Sunday, March 1, 2015

Kedua #18




Zara mengeluh sekali lagi. Kerja yang dilakukannya hari ini langsung tidak kena. Kepalanya dari tadi asyik berpinar. Sudah dua minggu dia menyibukkan diri dengan kerja. Itu lagi baik dari memikirkan pasal Tania. Ah… dia teringatkan panggilan telefon yang diterima dari Tania. Bagaimana Tania mendapat nombornya, dia sendiri tak tahu. Mungkin curi-curi ambil dari telefon Amir.

“Aku nak kau lepaskan Amir,” arah Tania di hujung talian.

Zara menunjukkan reaksi jengkel mendengar itu. Minah ni sesuka hati je.

“Why?”Soal Zara berang.

“Sebab aku dah menang.”

“Kalau kau menang, apa kaitan dengan aku? Sama ada aku dengan Amir bercerai atau tak, tu bukan hal kau!”

Tania mengetapkan gigi. Berang betul dengan Zara. Dah kalah, buatla cara kalah.

“I don’t care. Baik kau lepaskan Amir,” Tania tak mahu mengaku kalah.

Dari kau suruh aku lepaskan Amir, baik kau suruh Amir yang lepaskan aku, bukan kah begitu, Tania?”

Tania menelan air liur. Menyuruh Amir menceraikan Zara? Tentunya Amir akan berfikir yang bukan-bukan tentangnya. Ah… tak akan! Dia tak akan dedahkan dirinya ini pada Amir.

“Aku susah nak jumpa dia sekarang ni.” Benar. Sejak kejadian Amir menampar Zara itu, agak susah baginya untuk berjumpa dengan Amir. Tan Sri Ridzuan akan selalu berada di pejabat selain Amir dikawal ketat oleh pengawal peribadinya. Ah… benci betul! Mereka hanya dapat berhubung melalui telefon sahaja. Itupun tidak puas baginya.

“Padan muka!” Ayat yang dikeluarkan oleh Zara benar-benar membuat Tania bengang.

“Lepaskan Amir…”Tania tak mahu mengaku kalah.

“Aku mungkin takkan lepaskan dia.” Sengaja Zara berkata sedemikian. Mahu membuatkan Tania bertambah berang dengannya. 

“What? Tania terkejut. Dia salah dengarkah?

“You heard me. Aku tak akan mintak cerai or minta Amir ceraikan aku. And plus, kalau Amir nak ceraikan aku, dah lama dia buat but sekarang, nothing happen.” 

“Kau tipu!” Tania tidak percaya.

“Whatever. Bye!” Talian dimatikan.

Ketukan di pintu mematikan lamunan Zara. Dipandangnya ke arah pintu. Kelihatan Alex sedang mengukirkan senyuman ke arahnya.

“Ni fail yang you kena sain,” ujar Alex sambil meletakkan fail di atas meja.

“Haii… Ros mana?” Soal Zara sinis tentang setiausahanya. Tiba-tiba je Alex melakukan kerja Ros.

“Dia pergi toilet. Alang-alang I free, so here I am,jawab Alex.

“Hmmm… macam mana dengan renovation kat rumah Datin Rosnani? Dah siap?” Soal Zara lagi sebelum menurunkan tandatangannya.

“Dah. By the way Zara, are you okay?” Soal Alex lagi. Risau dengan muka Zara yang pucat.

“Yes, I am. Jangan risau. Penat je kot,” Zara berbohong. Dia cuba menahan rasa sakit di kepalanya.

Alex menganggukkan kepalanya sambil mengambil fail di tangan Zara.

“Lupa nak tanya you... Fail pasal renovation kat rumah anak Datin Rosnani tu kat mana? I cari semalam kat sini, tak ada,soal Alex lagi.

Zara mengeluh. Dia rasa dia tinggalkan fail itu di Villa Lilium. Dia bawa balik fail itu untuk semakan 3 minggu lepas. 

“I rasa ada kat rumah I. Bila you nak?” Zara memandang Alex.

“Kalau ikut jadual, renovation akan dilakukan next week, kalau boleh, minggu ni?”

Zara menganggukkan kepalanya. “Nanti I bagi.”

Alex menganggukkan kepala sebelum beredar.

*************************

Zara menyelerakkan fail-fail di atas meja itu. Dia mencari fail miliknya namun tiada di situ. Semuanya fail milik Amir. Dia harus jumpa fail itu sebelum Amir pulang. Nasibnya baik ketika tiba di Villa Lilium jam 4 petang tadi, hanya kelibat pembantu rumah yang kelihatan. Pembantu rumah itu yang dikenali dengan nama Yati itu akan datang mengemas rumah setiap hari kecuali hujung minggu. Arahan ibu mertuanya.

Ketukan di pintu mengejutkannya. Zara menoleh ke arah pintu. Risau juga jika gerangan yang mengetuk pintu itu adalah Amir. Eh.. Sejak bila mamat tu ketuk pintu nak masuk sini? Bukannya dia tahu aku akan datang ke sini pun.

Pintu terbuka. Zara mengeluh kelegaan bila kelibat Yati muncul dari pintu. 

“Puan, saya nak pulang. Ada apa-apa lagi tak?” Soal Yati. Waktu kerjanya di rumah itu tamat pada jam 6 petang. Jadual kerjanya sebegitu. Dia akan dihantar ke kediaman mewah itu jam 6 pagi untuk menyediakan sarapan pagi dan pulang ketika jam menunjukkan pukul 6 petang. Manakala hujung minggu, dia bercuti.

Zara menggelengkan kepala. Tangannya memegang kepalanya. Sakit!

“Puan tak apa-apa?” Soal Yati lagi. Risau juga melihat wajah majikannya pucat.

Zara menggelengkan kepala sekali lagi.

“Saya sudah sediakan minum petang, saya tinggalkan di dapur. Kalau puan mahu, saya boleh bawa ia ke sini.”

Zara geleng lagi. “Tak apalah. Nanti saya turun ke dapur.”

Yati mengangguk. “Saya keluar dulu.”

Zara menganggukkan kepala sambil memandang sahaja kelibat Yati beredar. Dia kemudian kembali mencari fail. Dibuka laci meja, ada beberapa fail di situ. Dibeleknya sebelum dia mengukirkan senyuman. Rupanya failnya berada di situ. Dia bersiap sedia mahu melangkah ke arah pintu apabila daun pintu terkuak. Kali ini Zara menelan air liur.

“Hi…” Amir bersuara memandang Zara di hadapannya. Nasibnya memang baik. Dia baru sahaja berniat mahu mencari wanita ini malam ini namun dibatalkan saat akhir apabila dia tiba tadi, kereta Zara diparkir di perkarangan rumah. Langkah kanan betul! Tak payah nak bazir masa aku.

Zara menelan air liur sebelum dia mengambil keputusan tidak mahu hiraukan Amir. Dia berjalan ke arah pintu namun Amir menghalangnya. Dia cuba lagi, namun Amir masih menghalangnya. Dia menelan air liur sekali lagi bila melihat Amir mengunci pintu dari dalam. Ah… apa yang dia mahu buat ini?

Amir melangkah ke arah Zara namun wanita itu mengundurkan dirinya ke belakang. Sengaja dia berbuat begitu. Sengaja mahu menakutkan Zara.

“You nak apa?” Soal Zara dingin. Fail di tangannya di pegang kemas. Denyutan di kepalanya makin kuat.

“You tahu apa yang you dah buat, bukan?”Amir memandang Zara dengan bengang. Dia teringatkan panggilan Tania tadi.

“I tak boleh nak tahan semua ni,” kedengaran suara Tania seakan menangis di hujung talian.

“Kenapa ni?”Soal Amir hairan. Tania menangis kah?

I tak nak menyusahkan you,but I memang tak boleh nak tahan dah hinaan ni.”

“Hina? Apa yang you cakap ni? Cuba bagitahu I.”

“Zara call I tadi. Dia tuduh I macam-macam. Dia kata I pelacur you. I just can’t accept this…”belum sempat Tania menghabiskan ayatnya, dia telah mematikan talian.

Amir cuba menghubungi Tania, namun tidak Berjaya. Tania mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak menyangka sampai begini sekali Zara membenci Tania. Dipandangnya Zara di hadapannya. Langsung tiada rasa bersalah. Ah… pandai betul kau berlakon bukan, Zara Amani?

“Apa yang I dah buat?” Soal Zara hairan. Dia menelan air liur. Denyutan di kepalanya makin kuat. 

“Stop acting, Zara! You gelar Tania pelacur.”

Zara menelan air liur. Pelacur apa yang dikatakan oleh Amir ini? Dia tidak dapat menangkap. Denyutan di kepalanya makin lama makin kuat. Dipandangnya Amir yang kini berdiri di hadapannya. Dia jarakkan sedikit dari lelaki itu.

“Pelacur apa yang kau katakan ini?” Kedengaran lemah suara Zara. Jujur, dia tidak mampu untuk meneruskan perbualan ini. Dia mahu beredar dari situ. Apa yang terkeluar dari mulut Amir Haikal itu langsung tidak difahaminya. Dia mengundurkan diri ke belakang lagi. Fail di tangannya terjatuh. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia tidak tahu kenapa penglihatannya makin lama makin kabur. Dia memandang Amir. Lelaki itu mendekatkan diri dengannya. Lama-kelamaannya, penglihatannya menjadi gelap.





6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.