Tuesday, March 3, 2015

Kedua #19


“How is she?” Soal Amir pada Dr. Elena Lim, doctor keluarganya ketika menghantarnya ke pintu.

“She needs a lot of rest. Badan dia terlampau lemah. I dah sediakan preskripsi. Nanti you suruh pembantu you ambil ubat.” Ujar Doktor Elena Lim pada sahabatnya itu.

Amir menganggukkan kepala sebelum mengucapkan terima kasih. Selepas mengunci pintu, dia bergegas ke bilik tidur utama. Mahu memeriksa keadaan Zara. Hampir tercabut jantungnya tadi melihat Zara pengsan di hadapannya. Sangkanya Zara hanya berlakon. Digoncangkan tubuh Zara, namun tiada respon. Bila disentuh dahi Zara yang panas, tahulah dia Zara benar-benar sakit.

Telefonnya berbunyi lagi. Tentunya Mummy atau Mama. Dia sudah menghubungi kedua-dua keluarganya, memberitahu perihal Zara jatuh sakit.

“Yes mummy?”

“macam mana Zara? Dah call Elena? Dah bagitahu family Zara?” Kedengaran suara Puan Sri Marlisa di hujung talian.

Dah. Semua dah..” Haish Mummy ni mengalahkan Mama je. Mama pun tak ada la kalut dengar Zara deman. Lebih-lebih lak Mummy ni.

“Elena cakap apa?”

“Zara needs rest. That’s all. Mummy jangan la risau. Mama tak ada la risau macam Mummy ni,” ujar Amir. Hairan juga ibu mertuanya hanya menasihatinya supaya pastikan Zara makan ubat dan banyak berehat. Nampaknya Mama lebih mengetahui Zara.

“Kamu ni!” Marah Puan Sri Marlisa. “Perlu Mummy dan Daddy datang sana, tolong kamu jaga Zara?”

“Tak payah la Mummy. Mir boleh jaga Zara. Don’t worry too much okey?”

“Yelah. If anything, call me.” Talian dimatikan.

Amir memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya. Dia kini tiba di bilik tidur utama. Kakinya melangkah ke arah katil dimana Zara sedang terbaring lemah di bawah selimut. Dia melabuhkan punggung di sebelah wanita itu. Memerhatikan wajah Zara yang pucat lesi. Dia meletakkan tuala panas yang diperahnya tadi ke dahi Zara.

Terbit rasa menyesal meninggikan suara pada Zara Amani tadi. Kalaulah dia tahu Zara tidak sihat, tentunya dia akan menangguhkan hasrat untuk memarahi wanita itu. Bengang juga dia tadi, bila diberitahu Zara menghina perempuan kesayangannya sebagai pelacur. Tidak tahu dari mana Zara memperolehi nombor Tania. Mungkin minta dari Johan.

Zara Amani ini bukan calang-calang perempuan. Tindakan Zara sukar diramal, selain apa yang difikirkan oleh wanita ini. Sememangnya berbeza dari mana-mana perempuan yang pernah dia kenal. Belum pernah dia kenal perempuan yang berhati dingin seperti Zara. Dingin dan liar.

Diperhatikan sekali lagi wajah Zara sebelum perlahan-lahan tangannya mengusap-ngusap pipi wanita itu. Panas tapi lembut. Kemudian tangannya mengusap pula bibir wanita itu. Dia senyum sendirian mengingatkan malam itu. Malam dia dan Zara hampir-hampir tewas. Nasib baik panggilan dari Tania menyelamatkan keadaan.

Kemudian dicapainya telefon bimbit Zara yang berada di atas meja sebelah katil. Dibeleknya sebelum melihat log panggilan. Niatnya mahu melihat siapa yang Zara hubungi. Mahu kesahihan cerita Tania, yang Zara menelefon teman wanitanya itu. Ada satu nombor yang tidak disimpan oleh Zara menghubungi wanita itu. Amir kenal nombor itu. Itu nombor Tania. Jadi, Zara pernah berhubung dengan Tania. Tapi dia hairan, dalam log panggilan, semuanya panggilan masuk dari Tania. Tiada pula rekod panggilan keluar dilakukan Zara terhadap Tania. Mungkin Zara sudah memadamkannya. Mungkin.

Tapi kejap… buat apa Tania mahu hubungi Zara lagi kalau Zara yang mula-mula hubungi wanita itu? Kalau dia menjadi Tania, tentunya dia tak akan hubungi Zara. Bukan sekali Tania menelefon Zara, berkali-kali.

Telefon bimbit Amir berbunyi. Dia mengeluarkan dari poketnya. Nama Hilmi tertera di skrin lantas jarinya diletakkan di skrin.

“Saya berada di luar,” kedengaran suara Hilmi di hujung talian. Amir bangun sebelum turun ke tingkat bawah. Mahu membuka pintu untuk Hilmi. 

“Ini ubat puan,” ujar Hilmi ketika tiba di ruang tamu Villa Lilium sebelum menyerahkan satu plastic putih yang mengandungi ubatan.

“Ada apa-apa lagi tuan?” Soal Hilmi.

Amir memandang Hilmi. “Boleh kau tolong siasat rekod panggilan telefon bimbit Zara? Aku nak tahu dengan siapa dia berhubung dan siapa yang berhubung dengannya.”

Hilmi menganggukkan kepala. “Untuk tempoh berapa lama?”

Amir menelan air liur. Untuk berapa lama? Amir tertanya-tanya.

“Tiga bulan lepas sehingga sekarang?” Amir teringatkan saat dia dan Tania mula berhubungan kembali. Tiga bulan lepas itulah niatnya untuk cuba mengenali Zara Amani dengan mendalam terbantut selepas kembali bersama Tania. Dua bulan itulah dia tidak mempendulikan Zara.

Hilmi menganggukkan kepala sebelum beredar. Amir memandang sahaja kelibat Hilmi beredar sebelum melabuhkan punggung di sofa. Nampaknya dia perlu cuba memahami kedua-dua pihak. Jika sebelum ini, dia hanya mendengar dan melihat dari sudut Tania sahaja. Dia juga perlu melihat dan mendengar dari sudut Zara juga.


********



Zara Amani tersedar ketika jam menunjukkan pukul 8 pagi. Lama juga dia tidak sedarkan diri. Dia memandang keadaan sekeliling. Di manakah dia berada. Persekitaran di sekelilingnya kelihatan biasa dilihatnya. Setelah berkali mencuba mengingati, akhirnya dia sedar, dia berada di bilik Villa Lilium. Bagaimana dia berada di sini?

Dia melihat dirinya, masih menyarungkan pakaian semalam. Dia cuba mengingati kembali hal semalam. Seingatnya, dia pengsan di bilik kerja, jadi bagaimana dia boleh berada di sini? Ada orang yang mengankatnya? Siapa? Takkan Amir? Tak mungkin!

Pintu bilik terkuak, Zara menoleh ke arah pintu. Kelibat Amir muncul. Di tangan lelaki itu ada sebuah dulang.

“Morning…” sapa Amir sambil meletakkan dulang berisikan sarapan pagi dan ubat Zara ke meja di sebelah katil.

Zara memandang sahaja gerak geri Amir. Lelaki itu berjalan ke arah tingkap sebelum menyelak langsir dan membuka pintu di balkoni, mungkin mahu angin segar masuk ke bilik.

“How you feel?” Soal Amir lagi ketika tiba di sisi Zara. Dijamahnya dahi Zara. Masih lagi panas tapi tidak sepanas semalam. Dia rasa dia tidur lambat semalam menjaga Zara. Dia tersedar dari tidur apabila mendengar bunyi bising di bawah. Tentunya Yati sudah datang untuk menjalankan tugasnya sebagai pembantu rumah.

Zara masih mendiamkan diri. Denyutan di kepalanya masih terasa tapi tidak sesakit semalam. Dia membiarkan sahaja tangan Amir menyentuh dahinya. Tiada kudrat untuk menghalang.

“You makan dulu. Lepas tu makan ubat.”Amir bersuara lagi. Dia mencapai mangkuk yang berisikan sup cendawan sebelum menyuakan sudu berisi sup tersebut ke arah mulut Zara. Wanita itu masih kaku. Dia cuba lagi sebelum Zara akhirnya membuka mulut.

“How’s the taste?” Soal Amir.

Zara menelan air liur. Terasa perit tekaknya untuk membiarkan sup itu mengalir ke dalam tekaknya.

“Air?” Amir menghulurkan segelas air masak kepada Zara. 

“Mama tak datang ke?” Soal Zara selepas meneguk air.

Amir mengukirkan senyuman mendengar soalan Zara. Tidak tahu pula Zara ini anak manja jika jatuh sakit. Ibu mertuanya akan berada di sisi Zara 24 jam jika wanita ini jatuh sakit. Ibu mertuanya yang beritahunya.

“Tak. Mama dengan Ayah kan kat Sabah sekarang ni? Dah lupa?” Amir menyuapkan Zara sekali lagi.

Zara mengeluh mendengar itu. Ah… dia lupa Mama menemani Ayah ke Sabah atas urusan kerja.

“Hmmm…”

Amir mengukirkan senyuman sekali lagi. Tentu Zara mahu Mama di sisinya. 

“Hari ini baru diorang bertolak balik. Kejap lagi Daddy dengan Mummy datang.” 

Zara mengangguk lemah. Sekali lagi Amir mahu menyuapnya, kali ini dia menolak. Dia tiada selera lagi.

“Dah tak nak?” Soal Amir hairan apabila Zara menghalangnya dari menyuap lagi.

Zara menggeleng. Segan sebenarnya dengan layanan Amir ini. Tidak tahu sama ada Amir benar-benar ambil berat atau ini sahaja lakonan semata-mata. Ah… Zara jangan kau percayakan dia. Tentunya layanan pada kau ini hanya sementara. Tengoklah bila kau dah sembuh, sah-sah dia akan kembali bergaduh dengan kau sebab Tania.

“So, you makan ubat.” Amir meletakkan kembali mangkuk ke dulang dan mengambil pula ubatan yang sudah diletakkan di dalam piring. 

“Tak nak.” Zara menolak. Makan ubat la paling dia tak suka. Pahit!

“Macam mana you nak sembuh kalau you tak makan ubat. Tak adalah pahit sangat.” Amir cuba memujuk. Ibu mertuanya memberitahu semalam, Zara liat untuk makan ubat. Akan ada berbagai-bagai alasan dari Zara.

Zara masih menggelengkan kepala. Amir masih menghulurkan piring yang berisikan ubatan kepadanya. Lama dia memandang Amir. Akhirnya dia mengalah. Tiada gunanya bergaduh saat ini.

Amir mengukirkan senyuman apabila Zara selesai mengambil ubatannya. Diusapnya kepala Zara seperti anak kecil sebelum mengankat dulang keluar dari bilik.

Zara terkesima dengan tindakan Amir itu. Apa tujuan sebenarnya Amir melayannya dengan baik? Adakah hanya disebabkan dia jatuh sakit sahaja? Tentunya!




2 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.