Monday, February 9, 2015

Kedua #6




Hari ini hari minggu. Zara berada di gim. Itu yang dia selalu buat sekiranya dia tidak keluar berjogging bersama Sarah. Kerja Sarah tidak ikut jadual. Sekejap perlu buat overtime bagi menyiapkan tugasannya. Kerja editor mungkin sebegitu. Entah. Zara tidak tahu sangat tentang kerja Sarah.

Zara sedang menggunakan Treadmill ketika seorang wanita berdiri di sebelahnya. Dia tidak ambil penduli. Kalau wanita itu menegurnya memang dia tak akan dengar sebab earphone masih ditelinganya. Lagu Larger Than Life nyanyian Backstreet Boys dipasang dengan volume tahap maksimun. 

Dia sedar wanita di sebelahnya asyik memandangnya, tapi dia berlagak tidak sedar itu. Lagi baik dia berlagak sebegitu. Mood dia hari ini memang tidak baik. Silap hari bulan dia tengking wanita di sebelahnya. Berang sungguh dengan Amir pagi tadi. Dari semalam lagi sebenarnya. Sengaja mahu menaikkan marahnya. 

Semalam, dia keluar bersuka ria seperti biasa bersama Sarah di kelab malam kegemarannya. Dan kebetulan, dia terlihat kelibat Amir bersama Johan. Memang dia berlagak tidak nampak mereka berdua sehinggalah Amir menegur mereka. Namun dia tidak mengendahkan Amir sebaliknya melayani Johan sahaja. Dia sedar wajah Amir ketika itu sudah berubah. Padan muka!

Dan pagi tadi, ketika dia tiba di rumah selepas bermalam di rumah Sarah….

“Dah balik? Kat rumah jantan mana you tidur semalam?” Soalan yang dilontarkan oleh Amir benar-benar buatkan dirinya mahu saja bunuh Amir Haikal itu. Sengaja mahu mencari nahas! Namun Zara hanya mendiamkan diri. Jika dilayan, makin bertambah sakit hatinya. Bedebah betul!

Tanpa bersarapan, dia terus keluar ke gim. Sakit hati betul! Sesuka hati je nak tuduh aku tidur dengan jantan lain. Bodoh!

Zara mengeluh. Sakit hati sebenarnya bila teringatkan kejadian pagi tadi. Peluh yang menitik di dahi dikesat dengan tuala kecil yang tersangkut di lehernya.Dia akhirnya berhenti menggunakan Treadmill dan turun dari mesin itu. Earphone di telinganya dialihkan. Wanita di sebelahnya masih lagi tidak dihiraukannya. Ah… buat apa mahu pandang wajah dia. Tak ada guna bagi aku.

“Hi…” Wanita yang tadi berada di sebelahnya kini berada di belakang. 

Zara menoleh.Sedikit terkejut. Selama ini Tania yang berada di sebelahnya tadi. Ah.. Bedebah betul. 

“How on earth you are here?” Soal Zara dingin.

Tania mengukirkan senyuman sinis. Dari tadi dia cuba untuk menarik perhatian Zara, tapi wanita itu langsung tidak menyedarinya. Sengaja dia datang ke gim itu, hanya untuk menyiasat tentang Zara mungkin. Entah… dia sendiri tidak tahu mengapa dia mahu ambil langkah sedemikian.Yang dia tahu, Zara bukan calang-calang perempuan.

“Aku ahli kat sini.”

“Tak pernah nampak pun muka kau kat sini.” Zara memeluk tubuh sambil matanya memandang Tania. Tentunya perempuan ini mengekorinya. Dia tahu itu. Gim ini milik kawannya dan baru dibuka setahun lepas dan tentunya tak mungkin secara kebetulan Tania merupakan ahli di sini.

“Aku baru daftar.”

Zara tersenyum sinis. Andaiannya tepat.

“Something wrong here?”Kedengaran suara seorang lelaki. 

Zara dan Tania menoleh. Kelihatan lelaki bertubuh sasa sedang berjalan ke arah sini. Zara mengukirkan senyuman pada Gabriel.

“Nothing, I cuma berkenalan dengan dia,” ujar Tania sambil memandang Gabriel.

“You kenal dia, Zara?” Gabriel menyoal.

Tania menelan air liur. Jadinya, Zara kenal pemilik gim ini?

“Nope. We just meet a few minutes ago,” balas Zara. Dia rasa dia menang di situ.

“Oh, she’s newcomer. Baru daftar jadi ahli a few days ago,” ujar Gabriel.

Tania memandang Zara. Diperhatinya Zara dari atas sampai bawah. Wanita itu memakai baju singlet warna biru gelap dipadankan dengan seluar track hitam. Ringkas tapi masih nampak cantik. Terbit rasa cemburu di hatinya 

“Tania, meet my friend, Zara. Dia yang incharge tentang rekaan dalaman kat gim ni,” tambah Gabriel lagi.

“Oh, I’m Tania. It’s a pleasure to meet you.” Tania menghulurkan tangan pada Zara. Sengaja mahu berbuat begitu. Mahu menunjukkan betapa peramahnya dia namun Gabriel tidak tahu, itu semua adalah lakonan semata-mata.

Zara mengukirkan senyuman sinis tapi dia tidak menyambut huluran tangan Tania. 

“I’m done here. See you again Gabriel,” ujar Zara sebelum berlalu pergi ke bilik loker yang menyimpan barangannya. Dia malas untuk memandang Tania itu lagi. 

Tibanya di bilik loker, Zara mengeluarkan beg yang mengandungi barang-barangnya. Dia bersiap-sedia untuk ke bilik mandi wanita yang terletak tidak jauh dari situ sebelum dia terkejut dengan kehadiran Tania di belakangnya.

“Damn it!” Zara berang. Beg baju di tangannya jatuh ke lantai.Dilihatnya Tania mengukirkan senyuman sinis. Ah…dia benci!

“Opsss… sorry! Didn’t mean to…” Tania berpura-pura.

Zara sempat memberi satu jelingan tajam sebelum mengutip kembali begnya.

“Apa yang kau nak?” Zara menyoal dengan kasar.

“Nothing… just nak bagi amaran pada kau… stay away from Amir.” Tania teringat insiden di hotel itu, di mana Amir menyuapkan Zara makanan.

Zara mahu tergelak mendengar ayat Tania. 

“Kau mahu aku jauhkan diri dari Amir? My husband? Funny!”

“Husband that you never slept with, isn’t it?” Tania mencelah.

Sekali lagi Zara mengukirkan senyuman. Ah… jadinya Tania tahu hal sebenar diantara dia dan Amir. Tentunya Amir yang ceritakan semuanya.

“Exactly. But still, dia suami aku. Kitaorang tinggal satu rumah. Share bilik yang sama…

“But not the bed.”

Zara menarik nafas.

“You know everything huh?”

Tania mengangguk sambil mengukirkan senyuman kemenangan.

“Then fikirlah macam mana aku nak jauhkan diri dari dia kalau tiap-tiap hari kitaorang jumpa? Whether we like it or not, we have to.”

Senyuman kemenangan Tania dimatikan. Ah… dia lupa itu.

“And then, aku rasa kau yang patut jauhkan diri dari dia. Imagine what happens kalau family dia know the truth. Jawatan kau bila-bila masa sahaja boleh ditarik.”

Tania menghembuskan nafas. Dia berang. Wanita di hadapannya ini sengaja mahu menaikkan kemarahannya.

“Amir akan lindungi aku.”

“For sure he will do that. But kalau dia tahu hal sebenar?”

“Hal sebenar apa?” Tania hairan.

“Hal yang kau Cuma berminat dengan harta dia sahaja.”

“Aku tak faham apa yang kau cakapkan ini.” Tania berpura-pura.

“Of course aku tahu apa yang aku cakapkan. Kau bukan cintakan dia. Kau Cuma berminat dengan harta dia sahaja. If kau betul-betul cintakan dia, kau takkan tolak lamaran dia a few years ago.”

Tania menelan air liur. Zara tahu hal sebenar. Memang benar apa yang dikatakan oleh Zara. Dia pernah menolak lamaran Amir beberapa tahun lepas selepas mereka tamat belajar di United Kingdom. Dia ketika itu ingatkan Amir hanyalah lelaki biasa yang tiada kekayaan. Dia tahu hal yang sebenar apabila tiba di tempat kerja barunya. Dari situlah dia tahu siapa Amir sebenarnya.

“Dan for sure, kau dekat dengan dia lagi sebab kau dah tahu siapa dia yang sebenar bukan?’tambah Zara lagi.

“Kalau kau bagitahu Amir hal yang sebenar pun, dia takkan percaya.” Tania masih tidak mahu mengaku kalah.

“Kau pasti dia tak akan percaya?” Zara juga tidak mahu mengaku kalah.

“Kau…” Tangan Tania diangkat mahu menampar Zara. Namun belum sempat dia berbuat sedemikian, Zara sudah membantutkan niatnya itu. Dia memandang tangan Zara yang sedang mencengkam lengannya.

“Hari tu, aku tak sempat nak elak. But this time, I can. For your information, I don’t care about your affair. Aku lagi happy kalau aku diceraikan. And aku lagi-lagi happy kalau kau tak ganggu hidup aku!” Lengan Tania dilepaskan dengan kasar. Zara mencapai beg bajunya di lantai sebelum menuju ke bilik air wanita, meninggalkan Tania keseorangan di bilik loker.

Nafas Tania naik turun. Dia berang. You don’t know with who you deal with, Zara! Aku akan rampas status kau sebagai isteri Amir. Kau tengoklah nanti!




4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.