Sunday, February 1, 2015

Kedua #3


Bunyi bising dari rentak muzik di sekelilingnya langsung tidak mampu menghilangkan rasa marah yang mengerumuni dirinya. 

Bedebah betul Tania itu. Amir sekali! Tak pasal-pasal dia yang terheret sama. Ah… bukannya dia kisah pun hubungan sulit diantara Tania dan Amir. Dan dia tahu Amir dan Tania pernah bercinta ketika belajar di luar Negara. Tapi dia hairan, buat apa Tania mahu beritahu hal sebenar mengenai hubungannya dengan Amir. Kalau dia berada di tempat Tania, dia tak akan membongkarkan hal sebenar. Itu namanya cari maut. Tapi Tania… tentunya Tania hanya mahu sesuatu dari Amir. Macam lah dia tak tahu. Siapa yang tidak mahu Amir Haikal, pewaris kepada perniagaan yang nilainya tak mampu dibayangkan. Dengan rupa paras yang yang mampu mencairkan hati mana-mana perempuan, semuanya cukup syarat. Tapi Zara yakin, Tania cintakan Amir hanya disebabkan status lelaki itu. 

Ah… apa dia kisah semua itu. Dia patut gembira. Sekurangnya dia tahu dia akan diceraikan dan hidupnya selepas ini akan menjadi seperti dahulu. Bebas melakukan apa sahaja. Tapi bila difikirkan mengenai janji pada arwah datuk, Zara mengeluh. Dia berjanji pada datuk yang dia tak akan sama sekali melepaskan Amir Haikal walau macam mana sekalipun. Tapi dek diikutkan sayangnya pada datuk ketika itu, janji dilakukan walau berbelah bagi ketika itu. Ah… menyesal juga berjanji sebegitu.

“Hi…may I seat here?” Kedengaran suara seorang lelaki. Zara menoleh. Dia mengukirkan senyuman pada lelaki itu.

“If you thinks that your girlfriend will not mad at you, please…”Zara mempelawa.

“I do not have girlfriend.” Johan mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di sebelah Zara. Dia hairan dengan kelibat wanita di hadapannya ini. Bukan kah sepatutnya Zara menghadiri majlis bersama Amir? Mengapa pula Zara di sini?

“I thought you with Amir…” Johan memulakan perbualan.

Zara menarik nafas sebelum meneguk kembali minumannya. Benci betul bila dengar nama Amir.

“Should I treat you a drink?” Soal Johan apabila menyedari gelas di tangan Zara kosong.

Zara hanya menganggukkan kepalanya. Satu gelas cola diletak di hadapannya. Dengan pantas dihirupnya. Dia rasa perutnya kembung dengan minuman bergas itu.

“You tak nak menari?” Ajak Johan. Diperhatikan keadaan sekeliling, muda-mudi sedang berseronok. Lagu The Way I Are nyanyian Timberland kedengaran. 

Zara menggelengkan kepala. Dia tiada mood. Dia keluar inipun hanya untuk menenangkan dirinya selain malas untuk menghadap muka Amir bila lelaki itu pulang. Ah… entahkan pulang atau tidak Amir itu. Tentunya sedang bersama dengan Tania. Dia sendiri tidak tahu mahu pulang atau tidak. Tiba sahaja di rumah, terus Zara menyalin pakaiannya dan menuju ke kelab malam kegemarannya ini.

Zara?” Johan bersuara sekali lagi. Hairan dengan Zara yang mendiamkan diri ini.

“Yes?” Zara tersedar.

“Are you okey?”

Zara mengangguk.

“Macam mana event tadi?” Soal Johan sekali lagi.

“Nice tapi agak bosan. You know la, formal event macam mana.Fake your smile, people!”

Johan ketawa kecil.

“So, that’s why you kat sini? Amir mana?”

“Entah. I mintak pulang awal. Bosan terlampau.”

“Or, something happens?” Johan sengaja bertanyakan soalan sebegitucuba serkap jarang. Bukan dia tidak tahu perbezaan Zara Amani dan Amir Haikal ini.

Zara menelan air liur. Dipandangnya Johan. Lelaki di hadapannya ini adalah sahabat baik Amir selain Kamal yang merupakan sepupu Amir. Berkenalan ketika belajar di United Kingdom dulu. Tentunya Johan mengenali Amir sedalam-dalamnya. Dan juga Tania tentunya. Perangai sebenar Tania. Mungkin.

“Apa yang you tahu tentang Tania?”

“What?” Soalan Zara mengejutkan Johan. Kenapa Zara mahu mengetahui tentang Tania? Adakah Zara mengetahui hal sebenar tentang Amir dan Tania? 

“Sebab you kawan diorang kan? So you must know about Tania too right?”

Johan menelan air liur. Apakah yang mahu diberitahu pada Zara? Takkan mahu diceritakan tentang hubungan Amir dan Tania yang pernah terjadi dulu.

“Tania… she is…”Ah… Johan tidak tahu dari mana dia harus mulakan.

“Used to be Amir’s girlfriend right?” Zara mengukirkan senyuman sinis. Dia tahu Johan cuba menyembunyikan hal sebenar.

“That was an old story…” Johan cuba berdolak dalih. Risau jika Zara tahu hal yang Amir dan Tania kembali bersama.

“And now they are back together right?” Zara mengukirkan senyuman sinis. Dia yakin Johan di hadapannya tahu hal sebenar.

“Zara…” Johan cuba untuk berkata-kata. Tentunya Zara kecewa. “How do you know?” Johan bersuara lagi. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya.

“So, it’s true? You tak payah nak jaga rahsia diorang. I know that. Actually before Tania datang jumpa I. Donno why she eagerly wanna tell me about that…”

Johan memandang Zara. Tania datang berjumpa wanita di hadapannya ini, memberitahu hal sebenar? Tania sudah gila agaknya. Sudahlah berhubungan dengan suami orang dan sekarang mendedahkan hubungan sulitnya. Tania memang mencari nahas!

“Anyway thanks for the drink,”ujar Zara lagi sebelum berdiri. Rasanya dia mahu beredar dari situ. Dia penat. 

“Zara…” Johan cuba memanggil namun tiada gunanya. Bunyi bising dek lagu yang berkumandang membuatkan Zara tidak mendengar jeritannya. Dikeluarkan telefon bimbitnya, dia harus menghubungi seseorang.




4 comments:

  1. Awal awal lagi dah start conflict. Peh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa. Kalau aku yang karang. Hahaha

      Delete
  2. BEST NAK LAGI ,NOTA&COKLAT X ADA N3 BARU KE DAH LAMA TUNGGU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Nota & Coklat sedang disiapkan. :)

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.