Saturday, March 7, 2015

Kedua #23



Zara melangkah masuk ke pintu masuk Intermax Holdings tanpa rasa gusar. Alex di belakangnya hanya menuruti sahaja langkahnya. Rasa gembira menerjah di hati kala ini. Mungkin sebab dia sudah kembali bekerja. Seminggu terperap di Villa Lillium, memang membosankan. Tapi ada kebaikan juga. Hubungan dia dan Amir mula berubah menjadi baik. Mereka tidak lagi selalu bergaduh setiap kali bertentang mata. 

Mungkin itu hikmah dari keputusan untuk bercerai?

“Zara…” bisik Alex di telinganya ketika mereka sedang menanti lif tiba.

Zara memandang ke arah Alex. Alex menjuihkan bibirnya ke arah kiri. Zara menoleh ke arah kiri. Dilihatnya Tania sedang berjalan ke arahnya sebelum berhenti di sebelahnya. Zara berlagak tidak menyedari kewujudan Tania disebelahnya.

“Hai…” sapa Tania pada Zara. Sudah lama dia tidak melihat Zara di sini. Biasanya pembantu Zara yang akan datang sebagai wakilnya. Katanya mereka, Zara jatuh sakit sebab itu Alex yang menggantikannya.

Zara berlagak tidak mendengar. Alex di sebelahnya hanya menunjukkan wajah jengkel.

Pintu lif terbuka. Kedua-dua mereka melangkah masuk. Alex di hadapan Zara dan Tania di sebelah Zara. Sengaja Tania berbuat sedemikian. Diperhatikannya Zara. Tentunya Zara ada kaitan dengan sebab Amir selalu mengelak darinya. Jika dulu, hari-hari mereka akan berbual di telefon dan sekarang, jangan harap melainkan dia yang menghubungi lelaki itu. Amir juga jarang bermalam di rumahnya kebelakangan ini. 

“Lama tak nampak kau kat sini,” sekali lagi Tania mencuba menarik perhatian Zara namun tidak Berjaya. Wanita itu hanya memandangnya dengan sinis. Tania berang. Mahu mengamuk, ditahannya. Tidak mahu mencari pasal dengan pembantu Zara. Ah… buat apa kau mahu risau dengan si pondan tu. Bukannya dia berani pun.

“Nampaknya aku bercakap dengan orang bisu. My mistakes,” Tania bersuara lagi.

“Dah tahu bercakap dengan orang bisu tapi tak tahu nak tutup mulut. What a shame,” kedengaran suara Alex. 

Zara menahan gelak. Tania mengetapkan gigi. Berang dengan ayat yang terkeluar dari mult pembantu Zara itu. Nasib baik aku tak bawa cili, kalau tak dah lama akku cilikan mulut kau.

Pintu lif terbuka. Zara keluar dahulu, diikuti Alex dan baru Tania. Ada riak tidak puas hati di wajah Tania. 

*************


Amir memandang Zara dan Tania bersilih ganti di bilik mesyuarat. Nasib baik kedua-dua wanita itu duduk berjauhan. Zara di sebelah Alex, manakala Tania di sebelah Eksekutif Kewangan. Permintaan Amir mahu semua Eksekutif menghadiri mesyuarat hari ini dan itu termasuk Tania yang memegang jawatan sebagai Eksekutif Pemasaran walau itu hanyalah mesyuarat untuk membincangkan tentang rekaan dalaman terbaru hotel mereka yang baru siap dibina. Dia mahu setiap eksekutif mengeluarkan pandangan mereka terhadap rekaan dalaman hotel tersebut.

Seusai Alex membentangkan kertas kerjanya, Tania mengankat tangan.“Maaf. Tapi I rasa konsep sebegini tak sesuai dengan konsep hotel ini.”

Zara menarik nafas. Dia sedar Alex sedang memandangnya. Zara menganggukkan kepala pada Alex, memberi isyarat supaya membalas pendapat Tania itu.

“Tapi ini yang dibincangkan dan dipersetujui hari itu,” Alex cuba menerangkan.

“Tapi pemilihan warna tak sesuai dengan konsep hotel ini.” Tania tidak berpuas hati. Dia memandang sekeliling, semua yang berada di bilik mesyuarat itu sedang berbisik sesame mereka. Sama ada bersetuju dengannya atau tidak. Ah.. Dia tidak penduli. Yang penting dia mahu Zara mendapat malu.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Dia tahu Tania sengaja. Alex memandangnya. Ada riak risau di wajah lelaki itu. Tentunya Alex gementar.

“Konsep hotel ini, seperti yang saya baca dalam proposal kamu, kamu mahukan satu suasana yang mampu memberikan ketenangan pada pelanggan kamu. Jadi berdasarkan perbincangan dengan sesetengah dari kamu, kami memilih warna-warna ini. Ketenangan dalam masa yang sama mampu menunjukkan ciri-ciri mewah,” ujar Zara. Alex mengukirkan senyuman padanya.

“Lagipun, ini tentunya hotel lima bintang bukan? Dan kami tak sembarangan memilih warna. Dan ini sememangnya rekaan dalaman yang mana-mana hotel-hotel bertaraf antarabangsa akan guna. Moden dalam masa ada ciri-ciri mewah dan ringkas,” tambah Zara lagi. Dia lihat semua yang berada di bilik menganggukkan kepalanya.

“Tapi…” Tania masih tidak mahu mengaku kalah.

Saya rasa konsep ini sudah sesuai dengan apa yang kita mahukan,” tiba-tiba sahaja Amir mencelah.

Tania menelan air liur. Dia memandang Amir tapi lelaki itu tidak menyedarinya. Dia memerhatikan pula semua yang berada di bilik mesyuarat. Semuanya menganggukkan kepalanya. Ah… Tania berang.

“Jadi, semua bersetuju dengan konsep dan warna ini?” Soal Amir pada para pekerjanya. Semua mengangguk kepalanya.

“So, meeting dismissed.” Sejurus mengucapkan ayat itu, semua yang berada di bilik mesyuarat itu mengankat punggung mereka dan melangkah keluar kecuali Amir, Tania, Zara dan Alex.

Mata Amir tertumpu pada kelibat Zara dan Alex yang sedang mengemas barang-barang mereka. Dia sedar Tania sedang memandangnya dan teman wanitanya itu cuba untuk bergerak ke arahnya. Tolong jangan sekarang Tania. Tolong jangan di hadapan Zara. Tolong.

Belum sempat Tania berdiri di hadapannya, Amir bergerak dahulu ke arah Zara.

“Zara…” Amir bersuara.

Zara memandang Amir. Dia pandang juga Tania. Wanita itu merenungnya dengan tajam.

“Let’s have lunch together?” Soal Amir.

Zara menelan air liur. Dia sedar Tania masih memandang ke arah sini. Alex di sebelahnya pula hanya mengukirkan senyuman.

“Sorry, I can’t. Dah janji dengan…”

“Dengan ayah bukan?” Amir memotong.

“Macam mana you tahu?” Soal Zara hairan.

“Ayah ajak I juga. So, let’s go together.”

“I datang dengan Alex.” Zara cuba menolak. Dia lebih rela pergi sendiri dari pergi bersama Amir. Tania masih merenung arah sini. Takkan Amir tak sedar itu?

“It’s okey Zara. You bagi I kunci kereta I drive. ,” ujar Alex

Zara menarik nafas. Ish Alex ni, tak faham betul! Amir masih memandangnya dengan senyuman sedangkan Tania merenungnya dengan tajam. Ah.. Bagaimana ini?

“I hantar you balik, nanti.” Amir bersuara lagi.

“Just go, Zara. I will take a good care of your car.” tambah Alex.

Zara menarik nafas. Akhirnya dia mengeluarkan kunci kereta dari beg tangannya sebelum menyerahkan pada Alex. Ada senyuman yang terukir di bibir Amir Haikal itu. Dia pandang pula ke arah Tania. Wanita itu akhirnya beredar dari bilik mesyuarat. Mungkin berang mungkin.

**********************


Zara melangkah masuk ke ruang makan di hotel bersama-sama Amir di sisinya. Dia menjauhkan diri dari Amir. Sengaja mahu menaikkan kemarahannya. Berlagak romantic dengan tiba-tiba mahu memegang tangannya. Apa kejadah!

“Wow… what’s the occasion?” Soal Zara apabila melihat seluruh ahli keluarganya turut berada di sini. Dan itu termasuk keluarga mentuanya. Zara mengambil tempat di sebelah Mamanya, bersebelahan Amir. Terpaksa!

“Eleh… macam la kakak tak tahu,”Zafril, adik bongsu Zara bersuara.

Zara mencebik. Mana lah dia tahu mengapa semua berkumpul untuk makan tengahari di sini.

“Kakak tak tahu. Kau tak ada kelas ke hari ini?” Soal Zara.

Zafril menggelengkan kepalanya. Nasib baik dia tiada kelas pada hari ini. Bukan senang ayah mahu belanja makan besar di tempat sebegini.

“Ayah yang belanja hari ini,” ujar Dato’ Mukhriz. Dipandangnya besannya yang sedang mengukirkan senyuman.

“Ingatkan CEO Intermax Holdings yang nak belanja makan hari ini,” ujar Zara sinis.

Amir menoleh ke arah isterinya itu. Dia hanya mampu ukirkan senyuman sinis. Takkan mahu bertekak dengan Zara di sini. Nanti apa kata Tan Sri Ridzuan dan Puan Sri Marlissa,lebih-lebih lagi Nenek. Masing-masing ingat dia dan Zara sudah berbaik padahal bukan itu yang berlaku. Mereka berdua masih lagi bergaduh walau tidak sekerap dulu. Dan cadangan untuk bercerai masih belum lagi dia utarakan pada keluarganya. 

“Zara!” Tegur Datin Azrina pada anak perempuannya. Tak pernah berubah.

Zara hanya mencebik. Malas mahu bertekak dengan Datin Azrina ini.

“Macam mana presentation hari ini?” Soal Dato’ Mukhriz apabila makanan yang dipesan tiba.

“Okey la,” balas Zara dengan selamba. Dia teringatkan Tania tadi. Sengaja mahu mengujinya. Tak habis-habis. Dah la dengan Amir yang tiba-tiba mengajaknya makan tengahari bersama di hadapan Tania. Bukan ke itu akan membuatkan Tania cuba untuk menambah kekusutan dalam hidupnya?

“Even ada orang sengaja nak buat masalah,” tambah Zara lagi sambil matanya menjeling ke arah Amir di sebelahnya.

“Zara!” Sekali lagi Datin Azrina menegur.

“Mama ni kenapa?” Zara melenting. 

“Tak elok marah depan makanan. Malu pada Daddy dengan Mummy kamu. Nenek sekali,” kali ini Dato’ Mukhriz menegur.

Zara menelan air liur. Terbit rasa malu apabila keluarga mentuanya memandanganya sambil mengukirkan senyuman. Terutamanya pada Nenek. Wanita berusia itu asyik memandangnya sahaja. Zara berasa tidak selesa.

Selang beberapa ketika, keadaan kembali menjadi sunyi. Masing-masing sibuk menikmati makananan sehinggalah Dato’ Mukhriz bersuara.

“Nanti kamu balik office dengan Amir ya.”

“Kenapa pula?”Soal Zara tidak puas hati. Dia baru saja berniat mahu pulang ke pejabat dengan ayahnya.

“Ayah ada hal nanti. Boleh kan, Mir?” Dato’ Mukhriz memandang menantunya.

Amir menganggukkan kepalanya tanda setuju.

“Bukan ke Amir ada mesyuarat lepas ni?” Sengaja Zara mencipta helah. Dia sedar Amir sedang merenungnya.

“Kamu ada mesyuarat apa pula?” Soal Tan Sri Ridzuan hairan. Mengikut apa yang diberitahu Hilmi padanya, anak lelakinya tiada apa-apa mesyuarat selain mesyuarat tadi

“Mana ada. Zara ni saja je.” Amir memandang Zara dengan sinis.

“Zara…” Dato’ Mukhriz menegur.

“Mana ada. Zara kan tak ada kerja lepas lunch, so ingat nak balik rumah ayah jap, nak kemas barang Zara,” Zara mencipta alasan lain.

“Yang itu, kamu tak perlu risau. Mama dah kemas barang kamu dan hantar barang kamu ke rumah kamu tu,” Datin Adzrina bersuara.

Zara memandang Mamanya. Ah… Mama ni! Sengaja je. Amir sedang memandangnya dengan sinis. Rasanya Amir tahu dia sengaja mahu mengelak lelaki itu. Dia pandang pula ke arah Nenek. Wanita itu masih memandangnya sambil mengukirkan senyuman. Zara langsung tidak mengerti senyuman itu. Dia memandang Amir pula, lelaki itu sedang memandang Neneknya. Apa yang sedang terjadi ini?

Adakah hal bercerai sudah dimaklumkan oleh Amir?




4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.