Tuesday, March 10, 2015

Kedua #26



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25]


Zara Amani memandang Amir Haikal di hadapannya dengan rasa hairan. Hairan dengan perilaku lelaki ini. Berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku walhal apa yang berlaku tadi, sememangnya boleh dikatakan sesuatu yang besar yang berlaku dalam hidup Amir Haikal ini.

“Kenapa you tak makan?" Suara Amir membuatkan Zara terkejut. Diusiknya makanan di dalam pinggannya.Dia tiada selera sebenarnya.

“Tak sedap?” Soal Amir lagi sambil memotong Chicken Chop di pinggan Zara. Rasanya sama sahaja dengan apa yang dimakannya.“Atau you nak makanan lain?” 

Zara geleng. Matanya masih lagi memandang Amir Haikal. Mahu membuka mulut menanyakan apa yang terjadi tadi tapi rasanya lebih baik dibiarkan sahaja. Hal mereka bukan hal kau, Zara.

“Habis tu?” Soal Amir hairan.

“Tak ada selera,” ujar Zara sebelum menghirup Jus Oren di hadapannya.

Amir menarik nafas. Tidak tahu bagaimana lagi mahu menyenangkan hati wanita di hadapannya ini. Sudah la tadi Tania hampir-hampir saja menaikkan kemarahannya tapi tentunya dia tak akan marah wanita itu. Mana mungkin dia sanggup meninggikan suara pada wanita yang dicintainya. Namun balasan ini yang dia dapat.

Zara lihat Amir mengeluh lagi. Tentunya Amir sedang berfikir tentang Tania. Perlukah terbit rasa simpati pada Amir Haikal ini? Diatas apa yang dia telah buat pada aku, perlukah aku kasihankan pada dia? Tak! Aku takkan. Ini balasan Amir. Lagipun hal dia bukan hal aku. Lagipun kami akan bercerai. 

“Apa yang you nak sebenarnya?” Soal Amir lagi. Dipandangnya Zara Amani. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mahu berjumpa Zara. Dia melawat dahulu keluarga mentuanya sebelum pergi ke kelab malam kegemaran wanita ini. Namun tiada kelibat wanita itu di situ. Dia ada juga terfikir Johan, namun itu tidak mungkin. Dia baru sahaja ternampak kelibat Johan di hotel miliknya. Mungkin ada makan malam di situ.

Zara hanya mampu menelan air. Kalau diikutkan hatinya, dia mahu pulang. Otaknya terlampau penat tambahan pula, esok dia dan anak-anak buahnya akan melakukan kerja pengubahsuaian. 

“Atau you nak pergi tempat lain?” Soal Amir lagi. Diperhatikan keadaan sekelilingnya. Terlampau romantic mungkin. Bagi Zara sahaja. Dia tahu Zara jarang mahu berada dalam suasana situ. Di sinilah dia dan Tania selalu bertemu janji. Ah… Tania lagi.

“I…” belum sempat Zara menyudahkan ayatnya, telefon bimbitnya berbunyi. Dipandang skrin telefonnya, tertera nama Johan. Mahu atau tidak menjawabnya?

“Hello…” Akhirnya Zara menerima panggilan tersebut.

Amir hanya memerhati sahaja Zara. Mahu mengambil tahu dengan siapa Zara sedang bercakap. Wanita itu sedang mengukirkan senyuman. Tentunya itu Johan.

“Sorry. I can’t. I kena siapkan draft rekaan untuk esok,”bohong Zara. Dia sedar Amir sedang memandangnya.

“Sure. See you soon.” Talian dimatikan. Zara meletakkan kembali telefon ke dalam beg tangannya.

“Kalau you nak jumpa Johan, pergilah. I’m okay with it,” ujar Amir tanpa memandang langsung Zara. Mungkin dia cuba menerima kenyataan. Zara sudah punya Johan. Zara takkan kekal di sisinya. Mereka bakal bercerai. Tambahan lagi Tania telah dia tinggalkannya. Kejap! Aku dan Tania belum berpisah. Tak ada kata putus antara kami. Cuma aku sudah tahu niat Tania sebenarnya.

“Why?” 

“Sebab I tahu, I tak boleh nak minta you kekal di sisi I, We both had agreed for divorce,” 

Zara mengukirkan senyuman sinis. Rasanya dia tahu apa yang Amir Haikal ini sedang katakan ini.

“Jadi, you mahu ke sisi Tania?” Soal Zara lagi. Takkan dengan apa yang Tania dah buat pada dia, masih nak bersama Tania lagi? Kau tentu cintakan Tania teramat.

Amir menelan air liur.

“Maybe.” Amir sendiri tidak tahu sama ada dia mahu bersama Tania lagi atau tidak. 

Zara memandang Amir. Dia menarik nafas. Akhirnya dia berdiri. Entah mengapa dia berasa bengang. “I’m done. Hantar aku balik.”

Amir memandang sahaja kelibat Zara yang meninggalkannya. Entah mengapa kali ini dia rasa dia dapat membaca air muka Zara.

*********



Langit gelap di hadapannya di perhatikannya. Langsung tiada bintang yang menghiasi dinding langit malam ini. Amir mengeluh lagi. Dia mengambil tempat di balkoni di Villa Lilium. Mug kopi di tangannya di hirup sekali lagi. Sekali lagi telefonnya yang diletak di atas meja di balkoni berbunyi. Amir mengelauh. Tentunya itu dari Tania. Dia biarkan sahaja. Tiada langsung keinginan untuk menjawab panggilan itu.

Dia teringatkan lagi kejadian tadi. Betulkah apa yang keluar dari mulut Tania? Tak mungkin! Aku kenal siapa Tania. Bertahun-tahun aku kenal Tania. Dia bukan orang macam tu.

Kau sendiri dengar apa yang dia cakap bukan? 

Tania dalam keadaan marah. Tentu dia akan hamburkan apa saja bila dia dalam keadaan marah. Zara buat dia marah.

Betul? Kau rasa begitu? Jadi bagaimana pula dengan Tania tiba-tiba sahaja berada di situ? Pergi berjumpa Zara? Untuk tujuan apa?

Mungkin Zara yang suruh.

Buat apa Zara mahu Tania datang berjumpa dengannya? Dan Tania tentunya bukan bodoh untuk datang berjumpa Zara. 

Mungkin Tania ada sesuatu yang ingin dia beritahu Zara.

Ya. Mintak Zara lepaskan kau bukan? Percayalah Mir, Tania hanya berminat dengan harta kau. Dia cuma mahu status Zara sebagai isteri kau. Isteri kepada CEO intermax Hodings. Dengan menjadi isteri kepada CEO intermax Holdings, dia mampu memiliki kekayaan.

She’s not like that. Dia bukan macam tu masa aku kenal dia dulu!

Really? Jadi kenapa dia tolak lamaran kau beberapa tahun lepas? Dia masa tu tak tahu siapa kau yang sebenarnya bukan? Kenapa dia kembali mendekati kau selepas dia tahu kau adalah majikannya?

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Amir menelan air liur. Akhirnya dia mencapai telefonnya. Dia menelan air liur melihat nama yang tertera di skrin. Kali ini bukan Tania. Dia menekan butang jawab.

“Hello,” Amir bersuara. Pemanggil itu mendiamkan diri.

“Zara?” Sekali lagi Amir bersuara.

“I kat luar rumah. I think I did not bring they key with me last time.” Kedengaran suara Zara. 

Amir menelan air liur. Zara berada di luar rumah? Jadinya, Zara sedang berada di bawah. Amir bergegas turun ke tingkat bawah. Dibukanya pintu, kelibat Zara sedang mengeluh sambil sedang bermain telefonnya. Ada beg di sisi wanita itu.

Zara memandang Amir. Akhirnya dia melangkah masuk sambil mengheret beg bajunya. Dia terpaksa ke sini. Tiada pilihan lain.

“I ingat you tak nak balik sini lagi. ”ucap Amir tatkala Zara tiba di ruang tamu.

Zara memandang Amir. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mahu pulang ke sini. Mungkin dia tiada pilihan lain. Mungkin.

“Terpaksa. Mama paksa I datang sini. I nak pergi rumah Sarah tapi Sarah tenga outstation sekarang ni.”

“Hotel ada.”

Zara mengetapkan gigi. Berang dengan Amir. Ini pun rumah aku. Suka hati aku la!

I tak ada cash yang cukup Semua kad kredit I, Ayah dah tahan until I balik sini semula.”

Amir mengukirkan senyuman sinis. Rupanya Zara pulang ke sini disebabkan ugutan Dato’ Mukhriz. Walau betapa jengkelnya wanita itu untuk pulang ke sini, jika sekali ayahnya menahan segala keseronokannya, tentunya Zara terpaksa. Terpaksa menuruti. That’s Zara Amani.

“You could ask my money, if you want.”

“Tak perlu. I tak nak berhutang apa-apa dengan you. Lagipun kita akan bercerai, bukan,” ujar Zara dingin.

Amir telan air liur. Tiba-tiba saja dia teringatkan Tania. Sedikit sebanyak hatinya terguris. Tidak tahu sama ada disebabkan isu cerai yang diungkitkan Zara atau Tania yang menipunya. Amir mengeluh sekali lagi bila memikirkan pasal Tania. Ah… dia kecewa.

**************************************



Zara sedang menggantungkan kembali baju dalam beg di almari apabila telefon bimbitnya berbunyi. Lantas dia ke arah katil di mana dia melemparkan telefonnya di situ. Dia mengukirkan senyuman sinis apabila nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefonnya. Jarinya diletakkan ke skrin.

“Yes?” Soal Zara dingin.

“Mana Amir?” Kedengaran suara Tania.

“How I’m suppose to know that,” ujar Zara jengkel. Ah… minah ni tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku.

“Kau punya idea bukan? Kau yang suruh Amir ke situ bukan?” Tania menjerit.

Aku tak ada kaitan dengan apa yang berlaku. Kau yang cari nahas,” balas Zara.

“Perempuan gila!Sekali lagi Tania menjerit.

Zara ketawa.“Just say whatever you want to say, Tania. You already showed your true colours. Kau. Dah. Kalah!”

“Kau!” Tania bengang. “Jangan harap kau dah menang. Selagi aku dan Amir belum berpisah…”

“Korang dah berpisah atau tak, it’s none of my business. I don’t care.”

Tiba-tiba sahaja telefon di rampas darinya. Zara terkesima. Wajah Amir di hadapannya kelihatan bengis. 

“Leave her alone!” Amir bercakap di telefon sebelum mematikan talian.

Zara menelan air liur. Amir sedang memandangnya dengan rasa marah. Dia tahu itu. Wajah lelaki ini cukup bengis. Sama bengis dengan Wolverine ketika mengamuk.

“What you’re thinking you’re doing?” Soal Amir pada Zara. Saat dia tiba di bilik, Zara sedang bercakap dengan seseorang dengan kasar. Bila namanya diungkit, tahulah Amir, Zara sedang bercakap dengan Tania.

Zara mengukirkan senyuman jengkel. Takkan nak marah aku sebab cakap dengan bekas kekasih dia? Oh kejap, mereka belum berpisah.

“I’m talking to you!” Sekali lagi Amir bersuara. Kali ini nadanya tegas.

“Answering a phone call,” balas Zara selamba.

“Kenapa perlu you jawab call dia?”

Zara menarik nafas..“For your information, she’s the one who call me FIRST!” Ujar Zara geram.

“Tapi you boleh pilih untuk tak jawab panggilan dari dia bukan?” Soal Amir geram. Mahu dia marah juga Zara ini.

“Itu telefon I. Suka hati I lah nak jawab call atau tak!” Telefonnya di tangan Amir, dirampas

“Including Tania huh?”

“YES! Yang you nak marah sangat, kenapa? You marah kat Tania, pergi je hambur marah you tu kat dia. Jangan libatkan I!” Zara meninggikan suara. Bengang betul dengan Amir ini.

Amir mengepal tangannya. Kelakiannya tercabar.

“You memang tak sedar lagi, bukan?” Amir tak mahu mengalah.

“Tak sedar apa? I memang dah sedar yang you dan dia ada hubungan. Before she told me! Nafas Zara turun naik. “ I memang tahu yang dia akan cuba jatuhkan I, make me look evil in front of you. I memang tahu yang selama ni dia cuba mahu harta you, bukan you. Tapi apa yang I buat? NOTHING!”

Amir pandang Zara. Adakah gadis itu sedang memberitahunya hal sebenar?

“Sejak bila you tahu I dan dia ada hubungan?”

“Two month before incident I simbah air ke muka Tania, I saw you with her at a hotel, holding hand together,ujar Zara. Kali ini nada suaranya diperlahankan. Dia kembali teringatkan saat dia bertemu Amir dan Tania keluar dari hotel sambil berpegangan tangan. Ada satu perasaan aneh yang menjalar di hatinya ketika itu.

Amir memandang Zara. Otaknya tidak mampu berfikir bagaimana Zara mampu menyimpan rahsia ini. Wanita ini punya peluang untuk beritahu keluarganya namun Zara sedikitpun tidak membocorkannya. Dia hairan. Tiada perasaan sangat kah Zara Amani ini?

“I…” Amir cuba menyusun ayat. Tidak tahu apa yang harus dia katakan di saat ini. Dia tahu selama ini dia telah tersalah membuat andaian terhadap isterinya ini. Segala apa yang diberitahu Tania tentang Zara semuanya palsu belaka.“Kes yang you tolak Tania?” Amir menyoal lagi. Dia harus tahu semuanya.

Zara menelan air liur. Perlukah dia memberitahu hal sebenarnya? Ah… dia malas. Biarkan sahaja. Lagipun Amir sudah tahu hal sebenar tentang Tania. Tiada guna dia mengungkit hal yang telah lama berlalu. Akhirnya dia membuat keputusan mahu beredar dari situ. Namun belum sempat dia melangkah, Amir telah menyambar lengannya.

“Zara, please…” Amir merayu.

Zara menarik nafas. Dia memalingkan tubuhnya menghadap Amir sekali lagi.

“I didn’t push her. You ingat I nak sangat kotorkan tangan I sentuh dia? I rather kill her,” ujar Zara sebelum menarik lengannya dan beredar dari situ.

Amir menelan air liur. Jadi benarlah, semuanya palsu. Apa yang Tania beritahunya tentang Zara semuanya palsu! Palsu! Amir memarahi dirinya.




4 comments:

  1. best nak 2 bab boleh tamak kan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboih. Tamaknyaaa. Tapi 1 hari 1 bab je awak. Hehehe

      Delete
  2. Tinggalkan je la Tania bebal tu ha. Amir ni pun. Heh

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.