Thursday, March 19, 2015

Kedua #35



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30] [#31] [#32] [#33] [#34]


“Macam mana dengan perbincangan kamu dengan Amir semalam?” Soalan Dato’ Mukhriz pada pagi itu membuatkan Zara menelan air liur. Gelas susu di tangannya diletakkan kembali.

“Okay,” balas Zara selamba.

Dato’ Mukhriz menggelengkan kepalanya. Tak berubah perangai Zara ini.

“Is it true you are seeing Amir?”Soal Datin Azrina pula. Bukannya dia tidak tahu perangai anaknya ini. Pandai mencari alasan.

“Betullah. Mama boleh telefon dia. Ataupun Mama telefon Kamal. Dia ada masa Zara jumpa Amir.

Datin Azrina menarik nafas. Entahkan betul atau tidak apa yang dikatakan oleh Zara ini.

“Dan kenapa Zara tak tidur je kat situ?” Soal Datin Azrina.

“Malas,” balas Zara.

Datin Azrina menggelengkan kepalanya.

“Tak baik layan Amir macam tu. Kalau macam tu, baik kamu dengan dia cerai je.”

“Ina!” Dato’ Mukhriz menegur. Tak suka betul kalau isterinya membangkitkan isu cerai pada anak mereka.

Datin Azrina menarik nafas. Dia baru sedar apa yang dia katakan itu.

“Zara baru ingat nak buat macam tu. Zara might akan jumpa lawyer hari ini” Zara memandang kedua-dua Ayah dan Mamanya.

Dato’ Mukhriz dan isterinya saling berpandangan.

“Bercerai bukan perkara main-main, Zara.” Tegur Dato’ Mukhriz. 

“Zara cakap hal yang sebenar Ayah. Zara dah bincang hal ni dengan Amir.”

Dato’ Mukhriz menelan air liur sekali lagi. Biar betul Zara ni.“Amir cakap apa?” 

Zara menarik nafas. Dia sendiri tidak tahu apa jawapan Amir Haikal itu. Yang dia tahu, saat dia mahu minta cerai hari tu, lelaki itu hanya mendiamkan diri sebelum beredar dari biliknya. Adakah itu bermakna tidak setuju dengan cadangannya?

“He’s agreed,” balas Zara sambil menjungkitkan bahunya.

“Jangan nak tipu ayah dan Mama,” Datin Azrina bersuara.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Sah-sah keluarganya tak akan percaya.

“Kalau Zara jujur sekalipun, apa pandangan Ayah dengan Mama? Setuju?”

“Zara!” Datin Azrina menegur. Dia tahu Zara sejak kebelakangan ini selalu mahu memberontak.

“Zara tertanya-tanya, kalau Zara bercerai, apa yang Ayah dengan Mama akan hilang?”

Dato’ Mukhriz mendengus. Dia tahu anak perempuannya sengaja berkata sedemikian. Mungkin Zara ingat mereka peroleh sesuatu melalui perkahwinannya.

“Zara Amani!” Kali ini nada suara Datin Azrina tinggi.

“Ayah dan Mama tak akan hilang apa-apa kalau kamu bercerai sekalipun. Yang akan hilang sesuatu, Zara.” Dato’ Mukhriz merenung tepat ke mata Zara.

Zara menelan air liur. Dia yang akan hilang sesuatu jika dia bercerai? Apakah? Ah… Ayah sengaja mahu menakutkan dia.

“Apa yang Zara hilang?”

Dato’ Mukhriz mengukirkan senyuman. “Tanya hati Zara.”

“Hati Zara? Kenapa?”

“Sebab hanya hati Zara saja yang tahu apa yang akan Zara rindu nanti,” Dato’ Mukhriz mengukirkan senyuman.

Zara mengerutkan dahi. Tidak faham ayat Ayahnya. Siapa yang akan dia rindu? Amir? Ah… tak mungkin.

“Ayah ingat Zara akan rindu Amir?”

Dato’ Mukhriz menganggukkan kepalanya. Datin Azrina mengukirkan senyuman.

“Never, Ayah. Zara tak akan rindu Amir,” balas Zara dengan angkuh. Dia pasti dia tak akan rindu Amir selepas bercerai nanti. Sekarang pun, dia tak merindui lelaki itu apatah lagi bila bercerai nanti.

“Really? Zara yakin Zara tak suka Amir?”Soal Dato’ Mukhriz lagi.

Zara menganggukkan kepala.

“Jadi, kenapa perlu sampai macam ni sekali Zara nak merajuk dengan dia kalau apa yang dia buat tu tak melukakan Zara? Zara boleh berlagak biasa bukan?”

Zara menelan air liur. Terasa ayat Ayah menikam jantungnya. 

“Zara tak merajuk dengan dia! It’s just Zara… Zara…” Zara tidak tahu apa yang harus dia katakan. “Zara tak kisah hubungan dia dengan Tania. It’s just bila dia lagi percayakan Tania dari Zara, Zara sakit hati.”

“Kenapa Zara sakit hati dengan dia?”Dato’ Mukhriz memandang anaknya. Isterinya hanya mengukirkan senyuman.

Zara menelan air liur. Kali ini dia tidak mampu mencari alasan.

“Zara?” Dato’ Mukhriz bersuara sekali lagi. Dia mengukirkan senyuman melihat wajah kelat Zara Amani.

“Zara pergi kerja dulu,” Akhirnya Zara mengalah. Mujur hari ini Ayah benarkan dia ke pejabat. Ah… ayah sengaja mahu menduga hatinya. Dia yakin dia sikitpun tak suka Amir Haikal itu. Pasti!

**************************


Amir mengeluh apabila teringatkan kejadian di rumah mertuanya. Kerja yang sepatutnya dia siapkan hari ini, ditangguhkan. Mindanya masih memikirkan tentang apa yang terkeluar dari mulut Zara Amani itu. Adakah Zara benar-benar maksudkan apa yang wanita itu katakan? Adakah Zara benar-benar mahu bercerai? Dia baru sahaja mahu mulakan kehidupan baru dengan Zara dan Zara telah mengambil keputusan sebegitu. Terlampau bencikah Zara padanya?

Dipandang telefonnya, mahu saja menghubungi Zara meminta untuk berjumpa tapi dia tahu, tak mungkin Zara akan bersetuju untuk berjumpa dengannya. Tiba-tiba pula dia teringatkan Johan. Diantara dia dan Johan, yang mana Zara akan pilih?

Bunyi ketukan di pintu pejabat mematikan lamunannya. Amir memandang ke arah pintu. Setiausahanya, Suzie melangkah masuk.

“Bos ada tetamu,” ujar Suzie sambil mengukirkan senyuman.

“Siapa?” Soal Amir. Rasanya, dia tiada sebarang temu janji hari ini.

“That would be me,” kedengaran suara wanita di belakang Suzie. Amir memandang ke arah Suzie. Dia menelan air liur tatkala Zara muncul di sebalik setiausahanya itu.

“Zara…” Amir bersuara. Zara mengukirkan senyuman kepadanya. Tidak tahu sama ada senyuman itu ikhlas atau tidak.

“Puan Zara mahu minum apa-apa?”Soal Suzie.

“Cappucino?”

Suzie menganggukkan kepala sebelum beredar.

“What are you doing here?” Soal Amir apabila Zara mengambil tempat berhadapannya.

“I ada urusan kat sini. So, alang-alang kat sini, I datang melawat you,” balas Zara sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Ada meja untuk mesyuarat kecil di satu sudut di bilik itu.Besar juga pejabat Amir. Lagi besar dari pejabatnya. Tentulah, pejabat CEO. 

“Itu je? I’m fine thank you,” balas Amir dingin.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mahu melawat Amir Haikal di pejabat. Dia teringatkan ketika dia terserempak dengan Tania tadi. Wanita itu hanya mendiamkan diri saja. Tiada lagi cubaan Tania untuk menyakitkan hatinya. Dah berubah kah wanita itu?. 

“Lagipun, kita akan bercerai tak lama lagi. I shouldn’t miss the opportunity to visit your huge office.”

Ayat yang keluar dari mulut Zara benar-benar membuatkan Amir tersentap. Tak ada hal lain ke kau nak sebut selain isu bercerai, Zara Amani?

“That’s the main reason?” Soal Amir.

Zara menganggukkan kepala. Dia perhatikan lelaki di hadapannya. Ayah kata dia akan merindui lelaki ini nanti. Adakah? Ah… Ayah sengaja berkata sedemikian. Tentunya. Dia teringatkan pula Amelia yang ditemuinya tadi. Juga menuturkan ayat yang sama seperti Ayah. Dia akan merindui Amir? That’s impossible! Mana pernah dia merindui lelaki itu setiap kali lelaki itu terpaksa ke luar Negara. Tak pernah!

Beberapa seketika, kelibat Suzie muncul membawa dulang berisikan dua cawan Cappucino yang diminta oleh Zara dan dua potong kek.

“By the way, I dah jumpa peguam I,” Zara bersuara lagi setelah meletakkan cawan kopi. 

Amir telan air liur. “Then?

“Sooner or later, you akan dapat surat dari peguam I.”

“You betul-betul nak bercerai?” Soal Amir, meminta kepastian. Zara ni tak dengar ke apa yang dia bagitahu hari itu? Yang dia tak mahu bercerai.

“Yeah, why?”

Amir mengeluh. “You tahu bukan keputusan I?”

Giliran Zara pula mengeluh. “Come on, Amir. Kenapa you tak nak bercerai? Kalau you risau tentang tuntutan harta or whatsoever, I tak akan pernah claim semua tu.”

Amir diam. Tidak memberi reaksi pada ayat Zara. Matanya masih pada Zara yang mengambil tempat di sofa. Tidak tahu bagaimana lagi mahu menjelaskan sebab mengapa dia tak mahu bercerai.

“It’s all about Tania, isn’t it?” Zara bersuara lagi. Kesabarannya makin menghilang.

“Means?”

Zara tarik senyum senget. “You dah lost Tania. That’s why you out of sudden change your mind.”

Amir senyum sinis. Separuh tepat tekaan Zara Amani. “Let’s have private conversation?” 

Zara kerut dahi. Tidak memahami tujuan Amir. 

“I’m kind of busy. I tak nak bincangkan hal penceraian kita di sini,” terang Amir.

“Then?”

“You tunggu I somewhere. And then text me where you are.” Cadang Amir.

Zara angguk. Nak tak nak Zara terpaksa bersetuju dengan lelaki itu. Dia bangun, bersiap sedia untuk keluar tanpa langsung mempendulikan pandangan Amir. 

Dan Amir mengeluh lagi. Tidak tahu apa yang harus dia bincangkan. Harus kah bercerai seperti yang mereka telah bersetuju di awal rancangan?


Reenapple: Tetiba aku kesian kat Amir. Ermmm. 



4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.