di hujung minggu, selagi matahari belum berada di atas kepala, tak akan bangun.

“Kat Malaysia pukul 7 pagi, bukan? Maybe around 8 she will be there.”

“Kenapa nenek nak datang? ” Soal Zara sambil menguap.

“I telefon Nenek tadi, and she did mention about visiting you today. I assume it might in the morning. And plus she is full of surprise just like you.” ujar Amir lagi sebelum matikan talian.

Zara menghembuskan nafas. Berang betul dengan Amir tu. Tapi ada betul juga dengan apa yang Amir cakapkan ini. Nenek pantang kalau orang bangun ketika matahari sudah meninggi. Ah… nampaknya dia terpaksa korbankan masa tidurnya lagi. Perlahan-lahan dia turun dari katil sebelum berjalan ke arah bilik mandi.

******************************



Zara mengeliat sambil menikmati pemandangan di waktu malam dari balkoni di bilik Amir. Hari ini seharian dia menemani Nenek membeli belah. Penat tapi menyeronokkan. Banyak juga yang dia tahu pasal lelaki yang bernama Amir Haikal ini.

Tapi bila difikirkan kembali, jika dia dan Amir bercerai, tentunya Puan Suraya akan kecewa. Bukan wanita itu saja, keluarga mereka akan kecewa. Ayah, Mama, Mummy dan Daddy, semuanya akan kecewa. 

Ketukan di pintu membuatkan Zara berhenti berfikir dari hal perkahwinannya. Dia berjalan ke arah pintu sebelum memulas tombol. Kelihatan Nenek di balik pintu.

“Zara belum tidur lagi?” Soal Puan Suraya.

Zara menggelengkan kepala. Dia membiarkan Puan Suraya melangkah masuk.

“Kenapa tak tidur lagi? Teringatkan Amir?” Soal Puan Suraya sambil berjalan ke arah katil dan melabuhkan punggung di situ.

“Tak lah,” ujar Zara sambil memandang wanita berusia 60-an ini. Masih sihat dan bertenaga.

“Tak salah kalau nak rindukan suami sendiri. Nenek dulu, selalu juga rindukan arwah suami Nenek.”

Zara menganggukkan kepala sambil mengukirkan senyuman kelat. Jujur, dia tidak pernah merindui Amir setiap kali lelaki itu berjauhan dengannya. Entah, mungkin Amir tidak begitu penting dalam hidupnya. “It’s just feel so quiet here.”

Puan Suraya senyum. Dia faham maksud Zara. Sebelum Amelia dan Qaisara pulang ke Brunei, rumah ini riuh dengan suara Qaisara yang akan bertanyakan itu dan bertanyakan ini. 

“Zara dengan Amir macam mana?” Soal Puan Suraya lagi.

“Maksud Nenek?” Soal Zara berpura-pura. 

“Zara tahu apa yang Nenek cakapkan ni.”

Zara menelan air liur. Puan Suraya sudah tahu tentang proses penceraian mereka? Tapi bagaimana? Siapa yang beritahunya?

“Nenek tahu, Zara dah banyak ditimpa masalah sejak Amir ada hubungan dengan Tania. Kalau Nenek tahu, tentunya Nenek tak akan minta Amir kahwin dengan Zara.”

Zara mengeluh lega. Ingatkan Puan Suraya mahu bercakap tentang penceraian mereka. Cuak betul tadi. 

“It’s okey. Nenek tahu semuanya,” tambah Puan Suraya lagi sambil mengusap tangan Zara.

Zara menelan air liur. Nenek tahu semuanya? Apakah yang Nenek tahu?

“Bila Nenek ingat Amir akan pilih Tania, Nenek tertanya-tanya apa yang akan jadi dengan Zara nanti.”

Zara mengukirkan senyuman kelat. Dia tahu Nenek tentunya orang yang paling akan kecewa jika dia dan Amir bercerai. 

“Kamu tidurlah awal. Esok kamu nak teman Nenek lagi bukan?” Puan Suraya bersuara lagi setelah melihat wajah kelat Zara. Tentu cucu menantunya tidak selesa apabila kisah Tania dibuka. 

Zara menganggukkan kepala. Dia kemudian mengiringi Puan Suraya ke pintu sebelum melabuhkan dirinya ke katil. Dipandangnya telefon bimbitnya. Tiba-tiba sahaja dia mahu menelefon Amir Haikal tapi tentunya lelaki itu sedang sibuk. 

Telefon bimbit di meja solek dicapainya. Tangannya ligat menekan nombor Amir sebelum tiba-tiba saja telefonnya bordering. Zara telan air liur melihat nama Amir tertera di skrin. Jarinya kemudian menekan butang jawab. 

“You dah tidur ke?” kedengaran suara Amir di hujung talian. 

“I’m on my way to sleep.”

“Sorry. But I nak tahu apa yang berlaku hari ini.”

Zara kerut dahi. “Maksud you?”

“You jumpa Nenek right?”

Zara mengeluh. “Yes.”

“So how’s it going?”

“Kenapa you nak tahu?”

Kedengaran dengusan Amir. “Because everything yang Nenek buat ada sebabnya. Dia tak akan sewenangnya nak jumpa you.”

Zara tarik senyum senget. Nampaknya dia tahu apa yang Amir Haikal maksudkan. “You are afraid if she knows about our acting?”

“Yes!” ucap Amir dengan tegas. 

Zara ketawa. “Actually, Mir. I kat rumah Nenek. I tidur di bilik you. Dan I harap you tak kisah I selongkar barang you.” Dia kini sedang mengambil tempat di meja kerja lelaki itu. Senyuman sinis terukir saat melihat gambar Amir di atas meja. Memang Zara terpaksa akui Amir seorang lelaki yang kacak. 

“Kalau you tak buat I bengang untuk satu hari ini, tak boleh ke? I penat hari ini.” marah Amir. 

“I tak minta you call I pun,” balas Zara. 

“I need to know what happened. I tak nak you hebohkan tentang penceraian kita pada Nenek. Itu masih dalam perbincangan kita.”

“I thought we already agreed about this.” Kali ini tangan Zara membuka laci. Dibelek helaian kertas di dalam itu sebelum dia menelan air liur. 

“I tak nak bercakap itu melalui telefon. Bila I balik kita akan bincang hal ini.” Ayat Amir tidak Zara ambil penduli. Matanya masih galak memerhatikan gambar-gambar yang ditemui dalam laci Amir. 

“Zara?” kedengaran suara Amir. 

Zara mengeluh. DIa tersedar. “I jumpa gambar you dan Tania. You still keep it.”

Amir diam. Dia lupa itu. “I’m sorry.”

Zara ketawa. “Kenapa you nak minta maaf? I don’t mind it.”

“I…” Ayat Amir terhenti di situ. Zara mencelah. 

“I penat. I nak tidur. Good night.” Talian dimatikan. Zara kembali membelek kepingan gambar-gambar Tania dan Amir. Tapi itu bukan yang buatkannya terkejut. Gambar dua orang kanak-kanak yang membuatkannya terkejut. Itu adalah gambarnya ketika kanak-kanak dan dia pasti budak lelaki di sebelahnya adalah Amir. Tapi bagaimana gambar itu ada pada Amir? Dan apakah kaitannya dengan lelaki itu ketika zaman kanak-kanaknya? Dia pasti dia sedikit pun tidak mengingati Amir di zaman kanak-kanaknya.




15 comments:

  1. Best byk konflik turun naik
    xkn zara x igat kot zaman kanak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti someone tolong dia ingat balik.

      Delete
  2. Omggg zara with amir?wahh sweetnyaa.i kenod.hahahaha

    ReplyDelete
  3. best nyer ..ade sambungan tak....tak sabar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada dalam versi cetak. Heheh. Boleh dapatkan kat kedai buku berdekatan "D

      Delete
  4. kenapa tak boleh baca untuk bab 40 dan seterusnya ? x sabar nak tau citer dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapatkan dalam versi cetak. :)

      Delete
  5. Im going to buy this book.still ada stock kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I hope so. Boleh check kat Kedai Popular. :)

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.