Friday, March 20, 2015

Kedua #37



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30] [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36]

Zara menanti Johan di tempat yang telah diminta oleh lelaki itu. Dia meminta Alex menghantarnya ke situ memandangkan dia tidak memandu kereta ke tempat kerja hari ini. Amir yang menghantarnya pagi tadi. Pemandangan di Taman Seri Empangan Putrajaya dinikmatinya dengan sehabis baik. Deruan angin sempoi yang menyentuh rambutnya membuatkan dirinya tenang. 

Katanya Johan, dia akan tiba lewat. Ada urusan yang harus diselesaikan. Tidak beberapa lama kemudian…

“Hai,”kedengaran suara Johan dari belakang. Zara menoleh, terus dia mengukirkan senyuman pada Johan.

“Sorry lambat. I hope you not mad,” Johan bersuara lagi.

Zara menggelengkan kepala. “Kenapa you nak jumpa I?” 

Johan hanya mengukirkan senyuman tawar. Dia harus luahkan segalanya hari ini juga. Apa jua jawapan Zara, dia terima dengan hati terbuka.

“Are you in love?”

Zara menelan air liur. Hairan dengan soalan Johan.

“Kenapa you tanya?”

“Sebab I nak tahu if, kawan you jatuh cinta dengan you, what would you do?”

Zara menarik nafas. Seperti biasa, dia akan menolak jika kawan lelakinya punya perasaan padanya. Jadi kawan adalah lebih baik.

“Normally, I reject.” Jawapan Zara menghampakan Johan.

“Macam mana kalau Amir?” Soalan Johan membuatkan Zara menelan air liur.

“Kenapa you tiba-tiba tanya ni? Weird.”

Johan hanya memandang sahaja Zara. Dicapai tangan Zara.

“Diantara I dengan Amir, yang mana you akan pilih?”

Sekali lagi Zara menelan air liur. Apa kena dengan dia ni? Rasanya dia faham apa yang Johan Richardson ini mahu katakan tapi tak mungkin andaiannya tepat. Tangannya ditarik dari pegangan Johan.

“Don’t tell me you…” Zara tak mampu menghabiskan ayatnya.

“Yes. I love you,” Johan memberitahu hal sebenar. Terasa bebanan yang ditanggung ringan sedikit.

Zara menghembuskan nafas. Terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Johan itu.

“I know it’s wrong for having feeling on my bestfriend’s wife but that’s that truth.”

Zara telan air liur. “I… I… don’t know what to say.” 

“You just bagitahu I, antara Amir dengan I, siapa yang akan you pilih,” ujar Johan. Dia harap Zara akan memilihnya.

Zara menarik nafas. Dia hanya menganggap Johan sebagai kawan sahaja tapi dia juga tak mahu kehilangan lelaki ini. Dan Amir? Mereka sekarang berada dalam proses untuk bercerai walau dia sendiri tidak tahu benar atau tidak Amir bersetuju untuk bercerai. Lelaki itu lebih banyak mendiamkan diri dengannya sejak kejadian minggu lepas. Lebih banyak menjauhkan diri darinya.

“Well… well, look what we have here,” kedengaran suara seorang wanita. Zara dan Johan menoleh.

“Apa yang you buat kat sini?” Soal Johan dengan kasar. Terkejut juga melihat kelibat Tania berada di sini.

Tania hanya mengukirkan senyuman sinis memandang kedua-dua orang di hadapannya. Rupanya Zara juga punya hubungan sulit dengan Johan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mahu mengekori Johan ini. Mungkin mengharapkan akan bertemu Amir. Namun sangkaannya salah. Johan bukan bertemu Amir, tapi Zara, isteri Amir.

“Bayangkan kalau Amir tahu tentang ini,”ugut Tania.

Zara hanya mampu mengukirkan senyuman sinis sahaja. Dia bukannya kisah kalau Amir tahu tentang ini..

“No need for that,” kedengaran suara seorang lelaki pula. Kelihatan kelibat Amir sedang berjalan ke arah Zara. Kedua-dua Johan dan Tania menelan air liur.

“Amir…” Tania bersuara.

Amir berdiri di hadapan Zara. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mahu ke tempat ini. Dia tiba di pejabat Zara tengahari tadi dan Alex memberitahu Zara berada di sini. Dan bila melihat Johan datang bertemu wanita ini, sungguh dia cemburu. Dia perhati sahaja kedua-dua Johan dan Zara sehinggalah Tania muncul. Risau jika Tania mahu mengapakan Zara.

“Sorry for interrupt but I need to take my wife back,” Amir bersuara. Dia mencapai lengan Zara tapi Johan menahannya.

“Let her go,” ujar Johan. Dia memandang Amir dengan perasaan bengang. Kali ini dia tak akan mengalah. Dia tak akan benarkan Amir mengambil Zara.

“She’s my wife, Jo,” ujar Amir geram.

Tania menelan air liur melihat perilaku Amir. Belum pernah lelaki itu bersikap sedemikian. Jadi, betullah, Amir sudah jatuh cinta pada Zara.

Zara hanya mampu mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Wajah kedua-dua Amir dan Johan kelihatan tegang dan kedua-duanya sedang memegang lengannya.

Amir mengepal tangannya sebelum melayangkan satu tumbukan ke muka Johan. Tania dan Zara terkejut dengan tindakan Amir. Belum sempat Zara berkata apa-apa, Amir terus menarik tangan isterinya sebelum memaksa wanita itu masuk ke dalam keretanya.

Johan hanya menarik nafas sambil tangannya mengesat darah di hujung bibirnya. Dipandangnya Tania, wanita itu juga sepertinya, terkejut. Tertanya-tanya apa yang Amir akan buat pada Zara.

********************



Zara memandang Amir yang dari tadi dengan pemanduannya. Setiap ayat yang terkeluar dari mulutnya langsung tiada balasan dari Amir. Marahkah Amir padanya? Tapi atas sebab apa?

Mereka kini sudah tiba di Villa Lilium. Amir sudah turun dari kereta tanpa menunggu Zara. Zara mengeluh sekali lagi. Dia juga marah pada Amir bukan Amir sahaja yang marah padanya. Tidak menyangka Amir sanggup menumbuk sahabat sendiri. Amir memang gila.

Tiba-tiba pintu kereta di bahagian Zara dibuka. Zara memandang Amir. Dia berniat memang tidak mahu turun dari kereta. Dia lebih rela bermalam di situ dari menghadap muka Amir Haikal ini.

“Keluar!”Arah Amir.

Zara kaku. 

“I said get out!” Amir berkeras sebelum dia menarik Zara keluar dari keretanya. Dia mengheret Zara masuk ke dalam rumah sebelum melemparkan tubuh wanita itu ke sofa di ruang tamu.

Zara menelan air liur. Mahu saja mengamuk tapi ditahannya. Tiada guna bergaduh dengan Amir Haikal. Tanpa sebab lelaki di hadapannya ini mengamuk. Ah… gila ini!

“Kenapa you diam?” Soal Amir selepas beberapa ketika. Zara hanya memandangnya sambil memeluk tubuh.

“I tak nak cakap dengan you,” ujar Zara dingin sambil berdiri. Sebelum sempat dia melangkah, Amir menarik tangannya menyebabkan dia berhadapan dengan lelaki ini.

“Apa yang you nak sebenarnya?” Zara berang sebelum menolak tubuh Amir dengan kasar.

“You sendiri tahu apa yang you dah buat, bukan?” Soal Amir sinis.

Zara mendengus. Dia langsung tidak memahami fikiran Amir Haikal ini.

“I tak buat salah apa-apa pun. Kalau you nak marah just only I met Johan, that’s doesn’t make sense.”

“Johan dah bagitahu you hal sebenar?”

Zara memandang Amir dengan reaksi terkejut. Jadinya Amir tahu hal sebenar.

“Jadi, you terima cinta dia?” Amir bersuara lagi.

Zara telan air liur. Adakah itu juga sebab mengapa Amir tak mahu bercerai? Tak mahu lihat dirinya bersama kawan baiknya?

“Itu bukan hal you!”

“Itu hal I, Zara Amani! Kalau you libatkan diri dengan kawan I, itu hal I!”

Zara menarik nafas. Amir benar-benar sudah hilang akal.

“Kalau hal you sekalipun, you tak patut tumbuk Johan!”

Amir menarik nafas. Dia tahu dia agak melampau tadi. Tapi tadi, dia benar-benar berang dengan tindakan Johan. Johan sepatutnya menjauhkan Zara dari Tania.

“Oh, so sekarang, you nak defend dia? Why? Sebab you juga ada perasaan pada dia? That’s why you eagerly want to divorce?”

“I malas nak cakap dengan you!” Zara membuat keputusan mahu beredar ke bilik. Makin lama dia dengan Amir ini, makin dia rasa bengang. Namun belum sempat dia melangkah, Amir menarik tangan, membuatkan dia berhadapan dengan lelaki itu. Terasa hembusan nafas Amir di wajahnya. Zara telan air liur. 

Amir memegang pipi Zara. Matanya memandang tepat ke anak mata coklat Zara. “Bagitahu I hal sebenar. Do you love him?”

Zara diam. Tidak memberi reaksi.

“Zara…” sekali lagi Amir bersuara.

Zara tarik nafas. Ditarik tangannya dari pegangan Amir dengan kasar. “Whatever I feel, it’s none of your business.”

Amir mengeluh. Dia memerhatikan saja kelibat Zara menghilangkan diri ke tingkat atas. Adakah benar apa yang disangkanya selama ini? Zara Amani punya perasaan pada Johan Richardson itu?

*******************

Kamal memandang sepupunya dengan rasa terkejut. Tidak menyangka tujuan Amir ke pejabatnya adalah untuk ini. “Are you sure, Mir?”

Amir mengeluh. “I guess. There’s no other way. Bercerai is the best way.”

“And she is agree with it?”

Amir angguk lemah. 

Kamal angguk faham. “Did your family know this?”

Amir geleng. “Kau orang pertama tahu ini. Aku mintak Zara jangan bagitahu sesiapa.”

“Jadi, aku kena deal dengan lawyer dia?”

Amir jungkit bahu. “She already sent me that letter.”

Kamal angguk lagi sebelum membaca semula surat dari peguam Zara. Dia mengeluh seusai membacanya. “Aku akan tengok apa yang aku boleh buat. But in the meantime, pujuk dia lagi, Mir.”

Amir geleng. “Kau sendiri tahu Zara macam mana. When she said no, it means no. Nothing gonna change her.”

“Mintak tolong Nenek kau?” cadang Kamal.

Amir kerut dahi. Kamal ini sedar atau tidak apa yang dikatanya? Meminta pertolongan dari Puan Suraya tentunya akan menjadi isu besar. 

“Aku takkan bagitahu Nenek tentang perceraian kami.”

“Amelia?”

Amir kerut dahi. Dia geleng kepala. “Never! If I’m gonna tell Amelia, I had to tell her from the beginning. Dan kau tahu apa yang akan berlaku bila Amelia tahu hal penceraian aku? She absolutely will kill me first before tell to our parents.

Kamal ketawa. Ada benar juga. “Aku tak suruh kau beritahu Nenek atau Amelia tentang apa yang kau dan Zara dah bersetuju. Just ask their help. Kau pilih yang mana kau lagi selesa. Mintak tolong Nenek atau mintak tolong kakak kau. You got what I mean?”

Amir ukirkan senyuman. Dia tahu apa yang Kamal maksudkan. Tak sia-sia punya sahabat yang punya IQ tinggi. 





4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.