Wednesday, March 11, 2015

Kedua #27



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26]



Amir mengukirkan senyuman melihat manusia-manusia di ruang tamu. Senyuman makin melebar saat seorang kanak-kanak perempuan menghampirinya. Zara di belakangnya hanya mengukirkan senyuman yang Amir tahu itu adalah senyuman terpaksa Zara. Bukan dia tidak tahu, Zara bengang dengannya. Mereka bergaduh dalam kereta tadi. Itulah, siapa suruh lupa tentang perjumpaan keluarga. 

“Auntie Zara!!!” jerit kanak-kanak perempuan itu dengan riang sebelum meluru ke arah Zara. Dipeluk Zara dengan erat.

Amir geleng kepala. Sedikit cemburu sebenarnya. Kasih sayang anak buahnya itu sudah beralih kepada Zara. 

“Auntie Zara je? Uncle Mir tak nak peluk?” Soal Amir dengan nada merajuk yang dibuat-buat. 

Qaisara sengih sebelum melepaskan pelukan pada Zara. Kanak-kanak itu kemudian memeluk Amir dengan senyuman dibibirnya.

“Good girl,” puji Amir pada anak buah kesayangannya itu. Dipandang ahli keluarganya yang lain. 

“Long time no see, Zara,” kedengaran suara wanita. Amir hanya mengukirkan senyuman melihat Zara dipeluk erat oleh kakaknya. 

Zara hanya mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di sebelah Puan Marissa. Manakala Amir mengambil tempat di sebelah Puan Suraya. 

“Bila Along sampai?” Soal Zara pada kakak iparnya. 

Two days ago. Kenapa Along tengok Zara makin kurus?” Soal Amelia pada adik iparnya tapi matanya ke arah Amir. 

Amir mengerling sekilas ke arah Zara sebelum dia mengukirkan senyuman kelat. Isterinya itu sedang senyum sinis padanya. 

“Zara jatuh sakit hari itu,” Puan Marissa bersuara. Dia sedikit lega apabila suaminya tiada kali ini. Kalau tidak, sah-sah Tan Sri Ridzuan akan ceritakan hal sebenar. Dia tahu suaminya itu masih lagi marah pada hal kecurangan Amir. 

“Kenapa Zara jatuh sakit?” Soal Amelia lagi. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang didengarnya. 

“She’s been workhalic,” balas Amir.

“Along tanya Zara, kenapa kau yang jawab?”

Amir telan air liur. Zara masih senyum sinis padanya. Wanita itu gembira apabila melihat dia dalam keadaan begitu. “Tak kisah siapa yang jawab, yang penting dia dah sembuh,” ucap Amir jengkel.

Amelia mencebik. 

“So, mana Abang Qhairi?” Soal Amir tentang abang iparnya pula. Mahu mengubah topic perbualan. Risau kalau kecurangannya diketahui oleh Amelia. Amelia terkenal dengan sikap garang. Dia pernah dilempar kasut ke muka disebabkan menipu pada kakaknya. 

“Dia still kat Brunei. ” jawab Amelia. Qaisara dibiarkannya bermain dengan kucing milik Puan Suraya. 

“So, Along dan Sara je lah balik?”

Amelia angguk. “So, Zara, how’s your life.”

Zara angguk kepala. “Good.”

“Did Amir troublesome you?”

Zara pandang Amir sebelum senyum sinis. “ A lot.”

Amir ketap gigi. Dijeling Zara sebelum pandangannya dialih. Puan Suraya sedang memegang tangannya dengan senyuman. 

“Everything will be just fine, Mir,” ucap Puan Suraya perlahan.

Amir telan air liur. Apa yang dimaksudkan Nenek dengan ayat itu? Adakah wanita itu sudah mengetahui hal sebenar? Niat Tania yang sebenar? Dia kembali memandang keadan sekelilingnya. Amelia sedang berbual dengan Zara dan Puan Sri Marissa dengan gembira. 

Puan Suraya mengukirkan senyuman sekali lagi pada cucu lelakinya. Tangan Amir ditepuk perlahan-lahan sebelum punggung diangkat, meninggalkan ahli keluarganya berbual sesama mereka. 

Amir mengeluh. Sekali lagi dia dihimpit rasa bersalah. Lebih-lebih lagi pada Nenek kesayangannya itu. 

$$$$$$$$$$$$$

Tania melemparkan fail di hadapannya. Dia berang. Teramat berang dengan perlakuan Amir terhadapnya tadi. Sudah seminggu dia dilayan sebegitu. Lelaki itu tidak mengendahkannya langsung. Hanya berbicara dengannya apabila melibatkan hal kerja. Dan yang paling dia tidak boleh terima, kelibat Zara sentiasa berada di sini.

Segala apa yang dirancangnya selama ini musnah dalam sekelip mata. Semuanya disebabkan Zara! 

Ah… salah kau juga Tania. Yang kau pergi cari pasal dengan isteri Amir tu kenapa? Dia terang-terangan dah bagitahu yang dia tak kisah hubungan kau dengan Amir. Semua ni salah kau bukan salah Zara!

Kenapa salah aku pulak? Kalau bukan Zara yang tak lepaskan Amir. Aku tentunya takkan kacau hidup dia. Dia sepatutnya ikut sahaja arahan aku hari itu. Dia tak sepatutnya bongkarkan pada aku tentang niat aku yang sebenar pada Amir.

Kau memang bodoh Tania. Nama je belajar tinggi. Tapi otak kau lembap macam lembu. Siapa yang mulakan dulu? Kau bukan? Kalau kau tak cuba goda Amir kembali, hal ini takkan berlaku. Ada banyak lagi lelaki kaya dalam dunia ni dan Amir juga yang kau nak cari.

Aku cinta Amir. Aku cinta dia. Itu sebab pertama. Mendekatinya sebab kekayaannya adalah sebab kedua.

Cinta? Ini yang kau kata cinta? Kau bagitahu hal sebenar pada Amir sekarang ini pun belum tentu dia akan percaya. Dia tak akan percaya kau lagi. 

Sekali lagi Tania melemparkan fail di mejanya. Dia mengeluh. Titisan air matanya sudah merembes keluar. Dia tak mampu lagi. Dia harus berjumpa dengan Amir walau macam mana sekali pun. Harus!

Akhirnya dia bangun. Niatnya mahu ke bilik pejabat Amir yang terletak di tingkat 8. Dia harus selesaikan semuanya hari ini juga. Di saat dia tiba di hadapan bilik Amir, kelihatan Suzie sedang berbual dengan Mandy di mejanya. Haish… tak habis-habis nak bergosip.

“Cik Tania,” soal Suzie tatkala menyedari kelibat Tania.

“Amir ada?” Soal Tania.

“Encik Amir ada tapi dia tak mahu diganggu.”

Tania mengukirkan senyuman sinis. Tentunya Amir sengaja berbuat sedemikian. Akhirnya dia memulas pintu pejabat Amir tanpa menghiraukan Suzie.

“Cik Tania!” Jeritan Suzie langsung tidak dia hiraukan. Di saat dia melangkah masuk, dia menelan air liur. Amir bukan berseorangan.

“Yes?” Soal Amir dingin. Terkejut juga melihat kelibat Tania meluru masuk tanpa ketukan.

“Saya minta maaf Encik Amir. Saya dah bagitahu…”belum sempat Suzie menghabiskan ayatnya, Amir telah mengankat tangannya. Suzie yang memahami isyarat bosnya terus menganggukkan kepala sebelum beredar. 

Tania menelan air liur. Seorang wanita berusia 30-an sedang memandangnya tapi tidak mengukirkan senyuman. Dia seperti pernah lihat wanita ini, tapi di mana?

“You must be Tania, right?” Soal Amelia, berpura-pura tidak kenal pada wanita yang baru saja melangkah masuk dengan tiba-tiba. Tentulah dia mengenali Tania, bekas kekasih adiknya itu. Atau kekasih? Dia teringatkan kisah yang diberitahu Mommy semalam.

Amir menelan air liur. Risau jika Amelia akan bertanyakan soalan yang bukan-bukan pada Tania. Bukan dia tidak tahu sikap Amelia Harlina ini. Dia sedar pandangan Tania padanya tapi dia langsung tidak endah.. Tiada guna membalas, hatinya masih terluka.

Tania angguk kepala perlahan-lahan. Mindanya masih memikirkan gerangan wanita berambut potongan Pixie di hadapannya. Namun dia langsung tidak dapat mengingati itu.

Amelia mengukirkan senyuman. Dikerling Amir sebelum kembali memandang Tania dihadapannya. Cantik dan seksi. Tapi baginya tidak secantik Zara. Mungkin ada sedikit pilih kasih. Mungkin Tania yang akan menjadi adik iparnya jika Nenek tidak pernah maklumkan hasrat arwah Datuk dahulu. Tapi yang sejujurnya dia langsung tidak pernah menyukai Tania saat bertentang mata untuk kali pertama 8 tahun yang lepas. 

Amelia kembali memandang adik lelakinya. Amir hanya berlagak biasa. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Dia malas ambil tahu. Wajah Tania masih kelihatan angkuh seperti dahulu. Berbeza dengan Zara yang lebih gemar menunjukkan reaksi kosong. Kadang-kadang dia sendiri tidak tahu apa yang dirasakan Zara walau mereka sama-sama perempuan. 

“You nak apa?” Terus Amir mengeluarkan soalan pada Tania. Risau juga sebenarnya. Dari tadi Amelia asyik memerhatikan Tania. Bimbang jika kakak kesayangannya akan mula mengeluarkan soalan yang bukan-bukan pada Tania.

“I just…” Tania tidak mampu menghabiskan ayatnya. Gerun dengan pandangan wanita tidak dikenali itu terhadapnya.

“If that’s not really important, could you hold it for a while?” Amir mencelah. Risau jika Tania mahu bercakap tentang hubungan mereka. 

Tania akhirnya mengangguk. Niatnya ini terpaksa ditangguhkan. Dia melangkah keluar setelah meminta izin. Ah… nampaknya, hubungan dia dan Amir masih lagi dibiar tergantung.

“Kenapa kau tak bagi dia cakap apa yang dia nak cakap? Risau kalau Along tahu hal sebenar?” Soalan Amelia benar-benar buat Amir gentar. 

“Tak adalah. Mir agak sibuk sekarang ni.”

“Tapi untuk Along, kau ada masa pula?”

“Untuk Along, Mir sanggup buat apa sahaja.”

Amelia geleng kepala. Amir dan sweet talkernya masih tidak berubah. Agak-agak itu yang membuatkan Tania jatuh hati pada adik bongsunya? “Macam mana dia boleh kerja di sini?”

“Who?” Amir berpura-pura tidak mengerti. 

“Your ex girlfriend.”

Amir telan air liur. “She had the qualification.”

Amelia angguk. “And?”

“And what?”

Amelia jungkit bahu sambil senyum. 

“By the way, kenapa Along datang sini?” Amir mengeluarkan soalan yang sama sebelum jawapan yang diinginkannya tadi terganggu dek kehadiran Tania. 

Amelia senyum sinis. “Kau betul nak tahu?”

Amir angguk kepala walau dia pasti tujuan Amelia Harlina bertemunya adalah berkaitan dengan hal rumah tangganya. Dia pasti Puan Sri Marissa sudah memberitahu semuanya pada anak perempuanya ini. 

Amelia tarik nafas sebelum memandang Amir. “Mommy told me everything.”

Amir mengeluh. Sudah agak! “So, Along datang sini nak marah Mir?”

Amelia tarik senyum senget. “If Along jadi Nenek, I will terminate you from that CEO position.”

“It’s my marriage, Along,” balas Amir sedikit jengkel. Sejujurnya dia langsung tidak mahu bercakap tentang Zara atau perkahwinannya ataupun hubungannya dengan Tania. Dia penat. 

“Tapi itu tak buatkan kau ada hak untuk curang pada Zara.”

Amir mendengus. “Tak ada sesiapa pun curang, Along. Zara yang cakap dia okay with all this. And plus, Daddy just ask me to marry her not to love her.”

Amelia geleng kepala. Tahu sangat perangai adik lelakinya ini. Majalah di meja dilempar tepat ke muka Amir. 

“Along!” marah Amir sambil menggosok dahinya.

Amelia memeluk tubuh. Dipandang Amir dengan tajam. “How on earth you still accept her again in your life? Don’t you remember all the words that she gave to you? How that words came out from that bitch, hurt you?”

Amir telan air liur. Dia teringatkan ayat yang dia dengar dari mulut Tania malam itu. Sekali lagi dia dipermainkan perasaan oleh wanita yang sama. 

“Zara is much more better than her,” tambar Amelia lagi. 

Amir mendengus. “I don’t love her.”

Sekali lagi Amelia geleng kepala. “So, kau nak cakap kau cintakan Tania? Dan apa kau nak buat selepas ini? Ceraikan Zara dan kahwin Tania?”

Amir telan air liur. Itu adalah rancangan awalnya sebelum dia tahu niat sebenar Tania. 

Amelia bangun apabila jawapan yang dinantikannya tidak berkunjung tiba. “Membazir masa Along cakap dengan kau. But one advice for you, Tania is no good for you.”

Amir mengeluh saat kelibat Amelia hilang di balik daun pintu. Ya, nasihat itu adalah nasihat yang sama pernah Amelia berikan padanya dulu dan dia tidak endahkan, sebab baginya ketika itu, Amelia tidak mengenali Tania berbandingnya. Dan dia terkena lagi tipu helah Tania untuk kali kedua.

Mindanya kembali pada Tania. Dia tertanya-tanya tujuan Tania mahu bertemunya sebentar tadi? Mahu berbincang tentang hubungan mereka kah? Perlukah dia menamatkan segalanya mengenai dia dan Tania? Perlukah? Dia sendiri tidak tahu sama ada dia masih mencintai wanita itu atau tidak. Ah… ini masalah betul!



3 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.