Sunday, March 15, 2015

Kedua #31





[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30]

Zara memerhatikan kelibat Amir Haikal yang sedang berbaring lemah di atas katil. Terkejut juga dia tatkala tiba di bilik tadi, kelihatan tubuh Amir terkulai layu di lantai. Dia baru sahaja pulang dari Sabah setelah semingguu berada di sana atas urusan kerja. Meletihkan tapi menyeronokkan.

Disentuh sekali lagi dahi lelaki itu, masih panas. Akhirnya dia meletakkan tuala di dahi lelaki itu. Mahu gelak pun ada juga dengan situasi sekarang. Dia sedang menjaga lelaki yang paling dibencinya dengan penuh perhatian. Bertuah betul Amir ini!

Kedengaran bunyi ketukan di pintu, Zara menoleh ke arah pintu. Kelihatan kelibat Yati melangkah masuk.

“Encik Hilmi sudah sampai. Dia berada di ruang tamu tingkat bawah,” ujar Yati. Terbit rasa kesal dengan apa yang terjadi. Macam manalah dia tidak tahu yang majikannya tidak sihat. Dia patut tahu sekiranya majikannya bangun lambat dari kebiasaannya, tentu ada sesuatu. Dan dia cuma tahu apabila Puan Zara menjerit memanggilnya.

Zara menganggukkan kepala sebelum melangkah turun ke tingkat bawah. Setibanya, Hilmi sedang menanti. Lelaki itu mengukirkan senyuman kepadanya.

“Puan,” Hilmi menyapa.

Zara mengukirkan senyuman. Tidak tahu apa yang bakal Hilmi katakan. Tentunya berkaitan dengan jadual kerja Amir. Seorang CEO seperti Amir, tidak seharusnya jatuh sakit. Kelancaran pengurusan syarikat tentunya akan terganggu.

“Doktor suruh Amir berehat untuk sementara waktu. Jadi saya rasa dia tak berupaya untuk jalankan tugasnya,” Zara bersuara

Hilmi menganggukkan kepalanya. Dia tahu itu, Tan Sri Ridzuan sudah menghubunginya, meminta mana-mana temu janji Amir ditangguhkan atau diambil alih olehnya.

“Yang itu saya rasa tak ada masalah. Tan Sri akan ambil alih untuk sementara waktu,” balas Hilmi.

Zara hanya menganggukkan kepala. Tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan. Bukannya dia tahu sangat tentang kerja Amir. Yang dia tahu kerja Amir tentunya lagi berat dari kerjanya. Tentulah jawatan pun tak sama. Diperhatikannya Hilmi, dia hanya mengenali lelaki ini sebagai pembantu peribadi keluarga mertuanya.

“Puan?” Soal Hilmi lagi. Hairan dengan sikap isteri majikannya yang mendiamkan diri.

“Saya tak tahu tentang kerja dia. So, tak ada apa sangat yang saya boleh bantu,” ujar Zara dengan rasa segan.

Hilmi mengukirkan senyuman. “Tak apa. Puan hanya perlu jaga Encik Amir dengan baik sehingga dia pulih.”

Zara menganggukkan kepalanya sekali lagi. Rasanya itu sahaja yang dia perlu, jaga Amir sehingga pulih.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya mohon diri dulu.”

Zara menggelengkan kepala. Dia memerhatikan sahaja kelibat Yati menemani Hilmi ke pintu. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di sofa. Badannya penat. Berada beberapa jam dalam penerbangan, benar-benar membuatkan dia penat. Rasanya dia langsung tidak dapat tidur sepanjang penerbangan tersebut.

“Puan tak mahu berehat?” Soal Yati sekembalinya ke ruang tamu.

“Kenapa?” Soal Zara hairan. Nampak ketara ke dia penat?

“Puan baru saja sampai dan sekarang Puan kena jaga Encik Amir. Saya rasa baik Puan rehat dulu.”

Zara menganggukkan kepala. Dia juga bersetuju. Dia juga mula merasa mengantuk. Tapi Amir, takkan mahu dibiarkan sahaja lelaki itu?

“Betul juga. Saya ke bilik dulu.”

Yati menganggukkan kepala sambil memandang sahaja Zara melangkah ke ara tangga. Dia terdengar khabar angina yang mengatakan majikannya ini bakal bercerai. Dia harap khabar angin itu tidak benar.

Zara tiba di bilik. Dia memandang ke arah katil. Amir sedang berehat. Ah… mana dia mahu membaringkan dirinya? Akhirnya dia melangkah ke arah sofa. Nampaknya dia terpaksa tidur di situ untuk kali ini.

***************************

Zara berada di bilik kerja, menyiapkan draft hiasan dalaman yang harus dibentangkan minggu hadapan. Sudah tiga hari dia melakukan kerja yang sepatutnya dia lakukan di pejabat, dilakukan di rumah. Ini semua sebab Amir. Apabila Ayah mendapat tahu Amir sakit, Ayah menyuruhnya bercuti sementara waktu untuk menjaga Amir. Ah… sayang betul ayah pada Amir. 

Daun pintu terkuak, Zara menoleh. Rupa-rupanya Amir. Lelaki itu meletakkan sebuah mug berisikan kopi di hadapannya. Zara memandang Amir. Tidak tahu apa tujuan berbuat sedemikian. Kalau harap dapat ambil hati aku dengan kopi, jangan harap.

“What’s this?” Soal Zara dingin.

“Cappucino. You suruh Yati buatkan Cappucino bukan? So, I tolong dia bawakan untuk you.” 

“Sejak bila you jadi pembantu rumah ni?” Soal Zara sinis. Dia lihat muka Amir berubah. Padan muka!

“Dan ini untuk you.” Amir mengeluarkan jambangan bunga lili dari belakangnya lalu diberikan pada Zara.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Tentu ada sesuatu yang Amir Haikal mahu darinya. Tiba-tiba je nak bagi aku bunga! “You nak apa sebenarnya?” 

“Nothing. Ini sebagai penghargaan sebab you jaga I,” ujar Amir. Dia teringatkan Zara yang menjaganya ketika jatuh sakit. Tidak menyangka Zara sanggup menjaganya.

“Dan bunga lili?” Soal Zara.

“It’s your favourite flower, right?”

“How’d you know?”

“Johan bagitahu.” Amir teringatkan insiden Johan membawa bunga Lili ketika Zara jatuh sakit dahulu.

“Bila you pergi beli ini?”Soal Zara lagi.

“I suruh Hilmi belikan. Alang-alang dia nak bagi dokumen yang perlu I sain.”

“So, you dah sihat?”

“Sort of, why?” Soal Amir. Hairan.

“Great! So, I tak perlu jaga you lagi. I dah boleh pergi kerja esok,” balas Zara jengkel.

Amir hanya mengukirkan senyuman.

“I think. I nak pergi mandi. Care to join me?” Sengaja Amir mengusik.

Zara mengecilkan mata. Tak habis mahu buatkan dia marah.

“Ruginya you. Kalau tak, you boleh tengok apa yang you terlepas tengok hari tu,” ujar Amir lagi. Dia teringatkan kes yang Zara masuk ke bilik air tanpa mengetahui dia berada di dalam. Dia lupa untuk mengunci pintu. Nasib baik ketika itu, dia baru sahaja tanggalkan baju, kalau tak, sah-sah Zara akan malu dengannya seumur hidup.

Zara mengetapkan gigi. Dia tidak pendulikan usikan Amir. Makin dilayan, makin dia sakit hati. Dia menyambung kembali kerjanya selepas Amir keluar.

Beberapa seketika, terdengar ketukan di pintu, Zara memandang ke arah pintu. Kali ini Yati.

“Ada tetamu,” ujar Yati.

“Siapa?”

“Dia cakap dia nak jenguk Encik Amir.”

Zara mendengus. “Saya dah bagitahu, kalau ada sesiapa yang nak jenguk Encik Amir, bagitahu je yang Encik Amir tak sihat lagi.” Zara tertanya-tanya siapa yang berdegil. Takkanlah Kamal ataupun Johan? Mereka tentu akan hubunginya dulu. Lagipun, mereka sudah melawat Amir dua hari lepas. Takkanlah keluarga dia dan Amir? Sudah tentu Yati kenal.

“Saya dah beritahu tapi dia tetap nak jumpa Encik Amir.”

Zara mengeluh. Akhirnya di bangun dan melangkah turun ke tingkat bawah. Setibanya di ruang tamu, dia menarik nafas. Rupanya Tania.

“Mana Amir?” Soal Tania sejurus menyedari kelibat Zara di situ. 

“Dia tidur,” ujar Zara malas.

Tania mengetapkan gigi. Dia tahu Zara sengaja berkata begitu. Sengaja tidak mahu dia bertemu dengan Amir. Amir tidak sihat, dan tak ada siapa pun yang mahu beritahunya.

“ Aku nak jumpa dia. Kau sengaja kan tak nak bagi aku jumpa Amir!”

Yati hanya memandang sahaja situasi yang berlaku di hadapannya. Rasanya dia tahu siapa tetamu wanita ini, teman wanita Encik Amir. 

“Kau dah tahu so, balik lah. Tak ada gunanya dia nak jumpa kau. Aku rasa dia pun tak nak jumpa dia,” sengaja dia berkata sedemikian. Entahkan betul atau tidak yang dia kata, tapi dia malas hendak melayan karenah Tania kali ini. Dia ada banyak kerja yang harus disiapkan.

Tania menelan air liur. Dia tahu ada benar apa yang dikatakan oleh Zara. Amir tentunya tak mahu berjumpa dengannya. 

“I rasa baik you balik,” kedengaran suara Amir dari belakang. Zara menoleh.

“Amir…” Tania bersuara sebelum meluru ke arah lelaki itu. Namun Amir tidak melayannya. Lelaki itu terus ke tingkat atas tanpa mengendahkannyaa.

Zara menarik nafas apabila melihat kelibat Tania dan Amir menghilang ke tingkat atas. Ini sudah lebih ni!

“Awak pergi buat kerja awak,” arah Zara pada Yati sebelum beredar ke tingkat atas.

Yati hanya menganggukkan kepala sebelum beredar ke dapur. Apa yang akan berlaku nanti?

****************************


Tania memandang Amir. Sekarang ini, dia berada di bilik tidur utama. Bilik tidur Amir dan Zara. Dia mahu mendekati lelaki di hadapannya, namun Amir cuba menjauhkan diri darinya. Nampaknya, Amir benar-benar membencinya.

“I dengar you sakit, dan I…” belum sempat Tania menghabiskan ayatnya, Amir sudah memotong.

“Baik you balik. I tak nak jumpa you.”

“Please bagi I another chance. I promise, I won’t do it again. Please,” Tania merayu. Air matanya sudah mengalir keluar.

“We’re nothing. There’s nothing between us anymore!” Amir bersuara. Sebahagian hatinya masih lagi menyintai wanita di hadapannya.

“Don’t tell me that you’re in love with her!

“Yes!” Amir berbohong.

Tania menelan air liur. Dia tahu Amir berbohong.

“You’re lying!”

Zara tiba di bilik tidur. Kedua-dua Amir dan Tania sedang memandangnya. Dia lihat mata Tania basah.

“It’s better you leave, Tania,” Zara bersuara sekali lagi. Dia sebenarnya tidak mahu masuk campur urusan pasangan di hadapannya ini tapi risau jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Amir bukannya sihat sepenuhnya lagi.

“It’s none of your business!” Balas Tania bengang. Matanya masih memandang Amir.

“Fine!” Ujar Zara geram. “Do whatever you want.”

Zara mahu melangkah keluar dari bilik, namun sempat dia berbuat sedemikian, Amir telah menarik tangannya sebelum menolaknya ke dinding. Zara terkesima. Dia meronta namun tidak Berjaya. Pegangan Amir terlampau kuat.

“I’m sorry for doing this. But this the only way,” Amir berbisik di telinga Zara.

Zara memandang Amir lagi. Tidak memahami ayat diucapkan lelaki sebentar tadi. Amir sedang memandangnya sebelum bibir lelaki itu didekatkan dengan bibirnya. Zara menelan air liur.

Tania menelan air liur melihat kejadian di hadapannya. Jantungnya hampir tercabut. Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh Amir tadi. Dia akhirnya berlari keluar. Tak ada gunanya berada di sini. 

Amir melepaskan ciumannya. Diperhatinya Zara. Tangan di lengan wanita itu juga dilepaskan. Seraya itu, Zara menolak tubuhnya dengan kasar.

PANGGG!! Satu tamparan hinggap di pipi Amir. Perit. Nafas Zara turun naik. Dia berang.

Amir menarik nafas. Dia tahu Zara bengang dengannya. Muka wanita ini sudah kemerahan. 

“I’m sorry,” Amir bersuara. Tapi Zara langsung tidak bersuara. Wanita itu terus meluru keluar tanpa mendengar penjelasannya. Amir mengeluh sekali lagi. Tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
\



2 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.