Saturday, March 21, 2015

Kedua #38



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30] [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37]

Zara Amani hanya membiarkan sahaja jasadnya berada di bilik mesyuarat sedangkan mindanya melayang entah ke mana. Apa yang Ayah sedang bentangkan, langsung dia tidak ambil penduli. Sudah seminggu dia berkeadaan sebegitu. Acap kali dia termenung sendirian, sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Dia lebih selesa menyendiri. Mujur juga, Amir tiada untuk dua minggu ini. Lelaki itu sedang berada di luar Negara atas urusan kerja. Ah… senang juga baginya lelaki itu tiada. Senang untuk memikirkan keputusan yang telah diambil oleh mereka. Betulkah mereka akan bercerai? 

“Zara?” Dato’ Mukhriz bersuara setelah mesyuarat selesai. Zara masih termenung tatkala bilik mesyuarat hampir kelihatan kosong. Apa yang dimenungkan anak perempuannya ini dia tidak tahu. Dia sedar, Zara Amani kebelakangan ini banyak mendiamkan diri dan termenung.

Lamunan Zara terhenti. Dia memandang Ayahnya sebelum memerhatikan keadaan bilik mesyuarat yang hampir kosong. Rupanya mesyuarat telah selesai. Bila masa selesai, dia tidak sedar itu.

“Kamu tak apa-apa? Ayah tengok kamu kebelakangan ni asyik mengelamun je. Takkan rindu Amir kot?”Usik Dato’ Mukhriz. Dia tahu menantunya berada di luar Negara ketika ini.

Zara tunjuk riak tidak selesa dengan ayat Dato’ Mukhriz. 

“Zara dengan Amir macam mana?”

Zara menelan air liur. “Means?”

“You know what I’m talking about.”

“Maksud ayah, proses penceraian kami?”

“Zara…” Dato’ Mukhriz menegur. “Tak habis-habis dengan cerai. Kalau benar-benar terjadi, baru kamu akan menyesal.

Zara senyum senget. Hampir dia lupa proses penceraiannya dengan Amir harus dirahsiakan. Tidak sehingga semuanya selesai. Peguamnnya, Christina sudah menghubunginya, memaklumkan tentang penghantaran surat pada Amir. 

“Zara yakin dengan apa yang Zara cakapkan ini? Zara dah fikir masak-masak?” Soal Dato’ Mukhriz. 

Zara gigit bibir. Jari jemarinya mengetuk meja. Cuba memikirkan soalan Dato’ Mukhriz. Datuk Mukhriz menanti jawapan anak perempuanya dengan tenang walau sebenarnya dia sudah berdebar. 

Zara tiba-tiba ukirkan senyuman. “I was teasing you, Ayah.”

“Hurm..” Dato’ Mukhriz geleng kepala. Zara Amani dan gurauan yang mampu buatkannya sakit jantung tak pernah tamat. “You almost made me heart attack, Zara.”

Zara ketawa kecil. “I’m sorry.” Zara mengeluh. “Besides, kalau someday Amir pilih perempuan tu dari Zara, nothing that I can do, Ayah. He loves her. Not me.”

Dato’ Mukhriz telan air liur. Dia tahu itu. Saat dia tahu tentang kecurangan Amir, bukan dia tidak mahu marah menantunya tapi disebabkan dia tahu hal sebenarnya. Menantunya dan Zara saling tidak mencintai satu sama lain. “I’m sorry, dear.”

Zara kerut dahi. “Kenapa ayah nak minta maaf?”

“Kalau Ayah tak paksa Zara setuju dengan perkahwinan ni, you wouldn’t suffer this much.”

Zara ketawa kecil. “Ayah ni kelakar la. I’m not suffering, Ayah. I’m okay.”

Dato’ Mukhriz senyum kelat. Dia tahu anak perempuannya berbohong. Walau Zara hebat dalam menyembunyikan perasaannya sebenar, Dato’ Mukhriz tahu bukan itu yang sebenar berlaku. Dia tahu apa dirasakan anak sulungnya itu. 

“By the way, may I ask you a question?” Soal Zara tiba-tiba.

Dato’ Mukhriz angguk. “What it is?”

“Bila Ayah dan Mama tahu tentang Amir dan Tania, why both of you didn’t get mad at him?”

Dato’ Mukhriz tarik nafas. “The truth is Zara, Mama did get mad on Amir. Tapi Ayah tak.”

“Mama?” Soal Zara hairan. Mana mungkin Mama akan marah pada menantu kesayangannya. Seingatnya Datin Azrina lah yang akan menyebelahi Amir setiap kali dia melakukan sesuatu yang mampu membuatkan air muka Amir jatuh. Dia selalu rasakan Datin Azrina lebih menyayangi Amir dari dirinya, anak kandung Datin Azrina. 

Dato’ Mukhriz angguk. “Zara ingat tak masa Zara merajuk satu minggu tu? Tak keluar bilik?”

Zara angguk.

“Hari yang Amir datang, adalah hari Amir kena marah dengan Mama. You should join us that conversation. Ayah pasti Zara gembira tengok Amir kena marah dengan Mama,” Dato’ Mukhriz senyum.

Zara ketawa. “I always thought Mama loves Amir more than me. Kalau Zara buat satu kesalahan yang akan effect Amir, she will be on Amir side.”

Dato’ Mukhriz senyum sambil geleng. “She loves you more than you can’t imagine, Zara. If anything happened to you, she feel the pain.”

Zara senyum kelat. Dia sedar itu. Tapi dia sudah lama tidak berbual mesra dengan Datin Azrina sejak dia berkahwin. Masing-masing sibuk. “Dan kenapa Ayah tak marah Amir? I thought you loves me more than Amir.”

Dato’ Mukhriz senyum. “Sebab Ayah tak ada hak untuk masuk campur hal rumah tangga kamu. I know the truth.”

“The truth?”

Dato’ Mukhriz angguk. “You didn’t love him. Whatever he do, nothing will effect you.”

Zara senyum. “That’s why I love you, Ayah.”

Dato’ Mukhriz senyum. 

“But hari tu, Ayah cakap Zara akan rindu Amir…”

Dato’ Mukhriz senyum lagi. “Sometimes, we didn’t realize how much we love someone until that someone disappear from our life, Zara.”

Zara telan air liur. “Jadi, Ayah nak cakap Zara loves Amir?”

Dato’ Mukhriz jungkit bahu sambil senyum. “I don’t know that. Do you love him?”

“No.” Jawab Zara dengan yakin.

“Kalau Zara cakap macam tu, there’s nothing I can say anymore.”

Zara senyum kelat. 

“Zara…” Dato’ Mukhriz bersuara lagi. Zara menoleh. “I want you to know, whatever decision you take, Ayah dan Mama akan sokong Zara.”

Zara telan air liur lagi. “Even it’s include Zara akan bercerai dengan Amir?”

Dato’ Mukhriz tarik nafas. “Even Ayah tak harap kamu bercerai, but one advice, do whatever makes you happy. Ayah dan Mama will be with you forever.”

Zara senyum kelat. Disaat itu, mahu saja dia menangis. Sebak pula mendengar ayat yang keluar dari mulut Dato’ Mukhriz. “I love you, Ayah.”

“I love you too, sweetheart,” balas Dato’ Mukhriz dengan senyum. 

Zara senyum. Jam tangan dikerling. “Ayah nak lunch dengan Zara?”

Dato’ Mukhriz geleng. “Ayah dah janji dengan someone.”

“Siapa?”

“Datin Azrina Abdullah.”

Zara ketawa kecil. “Can I join?” usik Zara.

Dato’ Mukhriz geleng. “It’s a date, Zara. Ayah tak nak orang lain kacau daun.”

Zara mencebik. “So, Zara akan dapat adik lagi tak?”

“Zara Amani…” Dato’ Mukhriz buat-buat marah. Zara senyum sebelum kedua-dua mereka mengeluarkan tawa bersama-sama. “I have to go. Zara tahu macam mana Mama, tak suka menunggu.”

Zara angguk. "“Say hi to Mama from me.”

Dato’ Mukhriz angguk. “Jangan lupa meeting selepas ini.” Ucap Dato’ Mukhriz sebelum menepuk bahu anak perempuannya.

Zara angguk sebelum melihat saja kelibat Dato’ Mukhriz hilang dari pandangannya. 

****************


Zara memandang Kamal dengan rasa ingin tahu. Tertanya-tanya mengapa Kamal Hakimi mahu bertemu dengannya? Apa yang teman lelaki Sarah mahukan darinya? Adakah ia berkaitan dengan penceraiannya dengan Amir?

“Zara…” Kamal memulakan perbualan. Berdebar juga untuk berbicara dengan isteri sepupunya. Zara Amani terkenal dengan sikap tegas. Dan sedikit garang. Itu yang teman wanitanya beritahunya. 

“You nak jumpa I sebab penceraian I dan Amir? I thought you gonna refer with my lawyer first?”

Kamal angguk. “I dah refer Christina. Dan I pun very sure yang Christina beritahu you apa yang Amir bagitahu dia?”

Zara angguk. Amir memintanya supaya berfikir sebaik-baiknya. Atau dalam erti kata lain, lelaki itu tak mahu bercerai. 

“Kalau dia tak mahu bercerai, kenapa dia perlu refer pada you? Why he needs to hire you?”

Kamal mengeluh. “Sebab you yang cakap nak bercerai. You just think divorce is the best way for both of you.”

“It is, Kamal,” ucap Zara tenang. 

“Kenapa you nak bercerai?” Soal Kamal.

Zara senyum. “Amir dah bagitahu you semuanya, bukan?”

“It is.”

“Jadi, apa lagi yang you nak dengar? Apa jua yang keluar dari mulut I nanti adalah sama dengan apa yang Amir beritahu you.”

“You tak pernah sayang Amir?” Soal Kamal lagi.

Zara ketawa kecil. “You are a funny guy, Kamal. No wonder Sarah fall for you.”

Kamal senyum kelat. “Zara looks… I tahu I tak layak masuk campur hal you dengan Amir, but divorce isn’t the best way.”

“Macam mana you pasti itu bukan jalan yang terbaik? Untuk dua orang yang tak cinta satu sama lain, apa lagi yang terbaik selain bercerai?”

Kamal mengeluh. Nampaknya dia akan kalah dalam perdebatan ini. “But you dengan dia dah kahwin for almost a year.”

“It’s almost 9 month, Kamal,” Zara membetulkan.

Kamal angguk lemah. Dia tahu itu. Tapi sia-sia saja perkahwinan yang hampir mencecah 1 tahun itu dibatalkan dengan alasan yang dia rasakan tidak munasabah. Dan dia pasti bukan tiada cinta antara Amir dan Zara tapi masing-masing tidak mahu tunjukkannya. Dan dia juga pasti Amir cintakan Zara. Ia cuma kalaulah Tania tidak muncul, tentunya Amir akan jelaskan hal sebenar pada Zara. 

“You sebenarnya tak nak Amir dan I bercerai, bukan?” Soal Zara tiba-tiba.

“Yes.”

“Why? You risau kalau Amir will lost everything selepas bercerai dengan I?”

Kamal mengeluh. Kepala digeleng. 

“Then?”

Kamal diam. “I don’t have valid answer for that, Zara. I cuma rasa divorce is not the best solution for every problems of marriage.”

Zara tarik nafas. “Amir didn’t love me. He loves Tania. And I don’t love him either.”

“Tapi Amir dan Tania are nothing anymore. Diorang dah break up.”

“But he still loves Tania.” Zara tidak mahu mengalah. Bukan dia saja-saja buat andaian. Tapi itu adalah fakta. Masih dia ingat pandangan Amir pada Tania semalam ketika dia ada mesyuarat di Intermax Holdings. Lelaki itu masih cintakan Tania. Cara Amir pandang Tania sudah cukup untuk buktikan apa yang diandaikannya. 

Kamal mengeluh. “How can you be sure with that, Zara?”

Zara senyum. Bahu dijunkit. “I don’t know. You tell me. You are his bestfriend. Kenapa Amir tak pernah jalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan selepas break up dengan Tania dulu?”

Kamal telan air liur. Dia tidak boleh berikan jawapan yang sebenar pada wanita di hadapannya walau dia pasti Zara telah mengetahui hal sebenar. “Amir is a faithful guy Zara, but…” belum sempat Kamal habiskan ayatnya, Zara telah mencelah.

“See! You dah jawab soalan I.” Zara pandang Kamal. “Even I dan Amir hold on to this marriage like forever, that fact wouldn’t change. He still no matter what, loves Tania.”

Kamal pandang Zara. “Are you hurt with the fact that Amir loves Tania not you, his wife?”

Zara telan air liur. “No.”

“Then? Kenapa you jadikan fakta itu sebagai alasan untuk bercerai?”

Zara telan air liur lagi. Dia tiada jawapan yang tepat untuk soalan Kamal. “Sebab I tak nak digelar perampas, orang ketiga whatsoever yang pernah Tania lemparkan pada I.”

Kamal mengeluh. 

“I didn’t mean to rude, Kamal,” Zara bersuara lagi. “But ini hal I dengan Amir. Biarkan kami selesaikan masalah ini.” Zara bangun dan beredar.

Kamal mengeluh kecewa. Dia kalah. Dan jauh di sudut hatinya, akan ada keajaiban dimana Zara batalkan saja niatnya untuk bercerai itu. 





4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.