Saturday, March 14, 2015

Kedua #30



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29]


Amir mengeluh sambil memandang keadaan sekeliling. Muda-mudi sedang mengoyangkan tubuh masing-masing mengikut rentak muzik yang dimainkan. Dia teringat pertemuannya dengan Tania di rumah wanita itu. Pertemuan yang telah diatur.

“I tak expect yang you akan datang. I thought you just cakap je,” ujar Tania apabila melihat Amir di hadapan rumahnya.

“Let’s say whatever you want to say,” balas Amir dingin. Rasanya dia tidak perlu lama di kondominium Tania. Tujuan dia datang sini hanya untuk selesaikan apa yang patut. Rasanya dia sudah mengambil keputusan untuk menamatkan hubungannya dengan Tania Isabella ini.

Tania menelan air liur. Nampaknya Amir bukan lagi Amir Haikal yang pernah dia kenali suatu ketika dulu.

“I’m sorry,” hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Tania. Ikhlas atau tidak dia tidak pasti tapi dia tak mahu Amir tamatkan hubungan mereka. Dia perlukan Amir lebih dari dia perlukan apa yang Amir ada.

“Are you being sincere?” Amir menyoal. Tidak tahu sama ada dia harus percaya atau tidak. Tania ini licik. Dan dia selama ini telah diperbodohkan oleh Tania.

“I tahu I tak patut buat macam tu, but I betul ikhlas cintakan you,”Tania berkata jujur tapi tentunya Amir tak akan percaya.

Amir mengukirkan senyuman sinis. Rasanya Tania sedang berbohong dengannya.

“Then you nak bagitahu I why you treat Zara like that?”

“Apa yang Zara bagitahu you? She’s lying!” Tania berbohong walau dia tahu tak ada gunanya.

“Really? Then you nak bagitahu I apa yang you buat kat ofis Zara malam tu? Did she ask you to come?”

Tania menelan air liur. Dia menganggukkan kepalanya. Amir mengukirkan senyuman sinis. Tania masih lagi mahu berbohong sedangkan bukti sudah ada di tangannya.

“Apa yang you dengar malam tu, emosi I tak terkawal, that’s why I…”

“You are lying!” Amir meninggikan suara. “I pasti you bukannya bodoh nak pergi jumpa dia kalau dia suruh sekalipun bukan? Dan Zara bukannya bodoh nak minta you jumpa dia kat ofis dia.”

Tania menelan air liur. Dia terkedu.

You cakap Zara call you, tuduh you sebagai pelacur but bila I check Zara punya call’s records, tak ada langsung dia call you. Yang selalu hubungi dia, is YOU!”

Tania menarik nafas. Nampaknya dia tak mampu berbohong lagi.

“Malam yang dia simbah air ke muka you, somebody said you tampar Zara first. “

“I…”Tania mahu pertahankan dirinya. Namun belum sempat dia berkata-kata, Amir telah memotongnya.

“Dan insiden di toilet hari tu, Zara tak tolak you bukan?” Amir memandang wajah Tania yang berubah warna. Nampaknya betullah apa yang keluar dari mulutnya. “Kenapa perlu you buat sampai macam tu sekali?” 

“Dia penghalang. Selagi dia kekal isteri you, selagi itulah dia akan jadi penghalang kita.”

“Penghalang kepada hasrat you bukan? Dia sendiri yang cakap dia tak kisah hubungan kita, and she do nothing about us. Nothing!”

“She have everything that I want. She have you, and she have…”

“Segala kemewahan dia dapat dengan menjadi isteri I?” Amir memotong.

Tania menelan air liur. Amir sudah tahu semuanya. Tak ada gunanya dia cuba berdolak dalih.

“Dia isteri you…”

“What’s wrong with her being my wife?”

“Zara cakap you dan dia akan bercerai soon.”


Amir mengeluh. Zara ni… mengapa diceritakan pada Tania tentang persetujuan mereka. “Dia yang nak bercerai, tapi I tak nak.”

Tania memandang Amir. Terkejut dengan ayat yang dikeluarkan oleh lelaki di hadapannya ini.

“Why? You tak cintakan dia. Dia tak cintakan you. Kenapa you tak nak lepaskan dia? Why?” Tania mempersoalkan. Air matanya mengalir laju di pipinya. Tak mungkin Amir sudah jatuh cinta dengan Zara. Tak mungkin!

“Dia tak cintakan I, that’s right. I tak cintakan dia, I don’t know.” Jawapan Amir membuatkan Tania kecewa. Tak mungkin Amir akan jatuh cinta pada perempuan seperti Zara. 

“What you mean?”

“She’s my first love. Another reason why I setuju untuk kahwin dengan dia.” Amir teringatkan Zara di waktu kecil. Bagaimana si kecil Zara itu mampu mengembirakan hatinya di saat dia kesunyian ketika berada di rumah seorang diri. Dia dan Zara berpisah apabila Zara mengikut ibu dan ayahnya ke luar Negara. Dan selepas itu, mereka hilang perkhabaran.

“Let’s finish all this thing. Hubungan you dan I setakat ini saja,” tambah Amir lagi. Berat hatinya untuk mengatakan ayat sebegini tapi itu yang terbaik. Mungkin. Dia tak boleh terima kenyataan yang Tania tidak mencintainya sebagaimana dia mencintai wanita itu. Ah… ini balasan yang dia dapat.

“NOOO!!! Please. Bagi I peluang kedua. I don’t mind what you have. I cuma nak you. Please,” Tania merayu. Dia memeluk Amir. Dia tak mahu kehilangan Amir. Dia janji lepas ini dia akan berubah.

“You tak ingat I tak bagi you peluang kedua ke? Kata-kata you yang melukakan hati I a few years ago and I still take you back into my life, you ingat I tak bagi peluang kedua pada you?” Amir cuba meleraikan pelukan Tania. Ditahannya air matanya dari jatuh. Dia tak akan sesekali menunjukkan air mata lelakinya di hadapan Tania. Tak akan!

“Please, don’t leave me!” Tania merayu lagi. 

“Take a good care of yourself. After all, we still friend, if you don’t mind,”ujar Amir sebelum melangkah keluar. Jujur, dia berat hati untuk membiarkan Tania pergi. Tapi itu yang terbaik. Baik untuk dirinya dan juga Tania.


++++++++



Amir mengeluh lagi apabila teringatkan kejadian tadi. Minuman bergas di tangannya diteguk lagi. Dia mengerling jam ditangannya. Sudah hampir 1 jam dia berada di sini. Dia pandang lagi keadaan sekeliling. Teringat saat dia bertembung dengan Zara di sini. Wanita itu hanya berlagak acuh tak acuh dengannya ketika itu tapi melayan lelaki lain dengan mesra yang dia ketahui lelaki itu adalah Alex, pembantu Zara.

“Hai… boleh I duduk sini?” Kedengaran suara wanita disebelahnya. Amir menoleh. Dia pandang wanita itu dari atas sampai bawah. Dengan hanya menyarungkan mini dress hitam ketat paras paha yang berwarna hitam, benar-benar membuatkan wanita ini kelihatan menggoda. Ditambah lagi dengan gerak-geri wanita ini yang seakan-akan mahu menggodanya, memang benar-benar membuatnya menelan air liur.

I anggap jawapannya YA,” tambah lagi wanita itu sebelum mengambil tempat di sebelah Amir. Dari tadi dia memerhatikan lelaki kacak ini.

“Anna,” wanita itu menghulurkan tangan. Amir menyambutnya sambil mengukirkan senyuman.

“Amir.” Anna mengukirkan senyuman sekali lagi.

“Waiting someone?” Soal Anna lagi.

“Mmm…” 

“I thought it is No,” Anna mencelah. Amir mengukirkan senyuman sekali lagi.

“So, apa yang buat you datang sini?” Soal Amir pula.

“Saja. I nampak you sorang kat sini, so here I am, temankan you,” Anna memandang Amir dengan menggoda.

Amir menganggukkan kepala.

“So, you nak pergi mana-mana lepas ni?” Soal Anna dengan suara menggoda lagi.

“Mmmm… see this?” Amir mengankat tangannya, menunjukkan cincin yang tersarung di jarinya. Cincin perkahwinannya yang akan ditanggalkan setiap kali bersama Tania dan tadi, dia langsung tidak tanggalkan cincin itu.

Anna hanya memandang sahaja. Langsung tidak memahami.

“I’m waiting for my wife. I’m afraid she caught us and she’s such a really hot temper,” bohong Amir.

Anna menelan air liur. Dia terus berdiri. “ Sorry. I tak tahu. See you again.” Anna beredar sejurus mengucapkan selamat tinggal. 

Amir hanya mengukirkan senyuman. Nasib baik dia tahu menahan diri. Bukan dia tidak pernah alami kejadian sebegini. Selalu terjadi ketika dia di United Kingdom dulu. Tapi ketika itu, Tania bersamanya. Ah… Tania lagi. Sekali lagi Amir mengeluh.

“Hey Mir!” Kamal bersuara sambil mengambil tempat di sebelah Amir sebelum diikuti oleh Johan.

“What’s the occasion tetiba nak jumpa kitaorang?” Soal Johan pula.

“Nothing. Aku baru lepas jumpa Tania.” Jawapan Amir itu membuatkan kedua-dua sahabatanya memandang sesame mereka.

“For what?” Soal Kamal.

Amir menarik nafas sebelum memulakan cerita. Dia ceritakan segala-galanya. Dari awal hingga akhir. 

Dan Johan hanya mendengar sahaja cerita Amir. Kerisauannya makin bertambah apabila Amir memberitahu dia sudah memutuskan hubungan dengan Tania dan itu tentunya Amir akan bersama Zara. Ah… apakah yang harus dia lakukan ini?




7 comments:

  1. Hahahahaha adakg tiba waktu untuk johan bertindak?

    ReplyDelete
  2. Ala typo la tadi *adakah

    ReplyDelete
  3. Wahh sis,makin seronok nak baca :3

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Biasa. Johan is kind of guy yang aku suka. Hehehe :P

      Delete
  5. Ee amer ni why still ingat kat tania lagi. BTW goodjob

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.