Monday, March 16, 2015

Kedua #32



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30] [#31]



Zara Amani berada di kelab malam kegemarannya. Sudah seminggu dia berada di rumah keluarganya. Dan sudah seminggu dia berkelakuan sebegitu. Pulang dari kerja terus dia ke kelab malam. Apabila jam menunjukkan ke angka tiga, baru dia pulang. Itupun selepas dia yakin Ayah dan Mama sudah melelapkan mata, kalau tidak, bersoal jawab lah dia. Sudah seminggu Ayah dan Mama cuba mengorek jawapan darinya. Dia teringatkan kejadian pagi tadi. 

Amelia Harlina datang bertemunya tadi, membincangkan tentang hal Amir dan Tania. Sejujurnya dia tidak kisah tentang itu tapi nasihat Amelia yang mahu dia kekal di sisi Amir walau macam mana sekalipun, membuatkan dia dihimpit rasa bersalah.

“I don’t love him, Along. Kami kahwin just only to fulfill family wishes only.”

Amelia mengukirkan senyuman kelat. DIa tahu itu. Dia dapat rasakan betapa Amir Haikal tidak mencinta adik iparnya dan begitu juga Zara Amani. 

“I don’t want to lose you as my sister.”

Zara senyum kelat. “He didn’t love me, Along.”

“But you can try to love him, Zara,” Amelia tidak mahu mengaku kalah.

Zara mengeluh. Mahu saja dia jelaskan hal sebenar pada Amelia yang dia dan Amir telah bersetuju untuk bercerai sebelum lelaki itu tahu niat Tania yang sebenar. Namun Zara batalkan saja. Lagi baik kisah penceraiannya tidak dihebohkan pada sesiapa hatta Amelia sendiri. 

“Hai…” kedengaran suara lelaki. Lamunan Zara terhenti di situ. Zara menoleh. Siapa lelaki ini? Macam pernah lihat, tapi di mana?

“Would you mind if I sit here?” Lelaki itu bersuara lagi. Zara tidak mempendulikan lelaki itu. Pengacau betul!

“Then, I anggap you setuju I duduk sebelah you,” sekali lagi lelaki itu bersuara.

Zara merenung tajam lelaki di sebelahnya. Dia pasti dia pernah lihat lelaki ini tapi di mana?

“By the way, I’m Rushdi kalau you tak ingat.”

Nah! Akhirnya Zara ingat. Lelaki ini adalah musuh Amir. Mereka berkenalan ketika majlis lelong hari itu.

I tak expect akan jumpa you kat sini.” Rushdi masih tidak mahu mengalah. Diperhatinya Zara. Cantik. Patutlah Amir tak mahu lepaskannya. Ah… ruginya Amir.

Zara masih mendiamkan diri. Malas untuk melayan lelaki di sebelahnya ini.

“So, mana Amir? Takkan you datang sorang je?” Soal Rushdi lagi.

Zara menahan geram. “It’s none of your business, I guess.”

Rushdi mengukirkan senyuman sinis. Nampaknya Zara bukan seperti yang dia sangka saat kali pertama bertentang mata. Wanita ini tentunya licik dan sukar dijangka. 

“Well, kalau you nak I temankan, I’m happily to do that,” ujar Rushdi disertai dengan senyuman nakal.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Tawaran yang menarik. Tentunya Amir akan mengamuk kalau tahu dia bersama musuhnya. Dendam mungkin terbalas. Tapi… tentunya ini akan menyusahkan dia. Dan dia yakin Rushdi sengaja mahu mendekatinya. Mungkin untuk menaikkan kemarahan Amir.

“I don’t need you,” balas Zara dingin.

Rushdi mengukirkan senyuman sekali lagi. Jual mahal betul.

“I dengar sebab Amir sibuk layan Tania, you terabai?” Rushdi bersuara lagi. 

“So?”

“I boleh isikan kekosongan di hati you.”

Zara mengukirkan senyuman sinis. Ah…ingat aku apa?

“Shall we?” Rushdi bersuara lagi. Tangannya cuba menyentuh paha wanita di sebelahnya. Namun belum sempat dia berbuat demikian, Zara mencengkam tangannya dengan kasar. Dia menelan air liur. 

“You ingat I ni apa?” Soal Zara sambil melepaskan tangan Rushdi dengan kasar. Bodoh betul lelaki sebegini! Muka je kacak, tapi otak tak ada!

Rushdi mengukirkan senyuman sinis. Nampaknya dia telah membuatkan wanita cantik di hadapannya berang. Mungkin Zara baru sahaja bergaduh dengan Amir. Macam la dia tak tahu.

“Kenapa ni?” Soal Rushdi tanpa langsung rasa bersalah. Tangannya cuba mengusap pula pipi Zara namun wanita itu mengelaknya. Nampaknya wanita di sebelahnya bukan calang-calang wanita.

Zara akhirnya berdiri. Dia mahu beredar dari situ. Namun belum sempat dia melangkah, Rushdi telah berkata sesuatu yang bikin hatinya terlampau berang.

“Or, Amir tak pernah sentuh you lagi?”

Zara memalingkan tubuhnya ke arah Rushdi. Dia memandang lelaki itu dengan senyuman sebelum sebelum satu tumbukan dilayangkan ke muka lelaki itu. Rushdi memandangnya dengan terkejut sambil tangan lelaki itu memegang hidungnya yang berdarah. Zara mengukirkan senyuman kemenangan. 

Baru sahaja dia memulakan langkah, Rushdi menyerangnya dari belakang, namun mujur, dia sempat mengelak. Lelaki itu terhantuk ke dinding. Dia mengukirkan senyuman sekali lagi. Tiba-tiba muncul dua orang lelaki yang berpakaian hitam memegang kedua-dua belah tangannya. Dia meronta sebelum sikunya dihentak ke dada salah seorang lelaki itu. Nampaknya pergaduhan bermula. Keadaan di kelab malam menjadi kacau-bilau.

***********************


Dato’ Mukhriz memandang anak perempuannya dengan rasa berang. Isterinya hanya mampu mendiamkan diri. Terkejut juga tadi balai polis menelefonnya, mengatakan anak perempuannya membuat masalah di kelab malam. Dia tidak menyangka Zara sanggup membuat perkara yang hampir memalukan dirinya.

“I can’t believe you do this!” Dato’ Mukhriz bersuara.

Zara menghembuskan nafas. Dia tahu Ayah mesti terlampau marah kepadanya. Ayah memang jarang marah tapi bila dia marah, marah Ayah lebih dari Mama. Lihatlah, Mama pun mendiamkan diri. Tentunya kesalahannya kali ini teramat besar. Disentuh hujung bibirnya yang terluka. Pedih!

“Kenapa sampai macam ni sekali Zara buat?” Sekali lagi Dato’ Mukhriz bersuara. 

Zara memandang ayahnya. Ah… isu ni dah selesai tak perlulah ditanya lagi. Dah terangan bukan dia yang bersalah.

“Zara, jawab soalan ayah tu,” arah Datin Azrina. Risau juga lihat suaminya dalam keadaan marah. Diperhatinya anak perempuannya, ada sedikit lebam di dahi Zara.

“Apa yang Ayah nak tahu? Hal ni dah selesai. Tak payahla nak tanya. Dah terangan bukan Zara yang salah,” balas Zara selamba.

Dato’ Mukhriz mengetapkan giginya. Berang dengan jawapan Zara.

“Dan perlu ke Zara nak buat kacau kat situ?”

“I told you. It wasn’t me who started it first. Ada saksi sendiri yang nampak, lelaki tu cuba nak buat benda tak senonoh kat Zara. Don’t tell me that you trust that jerk!” Zara meninggikan suara. 

Dato’ Mukhriz menarik nafas. Dia tahu apa yang Zara cakapkan itu benar. Ada saksi yang beritahu anak Datuk Rahim cuba melakukan perkara tak senonoh pada anak perempuannya.

“Tapi kamu tak patut tumbuk dia.”

“Habis? Ayah nak suruh Zara buat apa? Bunuh dia?” Ujar Zara dengan nada geram.

“But at least, Zara patut jaga air muka Amir. You’re his wife. No matter what!” terang Dato’ Mukhriz.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Ah… tak habis dengan Amir. Amir juga yang tak jaga air mukanya buat apa dia mahu berkelakuan sebegitu.

“Let it be, Ayah! Zara tak pernah anggap dia suami Zara. And he never thought me as his wife.”

“Zara Amani!” Dato’ Mukhriz mahu saja menampar anak perempuannya tapi dihalang oleh isterinya.

“Bawa bertenang bang,” pujuk Datin Azrina.

Dato’ Mukhriz mengeluh. Tiada guna melakukan kekerasan. Zara tak akan pernah berubah.

“Mulai hari ini, kamu tak dibenarkan keluar. Kerja kamu, biar Alex je yang lakukan. Anggap je kamu bercuti.”

Zara menelan air liur. Ah… ayah ni biar betul?

“You can’t do that!” Zara menjerit. Benci betul bila kebebasannya dihalang.

“This is your punishment. Selagi kamu tak selesaikan hal kamu dengan Amir, jangan harap Ayah akan benarkan kamu buat sesuka hati kamu lagi.” Dato’ Mukhriz memandang anak perempuannya. Rasanya inilah keputusan. Walau macam mana sekalipun, Zara harus selesaikan masalahnya dengan Amir. 

“Fine. Suruh Amir ceraikan Zara. We both agreed this,” ujar Zara sebelum berlalu pergi ke tangga. 

Dato’ Mukhriz menelan air liur. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Isterinya memandangnya. Mungkin juga sepertinya. Mengharapkan apa yang dia dengar dari mulut Zara adalah bohong. Tak mungkin sampai begitu sekali hubungan anak menantunya ini. Mungkin Zara berkata sedemikian sebab berada dalam keadaan marah. Dia faham anaknya ini.




2 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.