Tuesday, February 10, 2015

Kedua #7





Johan menanti Zara dengan sabar. Kadang-kadang dia tersenyum sendirian. Hatinya gembira bila Zara bersetuju menerima ajakannya untuk makan tengahari bersama hari ini. Namun bila difikirkan kembali yang Zara itu masih isteri Amir, dia cuba berputus asa. Pertama kali melihat Zara di majlis reunion hari itu, benar-benar menambat hatinya. Tapi bila dia mengetahui malam itu, Zara hadir sebagai teman Amir, dia kecewa. Dan dia lagi kecewa apabila mengetahui yang Zara itu isteri Amir. Ah… dia patut hadiri perkahwinan Amir hari itu.

“Hi…” kedengaran suara Zara.

“Hi…” Johan mengukirkan senyuman apabila Zara mengambil tempat berhadapannya.

“Sorry lambat. Ada kerja tadi.” Zara berkata benar. Sejurus dia keluar dari gym, Alex menelefonnya mengatakan ada masalah dengan bekalan yang mereka pesan hari itu.

“It’s okey. So, apa yang you nak makan?” Soal Johan.

“Apa-apa pun boleh.”

Johan menganggukkan kepala. Dipanggilnya pelayan sebelum memesan beberapa hidangan

“So, what’s occasion tetiba nak treat I lunch?” Soal Zara selepas pelayan beredar.

“Well, anggap je la ini balasan sebab tolong I renovate apartmen I hari tu.”

Zara mengukirkan senyuman. Dia perhatikan Johan Richardson ini. Kacak! Wajah kacukan yang dimiliki mampu mencairkan hati mana-mana wanita. Dia teringat bagaimana Sarah pernah menceritakan tentang Johan yang tentunya Kamal yang ceritakan padanya, betapa Johan ini merupakan hot stuff ketika mereka belajar di luar Negara dulu.

“Your welcome. But after all, it’s not like you gonna stay here permanently right? In Malaysia?”

Johan menelan air liur. Dia hanya mampu mengukirkan senyuman. Benar, dia bukan rakyat Malaysia. Ibunya, warganegara Malaysia berkahwin dengan ayahnya, James Richardson dan menetap di England selepas berkahwin. Johan namanya sebab ibu mahu dia tidak lupa asal-usul yang ini.

“Depends. Urusan I kat sini belum habis lagi.”

Zara menganggukkan kepala. Dulu dia aneh mengapa lelaki asing ini bernama Johan. Dan dia lagi hairan bagaiman lelaki di hadapannya ini mampu berbicara dalam bahasa Kebangsaan tanpa langsung tiada pelat. Dan tahulah dia, ibu Johan warganegara Malaysia dulu sebelum menetap di England.

“I harap you lama kat sini,” ujar Zara sambil mengukirkan senyuman. Dia rasa bahagia bila bersama Johan. Tidak seperti bila dengan Amir. Terpaksa berlagak hipokrit apabila berada di hadapan keluarga mereka.

Johan menelan air liur. Adakah Zara benar-benar maksudkannya?

“It’s good to have friend like you around me,” Zara menambah lagi.

Hati Johan dipalit rasa kecewa. Dia Cuma anggap kau kawan je. Tak payahlah kau punya perasaan pada dia. No matter what she still Amir’s wife. Keep remembering that!

“Yeah… I’m also happy with you being my friend,” Johan berbohong.

Zara mengukirkan senyuman. Beberapa seketika, hidangan yang dipesan tiba. Pinggan yang berisikan Grilled Salmon Steak diletakkan di hadapannya. Zara mengukirkan senyuman sekali lagi. Tahu-tahu saja Johan makanan kegemarannya.

“Why do you smile like that?” Johan sedar dia sedang tersenyum.

“Nothing… I just… remember someone. That person also likes this dish.” Ah… apa kejadahnya aku nak berbohong. Cakap je la aku yang suka. Hish! Zara memarahi dirinya.

“Amir?”

Zara memandang Johan. Tidak faham mengapa Johan mahu menyebut Amir.

“Maksud you?”

“Well, that’s also Amir’s favourite dish. Kitaorang selalu makan salmon masa belajar dulu.”

“Tapi bukan ke dia suka lobster?”

“Well, lobster and salmon, his most favourite dish. But you tak boleh makan lobster kan?”

“Macam mana you tahu?”

“Amir bagitahu. Dia cakap dia hampir caused you to death masa you dengan dia mula-mula kenal. You allergic to lobster right?”

Zara menganggukkan kepala. Dia teringatkan kali pertama dia bertemu janji dengan Amir sebelum mereka berkahwin. Amir memesan Lobster dan dia ketika itu hanya bersetuju sahaja walaupun dia sebenarnya punya alahan pada makanan itu. Dan dia juga ingat, masa itu juga Amir menyoalnya berapa lelaki yang sudah tidur bersamanya. Dia ketika itu teramat bengang dengan soalan itu dan terus beredar dari situ. Dan malam itu juga, dia hampir hilang nyawa bila alahannya mula memberi kesan pada tubuhnya.

“Zara?” Johan sedar dia mengelamun.

“Jom makan. I dah lapar sebenarnya.

Johan mengangguk. Mereka mula menikmati hidangan itu. Johan memerhatikan Zara menikmati makanan itu. Ah… kalaulah Zara bukan isteri Amir. Kalaulah.

“By the way, may I ask you something?” Tiba-tiba saja Zara bersuara.

“Sure. What’s the question?”

“How come I think that I never saw you at the wedding?” Seingatnya Zara, dia tidak pernah lihat kelibat Johan ketika perkahwinannya dengan Amir. Kali pertama dia bertemu Johan adalah ketika menghadiri majlis reunion Amir. Johan datang menyapanya ketika dia sedang memencilkan diri di balkoni.

Johan mengukirkan senyuman.

“I tak datang.”

“Why?”

“My grandmother died a day before your wedding.” Johan memandang Zara.

“Owh… sorry to hear that.” Terbit rasa simpati pada Johan.

“It’s okay.” Johan memandang lagi Zara. Kalaulah neneknya tidak meninggal hari itu, tentu dia akan hadir ke perkahwinan Amir. Dan tentunya dia tak akan jatuh hati pada wanita di hadapannya ini. Tentu dia tak akan cuba melindungi Zara dari kelukaan disebabkan hubungan yang terjalin diantara Amir dan Tania. Dan yang paling penting, dia tak akan melukakan dirinya.

“Jo?” Suara Zara mematikan lamunan Johan. Diukirnya senyuman untuk Zara.

“How’s Amir?” Soalan Johan ini membuatkan Zara menelan air liur.

“He’s good. Happy with Tania, I guess,” Zara berkata dengan jengkel.

“You tak cemburu?”

“Why would I wanna feel that?”

“Sebab you isteri dia. Mana ada isteri yang tak cemburu bila suami ada perempuan lain.”

“I think you know the whole story about us. We didn’t love each other. So I don’t mind that as long as they do not trying to mess my life.”

Johan menganggukkan kepala. Dia tahu semua itu. Amir ceritakan semua itu.

“I’m sorry…” Ayat itu yang diucapkan oleh Johan. Zara hairan.

“For what?”

“For not telling the truth about Amir…”

“And Tania huh?” Zara mencelah.

Johan memandang Zara. Wanita di hadapannya ini berlagak biasa. Seolah-olah tidak marah dan kecewa. Atau Zara sedang menyembunyikan perasaannya yang sebenar?

“I tak kisah actually. Besides itu lagi better. Mungkin. Selagi…” Zara tidak mampu menghabiskan ayatnya. Dia teringatkan amaran Tania di gim tadi.

“If Tania is trying to hurt you, tell me.”

Zara memandang Johan. Nampaknya Johan tahu perangai Tania sebenar. Cuma Amir sahaja yang buta.

“You seems to know the real Tania?”

Johan menelan air liur.

“Amir tak tahu hal sebenar. Perangai sebenar Tania.” Johan teringatkaan insiden dimana dia lihat Tania bersama lelaki lain ketika waktu mereka belajar dahulu. Dan apabila Tania menolak lamaran Amir ketika itu, betullah andaiannya, Tania hanya tertarik pada lelaki yang berharta sahaja. Nasib baik Amir menyorokkan statusnya ketika itu.

Zara menganggukkan kepala. Sudah agak. Amir sahaja yang buta dek kerana cinta Tania.

“Let’s change topic shall we?”

Johan menganggukkan kepala. Dia faham tujuan Zara berbuat demikian.

“So, you free tak esok?”

“Free. Why?” Dilihatnya Zara sedang mengukirkan senyuman. Tertanya-tanya apa niat Zara bertanyakan soalan sedemikian padanya.

“I ada project yang involve rumah anak yatim kat sini. Esok, kita orang nak buat sedikit renovation kat sekolah diorang. Do some painting, drawing on the wall and I rasa I patut ajak you. It will be more fun kalau you ada.”

Johan mengukirkan senyuman. Dia teringatkan saat dia dan Zara mengecat apartmennya. Memang menyeronokkan. Dengan sikap Zara yang happy go lucky, memang keadaan hari itu menyeronokkan. Lagipun dia dan Zara punya minat yang sama. Seni bina. Itu yang mereka berdua belajar ketika melanjutkan pelajaran di luar Negara. Bezanya, dia di United Kingdom manakala Zara di United States.

“Sure.” Johan membalas.

Zara mengukirkan senyuman. Esok tentunya dia akan gembira. Sekurang-kurangnya itu akan membantu dia melupakan tentang Amir dan Tania seketika.




3 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.