Thursday, March 19, 2015

Kedua #36



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30] [#31] [#32] [#33] [#34] [#35]

Amir yang baru sahaja tiba di bilik hanya memerhatikan sahaja perilaku Zara. Dia menggelengkan kepala melihat Zara. Jaket yang dipakai wanita itu tadi dibiarkan berselerak di bawah katil. Lama dia perhatikan Zara Amani itu sebelum dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket. Ada mesej yang diterima dari Tania tadi ketika dia sedang makan malam bersama Zara.

I miss you.

~Tania~

Amir mengeluh apabila membaca mesej itu sekali lagi. Dia juga merindui wanita itu tapi dia tak akan pernah menarik balik kata-kata perpisahan yang pernah dia lontarkan pada wanita itu. Dia perhatikan sekali lagi Zara Amani. Wanita itu sedang berbaring tanpa mengeluarkan suara. Penat mungkin.

“So, what’s with the private conversations?” Soal Zara. Hairan juga dengan Amir ini. Tadi, beria-ia mahu berbicara mengenai hubungan mereka tapi bila ditanya ketika makan malam tadi, katanya tempat itu tidak sesuai untuk berbincang mengenai hubungan mereka. 

Amir mengambil tempat di hujung katil, membelakangi Zara. 

“I think it’s private enough for us to have private conversations,” tambah Zara lagi. 

“I tak nak bercerai Zara.”

Zara mengeluh, dia tahu itu. Sudah banyak kali Amir keluarkan ayat yang sama. Tapi tak tahu kah Amir yang dia sebenarnya sudah penat dengan perkahwinan yang dibina atas dasar hipokrit ini?

“We both had agreed at the beginning, Amir.” Zara tidak mahu mengalah.

“I tahu. But that’s not the best options for us.

Zara mendengus. Dia sudah hilang sabar. “You tak nak bercerai sebab you dah tahu perangai Tania yang sebenarnya.”

“It is.”

“Then? Apa lagi yang you mahu? We didn’t love each other.”

“It’s true.”

“Then?” Zara bengang.

Amir mengeluh lagi. “Biar I tanya you satu soalan. Kalau you nak bercerai, kenapa you bersetuju dengan perkahwinan ini pada permulaan?”

Zara telan air liur. “I just want to fulfill my grandfather last wish.”

“By marrying me?”

“Yes.”

Amir angguk. Sekarang dia tahu satu fakta yang baru. “Kalau you bercerai dengan I, is that gonna make him sad?”

Zara senyum sinis. “He’s dead, Amir. Let it be. Buat apa mahu penduli tentang orang mati.”

“Then, you’re breaking your promise.”

“I’m not.”

“Really?”

“Why?”

Zara tarik nafas. “He didn’t ask me to stay with you forever. He just ask me to do whatever that makes me happy.”

“Our divorce will make you happy?”

“Yes,” balas Zara dengan yakin.

“Dan apa yang you nak buat selepas kita bercerai?” Soal Amir lagi.

“I’m gonna do the things that I’ve done before I met you.”

“You want to have your life back?”

“Yes.”

Amir angguk kepala. “Atau you ada someone special dalam hati you?”

Zara kerut dahi. “I don’t have one. If I have, he’s not important to you.”

Amir telan air liur. Tertanya-tanya siapa yang berada dalam hati Zara. Johan?

“Is that Johan?”

Zara mendengus. Kenapa dengan Amir ni? Pelik betul soalan yang keluar dari mulut lelaki ini. 

“Actually, conversations kita ini akan bawa kita ke mana?”

Amir jungkit bahu. “Kalau you betul-betul nak bercerai, I akan bincang dengan Kamal. But in the meantime, tell nobody about this. Not anyone even our family.”

“Okay then. I harap you keep the promise. Dan I tak nak dengar you tukar keputusan you lagi,” ucap Zara sinis sebelum turun dari katil dan berjalan ke arah bilik air. 

Amir mengeluh. Betulkah keputusan yang dia buat ini?




4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.