Thursday, February 5, 2015

Kedua #5



Amir Haikal memandang Zara Amani dengan pandangan sinis. Dari tadi mereka berdua mendiamkan diri. Ayah mertua yang diajaknya tidak dapat hadir, meninggalkan dia dan Zara sahaja. Amir tahu Dato’ Mukhriz sengaja berbuat sedemikian. Mungkin mahu dia dan Zara berbaik. Tapi usaha Dato’ Mukhriz itu sia-sia sahaja. Dipandangnya Zara sekali lagi, tentunya Zara sedang menahan rasa menyampah terhadapnya. Dia tahu itu dari saat Zara hanya mendiamkan diri. Hanya dia sahaja yang bersuara tatkala pelayan mengambil pesanan makanan.

Zara Amani mengeluh untuk kali keberapa entah. Dia sendiri tidak tahu. Menyampah betul menghadap muka lelaki di hadapannya. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia beredar apabila ayah menelefonnya, memberitahu tidak dapat hadir untuk makan tengahari. Ah…Zara patut tahu, ini semua rancangan ayah yang mahu dia berbaik dengan Amir. Itu tak akan terjadi. Aku tak akan berbaik dengan Amir ini. Menyampah tahu!

Makanan tiba di meja mereka. Bau stik daging yang dipesan Amir menusuk hidung Zara. Zara menelan air liur. Jujur dia lapar teramat. Dari pagi tadi lagi dia belum sempat makan apa-apa. Katanya Sarah, mahu bersarapan di luar namun dibatalkan saat akhir apabila mereka berdua bangun lambat. Dan keputusannya, dia pergi kerja dengan perut yang lapar.

“Zara?” Amir bersuara. Zara masih mendiamkan diri lagi. Masih marah lagi kah? Ah… sepatutnya aku yang perlu marah bukan Zara. Ini terbalik. Nak harap aku minta maaf sebab berkasar dengan dia semalam? Jangan harap!

Zara menarik nafas. Stik daging ini mengodanya. Dicapainya pisau dan garpu yang terletak di kiri dan kanannya. Dipotongnya daging itu tanpa menunggu Amir mempelawa. Ah… biarkan je la. Aku lapar. Kau nak cakap hal semalam, tunggu perut aku terisi dulu.

“I belum pelawa lagi dan you dah mula tanpa I?” 

Baru sahaja Zara mahu masukkan potongan daging ke mulutnya, Amir sudah bersuara. Akhirnya Zara meletakkan garpu yang dipeganngnya. Ah… kacau betul! 

Amir tersenyum. Mahu gelak pun ada juga. Entah mengapa dia rasakan sisi Zara yang ini kelihatan comel dengan muka lapar.

“You nak apa?” Soal Zara dingin. Dahlah aku lapar. Nak buat aku marah la ni. Silap haribulan, bukan stik daging yang aku makan, kau yang aku makan, Amir Haikal!

Amir mengukirkan senyuman sinis sekali lagi. Sebab Zara, dia terpaksa membatalkan janji makan tengahari bersama Tania. Arahan neneknya yang mahu memujuk Zara. Berbincang secara baik dengan Zara tentang hal semalam. 

“Mana you pergi semalam?” Amir menyoal. Dia mahu tahu di mana Zara tidur semalam. Saat dia tiba di rumah, tiada sesiapa. Apabila dia tiba di bilik, dilihatnya gaun yang dipakai Zara berselerak di lantai, kunci kereta milik wanita itu tiada. Tentunya Zara ke kelab malam.

“Mana I pergi, itu bukan hal you,” Zara membalas dengan dingin, jus tembikai dihirupnya.

“You pergi clubbing? Dengan siapa?”

Zara makin bengang. Dia ni, sesuka hati nak soal aku macam-macam. Suka hati aku lah. Aku tak ada pulak nak menyibuk hal kau. Zara mengambil keputusan mendiamkan diri.

“Mana you tidur semalam?” Amir menyoal lagi apabila melihat Zara mendiamkan diri. Potongan stik daging dimasukkan ke dalam mulutnya. Zara masih mengkakukan diri. Aku nak tengok sampai bila kau nak berdiam diri.

“You tak nak makan? I ingat you lapar.” Amir bersuara lagi sambil memotong daging di pinggannya.

Zara menarik nafas. Memang dia lapar tapi egonya juga tinggi. Takkan dia sesenang mahu makan bersama lelaki yang dibencinya saat ini.

“Try it. It’ really delicious…” Sepotong daging bakar disuakan ke mulut Zara. Zara menelan air liur. Zara cuba mengelak tapi Amir masih menyuakannya juga. Akhirnya dia membuka mulut, membiarkan Amir menyuapkan makanan. Zara mengunyah sambil matanya memandang Amir. Ada rasa aneh muncul dalam dirinya selepas dilayani sebegitu oleh Amir.

“Sedap?”

Zara mengangguk. Memang sedap. Mungkin. Dia sendiri tidak pasti sama ada sedap itu memang benar datang dari daging yang dimakannya atau dari suapan Amir?

Zara Amani fokus! Dia mungkin sedang mempermainkan kau. Jangan terpedaya dengan layanan dia tadi. Kau benci dia bukan?

“Zara?” Amir bersuara sekali lagi. 

Zara memandang Amir. Ah… dia nyaris-nyaris tertipu tadi. Nasib baik dia sedar. Akhirnya dia mencapai kembali garfunya dan menyuap kembali potongan daging yang telah dipotongnya tadi.

Amir mengukirkan senyuman sekali lagi. Rasa kelakar pun ada.

“So, why don’t you just answer my question?” 

“First answer, Yes! I pergi night club seorang diri. Dan I tidur rumah Sarah semalam. Puas hati?”

Amir menganggukkan kepala tanda faham.

“By the way, I rasa, apa yang I buat tak ada kaitan dengan you. I pergi mana, dengan siapa itu urusan I. Dan you tak ada hak nak tahu semua tu.”

Amir mahu mencelah tapi belum sempat dia berkata, Zara telah menyambung.

“Dan I juga rasa, it’s better kalau you penduli pasal girlfriend you saja. That would be better.”

Amir menelan air liur. Girlfriend? Zara tahu hal sebenar kah?

“Maksud you?”

“Tania.” Zara mengukirkan senyuman sinis sambil kembali menyuap makanan ke dalam mulutnya.

“What do you mean with that?” Amir cuba berdolak-dalih. Tak mungkin Zara tahu hal sebenar. Tak mungkin!

“You know what I mean. Tak perlu nak berlakon. I know everything.” Zara mengukirkan senyuman kemenangan. Padan muka kau!

Amir memandang Zara dengan rasa terkejut. Bagaimana Zara tahu? 

Amir menarik nafas. Zara Amani benar-benar mengujinya. Dia harap apa yang Zara tahu itu tak akan sampai ke pengetahuan keluarganya itu. Dia harap itu. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

“You wouldn’t dare to…” Amir gusar.

“Of course I don’t care about both of you. And don’t worry, I’m not gonna tell our family about it.” Hati Amir lega mendengar apa yang keluar dari mulut Zara.

“But…” Amir memandang Zara. Menanti ayat seterusnya dari mulut wanita itu.

“I would be happy if your girlfriend didn’t mess up with my life.” Zara bangun sejurus mengucapkan ayat terakhirnya itu. Dia mencapai beg tangannya.“Thanks for the treat by the way.”

Amir hanya memandang sahaja kelibat Zara meninggalkannya. Dia langsung tidak memahami ayat terakhir wanita itu. Tania mengacau hidup Zara kah? Adakah Tania yang memberitahu Zara tentang hal mereka? Tak mungkin! Dia kenal siapa Tania.

Tanpa Amir dan Zara sedar, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka dari jauh. Tania mendengus. Dia berang dengan tindakan Amir yang menyuapkan makanan kepada Zara. Dia bengang! Nampaknya dia perlu ambil langkah untuk ‘menghapuskan’ Zara itu.



1 comment:

  1. Tania ni aku harap nanti dia kena gilis dengan lori balak. Hahaha

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.