Thursday, March 5, 2015

Kedua #21



Sarah Amalina memandang sahabat baiknya dengan rasa hairan. Hairan dengan kedatangan Zara ke rumahnya pagi-pagi sebegini. Nasib baik hari ini dia tidak bekerja dan baru sahaja pulang dari berjogging ketika Zara menantinya di hadapan kondominiumnya.


“Kau okey ke? Dah sihat?” Soal Sarah ketika menghulurkan minuman kopi pada Zara.

Zara mengukirkan senyuman palsu pada sahabatnya itu. Sengaja dia bangun awal tadi, semata-mata untuk mengelak dari Amir. Bangun sebelum matahari terbit dan keluar ketika kelibat Yati tiba untuk menjalankan tugasnya. Dua hari di rumah benar-benar buat dia bosan. Segalanya dia tak boleh lakukan dengan Amir di sisinya. Memang badannya masih lemah tapi dia lebih rela kalau Amir bergaduh dengannya dari melayannya dengan baik.

Niatnya pagi tadi mahu ke tempat kerja tapi dihalau oleh ayahnya yang baru sahaja tiba di pejabat. Ayah menyuruhnya pulang dan kembali bekerja setelah benar-benar sembuh. Ah… ayah ni memang tiada tolak ansur. Akhirnya Zara memandu ke rumah Sarah dengan harapan sahabatnya itu sudah bangun. Agak lama juga dia menunggu di luar rumah Sarah tadi tanpa mengetahui hal yang Sarah keluar berjogging. Dia sepatutnya menelefon dulu.


“Zara?” Sarah bersuara lagi.


“Yeah… aku dah sihat. Sedikit,” Zara mengukirkan senyuman tawar.


“Zara… kau patut berehat di rumah. Buat apa kau keluar kalau kau tak sembuh lagi,” Sarah menasihati sahabatnya.


“Aku bosan la kat rumah. Asyik tidur, makan ubat kemudian tidur. Tak boleh nak buat apa-apa. Nak keluar duduk berehat depan kolam renang pun tak boleh.”

Sarah mengukirkan senyuman. Dia faham Zara yang tidak suka duduk diam. Zara Amani yang dikenalinya memang seorang yang gila kerja. Terutamanya jika kerja itu adalah minatnya.

“Rancangan awal aku, adalah pergi kerja but bila ayah nampak aku kat office, terus dia halau aku balik. Dia suruh aku datang kerja bila betul-betul dah sembuh. Aku nak pergi jumpa Mama but she said she's busy,” tambah Zara lagi.

So, kenapa kau tak balik rumah kau dengan Amir tu?” Sengaja Sarah mengeluarkan soalan sebegitu. Dia tahu Zara mahu mengelak diri dari Amir.

Zara menelan air liur mendengar nama Amir. 


“Aku tak boleh nak tengok muka dia. Menyampah! Benci!”

“Korang still gaduh? Aku tengok hari tu bukan kemain dia jaga kau masa kau jatuh sakit hari tu.” Sarah teringatkan ketika dia melawat Zara beberapa hari lepas dengan Kamal. Amir memang menjaga Zara dengan sepenuh hati. Sentiasa mengingatkan Zara untuk mengambil ubat.


“Itu adalah lakonan dia. Aku pasti lepas aku 100% sembu, sah-sah dia akan sambung marah aku pasal perempuan gila tu!”

“Korang gaduh lagi pasal Tania? Kali ini apa permainan Tania? Soal Sarah geram. Menyampah betul dengan Tania pada kali pertama bersua.


“Sebelum aku jatuh sakit hari itu, aku balik rumah, nak ambil fail yang aku tertinggal kat situ. And then Amir sampai. Dia mengamuk.”

“Dia mengamuk? Sebab Tania lagi?” Soal Sarah tidak sabar.

Zara menganggukkan kepala. “Dia kata aku telefon Tania dan tuduh Tania pelacur.”

Sarah menutup mulutnya. Tidak percaya Tania sanggup menggunakan helah sebegitu untuk menjatuhkan Zara.


“ Kau defend apa?”

“Aku tak sempat nak defend. Aku jatuh pengsan lepas tu.”


Sarah menganggukkan kepalanya.

Kau tak bagitahu Amir hal sebenar?”

Zara menggelengkan kepalanya. “Dia takkan percaya kalau aku beritahu pun. ”

Sarah menggangukkan kepala. Dia juga bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Zara. Katanya Kamal, Tania itu licik. Dan Amir, bila mula menyayangi seseorang itu, dia tak akan benarkan sesiapa berkata perkara jahat tentang orang yang dia sayang.

“Dan sampai bila kau nak begini? Jadi mangsa keadaan? Cubalah untuk tawan hati Amir,ujar Sarah.

Zara memandang sahabatnya dengan rasa terkejut. Tidak menyangka sahabatnya mampu mengeluarkan. Saat itu dia mengeluarkan tawanya.

Asal kau ketawa?” Soal Sarah hairan.


“Cadangan kau. Tak masuk akal langsung! ”

“It's true, Zara. Sampai bila kau nak hidup macam ni? Try to fall in love. It’s not that hard,” Sarah cuba menasihati. Hairan juga bagaimana Zara mampu hidup tanpa punya perasaan pada mana-mana lelaki. Bukannya Zara tidak cantik. Rasanya lagi cantik dari Tania itu tapi hati Zara begitu keras. Keras dan dingin.

Zara mengeluh. Jatuh cinta? Entah. Dia mana pernah jatuh cinta. Kawan-kawan lelakinya hanya sekadar kawan sahaja. Tiada lebih dari itu walau ada diantara mereka meluahkan perasaan padanya. Hatinya terlampau keras mungkin.

“I don’t know Sarah. I think it’s hard for me.” Zara tidak tahu apa yang dikatakannya ini. Susah kah untuk jatuh cinta?

“Or kau still fikirkan mamat yang kau jumpa kat Italy hari tu? Yang kau ambil gambar secara curi-curi?”Sarah teringatkan gambar lelaki yang ada di dalam DSLR Zara.

Zara menelan air liur. Tak mungkinlah. Itu adalah orang yang sama. “It is the same person.”

“Amir right?” Sarah mengukirkan senyuman apabila melihat air muka Zara berubah saat dia menyebut nama Amir.


“Aku tak jatuh cinta dengan dia kalau itu yang kau fikirkan.”

“And then apasal kau ambil gambar dia secara senyap senyap?”


Zara menelan air liur sekali lagi. Tiada jawapan untuk itu.


“I don’t know. Maybe aku rasa dia handsome, charming and good looking at that time. Kau patut datang dengan aku sekali masa tu. Kalau tak, aku tak perlu duduk sebelah dia dalam flight. Menyampah tahu tak!”

Sarah ketawa. Dia tahu semua tentang Amir yang Zara pernah ceritakan sebelum sahabatnya itu berkahwin dengan Amir.


“And that handsome, charming and good looking guy itulah yang kau kahwin, bukan begitu?”

Zara membaling sebiji bantal ke arah Sarah. Tak habis-habis Sarah mahu kenakannya. Mereka kemudian bergelak ketawa bersama-sama.

*********


Johan memandang kelibat Zara yang sedang terbaring di sofa miliknya. Dia terpaksa membawa Zara ke apartmennya. Wanita itu kelihatan belum sembuh sepenuhnya. Mahu dihantar pulang ke Villa Lilium, Zara menolak. Mana-mana tempat lagi baik katanya. Mungkin mahu mengelak dari Amir. 

Dia teringat pertemuannya dengan Zara di kelab malam tadi. Hairan juga dengan kehadiran Zara Amani di situ. Mereka berbual-bual seolah Zara sudah sembuh padahal tidak. Dan ketika mahu pulang, Zara hampir-hampir rebah di kawasan parkir kereta.

Dia melabuhkan punggung bersebelahan Zara. Diselimutinya Zara. Diletakkanya tuala panas ke dahi wanita itu sebelum diusap-usap pipi wanita itu. Dia rindu wajah ini. Wajah yang selalu buat dia ketawa. Ah… kalaulah Zara bukan isteri Amir. Kalaulah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbit Zara. Johan mencapai beg tangan Zara, mengeluarkan telefon bimbit Zara. Tertera nama Amir di skrin telefon. Mahu jawab atau tidak? Kalau di jawab, tentunya Amir akan berfikir bukan-bukan. Kalau tidak dijawab, dia risau sakit Zara akan bertambah tenat dan dia mungkin akan dipersalahkan. Zara tentunya belum mengambil ubatnya hari ini. Panggilan dijawab.

“Hello,” kedengaran suara Amir di hujung talian.

Johan menelan air liur. Mahu beritahu hal sebenar? Nanti Zara dimarahi lagi oleh Amir. Dia sedar Amir sudah mula syak sesuatu saat dia melawat Zara ketika sakit hari itu.

“Mir,” Johan bersuara.

“Johan? Apa kau buat dengan telefon Zara?”Soal Amir.

“Zara dengan aku sekarang ni. Kat apartmen aku…”

“Panggil dia…” Amir memotong.

“Zara tengah tidur. Dia tak sihat.”

“Kalau kau tahu dia tak sihat, kau patut hantar dia balik terus ke rumah.”

“Dia tak nak balik. I think you should let her sleep here for tonight. Esok pagi aku hantar dia,” cadang Johan.

Talian dimatikan. Johan mengeluh. Tentunya Amir bengang. Dia tahu sangat perangai sahabat baiknya ini. Dia kembali meletakkan telefon Zara ke dalam beg tangannya.

45 minit kemudian, kedengaran bunyi loceng pintu. Johan bangun dan melangkah ke arah pintu. Dia terkejut apabila menyedari kelibat Amir di pintu. Amir melangkah masuk tanpa dipelawa.

“Mana Zara?” Soalan itu yang terkeluar dari mulut Amir.

Johan mendiamkan diri. Kali ini dia tak akan mengalah. Dipandangnya Amir, wajah sahabatnya ini bengis. Johan mengeluh apabila Amir ke ruang tamu. Dia menarik bahu Amir, tidak mahu lelaki itu mengejutkan Zara.

Amir terkesima apabila bahunya ditarik dengan kasar. Nyaris-nyaris saja dia mahu menumbuk Johan Richardson ini.

“I think you should let her be!” Johan bersuara dengan nada tegas.


“She’s my wife. Jo!”

“Wife yang kau tak pernah cinta bukan?”


Amir mengetapkan gigi. “No matter what, she still my wife. And she still my responsibility!” Amir meninggikan suara.

Johan mengepalkan tangannya. Ditoleh ke arah Zara, kelihatan Zara mengerakkan badannya. Tentunya Zara akan terjaga kejap lagi. Sangkaannya benar, apabila Zara membuka mata dan bangun. Wanita itu memandang ke arah sini.

“What’s going on here?” Soal Zara dalam separa sedar. Dia tersedar apabila terdengar ada orang menjerit. Kepalanya berdenyut lagi.

Amir menolak Johan dan terus melangkah ke arah Zara. Tangan Zara dicapai dan diangkat mahu wanita itu berdiri. Namun, belum sempat Zara berdiri, Johan telah menghalang sekali lagi. Dia merenung tajam Johan Richardson ini.


“Just let her…” Sekali lagi Johan bersuara. 

Zara hanya memerhatikan sahaja apa yang berlaku di depannya. Mahu mencelah, dia tidak mampu, tubuhnya lemah saat ini. Dia sedar, kedua-dua tangan Amir dan Johan sedang memegang lengannya.

Amir menarik nafas sebelum menolak sekali lagi sahabatnya. Dicapainya beg tangan Zara di meja sebelum menarik Zara ke pintu. Dia langsung tidak menoleh ke arah Johan ketika dia melangkah keluar dari apartmen mewah milik Johan itu.

Johan menarik nafas. Tangannya dikepal. Dia berasa tercabar dengan perlakuan Amir itu. Terlalu!



2 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.