Wednesday, February 4, 2015

Kedua #4


Tepat jam 9.00 pagi, Zara tiba di pejabat. Nasib baik Sarah kejutkannya, kalau tidak, sah-sah dia akan terlambat ke pejabat hari ini. Walaupun bekerja dengan ayah sendiri, punctuality merupakan satu hal yang tidak boleh dipandang remeh oleh ayah. 

Selepas keluar dari kelab malam, dia terus memandu ke rumah Sarah. Nasibnya baik, Sarah baru pulang dari berjumpa dengan Kamal. Semalaman mereka berbual sehingga dia tidak sedar pukul berapa mereka tertidur. Tapi Zara langsung tidak menceritakan apa yang berlaku pada dirinya, tentang Tania dan Amir. 

Saat dia melabuhkan punggungnya di kerusi, ketukan kedengaran di pintu. Kelihatan wajah Alex, pembantunya muncul dengan senyuman.

“What’s my appointment today?” Soal Zara sambil memandang Alex. Kacak! Sayangnya punya minat pada kaum sejenis. Zara pernah ingat, Alex nyaris-nyaris jatuh hati pada Amir sebelum diketahuinya Amir itu bakal berkahwin dengannya. Lucu bila ingat ini kembali.

“Appointment you hari ni tak ada sangat but then, your father want to meet you as soon as possible.” Alex menutup buku di tangannya. Dia mengukirkan senyuman pada bosnya itu.

Zara mengeluh. Tentunya ayah mahu berbincang tentang perkara yang berlaku semalam. Sudah tentu hal semalam sudah sampai ke pengetahuan keluarganya dan juga keluarga mentuanya. Dunia ini bukan besar sangat, lebih-lebih lagi kalau kau melakukan dajal ketika berada dalam majlis kenamaan.

“Sekarang?”

Alex mengangguk.

“Fine. Nanti aku datang kejap lagi. Anything else?” Zara memandang Alex sekali lagi. Dia harap Alex akan memberitahunya yang Amir mencarinya namun dia tahu, tak mungkin itu akan berlaku. Dari semalam lagi, setiap 1 jam, dia akan memeriksa telefonnya, takut Amir hubunginya tapi tu semua ibarat menanti kucing bertanduk sahaja. Amir tak akan pernah berbuat sebegitu padanya.

“Oh and then, bila kita nak pergi rumah Datin Rosnani, nak siapkan hiasan dalaman rumah yang dia minta hari tu?”

Zara menarik nafas. Dia hampir lupa.

“Esok je la. Kau call dia bagitahu yang kita akan datang esok. Make sure aku tak ada appointment lain esok.”

Alex menganggukkan kepala sambil mencatat dalam buku hitamnya.

“Ada apa-apa lagi tak?”Soal Alex.

Zara menggelengkan kepala sebelum mengeluh setelah Alex keluar dari biliknya.Dia perlu bersedia untuk berhadapan dengan ayahnya. Sah-sah ayah mahu menyoal tentang hal semalam.

**********

Dato’ Mukhriz memandang ke arah pintu tatkala terdengar ketukan di pintu pejabatnya. Dia mengukirkan senyuman. Tentunya Zara Amani. Senyuman makin melebar apabila apa yang disangkanya tepat. Kelihatan wajah Zara muncul di balik pintu.

“Good Morning, Ayah…” sapa Zara sebelum mengambil tempat berhadapan ayahnya. Berdebar juga sebenarnya.

“Morning sweetheart…” Dato’ Mukhriz membalas. Dipandang satu-satunya anak perempuannya. Dia tahu sikap Zara yang keras kepala dan berhati dingin. Tapi dia tidak menyangka Zara akan menimbulkan masalah di tempat yang dipenuhi dengan orang kenamaan itu. Dia teringatkan panggilan yang diterima dari besannya pagi tadi, memberitahu yang Zara menyimbah air ke muka salah seorang pekerja Amir.

“Let me guess… Ayah mesti nak tahu tentang hal semalam bukan?” Zara memulakan bicara. Malas untuk memanjangkan perjumpaan ini sebenarnya.

“Pandai pun Zara… so nak bagitahu ayah hal yang sebenar?”

Zara menelan air liur. Perlukah diceritakan tentang hubungan Amir dan Tania juga?

“Apa yang Ayah dengar, itulah hal yang sebenar.”

Dato’ Mukhriz menggelengkan kepala sambil mengukirkan senyuman. Anak perempuannya ini masih tidak berubah.

“Really?” Dato’ Mukhriz meminta kepastian. Zara mengangguk.

“Kenapa Zara buat macam tu? Must be something else. Zara takkan sesenang simbah air kat muka budak tu bukan?”

Zara mengukirkan senyuman. Ayah memahaminya.Tapi perlukah dia memberitahu hal sebenar?

“Ayah faham Zara kan? Zara takkan sesenang hati nak kacau hidup orang unless they messed up with my life right?”

Dato’ Mukhriz menganggukkan kepalanya. Dia faham Zara.

“Jadi, bagitahu ayah apa yang budak tu buat pada Zara sampai Zara sanggup buat macam tu.”

“Just say that Zara tak suka perempuan tu.” 

“But why?”

“Ayah… please…”

“Hmmm…”

“Sekurangnya Zara Cuma simbah air kat muka dia je kan? Bukannya bunuh dia or whatsoever.”

Dato’ Mukhriz ketawa. 

“Kamu rasa bahagia dengan menyimbah air ke muka dia?” Soal Dato’ Mukhriz.

“Sort of even benda tu berlaku secara drastic.”

Dato’ Mukhriz ketawa lagi. Zara mengukirkan senyuman.

It’s okey kalau kamu tak nak beritahu ayah hal sebenar. But promise me you won’t do that again.”

“Okey. Zara promise,” ujar Zara sambil mengankat tangan tanda janji. 

Dato’ Mukhriz ketawa lagi. Lagak Zara seperti anak kecil. 

“Ada apa-apa lagi tak ayah?” Soal Zara.

“Forgot! Better call Mama kamu, jelaskan pada dia apa yang berlaku…”

Zara mengigit bibir. Ah… kena berhadapan dengan Mama pula. Mama bukannya seperti ayah yang senang dibawa runding.

“Alaaa… perlu ke? Dengan Ayah je tak boleh ke?”

Dato’ Mukhriz menggelengkan kepalanya. Dia tahu isterinya itu sukar dibawa berunding. Tapi itu lagi baik dari isterinya mendengar dari mulutnya.

“Fine… nanti Zara call Mama.” Zara bangun sebelum melangkah ke arah pintu.

“Nak lunch sama-sama? Ayah ajak Amir join sama…” Dato’ Mukhriz berbohong. Bukan dia yang ajak Amir. Amir yang ajak dia selain meminta dia mengajak Zara sekali. Mungkin mahu memujuk Zara.

Zara memandang kembali ayahnya tatkala mendengar nama Amir. Ah… ayah ni biar betul. 

Tak apalah ayah… Zara ada banyak kerja lagi.” Zara berbohong. Dia sebenarnya malas untuk berhadapan dengan Amir Haikal itu. 

“Tapi dah lama ayah tak lunch dengan kamu…”sengaja Dato’ Mukhriz menggunakan nada kecewa.

Zara menarik nafas. Terbit rasa bersalah pula menolak pelawaan ayah. Ah… ayah ni sengaja mahu buat aku serba salah.

“Okey. Nanti Zara datang jumpa ayah before lunch hour,” Zara mengalah sebelum menghilangkan diri di balik pintu.

Dato’ Mukhriz mengukirkan senyuman. Jerat mengena!





3 comments:

  1. Bestnya ada ayah gitu. Very the understanding. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Frankly, we can actually know people through their writing. And im so into you! Soul attached.
    We shall share the same thoughts.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.