Tuesday, March 17, 2015

Kedua #33


[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30] [#31] [#32]


Amir Haikal memandang kedua-dua Daddy dan Mummynya dengan perasaan gusar. Rasanya dia tahu apa yang mereka akan bincangkan. Nenek juga dipandangnya tapi seperti selalu, Nenek kelihatan tenang. Dan Amelia, dia pasti kakaknya itu sedang menahan marah padanya.

Ketika dia berada di Jerman atas urusan kerja, dia dikejutkan dengan panggilan dari keluarganya yang mengatakan isterinya menumbuk Rushdi di kelab malam. Seusai mesyuarat petang itu, dia terus pulang. 

“Hubungan kamu dengan Zara sebenarnya macam mana?” Soal Tan Sri Ridzuan pada anaknya. Dia tahu anak dan menantunya bergaduh. Jika tidak, masakan menantunya menetap di rumah besannya terlampau lama. Dia sekeluarga melawat Zara semalam namun Zara tidak bercakap apa-apa tentang anaknya ini. Bila ditanya, menantunya hanya mendiamkan diri.

“I don’t have answer for that,”balas Amir dengan nada lemah.

Tan Sri Ridzuan menganggukkan kepalanya. Dipandang isteri dan ibunya, masing-masing memandangnya.

“Mir, ingat soalan yang Daddy tanya a few months ago? Siapa yang kamu mahu pilih?”

Amir menelan air liur. Dia ingat soalan itu. Amir menganggukkan kepalanya.

“Jadi, boleh Daddy mintak jawapan sekarang?”

Amir menelan air liur sekali lagi. Rasanya dia harus pilih Zara selepas apa yang Tania buat padanya. Tiada pilihan lain. Selain tidak mahu Zara jatuh ke tangan Johan. Mungkin. Tapi mereka telah bersetuju untuk bercerai.

“Mir pilih…” belum sempat Amir menyudahkan ayatnya, Puan Suraya mencelah.

“Tania?” Seisi ruang tamu memandang Puan Suraya.

“Ibu…” Tan Sri Ridzuan bersuara.

“Betullah apa yang Ibu katakan bukan? Amir pilih Tania bukan? Jadi, lepaskan Zara. Nenek tak sanggup tengok Zara macam tu lagi. Kalau kamu bersetuju nak kahwin dengan Zara hanya untuk menyusahkan hidup Zara, baik kamu lepaskan dia, Amir.

Amir menelan air liur. Ah… nenek ni, memandai je.

“Jadi, nanti suruh Kamal sediakan dokumen penceraian,” ujar Puan Suraya sebelum bangun.

“Mir pilih Zara, bukan Tania.” Amir bersuara sambil berdiri. Dia memandang neneknya yang sedang berjalan ke arah pintu.

Langkah Puan Suraya terhenti. Dia mengukirkan senyuman.

“Jadi, Amir tahu apa yang harus buat bukan?” Puan Suraya bersuara sebelum menghilangkan diri.

Amir mengeluh. Apa yang harus dia lakukan? Pujuk Zara? Adakah itu yang dimaksudkan oleh nenek? Dia dapat lihat riak lega pada wajah Puan Sri Marissa dan Amelia. 

****************************************



Johan menanti Amir dengan sabar. Hari ini dia harus luahkan segala-galanya pada sahabatnya ini. Sama ada Amir mahu menganggap dia kawan lagi atau tidak, sekurangnya dia harus meluahkan apa yang dipendam dalam hati.

“Jo!” Kedengaran suara Amir. Johan mengukirkan senyuman tatkala melihat Amir di hadapannya ini.

“So, kenapa kau nak jumpa aku?” Soal Amir setelah memesan minuman.

Johan menelan air liur. Haruskah dia berterus terang? Tapi kalau dibiarkan lama, nanti dia yang akan terlepas.

“Aku nak beritahu kau sesuatu.”

Amir memandang sahabatnya ini. Adakah perkara penting sehinggakan sanggup mengajaknya berjumpa. 

“It’s about Zara,” Johan mengatur ayat.

Amir menelan air liur. Apa yang Johan mahu beritahu tentang Zara? 

“Kenapa dengan dia?”Soal Amir.

Johan menarik nafas. Agak berat untuk memberitahu hal sebenar.

“Would you let go Zara?” 

Amir menelan air liur sekali lagi. Jadi, benarlah apa yang disangkanya selama ini. Johan ada perasaan pada isterinya.

“Why?”

“Because i’m…”

“In love with her, right?” Amir memotong.

Johan memandang sahabatnya. Jadinya Amir tahu hal sebenar.

“You didn’t love her, so I…”

“Bagaimana kau pasti dia tak cintakan aku?” Soal Amir.

Johan menelan air liur. Dia teringat insiden Zara menyebut nama Amir dalam tidurnya. Sebahagian hatinya mahu mengatakan wanita itu mencintai Amir sebahagian tidak.

“Would you let her go?”

Amir memandang Johan.

“Did she love you?” Kali ini Amir menyoal. Tiba-tiba sahaja dia berasa berang dengan sahabatnya ini. Sesuka hati je nak suruh aku lepaskan Zara.

Johan mahu berbohong tapi dia tahu sahabatnya akan tahu.

“I’m sorry, Jo. Aku takkan lepaskan Zara.”

“Why? Kau bukannya cintakan dia. Dan dia tak cintakan kau. Kenapa? Selama ini, kau lukakan hati dia. Why kau tak nak lepas kan dia?”

“That’s my business to let her go or not.”

Johan menelan air liur. “Setakat kau nak simpan dia untuk lukakan dia lagi, it’s useless.

Amir mengetapkan gigi.

“Did she know the truth that you…” Amir bersuara lagi. Sengaja dia berkata sebegitu. Tentunya Zara tidak tahu hal sebenar.

Johan menggelengkan kepala. 

“I’m sorry Jo but I won’t let her go no matter what” terbit rasa simpati dengan Johan.

Johan mengukirkan senyuman sinis. “Why? Sebab kau tak ada Tania sekarang ni, sebab tu kau tak nak lepaskan dia?”

“She still my wife. And it’s none of your business!” Amir berang.

“The point is, both of you didn’t love each other.”

“Dan kau nak kata dia cintakan kau? Did she? Or kau nak kata yang aku tak cintakan dia?”

Johan memandang Amir. Tidak mengerti dengan ayat yang dikeluarkan sahabatnya ini. Takkanlah Amir jatuh cinta dengan Zara?

“You didn’t love her. I know that,” ujar Johan.

Amir mengukirkan senyuman sinis. Nampaknya Johan mengenalinya dengan lebih mendalam.

“So what kalau aku tak cintakan dia? Dan kau rasa kau akan jaga dia dengan lebih baik dari aku? Kau yakin Zara akan jatuh cinta dengan kau?”

Johan menelan air sekali lagi. Dia tahu dia tak mungkin akan dapat buatkan Zara jatuh cinta dengannya. Wanita itu hanya menganggapnya sebagai sahabat sahaja.

“No matter what, aku takkan lepaskan dia.” Amir bangun dan beredar. Hatinya berasa berang.

Johan menarik nafas sambil matanya melihat kelibat Amir beredar. Nampaknya dia terpaksa gunakan cara lain. Mungkin.



4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.