Sunday, February 15, 2015

Kedua #8


Amir mengeluh di balkoni. Jam di dinding sudah menunjukkan angka 3. Kelibat Zara Amani masih belum muncul. Dahlah malam nanti, mereka perlu makan malam di rumah keluarganya. Permintaan ayahnya semalam dan dia belum maklumkan pada Zara. Entah. Dari semalam dia menanti Zara pulang dari kelab malam, namun kelibat wanita itu tiada. Bila Zara tiba di rumah pagi tadi, memang dia bengang. Zara langsung tidak menjawab soalannya. Wanita itu terus keluar selepas mandi dan menukar pakaian ke pakaian sukan. 

Dia teringatkan perbualan dengan ayahnya ketika di pejabat semalam.

“Mir nak jelaskan pada Daddy apa yang berlaku malam tu? Macam mana Zara boleh simbah air kat muka Tania?” Tan Sri Ridzuan memandang anak lelaki tunggalnya dengan rasa tidak sabar. Baru hari ini dia dapat jejak kaki ke pejabat. Seminggu dia berada dia Brunei atas urusan kerja. Bila dia tiba di rumah, ibunya memberitahu tentang insiden itu, insiden menantu kesayangannya menyimbah air ke muka pekerjanya.

Amir mengeluh. Sah-sah Mummy atau Nenek yang beritahu Daddy. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.

“Amir?” Tan Sri Ridzuan bersuara sekali lagi.

“Apa yang Daddy tahu? Mummy dengan Nenek bagitahu apa?”

Tan Sri Ridzuan memandang anak lelakinya. Kata isterinya, Amir memberitahunya bahawasanya itu semua adalah salah faham. Zara tidak sihat malam itu dan tersalah faham dengan apa yang dikatakan oleh Tania. Namun, di sudut hati Tan Sri Ridzuan, dia tahu Amir berbohong. Tentunya ada sesuatu yang membuatkan Zara bertindak sedemikian.

“Mereka bagitahu apa yang kamu bagitahu diorang. But I think it’s not true. Must be something. Zara takkan buat macam tu tanpa sebab. And if kalau betullah Zara sakit malam tu, dia tak akan ikut kamu pergi event tu bukan?”

Amir menelan air liur. Nampaknya Tan Sri Ridzuan cuba korek hal sebenar. Dia sendiri tidak tahu tujuan Zara menyimbah air ke muka Tania walau dia pasti itu tentunya ada kaitan dengan hubungannya dengan Tania. Ah…Takkan mahu beritahu Daddy yang aku curang pada Zara? Eh.. Kejap. Siapa curang? Aku bukan curang. Zara sendiri yang bagitahu aku yang dia tak kisah aku dengan Tania. Lagipun, aku tak cintakan Zara dan Zara juga begitu. So, itu bukan curang.

“Amir?” Sekali lagi Tan Sri Ridzuan memanggil.

“Mir tak tahu. Mir dah tanya Zara why she did that, but she gave no answer. Dia just bagitahu yang dia tak suka Tania and that’s all.” Amir cuba mengingati kembali ayat Zara malam itu.

“Tak mungkin Zara tak suka Tania tanpa sebab. Must be have reason,” Tan Sri Ridzuan tidak berpuas hati.

Amir menelan air liur lagi. Ah… dia sendiri tak tahu mengapa Zara tidak menyukai Tania. Hairan juga dengan Zara. Kata hari tu tak kisah aku dengan Tania tapi benci Tania. Pelik betul! Takkan ia berkaitan dengan hubungan aku dengan Tania? Takkanlah Zara suka aku? Tak mungkin!

“Mir tak ada jawapan untuk itu. Sorry Daddy,” Amir berputus asa.

Tan Sri Ridzuan mengeluh. Entah mengapa, dia merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan Amir ini. Hal yang berkaitan Tania tentunya.

“You better take a good care of Zara. Don’t you dare to let go her or else your current position…” Tan Sri Ridzuan mengugut. 

“You can’t do that!” Amir melenting

“I can do that. I’m the chairman and also the owner. I have right to terminate you from your current position anytime that I want.”

Amir mengeluh selepas kelibat Tan Sri Ridzuan beredar dari pejabatnya. Ah… Daddy ni tak habis-habis nak ugut aku. Memanglah aku setuju kahwin dengan Zara sebab jawatan CEO tu tapi Daddy Cuma suruh kahwin je bukan suruh jatuh cinta dengan Zara. Ah… Zara Zara… naik muak aku dengar. Asyik Zara je.

Bunyi enjin kereta mematikan lamunan Amir. Sudah tentu Zara sudah pulang. Cepat-cepat dia ke tingkat bawah. Setibanya dia di ruang tamu, Zara baru sahaja melangkah masuk. Ada beg baju di bahu wanita itu. Pakaian yang dipakai wanita itu pagi tadi telah bertukar.

“You pergi mana?” Amir terus menyoal.

Zara memandang Amir. Tak habis-habis nak menyibuk hal aku. Eh hello… aku tak menyibuk hal kau, tolong jangan nak menyibuk hal aku. Huh!

“Are you deaf?,” Amir meninggikan nada suaranya. Berang dengan Zara yang tidak menjawab soalannya.

“Pergi gim,” Zara menjawab dengan malas. Dia meletakkan beg yang disandangnya ke sofa dan melangkah ke arah dapur. Tekaknya haus.

Amir menarik nafas. Dia cuba bersabar dengan kerenah Zara. Dia menegkori Zara ke dapur.

“Dengan siapa?” Amir menyoal lagi.

“Sorang. Why?” Balas Zara sebelum menghirup gelas yang berisikan susu di tangannya.

“Nothing. You dah lunch?” Amir memandang Zara. 

“Dah. Dengan Johan.”

“Johan?” Amir pamer riak terkejut. “Just you and him only?” Tiba-tiba saja Amir kesan sesuatu yang meragukan. Sejak bila Zara dan Johan menjadi rapat? 

Zara angguk. “Why?”

“Nothing. You pergi bersiap. Kita nak keluar.”

“Nak pergi mana?” Soal Zara hairan. Ada majlis kah malam ini? Tak mungkin. Kalau ada, tentunya dia ingat. 

“Malam ni kita dinner kat rumah Nenek. Makan bersama nenek, Daddy and Mummy.”

Zara telan air liur. Kenapa dia tidak tahu itu?

“I don’t remember that…” Zara tidak percaya. 

“I lupa nak beritahu. You tak balik semalam, lepas tu sampai rumah pagi tadi terus keluar.” Amir menyindir.

Zara mencebik. Tak habis-habis nak buat dia bengang. “Pukul berapa nak keluar?”

“Kita keluar dalam pukul 8 macam tu.”

“Fine.” Zara terus beredar dari situ, meninggalkan Amir seorang diri. Makin lama menghadap Amir, makin bertambah rasa menyampah pada lelaki itu.

Amir mengeluh. Dia cuba bersabar dengan kelakuan Zara tadi. Sabar Amir. Sabar Amir. Tak ada guna kau nak bad mood sebab dia. Sabar selagi kau mampu.




3 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.