Wednesday, March 4, 2015

Kedua #20



Helaian kertas di hadapannya di belek berkali-kali. Sukar untuk mempercayai di hadapan matanya. Dipandangnya Hilmi, cuba meminta penjelasan sebenar. Mahu percaya atau tidak? Bukti sudah depan mata ni, Mir.

“Kau pasti ini apa yang aku minta?” Soal Amir pada Hilmi. Dilihatnya Hilmi menganggukkan kepalanya.

Amir menghembuskan nafasnya. Tak. Ini tipu! Berkali-kali dia berkata sebegitu pada dirinya. Dia tidak mahu percaya apa di depan matanya. Diperhatinya sekali lagi helaian kertas di hadapannya. Rekod panggilan telefon bimbit Zara. Langsung tiada rekod Zara membuat panggilan pada Tania, yang ada hanyalah nombor Tania menghubungi isterinya. Hanya nombor Tania yang dia kenal pasti diantara deretan nombor di atas kertas itu.

“Tuan?” Hilmi bersuara. Dia tahu tentunya anak majikannya itu tidak mempercayai. Dia tahu hal sebenar. Puan Zara tidak bersalah langsung dalam hal ini.

Amir hanya memandang sahaja pembantu peribadinya. Dibeleknya kertas itu sekali lagi. Buat apa Tania mahu hubungi Zara? Kalau Zara menghubungi Tania, dia fahamlah sebabnya. Tapi Tania, dia langsung tidak dapat fikirkan sebabnya.

Ah… mungkin Zara menggunakan telefon lain untuk hubungi Zara? Mungkin. Sengaja Amir mahu menyedapkan hatinya. Tak mungkin hanya Tania sahaja yang hubungi Zara. Tentu Zara hubungi juga Tania.

“Tuan, boleh saya beritahu sesuatu?” Hilmi memandang anak majikannya. Rasanya dia perlu membuka cerita sebenar. Dia tahu dia tiada punya hak untuk masuk campur dalam urusan rumahtangga anak majikannya itu, tapi Amir harus mengetahui hal sebenar.

“Apa yang kau nak beritahu?” Soal Amir hairan.


“Hal sebenar yang berlaku. Malam Puan Zara menyimbah air ke muka Cik Tania.”


Amir menelan air liur. Jadinya, Hilmi tahu hal sebenar?


“Hal sebenar?”



“Sebelum Puan Zara menyimbah air ke muka Cik Tania, Cik Tania terlebih dahulu menampar Puan Zara.”


Sekali lagi Amir menelan air liur. Biar betul? Mengapa Tania mahu menampar Zara? Tentunya Zara mengatakan sesuatu yang membuatkan Tania naik angin.


“Kenapa Tania mahu tampar Zara?”


Hilmi hanya menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak tahu mengapa Tania mahu menampar Zara. Dia hanya lihat kejadian itu dari balik pintu kaca sahaja. Apa yang dibualkan oleh kedua-dua wanita itu langsung dia tidak dengar. Dia hanya dapat melihat muka Tania yang menahan geram dan muka Zara yang kelihatan seperti biasa, tenang dan sukar diramal.

Amir meramas kertas di hadapannya sebelum membalingnya ke hadapan. Dia bengang! Dia keliru.

“Kenapa kau baru bagitahu aku?” Amir bengang.

Hilmi menundukkan kepalanya. Dia mendiamkan diri. Dia tahu, salahnya juga tidak memberitahu hal ini awal-awal.

Amir mendengus. Telefonnya yang terletak di atas meja berbunyi. Tertera nama Tania. Dia biarkan sahaja telefonnya berbunyi sehinggalah Hilmi mengambilnya dan menjawab panggilan itu.

“Cik Tania… ada apa?” Hilmi bersuara sambil memandang Amir.

“Amir ada tak?” Kedengaran suara Tania di hujung talian.

Amir hanya memandang sahaja Hilmi menjawab panggilan Tania. Bila pembantu peribadinya memandangnya, dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Menunjukkan isyarat tidak mahu melayan panggilan dari Tania itu.


“Maaf. Tuan sibuk. Ada apa-apa pesanan?”



“Tak ada. Cuma nak tahu kenapa dia tak masuk pejabat hari ini.”


“Tuan ada urusan di luar Tak akan masuk pejabat untuk beberapa hari ini,” bohong Hilmi.

“Oh, tak apalah.” Talian dimatikan.

Hilmi kembali meletakkan telefon Amir ke atas meja. Dipandangnya Amir. Muka lelaki itu kelihatan bengis.

Kedengaran ketukan di pintu. Daun pintu terkuak. Amir memandang sahaja kelibat pembantu rumahnya yang sedang melangkah masuk dengan senyuman.


“Maaf menganggu. Tuan ada tetamu,” ujar Yati sambil memandanng majikannya. Puan Zara sememangnya bertuah punya suami yang mengambil berat padanya. Sanggup bercuti sementara untuk menjaganya.



“Siapa?” Soal Amir hairan. Takkan Mummy dan Daddy lagi? Atau Mama dan Ayah? Ditenungnya jam di tangannya, baru menginjak ke angka 3. Ibu dan ayah mertuanya dijangka tiba malam. Siapa pulak?



“Dia cakap dia kawan tuan. Dia berada di ruang tamu. Mahu jenguk Puan.”


Sah itu tentunya Johan. Siapa lagi kawannya yang mahu jenguk Zara kalau bukan Johan. 


“Suruh dia tunggu. Kejap lagi saya turun,” arah Amir. 


Yati hanya menganggukkan kepala sebelum beredar. 

Amir memandang lagi Hilmi. Tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak dengan apa yang lelaki ini beritahu padanya. Sukar untuk mempercayai Tania punya sisi sebegitu.

*********

Johan memerhati keadaan sekeliling di ruang tamu itu. Ringkas tapi cantik. Dia teringat perbualannya dengan Zara yang mengatakan dia yang hias semua yang berada di rumah ini. Dia senyum lagi. Bunga di tangannya di hidu. Tidak sabar untuk menyerahkan pada Zara.

“Jo!” Sapa Amir. Dijabatnya tangan Johan dengan mesra.

“Apa hal kau tiba-tiba datang ni?” Soal Amir.


“Aku datang office Zara tadi, and then Alex bagitahu dia cuti hari ni sebab sakit. So, aku datang nak melawat Zara.”


“Kau dengar Zara sakit, terus kau datang sini. Wow.. Amazing!” Ujar Amir dalam nada sinis.

Johan menelan air liur. Entah mengapa dia merasakan ayat Amir itu seolah-olah sedang menyindirnya. Dia hanya mengukirkan senyuman sahaja.

“So what’s with the flower?” Soal Amir lagi apabila menyedari ada sejambak bunga lili di tangan lelaki itu.


“Untuk Zara.”


“Don’t you think, you should bring roses than this?”

“It’s her favourite flower,” balas Johan.

Amir menelan air liur. Tiba-tiba sahaja dia terasa tercabar. Bagaimana dia tak tahu bunga kesukaan Zara ini.


“How’d you know that?” Amir tidak mahu mengaku kalah.


“Tempat ini namanya Villa Lilium. Lilium nama saintifik bunga lili and you know who named it right?” Johan mengukirkan senyuman sinis.

Sekali lagi Amir menelan air liur. Ah… bagaimana dia tidak sedar itu. Dia tahu Zara yang namakan rumah mereka tapi dia langsung tidak mahu ambil tahu asal usul nama itu.

“So, mana Zara?” Soal Johan.

“She’s sleeping. I’m sure you don’t want to disturb her right?Sengaja Amir berkata begitu. Mungkin mahu Johan cepat-cepat beredar dari rumahnya. Lagipun Zara sememangnya sedang tidur selepas makan ubat tengahari tadi, ketika Mummy dan Daddy datang melawat mereka.

Johan menarik nafas. Dia pandang Amir. Rasanya Amir sengaja berkata sebegitu supaya dia cepat beredar. Dia takkan beredar selagi tidak lihat Zara dengan matanya sendiri.


“Can I see her? Aku takkan ganggu dia. Hanya nak bagi bunga ni pada dia.”


“Biar aku je yang bagi pada dia.” Amir mengukirkan senyuman hipokrit. Haish mamat ni! Takkan tak faham-faham lagi. Takkan mahu aku betul halau keluar baru kau nak beredar?

“Aku nak bagi bunga ni pada dia sendiri.” Johan tidak mahu mengaku kalah. 

Amir menelan air liur. Tentunya Zara punya tempat di hati Johan sehinggakan johan berkeras mahu bagi bunga kesukaan Zara pada wanita itu sendiri. Dia faham Johan Richardson ini. Sukar jatuh cinta tapi bila jatuh cinta, sanggup berbuat apa saja untuk wanita yang dicintainya sama sepertinya. Mereka berpandangan sesame mereka tapi tentunya di hati masing-masing sedang bergaduh.

“Jo..” Kedengaran suara Zara dari belakang. 

Amir dan Johan menoleh. Kelibat Zara sedang mengukirkan senyuman dengan wajah yang pucat. Bilamasa Zara turun, mereka tidak sedar.

“Kenapa you datang sini?” Zara bersuara lagi sambil berjalan ke arah Johan. Amir di sebelahnya tidak di hiraukannya.

“Datang jenguk you. I heard you sick.” Johan memandang wajah Zara yang pucat itu. Dia sedar Amir di sebelahnya sedang menjeling padanya tapi dia biarkan sahaja.

“This flower is for you,” ujar Johan lagi sambil menyerahkan bunga di tangannya kepada Zara. Wanita itu mengukirkan senyuman.

“Thank you,” ujar Zara sambil menghidunya. Dia melangkah ke arah sofa sebelum melabuhkan punggung di situ. Johan mengambil tempat di sebelahnya.

“How are you? Feel better today?” Soal Johan. Dia tidak menghiraukan Amir yang sedang berdiri memandang mereka berdua.

“Yeah… a little bit.” Zara membelek lagi bunga di tangannya sebelum menghidunya lagi. Wangi!

Johan memandang wajah Zara. Walau tanpa mekap, wanita itu tetap cantik. Dia cuba menahan dirinya dari mengusap pipi wanita itu. Dia sedar Amir sedang memandang ke arahnya.

“Sayang… I rasa dah tiba masa you makan ubat,” kedengaran suara Amir. Entah mengapa dia berasa cemburu. Hatinya mengeluarkan satu perasaan tidak enak apabila menyedari pandangan Johan terhadap Zara.

Zara menoleh ke arah Amir. Hairan dipanggil sebegitu. Buang tabiat ke apa? Zara tidak mempendulikan Amir.

Amir menarik nafas. Rasa bengang menerpa apabila Zara tidak mengendahkannya. Akhirnya dia berjalan ke arah Zara dan mencapai tangan wanita itu supaya berdiri.

“Apa ni!” Zara melenting. Terkejut diperlakukan sebegitu oleh Amir di hadapan Johan. Dia sedar Johan juga turut berdiri. 

“It’s time for your medicine!” Ujar Amir tegas. Dia sedar Johan sedang memandangnya. 

“Sakitlah!” Zara meronta. Mahu lepaskan dari pegangan Amir.

“You gonna hurt her.” Johan memandang Amir. 

Amir mengukirkan senyuman sinis pada Johan. Mereka saling berpandangan sesame mereka. Zara hanya memandang sahaja mereka berdua.

“I think you should leave now. Kau cakap ada kerja? Nak singgah sini sekejap je tadi bukan?” Sengaja Amir berkata sedemikian. Mahu Johan faham niatnya yang sebenar.

Johan menarik nafas. Nampaknya dia terpaksa beredar. Dia perhatikan Zara. Dia mahu berada lebih lama lagi dengan Zara tapi dia harus ingat Zara itu isteri Amir. Walau macam mana sekalipun, Zara Amani masih isteri Amir Haikal.

“I pergi dulu. Jaga diri baik-baik,” ujar Johan pada Zara. Zara hanya menganggukkan kepala sambil mengukirkan senyuman padanya. Dia balas senyuman itu.

“Hilmi, tolong hantar Johan ke pintu,” arah Amir apabila menyedari kelibat Hilmi. 

Johan menarik nafas. Tangannya dikepal sejurus Amir menarik Zara ke tingkat atas. Dia cuba bersabar walau sebenarnya hatinya kecewa. Terlampau. Nampaknya dia harus ingat walau macam mana sekalipun, Zara itu tetap isteri Amir selagi mereka belum bercerai. Perlukah dia berbuat sesuatu untuk memastikan Zara menjadi miliknya? Perlukah?




4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.