Friday, March 13, 2015

Kedua #29



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28]

Tas tangan dihempaskan ke katil. Zara benar-benar berang dengan Amir. Ketika dalam perjalanan pulang, dia langsung tidak bersuara. Bila Amir menyoalnya, dia hanya mendiamkan diri. Tiada keinginan langsung. Dia benar-benar berang dengan cadangan Amir tadi. Sengaja mahu memalukan dirinya. Mujur dia tahu membawa diri.

Amir hanya mengeluh melihat kelakuan isterinya. Tentunya Zara masih bengang tentang majlis tadi. Bukan niatnya yang mahu pergunakan Zara ketika itu tapi dia memang tercabar dengan Rushdi tadi. Ada saja helah Rushdi yang mahu membangkitkan rasa marahnya.

“Still mad?” Soal Amir pura-pura.

Zara memandang Amir. Dia tak nampak marah ke? Ke Amir nampak dia sedang bergembira?

“What you’re thinking you’re doing? You tahu tak betapa malunya I tadi! I’m almost make myself look stupid!”

“You look okey. Semua orang puji you,” ujar Amir sinis. Berang juga tadi, ramai lelaki yang puji kecantikan Zara.

“That’s another part. Apa yang Mummy akan cakap kalau dia tahu I donating the dress that she gave me?”

“I told you, she will be just fine. At least ada orang nak beli dress tu kan? You terlalu overthinking.” Amir mengeluh. Benda kecil je pun. Tak payahla nak perbesarkan.

Zara mengeluh. Ada betul jugak. Dia sahaja yang terlampau berfikir. Tiada apa-apa sebenarnya. 

“Look, I’m sorry. I have to do that. Rushdi tadi benar-benar buat I menyampah. Dia…” belum sempat Amir menghabiskan ayatnya, Zara telah mencelah.

“I don’t care what were you thinking at that time, but please don’t drag me into your problem.” 

Amir mengukirkan senyuman tawar. Dia tahu dia sudah banyak menyusahkan wanita bernama Zara Amani ini, semenjak dia mula berhubungan dengan Tania. Ah… dia teringatkan Tania. Bagaimana agaknya keadaan wanita itu?

“You can say anything that you want. But I think, as long as you are my wife, I need to drag you into my problem, didn’t I?” Amir memandang Zara di hadapannya. Wanita itu menunjukkan senyuman jengkel. Haruman Zara menusuk ke hidungnya. Dia perhatikan wanita inii dari atas hingga bawah. Dia menelan air liur.

“I harap you [pegang pada janji you yang kita akan bercerai,” ujar Zara dengan selamba. Dia mahu beredar ke bilik air. Tiada gunanya dia berada di hadapan Amir Haikal. Namun belum sempat dia memulakan langkahnya, Amir telah menarik tangannya. Dia terkesima saat bibirnya disentuh bibir lelaki itu secara tiba-tiba.

Amir menarik nafas. Dia melepaskan ciumannya. Tidak tahu apa kena dengannya malam ini. Dia pandang lagi Zara, mahu melakukan perkara yang sama, namun belum sempat bibirnya bersentuhan dengan bibir wanita itu untuk kali kedua, tubuhnya telah ditolak dengan kasar.

“Apa yang you buat ni!” Zara meninggikan suara. Benci benar diperlakukan sebegitu. Dikesat bibirnya dengan belakang tangan secara kasar menyebabkan gincu di bibirnya kelihatan comot.

“I’m sorry. I just…” Amir tidak tahu apa yang harus dia jawab. Dia teringatkan Tania. 

“Gila!” Ujar Zara berang sebelum menghilangkan diri ke bilik air.

Amir mengeluh. Gila ini! Telefonnya berbunyi lagi. Tentunya itu Tania. Andaiannya tepat apabila nama Tania di skrin. Keluhan dilepaskan sekali lagi. Mahu jawab atau tidak? Akhirnya dia meletakkan jarinya di skrin. Mungkin dia dan Tania harus berbincang mengenai mereka.

*********************


Amir Haikal baru sahaja pulang dari kerja apabila ketika dia tiba di bilik tidur utama, kelihatan Zara sedang mengemas pakaiannya sebelum dimasukkan ke dalam beg baju. Ke mana Zara mahu pergi? Amir tertanya-tanya.

“You nak pergi mana?” Soal Amir ketika melabuhkan punggung di atas katil, berhampiran dengan beg baju isterinya itu.

“I’m going far far far away from you!”

“Where?”

Zara mendengus sekali lagi. Menyibuk je! Dia menutup beg bajunya dengan kasar.

Amir hanya mencebik. Dia bukannya kisah pun ke mana Zara pergi. Sekurangnya katil akan menjadi miliknya seorang. Tentunya Zara mahu ke rumah keluarganya atau pun menginap di rumah Sarah. Macam lah dia tak tahu. Itu yang selalu Zara lakukan setiap kali wanita itu berang dengannya.

Zara memandang Amir dengan rasa jengkel. Tiba-tiba sahaja tekaknya berasa loya. Akhirnya die meluru ke bilik air dan memuntahkan segala isi perut yang dimakannya tadi. Bauan yang tidak menyenangkan menusuk ke hidungnya.

Amir yang terkejut dengan gelagat Zara yang secara tiba-tiba ke bilik air, membuatkan dia turut ke situ. Dilihatnya Zara sedang memuntahkan sesuatu ke dalam mangkuk tandas.

“Are you okay?” Soalan Amir tidak berjawab. Dia hanya memandang sahaja gerak-geri Zara sebelum keluar dari bilik air.

“You mengandung ke?” Soalan Amir membuatkan Zara menoleh ke arahnya. Dia yang baru sahaja mahu melabuhkan punggungnya di hujung katil, membatalkan niatnya itu.

“Maksud?” Soal Zara. Lelaki ni gila ke apa?

“Just asking. Tapi jangan harap yang I akan bagi anak dalam perut you tu dengan nama I. Don’t you dare to tell anyone that child is mine,”

Zara mengukirkan senyuman sinis.“Why? I kahwin dengan you. So, sah-sah anak ni anak you bukan?” Ujar Zara sinis sambil memegang perutnya.

Amir mendengus. “But we’re gonna get divorce soon.”

Zara ketawa yang dibuat-buat. “Good. Selepas I balik, I harap ada good news tentang penceraian kita. Don’t break the promise.”

Amir telan air liur. Menyesal pula mengunkit isu bercerai.

Tiba-tiba kedengaran ketukan. 

“Ya?” Zara menjerit dari dalam. Beberapa saat kemudian, kelibat Yati muncul dari balik pintu.

“Maaf menganggu. Encik Alex sudah tiba. Dia berada di ruang tamu bawah,” ujar Yati.

“Alex? Kenapa Alex datang sini?” Soal Amir hairan.

“I ada urusan dengan Alex kat Sabah selama seminggu,” balas Zara sambil berjalan ke tempat begnya diletakkan. Yati mengambil beg itu untuk dibawa turun.

“I ingat you nak balik rumah Ayah macam you buat hari tu,” sindir Amir.

Zara tidak menunjukkan respon. Matanya memandang Amir dengan senyuman. "Before that, Amir..." 

Amir pandang Zara, menanti ayat seterusnya. 


“I’m not pregnant by the way. I memang macam ni, muntah macam orang mengandung on my first day of period.” 


Amir tarik nafas. Dia sedikit lega dengan kenyataan itu. “Good to hear that. I tak nak cemarkan nama I by being a father to your illegitimate child.” 

Zara senyum sinis. Akhirnya dia mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari bilik. Makin lama, makin mahu mengamuk rasanya. 





6 comments:

  1. Takde tania lagi hahahahahahauuauauauauauaua

    ReplyDelete
  2. Tak nak Zara pregnant anak luar nikah, tapi si Amir tu berzina dengan Tania boleh pulak. Lol

    ReplyDelete
  3. best ever. Hehehe ego la amir ni

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.