Thursday, March 12, 2015

Kedua #28




[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27]

Zara menyemak penampilannya sekali lagi di cermin. Senyuman diukir tanda puas hati. Gaun silver grey  yang tersarung di badannya benar-benar menampakkan dirinya kelihatan anggun. Ditambah lagi dengan ketinggian 172cm benar-benar membuatkan dia kelihatan sempurna. Mujur Mummy menghadiahkan gaun ini kepadanya. Rambutnya yang panjang disanggulkan dengan sedikit juraian di tepi. Jujur, dia kelihatan benar-benar anggun. Bukan mahu membanggakan diri tapi sekurang-kurangnya dia yakin dengan dirinya bukan?

Puas hati dengan imejnya, barulah Zara melangkah keluar dari bilik. Risau juga Amir yang sedang menantinya di ruang tamu mengamuk disebabkan dia mengambil masa yang lama untuk bermekap.

************

Amir sedang menanti Zara di ruang tamu. Dikerlingnya jam di tangannya, masih lambat lagi untuk majlisnya bermula. Kemudian dia membelek pula telefon bimbitnya, ada mesej dari Tania. Dia biarkan sahaja. Dia perlukan lebih banyak masa untuk memikirkan hubungannya dengan Tania.

“Jom..” Kedengaran suara Zara dari belakang. Amir menoleh. Dia menelan air liur. Nafasnya seperti kelihatan tersekat. Tidak tahu apa kena dengan dirinya malam ini. Bukannya dia tidak pernah melihat Zara berhias, tapi entah mengapa malam ini, dia rasa Zara Amani kelihatan cantik.

“Kenapa?” Soal Zara hairan. Dia tersalah pakaikah? Dia membelek tubuhnya, tiada apa yang kurang.

“Hmmm… nothing. You look gorgeous tonight,” Amir berkata jujur. 

“Thank you,” balas Zara dingin sebelum melangkah keluar. 

Audi R8 milik Amir sudah tersedia di perkarangan rumah. Belum sempat Zara mahu membuka pintu kereta, Amir terlebih dahulu membukakan untuknya. Dia hanya pandang lelaki itu dengan hairan. Sebelum ini tak ada pulak bersikap gentleman dengannya. Pelik betul! Mereka hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

Pintu gerbang Ritz Carlton Kuala Lumpur dimasuki oleh mereka. Audi R8 Amir merapati pintu utama. Ada beberapa buah kereta mewah turut sama menunggu giliran untuk menurunkan penumpang. 

Sebaik sahaja sebuah Bentley berlalu, Amir memandu ke depan sebelum berhenti betul-betul berhadapan pintu utama. Seorang valet membuka pintu untuk Zara sebelum membuka pula pintu di bahagian Amir. Kunci kereta Amir kemudian diserahkan pada lelaki muda itu dipandu bagi diletakkan di tempat parkir.

Zara menarik nafas. Dia berdebar. Bukannya dia tidak pernah menghadiri majlis besar sebegini. Selalu. Selepa dia berkahwin dengan Amir Haikal ini, sudah banyak majlis formal dihadirinya. Memang membosankan baginya. Dia lagi berminat menyertai parti dari menghadiri majlis formal sebegini.

“Shall we?” Amir menghulurkan lengannya untuk dipegang oleh isterinya seperti pasangan lain. Zara hanya mengikut walau dia rasa hairan dengan perlakuan Amir malam ini. Kebiasaannya, Amir akan memegang tangannya, hanya untuk menunjukkan kepada umum,bahawasanya mereka pasangan bahagia. Tapi kali ini, entah, Zara sendiri tidak tahu.

Tiba di pintu utama dewan, seorang lelaki dan perempuan muda yang berpakaian kemas, menyambut mereka. Kad dihulurkan kepada lelaki tadi sebelum mereka dibenarkan masuk. Pintu utama dibuka dan lelaki tadi menghadiahkan senyuman kepada mereka

“Have a great night, sir and madam.”

Zara membalas senyuman lelaki itu. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Suasana dewan agak meriah tapi terkawal. Kebanyakan tetamu berdiri di merata tempat dan bercakap sesame mereka. Beberapa meja buffet juga diatur di sebelah kiri dan kanan dewan.

“Hey..” Sapa seorang lelaki. Zara dan Amir menoleh.

“Jo! I thought you wouldn’t come,” ujar Amir gembira. Dijabatnya tangan sahabatnya dengan erat. Seolah-olah sudah lama tidak berjumpa.

“I change my mind. Besides, there are things that I would like to see,” Johan bersuara.

“Bet on something?”Soal Amir lagi.

“We’ll see about that,” ujar Johan sambil memandang ke arah Zara. Wanita di hadapannya benar-benar kelihatan cantik. Tapi sayangnya Zara bukan hadir sebagai temannya.

Zara hanya mengukirkan senyuman sahaja melihat kedua-dua sahabat itu berbual. Rasa janggal pula. Hari terakhir dia lihat Amir dengan Johan, mereka berdua kelihatan bergaduh. Nampaknya sudah berbaik.

“Didn’t bring your date?”Soal Zara pada Johan.

“Nope. Someone already got her,” balas Johan sambil mengukirkan senyuman.

Amir telan air liur. Entah mengapa dia rasa ayat Johan itu ditujukan padanya. Dipandangnya Zara di sebelahnya, isterinya itu hanya mengukirkan senyuman sahaja. Mungkin beranggapan itu hanyalah gurauan.

“Well… well… look what we got here!” Kedengaran pula suara lelaki. Amir dan Johan menoleh. Zara hanya memerhatikan sahaja kelibat lelaki dan wanita yang baru sampai di tempat mereka. Kacak juga lelaki tersebut. Tapi wanita itu, Zara menelan air liur. Dilihatnya kedua-dua Amir dan Johan menunjukkan reaksi jengkel pada lelaki itu.

“Mana Kamal? Biasanya korang bertiga bukan?” Soal lagi lelaki itu.

“Dia ada kes untuk dibicarakan esok,”balas Amir dingin. Johan cuba menahan rasa jengkel.

Zara menelan air liur sekali lagi apabila wanita di sebelah lelaki itu memandangnya dengan sinis. Dia membalas senyuman itu. Tertanya-tanya apa yang sepupunya, Shila buat di sini. Eh kejap. Dia bukan sepupu aku. Langsung tiada pertalian darah dengan aku. Ibunya perampas dan penyebab kematian Auntie Julia.

“No wonder,” ujar lelaki itu dengan sinis. “Dan ini siapa?” Merujuk pada Zara yang berdiri di sebelah Amir. Sengaja buat-buat tidak kenal. Mengharapkan Zara akan bersuara.

Zara memandang Amir. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil menunjukkan riak muka geram. Begitu juga dengan Johan.

“I’m Rushdi. Amir’s rival, I guess.” Rushdi menghulurkan tangan untuk bersalaman, tapi Zara hanya mengukirkan senyuman palsu. Entah, dia tiada keinginan untuk menyambut huluran tangan lelaki itu. Lebih-lebih lagi bila Shila sedang merenungnya dengan sinis. Menyampah! 

Amir mengukirkan senyuman kemenangan.

“Sorry, some women don’t mind.” Rushdi memandang Zara. Cantik. Dia pernah melihat perempuan ini tapi di mana ya?

Zara hanya mengukirkan senyuman sekali lagi. Dia langsung tidak bersuara. Menyampah betul melihat kelakuan Shila itu. Perasan sangat aku nak rampas temannya. Aku datang sini dengan suami aku la!

“Your name? If you don’t mind.” Rushdi tidak mahu mengalah. Dia sedar Amir dan Johan sedang merenung tajam ke arahnya. 

“Zara Amani…” kedengaran suara Shila di sebelah Rushdi. Matanya memandang ke arah Zara dengan sinis sebelum memerhatikan Amir. Cemburu juga mendapat perkhabaran Zara akan berkahwin dengan lelaki sekacak Amir. 

“You know her, Shila?”Soal Rushdi pada Shila.

“Cousin I.” Zara mengukirkan senyuman sahaja. Mahu saja ketawa dengan ayat Shila. Sesenang je nak mengaku aku ni sepupu kau.

“She’s not my cousin. We didn’t have any blood relations. Her mother married my former uncle who used to be my dad’s sister’s husband.” Zara lihat muka Shila berubah. Padan muka!

Amir mengukirkan senyuman melihat Zara. Isterinya ini tahu mengenakan sesiapa dengan cara yang halus.

“Sini pun kamu, having a great conversation?” Terdengar suara lelaki lagi. Kali ini Zara mengenali lelaki berusia ini, Tan Sri Lim, sahabat baik kedua-dua ayahnya.

“Jo, where’s your girlfriend?” Soal Tan Sri Lim lagi. Hairan dengan sahabat anaknya ini, langsung tidak pernah membawa teman setiap kali ada majlis sebegini. Tan Sri Lim berjabat tangan dengan ketiga-tiga lelaki muda di hadapannya ini. Manakala isterinya lebih selesa berbual dengan Zara.

“I’m single for now,” jawapan Johan disertai dengan hilaian tawa.

“Mana Andrew?” Soal Rushdi pula.

“Oh, Andrew, dia ada hal kat Jerman, sebab tu tak dapat datang, kalau tak, dah lama kamu semua dapat buat reunion.”

Amir berasa jengkel melihat Rushdi yang dari tadi asyik memerhatikan Zara. Benci betul dengan Rushdi ini. Musuh dia, Johan, Kamal dan Andrew ketika belajar di United Kingdom. Lagak sombong Rushdi masih tidak berubah. Perasan kacak sangat.

“So, Rushdi, kamu ada aim apa-apa barang ke?”Soal Tan Sri Lim pada Rushdi. Bukannya dia tidak tahu, Rushdi pantang kalau menghadiri majlis lelong, pasti ada sesuatu yang akan dibelinya. Dan hasil belian dari barang lelong akan didermakan pada program kemasyarakatan kelak.

Rushdi memandang Shila di sebelahnya. Bahu Shila dipeluknya dengan erat.“ She is donating her gown. I’m betting on it.”

Zara cuba menahan diri dari menunjukkan rasa jengkel dengan reaksi bangga dari Shila. Menjengkelkan!

Amir turut meletakkan tangannya ke bahu Zara. Zara terkejut. Begitu juga dengan Johan.

“Cool! I’m betting on my wife. Right honey?” Amir memandang Zara. Tangannya memeluk erat pinggang isterinya.

Zara kerut dahi. Apa yang Amir katakan ini? Mana ada dia berjanji untuk menderma satu bajunya. 

Shila memandang Zara dengan renungan tajam. Zara tak habis-habis mahu menjadi pesaingnya. Dia senyum pura-pura.

“Which designer is that?” Soal Shila. Dia lupa Zara punya ibu mertua yang merupakan pereka fesyen terkenal Negara.

Zara memandang Amir. Mahu saja dia berkata Amir hanya bergurau.

“What a silly question,” kedengara suara Puan Sri Lim, isteri Tan Sri Lim. “ Dah tentu designernya Puan Sri Marlisa, her own mother-in-law.”

Jawapan Puan Sri Lim benar-benar membuatkan Shila menelan air liur. Dia lupa itu. Zara merupakan menantu kepada pereka fesyen terkenal. Rushdi memandang lagi Zara. Ah… jadi ini rupanya isteri Amir. Kelihatan berbeza ketika dia menghadiri perkahwinan musuhnya di hari itu.

Zara hanya mengukirkan senyuman. Dia pandang lagi Amir. Lelaki itu masih lagi tidak mahu lepaskan tangan dari pinganggnya. Dan Johan, hanya memandangnya sambil mengukirkan senyuman.

Tan Sri Lim dan isterinya kemudiannya beredar. Mereka mahu ke depan. Katanya acara lelongan akan bermula. Masing-masing sibuk ke depan, termasuklah mereka bertiga.

Zara menepis tangan Amir di pinggangnya. “Are you out of your mind? I kena naik pentas ke apa? What should I wear selepas baju tu kena jual?” Soalan yang bertubi-tubi itu hanya dibalas dengan tawa kecil dari Amir dan Johan.

“Don’t get worry too much. You cuma kena jalan atas red carpet tu bila diorang announce you punya donation. Diorang akan mulakan lelongan tu bila you dah berada kat atas pentas.”

“Macam mana kalau tak ada orang nak beli?” Soal Zara lagi.

“I ada.” Balas Amir selamba

“I juga,” Johan mencelah. 

“See, don’t worry. Just act like you always do,” ujar Amir lagi.

Zara mengeluh. Ah… Amir ini memang tak faham.

“I don’t know how to do this catwalk thing.” 

Amir ketawa lagi. Begitu juga Johan.

“Just be cool okey. You have a body like a model. Just calm down.” Ayat Johan itu membuatkan Amir memandang sahabatnya. Johan dapat lihat kelebihan Zara tapi dia langsung tak sedar itu.

Zara menganggukkan kepala. Nampaknya dia terpaksa mengalah kali ini. Mereka kemudian menyaksikan satu persatu barangan dilelong. Ada yang mencecah ratusan ribu ringgit. Ada juga yang Zara berminat, tertutama lukisan yang dilelongkan. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia meminta Amir belikan tapi hatinya ego terlampau. Akibatnya, dia lihat saja lukisan dibeli oleh seseorang yang dia tak kenali.

“Okey, ladies and gentleman… we have an awesome donation tonight! Two pretty and gorgeous young lady will be donating the dress they are wearing right now! We invite first donator, Miss Shila!

Zara menelan air liur melihat Shila memperagakan pakaiannya di atas karpet merah itu. Cukup sempurna. Semua mata tertumpu padanya. Tentulah, anak tiri pak ciknya adalah seorang model. 

Amir memandangnya. “Just calm down okey?”

Zara mengeluh. Bertenang? Mana boleh! Seumur hidupnya, tak pernah langsung dia berlagak ala-ala model. 

You can do it, Zara,” kali ini Johan cuba memberi semangat padanya.

Zara hanya mampu mengukirkan senyuman tawar sahaja. Tetamu semua bertepuk tangan tatkala melihat Shila sudah sedia berada di atas pentas. Lelongan dimulakan selepas pengacara memberi maklumat tentang gaun Shila itu.

Selepas gaun Shila yang berjenama mahal itu dilelong dengan harga RM18 000, Zara menelan air liur. Kali ini tiba gilirannya. Amir sedang memandanganya. Begitu juga Johan.

“Good luck,” ucap Amir dan Johan padanya.

Zara menarik nafas. Pengacara mula memanggilnya. Amir memimpinnya sehingga ke hujung karpet, iaitu di tengah-tengah himpunan manusia. Mereka memberi laluan padanya. Dia berjalan seperti seorang model sedang melakukan catwalk di atas karpet merah itu. Nasib baiklah dia pernah mengikuti Puan Sri Marlissa ke pertunjukan fesyen.

Zara akhirnya menaiki tangga ke pentas. Dia memandang ke arah dewan. Gaya seksi dan menggoda dipamerkan olehnya. Mungkin tidak menggoda sangat tapi sekurang-kurangnya dia tak cuba untuk memalukan dirinya. Ah…gila sebenarnya buat kerja sebegini!

Bidaan dimulakan. Zara lihat di hujung sana, kelihatan Amir dan Johan sedang mengukirkan senyuman padanya. Dilihatnya wajah Shila mencuka. Padan muka!

Amir menelan air liur apabila mendengar orang sekelilingnya memuji Zara terutamanya lelaki. Kelakiannya tercabar. Memang benar Zara itu tidak dicintainya tapi Zara masih isterinya. Suami mana yang tidak cemburu bila ada lelaki lain memuji isterinya. Dia pandang pula Johan. Sahabatnya itu juga sedang menahan geram. Kedua-dua mereka bertambah geram apabila mendengar Rushdi memuji kecantikan Zara.

“Your wife? Pretty,”puji Rushdi. Sengaja dia berkata sebegitu. Mahu menaikkan kemarahan Amir.

“Kalau kau cemburu, cakap je lah. Tak payah nak puji bagai.” Sindir Amir.

Rushdi mengetapkan giginya.

“Why would I? Kalau kau ada isteri cantik macam tu but still nak cari perempuan lain, buat apa aku nak cemburu bukan? By the way, how’s Tania? Aku dengar dia kerja dengan kau?” Rushdi tahu tentang hubungan sulit Amir dan Tania. Kisah Amir yang curang di belakang isterinya.

Amir mengepal tangannya. Bersiap sedia untuk menumbuk lelaki di sebelahnya. 

“Mir…” Johan menegur. Amir menarik nafas. Dia tak boleh memalukan dirinya di sini. Tidak di hadapan musuhnya ini.

“Asal? Kau cemburu sebab aku still the hot after all?” Amir tidak mahu mengaku kalah.

Rushdi menarik nafas. Ketika di United Kingdom laagi, dia dambakan Tania, tapi Tania memlilih Amir yang ketika itu diketahuinya hanyalah lelaki biasa, yang tiada kekayaan. Hairan juga bagaimana Amir mampu menyembunyikan status sebenarnya. Dan dia juga hairan apa yang buatkan Tania melekat dengan Amir jika dibandingkan dia dengan Amir, ketika itu, dialah yang paling punya harta, itu sebelum diketahui siapa Amir Haikal sebenarnya.

“Kalau aku jadi kau, aku lepaskan salah satu, sama ada Zara atau Tania. Tapi ah… tentunya kau sanggup pilih Tania. Aku dengar kau sanggup tampar isteri kau sebab Tania.”

Amir mengetapkan giginya. Kali ini dia tidak mampu bersabar. 

“I think you are being somekind of bitch,” Johan bersuara sebelum menarik Amir ke tempat lain. Lagi jauh dari Rushdi, lagi baik.

Amir menarik nafas. Dia hampir-hampir hilang kesabarannya. Dipandangnya Johan. Johan dan dirinya memang berbeza dan perbezaan itulah yang mengeratkan persahabatan mereka.

“It’s okey. Kalau kau layan si Rushdi tu,lagilah kau akan memalukan diri kau. Trust me. It’s not worth dealing with him,” ujar Johan lagi. 

Amir menganggukkan kepalanya. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Bidaan terhadap gaun yang dipakai oleh Zara sudah bermula. Masing-masing cuba membida dengan harga yang tinggi.

“RM20 000,” Amir memulakan bidaannya. 

Johan menelan air liur. Dia mahu memulakan bidaannya tapi rasanya tiada guna juga. Buat apa dia mahu beli gaun itu? Bukannya dia punya teman wanita untuk dihadiahkan gaun itu. Akhirnya dia mendiamkan diri.

“RM22 000,” Rushdi tak mahu mengaku kalah.

Amir mengukirkan senyuman sinis. Dia tak akan kalah pada Rushdi. Tak akan!

Seorang wanita Cina bangun dari kerusinya sebelum mengankat tangannya. “RM 50 000.”

“Wow, RM50 000, Madam Wong?” Soal pengacara. Tidak percaya wanita berusia 60 tahun itu sanggup membeli gaun dalam harga sebegitu.

“I’m buying it for my granddaughter,” ujar Madam Wong sambil menunjuk ke arah wanita di sebelahnya.

Pengacara memulakan kiraan. Selepas kiraan ketiga, tiada lagi yang membida. Hak belian diberikan pada Madam Wong. Zara turun dari pentas sebelum mendekati Madam Wong dimejanya. Ucapan terima kasih dihulurkan pada Madam Wong dan cucunya. Baju itu akan diberikan kepada pihak penganjur dan akan diberikan kepada Madam Wong setelah bayaran dibuat. Setelah mengucapkan terima kasih sekali lagi, Zara mendekati Amir dan Johan.

“Not bad at all,” ujar Amir.

Zara menjeling Amir. Ini semua salah kau!“You memang gila!” 

Amir hanya mencebik.

Zara mengeluh. Tiada guna bertikam lidah dengan Amir di sini. Nanti akan memalukan dirinya.

“You look great on that stage,” puji Johan. Amir menelan air liur.

“Thank you,” balas Zara dengan senyuman.

Selepas bidaan terakhir, majlis telah sampai ke penamatnya. Zara dan Amir bersiap sedia untuk pulang sebelum Johan memanggil Zara.

“Yes?” Soal Zara.

Johan memandang Zara.

“Nothing. Good night. Have a sweet dream.”

“Thanks. You too,” ujar Zara sebelum melangkah ke arah kereta Amir. Lelaki itu sudah menantinya di dalam kereta.

Johan hanya mengukirkan senyuman tawar sahaja. Ah… keinginannya untuk memiliki Zara makin membuak-buak. Namun, tiada apa-apa yang boleh dia lakukan selagi Zara masih isteri Amir. Nampaknya dia harus berterus terang.



8 comments:

  1. I bet zara must be so beautiful in her own way.

    ReplyDelete
  2. Ohh sis,thanks update lagi cerita ni.hmm semoga rajin update sampai habis.ending.

    ReplyDelete
  3. I love the story much.ermmm sweet love from putrajaya

    ReplyDelete
  4. Aiyaaaaaa seronok tkde part tania kali ni.hohohi

    ReplyDelete
  5. I bet johan mesti lakukan sesuatu untuk dapatkan zara but zara tak terima johan sebb hati zara memang untuk Amir since dorang jumpa for the first one.

    ReplyDelete
  6. Suka suka teruskan 😄😃

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.