Friday, March 6, 2015

Kedua #22



Zara mendiamkan diri sahaja sepanjang perjalanan. Begitu juga dengan Amir. Masing-masing mendiamkan diri. Mungkin masing-masing bengang. Zara cuba untuk berpura-pura tidur namun tidak mampu walau kepalanya makin berdenyut. Tambahan lagu dendangan Justin Bieber di radio menjengkelkannya. 

“You dah makan?” Amir memulakan perbualan. Rasa tidak selesa dengan keadaan Zara yang mendiamkan diri dari tadi.

Zara hanya memalingkan muka ke arah kiri. Memandang ke arah luar dengan perasaan bengang. Jika dilayan Amir, makin bertambah marahnya.

Amir mengeluh. Tentunya Zara marah padanya. Eh… bukan kau je yang marah. Aku pun marah juga. Dah la keluar rumah senyap-senyap. Dah tahu diri tu sakit, buat la macam orang sakit. Aku telefon banyak kali tadi tak dijawabnya. Siapa tak geram!

“Zara Amani,” Amir cuba berlemah lembut. Dia teringat pesanan Mummy yang menyuruhnya berlemah lembut dengan Zara.

Kebengangan Zara makin bertambah bila Amir menyebut nama penuhnya. Benci! Lalu dia menekan butang tutup di radio tanda protes.

Amir menelan air liur.“Kenapa ni?”

“Benci dengar lagu tu!” Balas Zara jengkel.

Amir ketawa. Nampaknya bukan dia sahaja yang tidak meminati lagu-lagu dari Justin Bieber.

Zara bengang. Dijelingnya Amir. Dia ni sesuka hati je gelakkan orang.

“ You dah makan? Kalau tak, kita berhenti makan dulu,” ujar Amir apabila ketawanya reda. 

“Tak payah. You ambil I tadi, nak suruh I balik rumah bukan? So balik rumah je la. Tak perlu nak buat buat baik.”

Amir mengetapkan giginya. Berang juga dengan ayat Zara. Sesuka hati je nak tuduh aku berpura-pura baik dengan dia. Eh… aku ikhlas ni tahu!

“Kenapa you pergi rumah Johan?Amir mengeluarkan soalan yang dari tadi mahu ditanyanya.

“It’s none of your business,” balas Zara dingin.

“Memang bukan urusan I , you nak pergi rumah siapa pun. But jangan permainkan Johan,” ujar Amir tanpa memandang Zara. Matanya asyik memandang ke hadapan dengan tangannya mengawal stereng.

Zara menjeling Amir lagi. Berang betul dengan tuduhan Amir ini. Sesuka hati dia je nak tuduh aku pergunakan kawannya. Bukannya aku tahu dia nak bawak aku ke rumah dia. Aku lagi rela bermalam di hotel la.

“Dia yang bawak I pergi apartmen dia,” Zara cuba membela diri.

“Dia takkan bawa you ke apartmen dia kalau you tak pujuk dia bukan?”

“You ingat I perempuan murahan sangat ke!”Zara melenting.

“Of course you are. Isn’t it?”

Zara mengetapkan giginya. Nasib baik aku tak sihat sekarang ni, kalau tak nahas kau!

“At least I bukan perempuan kaki cukur macam Tania” Sengaja Zara berkata sedemikian. Mahu menaikkan kemarahan Amir.

Amir membrek secara mengejut. Sengaja dia berbuat sebegitu. Mujur mereka telah tiba di Villa Lilium. Ditenungnya Zara di sebelahnya dengan perasaan membara. Benci betul bila Zara mengutuk Tania di hadapannya. Mujur mereka sudah sampai, kalau tidak, dia akan tinggalkan Zara di tengah jalan. Lantaklah Zara sakit atau tidak.

“You jangan buat I marah!” Amir berang.

Zara mengukirkan senyum sinis. “I memang cakap benda betul.”

Amir mengetapkan giginya. Akhirnya dia membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta. Tiada guna bertekak dengan Zara Amani ini. Dihempasnya pintu dengan kuat tanda protes.

Zara mengeluh. Kepalanya makin berdenyut. Mahu bangun dan melangkah keluar pun dia tidak larat. Niatnya mahu saja berada di situ tapi terbantut apabila Amir mengetuk cermin kereta, sebagai isyarat dia keluar. Akhirnya dia membuka pintu kereta, dan berdiri di sebelah kereta sambil memandang Amir.

“Sebagai peringatan, ini kereta I, bukan kereta you,” ujar Amir sinis sebelum beredar.

Zara memegang kepalanya yang berdenyut dari tadi. Dia mahu memanggil Amir, tapi suaranya tidak keluar. Dia perhatikan sahaja tubuh Amir beredar. Lama-kelamaan penglihatannya makin kabur sebelum ia bertukar menjadi gelap!

*********************


Zara tersedar ketika cahaya matahari menyelinap masuk ke segenap ruang. Dia memandang keadaan sekeliling. Dia berada di bilik tidur di Villa Lilium. Dilihatnya, ada satu besen air dan tuala basah di atas meja di sebelah katil. Dia rasa bertenaga sedikit. Dia akhirnya turun dari katil dan turun ke tingkat bawah, mahu ke dapur. Tekaknya haus.

Setibanya di dapur, Zara melihat Amir di situ. Lelaki itu sedang memasak sesuatu. Dia hanya memandang sahaja gerak geri lelaki itu sehinggalah lelaki itu menyedari kelibatnya di situ.

“Dah bangun? Jom duduk sana,” ujar Amir sambil tangannya menunjukkan sebuah meja makan kecil di situ.

Zara hanya mengikuti sahaja. Dia mengambil tempat di meja makan kecil yang terdapat di dapur itu. Amir kemudian mengambil tempat berhadapan dengannya dengan memegang dulang berisikan mangkuk bubur. Lelaki itu kemudian mencapi sudu sebelum menyuakan sudu berisikan bubur nasi ke arahnya. Zara menelan air liur.

“No need for that,” Zara cuba menolak suapan Amir namun sudu masih di hadapannya. 

“Kenapa you buat buat benda yang you tak pernah buat? Bagi I ini…” Zara cuba mengambil sudu di tangan Amir tapi tidak Berjaya.

“You sakit…” Amir masih berusaha untuk menyuap Zara. Dia mengukirkan senyuman apabila melihat Zara membuka mulut dan membiarkan dirinya menyuap.

Zara menghembuskan nafas. Rasa hairan dengan perlakuan Amir pagi ini. Bukankah mereka bergaduh semalam?

“Kat tempat mana you cederakan diri you? Ada lebam,” ujar Amir sambil menyuapkan Zara untuk kali kedua.

Zara memandang Amir. Tidak memahami soalan yang dikeluarkan oleh Amir.

“Bahu dan lengan you tercedera,” balas Amir apabila menyedari Zara seperti berada dalam kekeliruan.

Zara menarik nafas. Dia membelek lebam di lengannya sebelum menyentuh bahunya. Lebam yang diperolehi ketika melakukan kerja pemasangan rak dapur minggu lepas. Sampai hari ini belum hilang. Tapi kejap… bagaimana Amir tahu?

“Macam mana you tahu?Zara hairan. Dilihat tubuhnya. Kejap… ini bukan pakaian yang dia pakai semalam. Jubah tuala kini tersarung di badannya. “Siapa yang tukar pakaian I?” Soal Zara pada Amir. 

“That would be me,” balas Amir dengan selamba.

Zara mengetapkan gigi. “So you….”

“I tak tengok.Amir memotong.

“Yeah, right…” Zara tidak mahu percaya.

“Tak ada apa-apa yang menarik pun yang boleh I tengok,” ujar Amir dengan sinis.

Zara berang. “You memang tengok!”

Amir mengukirkan senyuman nakal. Dia teringatkan kejadian semalam. Jantungnya hampir tercabut melihat Zara pengsan sekali lagi. Diangkatnya Zara ke bilik tidur sebelum menukar pakaian wanita itu dengan jubah tuala. Benar, dia langsung tidak melihat apa yang Zara fikir dia telah tengok. Hairan juga dengan itu sedangkan dia punya peluang.

“Tak salah pun I tengok. Kita suami isteri yang sah.,” sengaja Amir berkata sedemikian.

Zara merenung tajam Amir di hadapannya ini. Berang betul dengan ayat dikeluarkan oleh lelaki ini. 

“Apa?”Soal Amir apabila menyedari renungan tajam Zara. Dia masih menyuapkan Zara dan Zara langsung tidak menolak. Tentu lapar. Itulah, jual mahal sangat semalam.

“Apa yang you nak sebenarnya?” Soal Zara sinis.

“Maksud you?” Amir memberhentikan suapan sambil matanya memandang Zara.

“You buat baik dengan I. Must be something, right?”

Amir menelan air liur. 

“Your forgiveness,” itu yang terkeluar dari mulut Amir.

Zara menelan air liur. Kemaafan apa yang dimaksudkan oleh Amir. Dipandangnya Amir, menunggu lagi ayat yang akan terkeluar dari mulut Amir.

I minta maaf atas apa yang Tania dah buat.”

Zara memandang Amir. Adakah Amir telah mengetahui hal sebenar?

“Even I tahu you mungkin tak akan terima. Tapi I harap you percaya.”

Zara mengukirkan senyuman sinis.“Kenapa you nak minta maaf bagi pihak Tania?”

Amir menarik nafas. Dia sendiri tak tahu mengapa itu yang terkeluar dari mulutnya. Mungkin benar Tania sudah banyak menganggu hidup Zara. Dan mungkin sahaja apa yang diberitahu Tania tentang Zara menuduhnya sebagai pelacur hanyalah tipu semata-mata.

“I don’t know. Katakanlah satu hari nanti kita membawa haluan masing-masing…”

“Bukan ke sekarang ni kita memang membawa haluan masing-masing?” Zara memotong.

Amir menelan air liur. Benar juga. Dari saat hari pertama mereka sebagai suami isteri, mereka telah membawa haluan masing-masing.

“Maksud I, kalau kita tamatkan perkahwinan ini…”

Zara menelan air liur. Bercerai? Jadi Amir mahu memilih Tania darinya. 

“… I just hope we could be friend after this. Masih akan bertegur sapa bila kita jumpa antara satu sama lain,” Amir menyambung.

“Jadi… you pilih Tania?” Soal Zara.

Amir memandang Zara. Adakah dia memilih Tania dari wanita di hadapannya ini. Entah. Dia sendiri tidak tahu. Dia belum membuat keputusan akhir lagi. Lagipun, Daddy atau Mummy bahkan nenek tidak langsung mengunkit hal itu. Sebahagian hatinya mahu dia memilih Tania tapi sebahagian lagi mahu dia memilih Zara Amani ini.

“Dan kita akan bercerai?” Soal Zara lagi apabila Amir mendiamkan diri.

Amir memandang sekali lagi Zara. Wanita di hadapannya ini sukar dibaca. Tidak tahu sama ada Zara gembira atau sedih. Ah… tentunya Zara gembira. Sudah lama wanita itu mahu bercerai. 

“I…” Amir cuba menyusun kata-kata. Tidak tahu sama ada dia patut mengiyakan atau menafikannya.

“I biarkan you yang beritahu family kita tentang penceraian kita. Besides, you yang mahu bercerai bukan?” Zara menyoal lagi tanpa menunggu jawapan dari Amir.

“You tak mahu bercerai?” Soal Amir dengan hairan. Hairan dengan apa yang dia dengar dari mulut Zara. Bukankah mereka berdua yang bersetuju untuk bercerai?

Zara angguk. “Of course I am.”

Amir tarik nafas. Tentulah Zara Amani mahu bercerai. Gadis itu yang mula-mula bangkitkan isu cerai. 

“Tapi, bercerai dengan I akan buatkan you hilang segalanya, bukan?” Soal Zara.

Amir telan air liur. Dia tahu kenyataan itu. “If I ask you to stay, would yo do that?”

Zara kerut dahi. Dia senyum sinis. “Why would I? You dah ada Tania. Dan I tak rasa you adalah lelaki yang akan cintakan dua orang perempuan dalam waktu yang sama, bukan?.”

Amir mengeluh. Dia sendiri tidak tahu perbincangan ini akan membawa mereka ke mana.

“So, bila peguam I boleh jumpa peguam you?” Soal Zara lagi apabila Amir tidak memberi respon pada soalannya.

“I will take care about it,” balas Amir dengan rasa berat hati.

Zara senyum. “That’s good. Jadi, kita dah tak ada apa-apa hal yang nak dibincangkan lagi.” Zara bangun dan beredar dari ruang dapur. Dia langsung tidak memandang wajah Amir Haikal.

Amir mengeluh. Betulkah keputusan yang dibuatnya ini?


6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.