Sunday, March 8, 2015

Kedua #24





Bunyi loceng yang ditekan bertalu-talu membuatkan Tania bergegas ke pintu. Siapa pulak yang datang malam-malam ni? Dia baru saja mahu masuk tidur. Kacau betul!

Daun pintu dibuka. Ada sejambak bunga ros berwarna pink dihulurkan padanya. Tania memandang sahaja jambangan bunga itu. Langsung tidak disentuh atau diambil. Dia tiada keinginan. 

“You tak nak?” Kedengaran suara Amir di sebalik jambangan bunga itu.

“Hmmm…” Tania membiarkan Amir. Dia berjalan ke ruang tamu, melabuhkan punggungnya di sofa.

Amir menelan air liur. Nampaknya Tania betul-betul merajuk.

“You marah I ke?” Soal Amir ketika mengambil tempat di sebelah teman wanitanya ini.

“Tak lah. I tak marah you. I tengah senyum ni. Tak nampak eh?” Ujar Tania jengkel. Aku memang tengah marah la ni. Buta ke apa!

Amir ketawa. Tania berbeza dengan Zara. Walau Tania mengatakan dia tak marah tapi Amir tahu Tania sedang marah dari perilakunya. Kalau Zara, dia sendiri tidak tahu sama ada Zara itu sedang marah atau tidak sebab air muka wanita itu sukar dibaca, begitu juga dengan gerak gerinya, melainkan Zara meninggikan suara padanya. Dari situ dia akan tahu perkara sebenar.

“You ni! Ketawa pulak!” Ujar Tania geram. Dimuncungkan bibirnya tanda protes.

“Mengada betul you ni,” Amir bersuara sambil mencubit pipi gebu Tania.

“Huh!” Tania mendengus. Dia menepis tangan Amir.

Amir mengeluh.


“I’m sorry. I tahu I dah lama abaikan you. Dah lama tak jenguk you. I’m so sorry, honey.”

Tania mencebik lagi. Sengaja mahu jual mahal.

“But you tak patut layan I macam tadi. How could you ajak Zara lunch depan I,” kelihatan mata tania bergenang dengan air mata.

“I’m sorry. I have to.” Dikesatnya air mata Tania.


“Have to?”

Amir menganggukkan kepalanya.“I kena convince parents I yang I dengan Zara dah berbaik.”


“Jadinya you just berlakon sahaja?”

Amir menelan air liur. Dia berlakon kah tadi? Tapi dia benar-benar ikhlas tadi dengan Zara. Akhirnya dia menganggukkan kepalanya.

Tania mengukirkan senyuman. Dia sudah mengagak Amir tentunya berlakon tadi.“But I ingat you akan ceraikan dia?”

Soalan Tania mengejutkan Amir. Ceraikan Zara? Macam mana Tania tahu? Zara sudah beritahu Tania?


“Kenapa you boleh fikir macam tu?”

Soalan Amir membuatkan Tania menelan air liur. “Err… I just fikir je. Sebab you dengan dia… tak cinta antara satu sama lain.” Tania mencipta alasan. 

Amir menganggukkan kepala. Ah… kepalanya berserabut bila melibatkan ini. Zara dan dia telah bersetuju untuk bercerai. Tapi kenapa hatinya seakan berat untuk melepaskan Zara? Bukankah dia telah pilih Tania?


“Mir…” 

Suara Tania mematikan lamunan Amir. Amir memandang Tania. Dia teringatkan bukti yang dia dapat ketika Zara jatuh sakit dulu. Mahu saja bertanya Tania, buat apa mahu hubungi Zara, tapi dia batalkan hasratnya. Mungkin tak ada apa-apa. Tapi bagaimana pula dengan tamparan Tania pada Zara? Hilmi tentunya tidak menipunya. Dia kenal Hilmi.

“Mir?” Tania bersuara sekali lagi.

“I tak boleh ceraikan Zara. Kalau I ceraikan dia, I might lost everything that I have.” Amir berbohong.

Tania menelan air liur. Sampai begitu sekali pengaruh Zara ke atas keluarga Amir.

“Parents you yang cakap macam tu?” Soal Zara. 

Amir mengangguk.

“But, kalau Zara yang minta cerai, there’s nothing gonna happen right?” Ujar Tania lagi.

“Maksud you?” Amir memandang Tania. Terkejut dengan apa yang Tania ucapkan. Tania benar-benar mahu dia dan Zara bercerai kah?


“Katakanlah Zara ada lelaki lain dan dia nak mintak cerai dari you, I rasa parents you akan faham bukan?”

Amir memandang Tania. Tania tahu sesuatu tentang Zara kah? Zara ada lelaki di belakangnya?

“Lelaki?”Soal Amir.


“I selalu nampak dia dengan Johan lately.”

“Let’s say something else.” Ujar Amir. Dia tak mahu berbincang hal Johan dengan Zara. Dia yakin, Johan menyimpan perasaan pada Zara tapi Zara langsung tidak sedar itu.

Tania menganggukkan kepalanya. Rasanya jerat sudah mengena.

“You nak cakap pasal apa?”Soal Tania.

“I don’t know tapi I nak overnight di sini. Boleh?” Soal Amir sambil mengukirkan senyuman nakal.

Tania mengukirkan senyuman. Akhirnya dia akan berada dalam dakapan Amir malam ini. Dia bergerak ke arah Amir, memberikan ciuman di bibir lelaki itu sebelum dibalas oleh Amir. Lidah mereka bertemu dan tangan Amir ligat menjalar di seluruh tubuh Tania sebelum satu persatu pakaian ditanggalkan. Malam itu menjadi milik mereka berdua.

**********


Zara mengeluh sekali lagi sambil melihat bungkusan yang telah dibuka diatas meja. Bungkusan yang diterima beberapa hari yang lalu. Ada satu kunci disertakan bersama nota.

Kalau kau nak tahu kemana suami kau pergi kalau dia tak pulang, pergilah ke alamat di bawah ini. Ada kunci disertakan bersama nota ini.

Di bawah nota itu tertera satu alamat. Zara menarik nafas. Dia tahu kemana Amir pergi jika lelaki itu tidak pulang. Tentunya ke rumah Tania tapi entah mengapa dia mahu tahu apa yang Amir buat. Tentunya alamat itu adalah alamat Tania. Dan kunci tu, tentunya milik Tania juga. Dia tertanya-tanya siapa gerangan yang menghantarnya ini.

Angka jam sudah menunjukkan 1 pagi. Zara mengeluh lagi. Tentunya Amir tak akan pulang. Lelaki itu tentunya bersama Tania. Dia tahu itu. Dia memandang lagi kunci itu. Sebahagian dirinya mahu ke alamat itu, sebahagian lagi melarangnya.

Zara Amani, fikir baik-baik. Tentunya Amir bersama dengan Tania. Hal mereka bukan hal kau. Lagipun kau dan Amir dah nak bercerai.


Kalau aku jadi kau, aku pergi. Aku nak tengok apa yang diorang buat.

Kalau kau pergi, kau akan masuk perangkap. Percayalah. Jangan libatkan diri kau dalam hal mereka.


Entah-entah Amir ada perempuan lain selain Tania. Baik kau pergi siasat.

Tak Zara. Amir dengan Tania. Percayalah. Kalau kau pergi sana, tentunya Amir akan mengamuk.


Buat apa Amir nak mengamuk? Kau pun ada hak juga.

Zara mengeluh. Akhirnya dia mencapai jaketnya dan kunci kereta Mazda miliknya sebelum melangkah keluar. Apa nak jadi, jadilah. Dia harus hilangkan rasa ingin tahunya ini.

*********


Lebih kurang 1 jam, Zara tiba di kawasan berdasarkan alamat yang diterimanya. Rupanya alamat itu adalah kawasan kondominium mewah. Dibaca lagi kertas di tangannya, tingkat 8 unit 5. Zara harus ke tingkat 8.

Setibanya Zara di tingkat 8, Zara mencari unit 5, tempat terakhir yang harus dia tuju. Penat juga dia mahu mencari unit 5. Suasana sepi menyelubungi tingkat 8. Tapi dia sedikit pun tidak berasa gentar. Jiwanya kini dipenuhi dengan rasa ingin tahu apa yang ada di Unit 5 itu.

Beberapa minit kemudian, Zara akhirnya menjumpai Unit 5. Kunci di dalam beg tangannya dikeluarkan, mahu masukkan ke dalam lubang kunci pintu di hadapannya. Dia menarik nafas apabila pintu terbuka sebelum melangkah masuk secara perlahan-lahan. Tentunya kondominium ini kepunyaan seseorang. Milik Tania kah?

Zara kini tiba di ruang tamu. Ruang itu kelihatan kemas kecuali ada beberapa helaian pakaian yang berselerak. Pakaian siapakah itu? Zara tahu, dia sepatutnya beredar tapi kakinya tidak mahu melangkah keluar. Dia kemudian mendengar bunyi dari bilik yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.

“Serius sayang… I penat,” kedengaran suara lelaki.

“But dah lama you dengan I tak buat ni,” kedengaran rengekan wanita.

“I penat hari ini. Really,” lelaki itu bersuara lagi.

Zara menelan air liur. Mahu muntah pun ada juga.

“Please…” wanita itu bersuara lagi.

Hmmm…I’m sorry. I kena balik.”

“Tak boleh ke you kat sini? You cakap nak overnight kat sini?” Wanita itu merayu lagi.


“I’m sorry I break my promise. I tak nak nanti dia fikir yang bukan,”

Zara menelan air liur. Dia? Siapa ‘dia’ yang dimaksudkan lelaki itu. 

“But sebelum ini, you tak kisah pun dia sorang-sorang kat rumah? Why all of sudden?” Wanita itu bersuara.


“I kena tunjuk yang I care dekat dia so that dia takkan bagitahu…”

“…parents you,” wanita itu menambah.

Zara menelan air liur. Rasanya dia harus beredar sekarang juga namun belum sempat dia melangkah ke arah pintu, pintu bilik di hadapannya terbuka. Zara menelan air liur sekali lagi apabila melihat lelaki itu berada di depannya. Dengan hanya menyarungkan tuala di bahagian pinggang, lelaki itu memandangnya dengan riak terkejut.

“Zara…” ujar Amir dengan nada terkejut. Dia menelan air liur melihat isterinya di hadapannya. Wanita ini hanya memandangnya sahaja. Langsung tiada reaksi. Tertanya-tanya apa yang dia buat di sini.

“How’d you…Amir tak mampu menyudahkan ayatnya. Tania sudah muncul di belakangnya.

“What is it?” Soal Tania dari belakang Amir. Dia menelan air liur melihat kelibat Zara di hadapannya. Bila masa Zara masuk, dia tidak sedar. Sibuk ‘berseronok’.

Zara mengukirkan senyuman sinis melihat kedua-dua orang di hadapannya ini. Dengan Amir yang hanya bertuala dan Tania yang hanya menutup tubuhnya dengan kain selimut, sememangnya buat dia berang. Jadi, ini tujuan gerangan yang menghantar kunci kondominium milik Tania ni. Mahu dia melihat kejadian ini.

“How’d you get here?” Amir mengeluarkan soalan. Terbit rasa malu, rasa berang.

“I don’t know. Somebody gave me this!” Zara melemparkan nota dan kunci yang diterimanya petang tadi ke lantai.

Amir mengambil helaian kertas yang dilemparkan oleh Zara sebelum membacanya. Seusai membacanya, dia memandang Zara. Dia cuba menduga perasaan Zara dari air muka wanita itu namun tidak Berjaya. Zara terlalu bijak dalam menyembunyikan perasaanya yang sebenar. 

“Dan you just datang sini lepas terima nota ni?” Soal Tania pula.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Tentunya Tania dalang semua ni. Kalau Tania bukan, tentunya wanita ini akan menunjukkan reaksi terkejut namun tiada. Segalanya sudah dirancang.

“Well, sekurangnya yang hantar ini pada I, matlamatnya dah tercapai. Bukan begitu Tania?” Zara memandang Tania. 

Tania mematikan senyuman kemenangannya.

“Apa kaitan dengan Tania pula? You jangan nak tuduh Tania,” kali ini nada Amir ditinggikan.

“Can you see the truth?” Zara memandang Amir. Lama dia pandang lelaki itu sebelum dia akhirnya mengambil keputusan beredar di situ. Benci. Meluat. Jijik. Semua berkepuk di dadanya.

Amir mahu mengejar Zara tapi bila difikirkan badannya hanya dilitupi tuala sahaja, dia batalkan sahaja niatnya itu. Terbit pula rasa bersalah pada Zara Amani itu!

Tania mengukirkan senyuman kemenangan. Tak sia-sia dia lakukan itu. Zara telah masuk ke dalam perangkap yang dia sediakan. Tentunya selepas itu wanita itu akan memfailkan penceraian terhadap Amir Haikal.



10 comments:

  1. Replies
    1. Biasa. Tania diciptakan seperti itu. Hak hak

      Delete
  2. I think Zara deserve someone better than Amir, yg sah2 berzina. Who wants a husband like that???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe. But it's just a story anyway. Chill :D

      Delete
  3. He is soooooo not for Zara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe Zara sooooo not for him too. :D

      Delete
  4. eeee,,, tania kejam giler dowhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku memang ciptakan watak Tania macam tu. :D

      Delete
  5. Wallahi,jahatnyaa nya tania ni.rasa nk gigit.hmm pity zara.

    ReplyDelete
  6. Such a bitch doo tania ni

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.