Wednesday, March 18, 2015

Kedua #34


[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30] [#31] [#32] [#33]


Zara mengeluh sambil memandang ke luar jendela. Kedengaran titisan hujan jatuh ke bumi. Dia mengeluh lagi. Sudah seminggu dikurung di rumah. Dalam seminggu itu jugalah dia protes. Langsung tidak keluar dari bilik. Makanan untuknya dibawa ke bilik oleh orang gaji.

Kedengaran ketukan di pintu. Zara hanya membiarkan sahaja gerangan yang mengetuk pintu biliknya. Tentu Mama ataupun adiknya. Ayah? Sudah lama tidak bercakap dengannya. Terlampau marahkah Ayah padanya?

“Hai…” kedengaran suara lelaki. Zara lantas menoleh. Dipandangnya lelaki di hadapan sebelum kembali memandang ke luar jendela. Tiada keinginan untuk membalas sapaan itu.

“How are you?” Soal Amir sambil mengambil tempat berhadapan isterinya. Dia baru sahaja berbual dengan mertuanya perihal Zara. Dia tahu dia yang bersalah. Dia yang menyebabkan Zara berkelakuan sedemikian. Dia sudah meminta maaf kepada mentuanya. Nasib baik Ayah dan Mama tidak menyalahkannya.

Zara masih mendiamkan diri. Malas untuk bersuara. Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang telah banyak menyusahkan hidupnya. Kalau dia tahu begini yang dia akan alami, sah-sah dari awal lagi dia menolak hasrat arwah datuk yang mahu dia berkahwin dengan Amir Haikal ini.

Amir menarik nafas. Nampaknya Zara benar-benar membencinya. Dia mahu perbetulkan semua kesalahannya pada wanita di hadapannya.

“Zara, look… I’m sorry,” Amir bersuara sekali lagi. Namun Zara masih tidak mengendahkannya. 

“Leave me alone…”

Amir mengukirkan senyuman tawar. Nasib baik Zara masih bersuara dengannya. Risau juga dengan sikap Zara yang mendiamkan diri ini. Mama kata Zara kebelakangan ini tidak seperti keadaan selalu. Lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap.

“First, I nak ucap terima kasih.”

Zara kerut dahi. Ucap terima kasih padanya untuk apa? Bukan dia pernah menolong lelaki di hadapannya ini.

“Sebab you tolong I tumbuk Rushdi. Dah lama I nak buat macam tu,”tambah lagi Amir.

Zara hanya mengukirkan senyuman sinis. Kalau Amir tak minta, dah lama dia mahu tumbuk Rushdi tu. Lagi menjengkelkan dari Amir Haikal. Dan dia pasti Rushdi tentunya tak akan berani mencari pasal dengannya lagi. Kali terakhir dia liha lelaki itu di balai polis. Bagaimana lelaki itu begitu gerun dengannya.

“And, I’m sorry for everything that happen,” Amir bersuara sekali lagi. Kali ini dia ikhlas.

Zara menelan air liur. Amir ikhlas kah?

“I tahu you dah banyak alami masalah sejak kita kahwin.”

“It is. We both shouldn’t agreed to get married. You pun selepas itu jumpa ex girlfriend you semula. Amd make my life more miserable.,” Zara mencelah.

Amir memandang Zara. 

“Maksud you?” Soal Amir.

You sendiri faham apa yang I katakan ini, Amir Haikal.” Zara senyum sinis. 

Amir menelan air liur. Rasanya dia setuju dengan apa yang Zara katakan. Memang benar, Zara berada dalam kesusahan semenjak dia kembali berhubungan dengan Tania. Kalaulah dia tahu awal-awal perangai sebenar Tania, tentunya hal ini tak akan terjadi.

“I’m sorry. I dengan dia dah tak ada apa-apa.”

“Itu bukan masalah I,” ucap Zara sinis.

Amir menelan air liur sekali lagi.

“I’m sorry.” Sekali lagi Amir meminta maaf. “Let’s start this over again?”

Zara mengukirkan senyuman sinis. Mulakan kembali? “Means?” 

“Kita cuba hidup macam pasangan suami isteri yang lain.”

Zara senyum sinis lagi. Sudah lupakan Amir pada persetujuan mereka. “Kita dah bersetuju untuk bercerai. We’ve been married for almost 8 month. Dan you baru nak minta kita hidup seperti orang lain? Funny!”

Amir telan air liur. Dia tahu itu. “Lepas apa yang berlaku, I tak nak bercerai.”

Zara pandang Amir dengan riak terkejut. Dia salah dengarkah?

“You’re lying, right?” Zara tidak mahu percaya. 

Amir menarik nafas. Dia menggelengkan kepala.

Zara mengeluh. Ini adalah sesuatu yang dia langsung tidak jangka. “Tapi I nak bercerai. Keputusan I muktamad!”

“Tak boleh ke you bagi peluang pada kita?” cadang Amir. 

“I don’t love you!” nada Zara makin ditinggikan.

Amir telan air liur. Dia tahu itu. “Zara please…”

Zara geleng. “No! Kita dah setuju hal ini.”

“Zara…” pujuk Amir. Mindanya cuba menyusun ayat lagi. 

“Why? We didn’t love each other. So, untuk apa kita nak keeping each other? You dah dapat apa yang you nak dengan kahwin dengan I. Dan I…” Ayat Zara terhenti di situ. Dia tidak tahu apa yang dia dapat dari perkahwinannya dengan Amir. Rasanya kesengsaraan mungkin.

“I tahu kita kahwin sebab kita mahu ikut permintaan keluarga, but cinta boleh dipupuk.”

Zara mengukirkan senyuman sinis. Cinta? “You don’t love me, Amir.”

Amir telan air lagi. “It’s true… but…”

“You dah janji dengan I.”

Amir mengeluh. Dia tahu itu. Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata?

“You memang nak bercerai?” 

“Yes!”

“Bagi I masa…”

“Masa apa lagi you nak? Masa apa? I’m just so sick with all this!” Nada suara Zara ditinggikan. 

Amir mengeluh lagi. “Zara…” 

“I tak nak dengar apa-apa lagi. Leave…” tambah Zara.

“Zara… listen…”

“Leave Amir!” arah Zara. Nada suara ditinggikan.

Amir angguk. Mungkin dia terpaksa biarkan Zara bertenang dahulu. Dan selepas itu mereka boleh berbincang tentang perkahwinan mereka dalam keadaan tenang. 

***************


Kamal memandang sepupunya dengan terkejut. Biar betul?

“You gotta be kidding,” ujar Kamal seolah tidak percaya dengan apa yang terkeluar dari mulut sepupunya ini.

“I’m not kidding, Mal. Kau sendiri tahu Zara, dia serius dengan apa yang dia cakapkan tu.”

“But… why?”Soal Kamal.

Amir mengeluh. Nampaknya dia harus ceritakan pada Kamal tentang Tania yang tiba-tiba muncul di rumahnya hari itu. Dia menceritakan satu-persatu kepada Kamal.

“Kau memang buat macam tu pada Zara?” Soal Kamal lagi setelah Amir selesai menceritakan apa yang terjadi.

Amir menganggukkan kepala. “That’s the only way nak suruh Tania beredar.”

“No wonder. Kalau aku jadi Zara, sah-sah aku bengang tapi takkanlah sebab tu dia nak bercerai. And kau dengan Tania? Memang tak ada apa-apa? Kau yakin yang Tania tak akan ganggu Zara lagi?”

Amir menelan air liur. Entah. Dia tak pasti sama ada Tania akan berhenti menganggu Zara lagi atau tidak.

“And kau nak ikut kehendak Zara?” Soal Kamal lagi. Tentunya sepupunya berada di dalam kekeliruan sekarang ini.

“I don’t know. Memanglah kitaorang dah bersetuju untuk bercerai tapi everything has change…” Amir mengeluh sekali lagi.

“Kau pilih dia? Have you told this to your parents?”

Amir mengangguk.

“Then suruh je parents kau yang pujuk Zara.”

Amir memandang Kamal. Idea yang baik. Zara tentunya akan termakan pujuk Mummy atau Nenek.

“But, setakat nak suruh Zara menyusahkan hidupnya dengan hidup aku, sah-sah Nenek akan ikut apa jua keputusan Zara.” Amir teringatkan ayat Nenek hari itu.

Kamal menganggukkan kepala.

“Bagaimana dengan Johan?”

Amir menelan air liur. Johan? Rasanya hanya dia sahaja yang tahu Johan punya perasaan pada Zara. Kalau menyuruh Johan memujuk Zara supaya tidak bercerai, dia risau jika itu akan melukakan hati sahabatnya itu. Lagipun sudah terangan Johan punya perasaan pada Zara. Sahabatnya sendiri yang mengaku padanya. Takkan! Dia takkan gunakan Johan untuk memujuk Zara. Tentuny Johan akan ketawakannya nanti.

“Aku tak nak libatkan orang luar.”

Kamal menganggukkan kepalanya. Dia faham perangai Amir.

“But still aku hairan kenapa kau tak nak bercerai? We both know even kau dan Zara bercerai, kau still ada segala-galanya.”

Amir menelan air liur. Entah, dia sendiri tidak tahu kenapa dia tak mahu lepaskan Zara. Takkan aku dah jatuh cinta dengan dia kot?

“Or, kau dah jatuh cinta dengan dia?” Soalan Kamal membuatkan Amir menelan air liur.

“Nonsense! Entah… aku tak tahu. But itu lagi better bukan?”

Kamal memandang sepupunya.

“Maksud aku, aku dengan Zara baru je kahwin tak sampai setahun and then kitaorang nak bercerai. Nanti benda ni akan jadi big issue,” Amir menambah lagi. Risau jika Kamal berfikir yang dia sudah jatuh cinta dengan Zara.

Kamal menganggukkan kepala. Ada benar jugak apa yang dikatakan oleh Amir. Isu penceraian Amir tentunya akan mendapat perhatian semua pihak terutamanya para pelabur. Lihatlah ketika isu Amir punya hubungan sulit dengan Tania hari tu, hampir-hampir berita itu tersebar namun mujur Tan Sri Ridzuan pandai menguruskannya.

“Mir!” Kamal bersuara. Matanya masih memandang ke hadapan. Rasanya dia mengenali kelibat yang baru muncul di kelab malam ini.

“Kenapa?”Soal Amir hairan. Dia memandang ke arah hadapan, mahu melihat apa yang diperhatikan Kamal. Tapi tiada sesiapa yang dia kenali di tengah-tengah muda-mudi yang sedang asyik mengoyangkan tubuh badan mereka mengikut alunan muzik.

“Zara! Aku nampak Zara,” ujar Kamal.

“Zara? Impossible. She’s been grounded. Tak mungkin dia boleh keluar dan datang ke sini,” Amir tidak mahu percaya.

“I saw her. There!” Kamal menunjukkan ke arah Zara sedang berbual dengan seorang lelaki yang tidak mereka kenali.

Amir menelan air liur. Memang benar itu Zara. Wanita itu menyarungkan mini dress yang berwarna hitam dipadankan dengan jaket kulit berwarna coklat dan legging warna hitam. Dia melihat Zara melangkah ke arah mereka. Mungkin menyedari kelibat dia dan Kamal di sini.

“Hai…” sapa Kamal apabila Zara tiba di meja mereka.

Zara hanya mengukirkan senyuman pada Kamal tapi tidak pada Amir. Dia mengambil tempat berhadapan Amir.

“Sorang je?” Soal Kamal.

“Tak lah. Dengan kawan. Itu dia,” ujar Zara sambil menunjukkan ke arah seorang lelaki muda yang tidak kurang kacaknya yang sedang berbual dengan seorang wanita.

Amir menelan air liur. Zara sengaja mahu buat dia marah.

“So, nanti you akan bermalam di rumah dia?”Soal Amir sinis.

“Mir!” Kamal menegur.

“Maybe,” balas Zara selamba.

Amir mengukirkan senyuman sinis. Patutlah kau nak cerai sangat. Rupanya dah ada penganti baru. “Macam mana you boleh keluar?I thought you’re been grounded?”

“I cakap I nak pergi jumpa you and tadaa… here I am.”

Kamal hanya memandang sahaja Zara dan Amir. 

Amir senyum sinis. Kadang-kadang dia langsung tidak faham. Baru tadi wanita itu bengang dengannya dan sekarang dia pula yang bengang dengan wanita ini ini. Karma apakah ini?

“You sengaja gunakan nama I?”

Zara menganggukkan kepala. “I tak tipu ayah. At least I jumpa you kat sini juga. Bukan kah begitu Kamal?”

Kamal menganggukkan kepala. Dia mengukirkan senyuman melihat Zara mengenakan Amir. Wanita ini tidak berubah. Itu yang membuatkan dia kagum dengan Zara Amani ini.

“What would happen Ayah tahu hal sebenar?”Amir mengugut.

“Bagitahu jela. Sah-sah ayah tahu I ada dengan you.”

Amir mengetapkan gigi. Zara Amani tak pernah berubah.

“Korang, I think, it’s not appropriate to fight here right?” Kamal mencelah. Risau jika perbalahan mulut diantara kedua orang dihadapannya berterusan.

Zara mengukirkan senyuman. Bukan dia yang mulakan pergaduhan. Dan lagipun, dia sememangnya mahu berjumpa Amir. Dia pergi ke Villa Lilium, tapi tiada sesiapa jadi dia datang ke sini.

“There you are! I’ve been looking for you,” lelaki yang bersama Zara tiba di meja.

“Sorry. Lupa nak bagitahu you, I kat sini,” balas Zara.

“It’s okey. Ini?” Soal lelaki itu sambil memandang Kamal dan Amir.

“Oh, ini Kamal, he’s a lawyer. Sarah’s boyfriend. Kamal, ini Alan.” Zara memperkenalkan.

Kamal berjabat tangan dengan Alan.

“And this…” Zara memandang Amir. “ Kamal’s friend, I guess.”

Amir mengetapkan giginya. Dijabat tangan Alan sambil matanya masih menjeling Zara.

“Amir, Zara’s husband.”

Zara menelan air liur. Tak guna punya Amir!

“Your husband? Soal Alan. Tidak percaya.

“He’s kidding. I tak pakai cincin kahwin. See,” ujar Zara sambil menunjukkan ke arah tangannya. Mujur dia tanggalkan cincin di jarinya.

Amir mengepalkan tangan. Berang dengan Zara.

Alan menganggukkan kepala sebelum membisikkan sesuatu di telinga Zara. Amir merenung Alan dengan tajam. Tertanya-tanya apa yang dibisikkan lelaki itu sehinggakan Zara mengukirkan senyuman.

“Ekhem…” Amir berdehem. Tidak selesa dengan gelagat Alan pada Zara. 

Alan angkat muka, memandang Amir. 

“Apa kata you tunggu I kat bawah?” Pinta Zara pada Alan. Dia dapat rasakan Amir tidak mengemari Alan. 

Alan angguk kepala. “I tunggu kat bawah.” Ucap Alan dengan senyuman sambil mencuit dagu Zara sebelum beredar. 

Amir yang melihat situasi mendengus. Sakit hati pula melihat situasi manja Alan dan Zara. “So, lepas ni you nak pergi tidur dengan dia? Dah booking hotel?” sinis soalan Amir. 

“Mir!” Kamal bersuara. Sinis betul ayat sepupunya itu. 

Zara tarik senyum senget. “That’s a good idea. But his home much better.”

“How dare you!” Amir merenung tajam Zara.

Zara ketawa kecil. “You are funny, Amir. Did you know that?” ucap Zara sinis. Dipandang Amir lagi sebelum berkata, “I see you with Tania. Both of you punya romance, but I didn’t get mad of that. But now, you nak marah I sebab cheating on you?”

Amir telan air liur. Air mukanya berubah. “I didn’t said you were cheating on me.”

“Then?”

“Because I don’t think its appropriate for you nak pergi rumah lelaki sembarangan.

Zara ketawa lagi. “So, is that appropriate you pergi rumah Tania? Bukankah dia juga dikategorikan sebagai perempuan sembarangan?”

“I love Tania dan you, I am very sure you sedikit pun tak cinta Alan, bukan? You just want him for one night love stand only.”

Zara senyum sinis. “You still love her after what she had done to you?”

Amir telan air liur. Kamal menggelengkan kepala padanya. Memberi isyarat supaya berdiam saja tapi Amir tidak endah. “You tak ada hak untuk masuk campur urusan I.”

Zara mencebik. “Well then, you pun tak ada hak untuk masuk campur urusan I. Dengan lelaki mana I bermalam, is none of your business.” Sejurus ucapkan itu, Zara bangun dan melangkah ke arah Alan yang tidak jauh darinya. 

Amir mengetapkan gigi. Dia perihatikan sahaja kelibat Zara Amani bersama Alan itu. Dia perhatikan saja Zara yang sedang bergelak sakan dengan lelaki kacukan itu. 

“Mir…”Kamal bersuara sekali lagi. Dia memandang Zara yang sedang berbual dengan Alan. Dipandangnya sepupunya pula. Rasanya Amir sedang menahan rasa cemburu. Dia tahu itu. Mata Amir tak lekang memerhatikan Zara.





4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.