Monday, March 9, 2015

Kedua #25



[Prolog][#1][#2][#3][#4][#5][#6][#7][#8][#9][#10][#11][#12][#13][#14][#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24]

Zara mengukirkan senyuman kepada Mama dan Ayahnya ketika turun bersarapan pagi ini. Dia ke rumah ke situ selepas pulang dari rumah Tania. Dia sedar Mama sedang memandangnya dengan tajam tapi dia tidak hiraukan. Lagi baik berlagak biasa.

“Apa yang kakak buat kat sini?” Soal Zafril dengan nada terkejut. Hairan dengan kemunculan kakaknya di pagi hari.

“Why? Tak boleh ke kakak kat sini?” Soal Zara sinis pada adik bongsunya. Satu-satu adik yang dia ada.

Datin Azrina dan Dato’ Mukhriz memandang Zara. Dari semalam lagi mereka tanya anak mereka ini namun tiada jawapan dari mulut Zara ini. 

“Bergaduh dengan Amir lagi?” Soal Datin Azrina.

Zara memandang Mamanya. Mahukah diceritakan hal semalam? Ah… biarkan sahaja. Bukannya ada apa-apa kesan padanya. Cuma dia meluat dengan perangkap Tania semalam. Bodoh betul dia semalam. 

“Mama dah tahu, so tak perlu Zara explain bukan?”

Datin Azrina hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia tahu Zara sedang menyembunyikan sesuatu. Dia tahu itu. Ini naluri firasat seorang ibu.

“Mama tak ada kelas ke?” Soal Zara. Hairan juga Mama masih berada di sini. Pensyarah yang mementingkan punctuality seperti mama tentunya akan bertolak awal.

“Mama batalkan kelas hari ini. Ada mesyuarat dengan Dekan nanti,” jawab Datin Azrina.

Zara menganggukkan kepalanya sambil menikmati sarapan pagi.

“Kali ini apa yang Amir buat pada kamu?” Soalan Dato’ Mukhriz itu membuatkan Zara berhenti seketika menikmati makanannya.

“Zara dah kenyang. Zara pergi dulu eh. Haa… Ril, kau nak kakak hantar tak?” Soal Zara pada adik bongsunya.

“Nak.”

“Nanti kau balik dengan apa?”

“Dengan bas kot. Tak pun Ril tumpang kawan.”

Zara menganggukkan kepalanya sebelum mencapai beg tangannya. Selepas mencium pipi Mama, dia terus beredar. Malas mahu bersoal jawab tentang Amir.

Dato’ Mukhriz memandang isterinya. Ada rasa kecewa di wajah isterinya.

“Awak rasa, Zara jadi macam tu sebab kita?” Soalan Datin Azrina membuatkan Dato’ Mukhriz memandang isterinya.

“Maksud awak?”

“Kalau kita tak setuju dengan cadangan ayah…” di saat itu air mata Datin Azrina mengalir. Dato’ Mukhriz mengambil di sebelah isterinya sebelum menepuk-nepuk bahu isterinya.

“Mungkin salah kita. Tapi tiada guna kita menyesal sekarang. Semua sudah terlambat.” Dato’ Mukhriz berkata. Ada benar juga kata isterinya. Kalaulah dia mampu menolak rancangan arwah ayah untuk kahwinkan Zara dengan Amir, tentunya Zara Amani bukan seperti sekarang.

*******************


Zara masih berada di pejabat walau jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Sudah dua malam dia berbuat sedemikian Sengaja dia buat sebegitu. Mahu pulang awal ke rumah, dia yakin tentunya dia akan disoal oleh Ayah dan Mama tentang hal dia dan Amir. Mahu ke kelab malam, dia tiada keinginan untuk jejak kaki ke situ. Pulang ke Villa Lilium, lagilah dia tak mahu. Malas untuk menghadap muka Amir Haikal itu. Entah pulang atau tidak lelaki itu, dia tak tahu. Sah-sah sedang bergembira. Haih, bila entah Amir mahu failkan penceraian mereka.

Tengok, baru fikir pasal Amir Haikal, telefon Zara berbunyi, menunjukkan nama Amir Haikal. Panjang umur betul! Tapi Zara biarkan sahaja panggilan itu. Dia langsung tidak menjawab panggilan dari lelaki itu, sejak semalam lagi. tertanya-tanya apa lagi lakonan yang Amir mahu tunjukkan padanya. Memang sepadan Amir dan Tania, dua- dua pandai berlakon. 

Dia mencapai jambangan bunga lili yang diletakkan di atas meja. Kiriman dari Johan. Apa khabar agaknya Johan Richardson itu? Sudah lama tidak mendengar khabar semenjak kejadian di rumah lelaki itu. Ah… ini semua salah Amir!

“Hai…” kedengaran satu suara menyapa Zara. Zara menoleh. Dia menelan air liur. 

“Kau? Apa yang kau buat kat sini? Macam mana kau boleh masuk ke sini?” Soal Zara pada Tania yang kini sedang berdiri di hadapan pintu pejabatnya.

Tania mengukirkan senyuman sinis sambil melangkah masuk ke pejabat Zara tanpa dipelawa. Rasa kagum terbit di hatinya dengan hiasan dalaman pejabat itu. Zara Amani sememangnya seorang yang kreatif.

“Saja. Aku bagitahu pengawal kat bawah yang aku kawan kau.”

Zara memandang Tania dengan perasaan bengang. Ini sudah melampau sehingga Tania berani menjejakkan kaki ke sini.

“Apa yang kau nak?” Soal Zara dingin.

“Tinggalkan Amir. You don't need him and he don't need you.” Sebenarnya ia lebih dari itu. Tania mahu saja menghamburkan segala rasa kecewa dan amarah yang sedang tertanam dalam hatinya. Namun ditahannya. Dia tak akan marah Zara sebab hal itu. Hal Amir yang tiba-tiba sahaja menyebut nama Zara ketika mereka ‘berseronok’ semalam. Ah… dia benci bila ingatkan itu kembali.

“Aku akan bercerai dengan dia. Tapi aku akan pastikan Amir tak akan pernah jadi milik kau!”

“Maksud kau?” Soal Tania berang. Takkanlah dia tak nak mengaku kalah? Perangkap yang aku sediakan malam itu sepatutnya membuatkan dia mengalah.

“Setakat nak bagi Amir pada perempuan kaki kikis macam kau tak berbaloi langsung!”

Tania mengetapkan gigi. Tapi dia cuba berlagak tenang.

“Kau tahu apa yang aku mahu dari Amir. Tapi Amir tak akan tahu. Even kau bagitahu dia, sah-sah dia takkan percaya bukan?”

“Kau sememangnya perempuan kaki kikis yang terhormat,” sindir Zara.

“Cakaplah apa yang kau nak cakap pasal aku. Kau nak bagitahu Amir sekalipun, silakan. Tapi jangan harap dia akan percaya. Kau sendiri dengar malam tu, dia sikit pun tak cinta kau. Segala layanan dia pada kau hanyalah lakonan sahaja.”

“Aku pun tak harap cinta dia.”

“Apa yang kau nak dari Amir sampaikan kau tak nak lepaskan dia? Cinta? Kau tahu cinta dia hanya untuk aku seorang. Kekayaan Amir? Aku rasa kau sudah cukup kaya.”

Sekurangnya aku tak dekati Amir sebab harta, bukan begitu?”

Kali ini giliran Tania pula bengang.

“Kalau aku dekati Amir sebab harta dia, why’d you care? Yaaa… aku cuma nak harta dia je. Itu yang buat aku kembali pada dia. Pergunakan cinta dia untuk aku hanya untuk aku dapatkan apa yang aku nak selama ini.”

“Kau memang dasar perempuan tak guna!” Zara meninggikan suara.

“So what? Kau nak bagitahu Amir? Go on,” Tania memandang Zara.

Di saat itu juga, telefon bimbit Zara yang terletak di atas meja berbunyi lagi. Dari orang yang sama. Tania melangkah ke arah telefon bimbit Zara dan lihat nama Amir Haikal tertera di skrin. Dia mengukirkan senyuman sinis pada Zara.

“Amir call. Why kau tak jawab? Jawablah dan bagitahu dia yang aku cuma mahukan harta dia je. Aku bukannya betul-betul cintakan dia, hanya mahu harta dia sahaja.

“Tak perlu..” Kedengaran suara seorang lelaki. Tania dan Zara menoleh ke arah pintu. Kedua-dua mereka menelan air liur.

Amir…” Tania bersuara. Wajah wanita itu berubah.

Amir hanya memandang sekilas ke arah Tania sambil kakinya melangkah ke arah Zara.

“I call you. Why you didn’t pick up my call?” Soal Amir pada Zara.

Zara hanya memandang Amir sahaja. Lidahnya kelu. Adakah Amir mendengar segala perbualannya dengan Tania?

“You dah siap bukan?” Soal Amir lagi sambil mencapai beg tangan Zara dan telefon bimbit wanita itu sebelum menarik Zara tanpa mempendulikan Tania.

Tania menarik nafas. Kali ini dia mati!




6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.