Monday, February 16, 2015

Kedua #9



Zara mengukirkan senyuman tatkala tiba di meja makan. Dia mengambil tempat di sebelah ibu mertuanya manakala Amir di sebelah neneknya. Dia langsung tidak memandang Amir. Bahkan ketika dalam kereta tadi pun, mereka berdua mendiamkan diri. Itu lagi baik dari bertekak.

“Wow… banyaknya makanan,” Amir bersuara ketika mengambil tempat di sebelah neneknya.

“Tentulah, kamu berdua nak datang, jadi Mummy kamu suruh tukang masak sediakan hidangan kegemaraan kamu berdua,” ujar Puan Sri Marlisa.

“Nenek ni cool tau,” Amir bersuara sekali lagi. Puan Suraya hanya mengukirkan senyuman. Dipandangnya cucu menantunya, Zara. Wanita itu hanya mendiamkan diri dari tadi.

“Haaa… Zara apa yang kamu tengok lagi tu, makan la,” Puan Sri Marlisa bersuara apabila menyedari menantunya masih kaku sedangkan semua orang di meja sudah mula menikmati hidangan yang dihidang itu.

Zara hanya menganggukkan kepala sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Dia sedar Amir sedang memerhatikannya. Eh, mamat ni apa hal pandang-pandang ni? Bukannya aku curi makanan dia pun. Sengaja je nak buat aku marah. Huh! Jangan harap aku nak marah depan Mummy dan Nenek. Kau tak akan Berjaya.

Amir mengukirkan senyuman sinis. Pandai betul Zara berlakon. Ahli keluarganya benar-benar ingat mereka sudah berbaik. Nasib baik Nenek tak tanya Zara tentang insiden hari tu. Risau juga kalau tiba-tiba Zara membuka mulut mengenai Tania dan dirinya.

Selesai makan malam, mereka berkumpul di ruang tamu sambil menjamu pencuci mulut. Kali ini Zara terpaksa mengambil tempat di sebelah Amir. Lelaki itu pula hanya buat tak endah sahaja bila dia melabuhkan punggung di sebelah. Hey! Kau ingat aku nak sangat ke duduk sebelah kau?


“Malam ni, kamu tak payah balik la ya,” pinta Puan Suraya pada Zara dan Amir.


Zara tersedak mendengar permintaan nenek. Amir yang berada di sebelahnya lantas menepuk-nepuk belakangnya. Zara sempat memberikan satu jelingan tajam pada Amir. Sesuka hati dia je nak sentuh aku!

Amir mengukirkan senyuman. Lucu pula melihat keadaan dirinya dan Zara.

“Kenapa pula?” Soal Amir, tidak puas hati. Kalau diikutkan, dia tak mahu bermalam di rumah agam ini. Bermalam di rumah ini bermakna, kebebasannya tersekat. Dan tentunya dia terpaksa berkongsi bilik dengan Zara. Biasannya jika di rumah yang diduduki bersama Zara, dia tidur di bilik kerja. Jarang dia tidur di bilik tidur utama. Kalau dia tidur di situ sekalipun, sah-sah dia akan tidur di sofa. Itu yang dia cadang pada Zara pada hari pertama mereka pindah masuk.


“Yeela… dah lama kamu tak bermalam di sini,” ujar Puan Sri Marlisa.


Ah Mummy ni, apa kaitan pula. Sama je tidur kat mana pun. Zara pandang Amir. Dia harap lelaki itu akan menolak ajakan Nenek. Cakaplah no please. Please! Dia harap Amir mengerti pandangannya ini.


“Macam mana, Zara?” Puan Suraya memandang cucu menantunya.


Zara menelan air liur. Mahu menolak nanti Nenek berkecil hati. Kalau terima, aku pula yang akan dilanda masalah. Apa yang harus aku jawab ni? 

“Well… Zara rasa tak boleh la…” Zara cuba menyusun ayat. Dia sedar Amir sedang memandangnya.

“Kenapa pula?” Giliran Tan Sri Ridzuan bersuara.

“Err…” Zara memandang Amir. Eh…dia ni tak nak cakap apa-apa ke? “Esok Zara ada kerja kat Kajang…”

“Alah… yang itu tak apa. Esok pagi kamu balik la. Tak pun, kamu breakfast kat sini dan terus pergi tempat tu,” Puan Suraya memberi cadangan. 

Tapi bagaimana Zara nak pergi, kereta tak ada.” Zara tidak mahu mengaku kalah.

“Kamu ni… macam tak biasa. Rumah ni ada banyak kereta. Pakai je mana-mana kereta yang kamu nak. Kalau tak, suruh je Amir hantar. Kalau Amir tak boleh esok, suruh je driver hantarkan. Bukannya susah pun,” Puan Sri Marlisa membalas.

Zara menarik nafas. Nampaknya dia tiada pilihan lain. Bersetuju sahaja pilihan yang dia ada.

“Tak apa Mummy, biar Mir yang hantarkan,” tiba-tiba sahaja Amir bersuara. Sengaja dia berkata begitu. Tentunya Zara sedang bengang dengannya. Padan muka kau, siapa suruh tolak ajakan nenek.

Zara mencebik. Ah… tak mungkin dia benarkan Amir menghantarnya. Dia patut bersetuju untuk pergi dengan anak-anak buahnya sahaja kalaulah dia tahu ini yang akan dia alami. Ataupun pergi dengan Johan? Ah… masalah betul!

“Haaa… masalah dah selesai. Boleh kan Zara?” Soal Puan Suraya sekali lagi.

Zara mengukirkan senyuman. Dia pandang Amir.

“Okeylah. Tapi Zara risau dengan Amir pulak,” ujar Zara. Hatinya sedang ketawa jahat sambil otaknya memainkan helah untuk kenakan Amir.

“Kenapa dengan Amir pulak?” Soal Puan Suraya lagi. Dipandangnya cucu lelakinya itu.

“Yeela… takut Amir ada hal esok. Biasanya Amir memang sibuk kalau hari minggu,” Zara sengaja berkata sedemikian. Dia tahu setiap hujung minggu memang Amir akan bersama Tania.

Amir mengigit bibirnya. Eh minah ni, sesuka hati dia je nak kenakan aku.

“Tak delah. Mir memang free pun esok,” Amir memandang Zara. Dia teringatkan Tania pula. Nasib baik dia sudah beritahu Tania supaya jangan hubunginya sepanjang hujung minggu ini. Risau kalau Tania menghubunginya ketika dia bersama keluarganya.

“macam tu baguslah. Nanti boleh la kita berbual, Zara eh?” Ujar Puan Suraya dengan teruja. Anak dan menantunya hanya mengukirkan senyuman.

Zara mengangguk sambil mengukirkan senyuman. Dia harap dia akan berbual lama dengan Nenek dan Mummy supaya nanti dia tidak akan masuk tidur. 

Amir mengukirkan senyuman. Memang dia akui Zara kesayangan keluarganya. Sebab Zara, keluarganya bertambah ceria lebih-lebih lagi Nenek. Nenek yang paling sayang Zara. Tapi kadang-kadang dia tertanya-tanya sekiranya Tania di tempat Zara, adakah keluarganya akan melayan Tania sebagaimana mereka melayan Zara? Adakah tidak akan sama hanya disebabkan Zara itu pilihan mereka dan Tania itu bukan?

“Ai Mir… apa yang kamu sedang termenung tu?” Suara Puan Suraya mematikan lamunan Amir. Dipandangnya kedua-dua Amir dan Zara. Dia mengukirkan senyuman. Akhirnya hasrat arwah suaminya dan sahabatnya ini tercapai. Menyatukan kedua-dua buah keluarga.

Zara memandang Amir. Tentunya Amir sedang memikirkan tentang Tania. Dia yakin itu. Terbit pula rasa simpati terhadap Amir yang langsung tidak tahu mengenai perangai sebenar Tania. Ah… buat apa aku nak kesiankan dia? Memang padan muka dia pun. 

Hal Tania dan Amir bukan urusan kau Zara. Tak usah nak kesiankan Amir. Tak perlu. Kau kan benci perkahwinan ni? Jadi biarkan saja mereka supaya penceraian kau dipercepatkan dan kau akan kembali bebas seperti dulu!

******************

Amir sedang duduk di atas katil di biliknya. Dia baru sahaja selesai berbual dengan Tania di telefon. Dia rindu dengan suara manja Tania. Berjumpa 5 hari seminggu di pejabat memang tak pernah puas baginya. Kalaulah ayah tidak menyuruhnya makan malam di rumah, tentunya dia sekarang sedang berada di atas katil Tania. Menyulam rasa rindu dan cinta mereka sehingga terlena.

Pintu bilik terbuka. Zara melangkah masuk. Wanita itu sudah menyalin pakaian kepada pakaian tidur. Tentunya milik Alongnya. Dia lantas mencapai buku di sebelahnya dan berpura-pura membaca.

Zara mencebik apabila melihat Amir di atas katil. Lelaki itu memakai baju singlet hitam dipadankan dengan seluar pendek paras lutut berwarna kelabu, pakaian biasa yang dipakai oleh lelaki itu bila malam.

Diperhatinya keadaan sekeliling bilik itu, tiada apa yang berubah. Sofa berbentuk L masih lagi ditempatnya begitu juga dengan set televisyen. Semuanya masih kekal di tempat yang sama. Sama seperti dia mula-mula jejak kaki ke bilik ini pada awal perkahwinannya, sebelum mereka berpindah ke rumah pemberian arwah datuk sebagai hadiah perkahwinan. 

Zara mengeluh. Mana dia akan tidur? Dipandangnya sofa dan katil secara bergilir-gilir. Dipandangnya pula Amir. Bukan kah Amir biasanya tidur di sofa? Asal pula dia kat katil. Zara akhirnya melangkah ke arah katil. Dilabuhkan punggungnya ke atas katil.

Amir yang menyedari Zara kini berada di sebelahnya, terus menutup buku yang dibacanya dan meletakkan buku itu di atas meja di sebelah katil.

“Apa yang you buat ni?Soal Amir dengan nada terperanjat.

“I nak tidur..,” ujar Zara malas sambil menepuk bantal di hadapannya. Wajah Amir langsung tidak dipandangnya.

“Tapi I tidur sini la,” ujar Amir keras. Ah.. Jangan harap nak aku tidur kat sofa macam selalu. Ini rumah aku, bilik aku.

“Tapi you selalu tidur kat sofa kan?” Zara tidak mahu mengaku kalah. Dia takkan tidur sofa jika itu yang Amir mahu. Tak akan!


“Tapi ni katil I.”


“So, you nak suruh I tidur kat sofa?” Soal Zara geram.

Amir menganggukkan kepala sambil mengukirkan senyuman kemenangan.


“No way! Kenapa pulak I kena tidur di sofa?”


“Sebab ini bilik I. So I ada hak untuk tidur sini.” Amir mengukirkan senyuman sinis. Sesuka hati je minah ni! Buat macam bilik sendiri la pulak. Nasib baik kat rumah, aku mengalah. Kalau kat sini, jangan haraplah.


“Fine.”


Amir tersenyum kemenangan sekali lagi apabila melihat Zara mengambil bantal dan turun dari katil. Dia ingat Zara mahu melangkah ke sofa setelah mengunci pintu tapi andaiannya salah. Wanita itu berbaring di sebelahnya.

“Apa yang you buat ni?” Amir berang. Suaranya diperlahankan, tidak mahu yang lain mendengar.

“Tidur la,” balas Zara selamba. Dia tersenyum kemenangan. Jangan harap aku akan mengaku kalah. Huh!

“You memang nak tidur sini?” Soal Amir lagi.

Zara menganggukkan kepala. Dilihatnya muka Amir kemerahan. Mungkin sedang marah. Ah… apa aku kisah.

“Fine. Jom tidur.” Amir juga tidak mahu mengalah. Walau macam mana sekalipun, dia tak akan tidur di sofa malam ini. Dia membaringkan tubuhnya sambil matanya memandang siling. Aik sunyi je. Takkan Zara dah tidur kot? 

Amir akhirnya memusingkan badannya menghadap Zara. Dia menongkat kepalanya dengan siku sambil memandang Zara. Wanita itu belum memejamkan matanya.


“So…”


Zara menjeling Amir di sebelahnya. Dia sedar lelaki di sebelahnya sedang memandangnya tapi dia tidak ambil penduli.

“Alang-alang kita dah satu katil sekarang ni, apa kata kita main satu permainan?” Amir mengusik.

Zara mencebik. Dia faham apa yang Amir katakan ini. Ah… jangan harap aku nak ikut kemahuan kau.


“I tak berminat.”


Amir mengukirkan senyuman sinis. 

“Of course la you tak berminat sebab you lagi suka buat dengan lelaki lain, bukan?”Sengaja Amir mahu menaikkan kemarahan Zara.

Zara mengetapkan giginya. Mamat ni tak habis-habis nak buat aku marah. “Why? You cemburu?”

Amir mengukirkan senyuman. Kau ingat aku nak sentuh kau sangat? Berangan je la Zara Amani!


“I cemburu? I bet you mesti tak sehebat Tania, bukan?” Sengaja Amir berbisik di telinga Zara.


Zara bengang. Dia mahu bangun dan beredar dari katil namun belum sempat dia berbuat sedemikian, Amir telah menahannya. Dia cuba meronta namun tidak mampu. Terlampau kuat pegangan Amir.


“Let me go , you idiot!” Zara meronta.


“Kalau I tak nak lepaskan? You nak buat apa? Nak jerit? Jeritlah, and then they will think that we are having fun, don’t you think like that?” Amir mengukirkan senyuman sinis. Kali ini Zara tidak mampu untuk berbuat apa-apa padanya. Dia teringatkan kesakitan yang dialami di kawasan lelakinya dek sepakan yang diberi oleh Zara ketika mereka sedang berbulan madu dulu. Sakitnya tidak mampu dibayangkan. Dia ketika itu hanya mahu mengusik wanita itu sahaja bukannya benar-benar mahu menyentuh Zara. Ah Zara ni bukannya boleh dibawa bergurau.

Zara menelan air liur. Dia mahu lepaskan diri namun tidak mampu. Tubuh lelaki itu menghimpitnya menyebabkan dia tidak mampu bergerak. Matanya kini sedang memandang anak mata coklat milik Amir Haikal ini.

Amir menelan air liur. Dia dapat merasakan hembusan nafas Zara. Dipandangnya wajah Zara. Cantik. Entah bagaimana perlahan-lahan bibirnya menyentuh bibir Zara. Lama juga dia rasa bibir mereka bertaut. 

Perlahan-lahan dia lepaskan ciuman itu, dilihatnya Zara kaku. Mata Zara terbuka luas. Mungkin terkejut dengan tindakannya itu. Dia kembali mendekatkan lagi bibirnya ke bibir Zara. Kali ini Zara membalas. Lidah mereka bersentuhan. Lama juga. Tangannya yang memegang lengan Zara, perlahan-lahan dilepaskan, mahu menjalar ke tubuh wanita itu. Namun belum sempat dia bertindak sedemikian, deringan telefon membantut niatnya.

Amir tersedar dan menjauhkan diri dari Zara. Dia memandang Zara. Zara bangun sambil memandangnya. Mereka berdua saling berpandangan. Bunyi telefon masih kedengaran. Akhirnya Amir mencapai telefon bimbitnya.

“Honey… I really really miss you. I tak boleh tidur. Asyik teringatkan you je. I miss you so much…” kedengaran suara Tania di hujung talian.

Amir mengeluh sambil matanya masih memandang Zara. Wanita itu masih lagi memandangnya. Akhirnya dia turun dari katil dan melangkah ke arah balkoni di biliknya. Tidak mahu Zara mendengar perbualannya dengan Tania.

Zara menelan air liur. Apakah itu tadi Zara Amani? Apa yang kau buat tadi? Kau gila ke? Kau hampir-hampir kalah tahu. Yang kau pergi balas ciuman dia tu kenapa? Kau boleh je tanduk kepalanya tapi kenapa kau tak buat tadi?

Zara mengeluh. Gila betul tadi. Nyaris-nyaris tadi. Nasib baik Tania selamatkan keadaan. Taniakah yang menelefon?Tentunya. Kalau tidak takkanlah Amir sanggup bercakap di balkoni. Ah… lantaklah. Sekurangnya dia terselamat. Itu yang penting.




4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.