Friday, February 27, 2015

Kedua #16




Tan Sri Ridzuan dan isteri memandang besan mereka yang baru saja mengambil tempat di ruang tamu. Niat mereka dari minggu lepas mahu ke rumah besan mereka pagi ini untuk membincangkan hal Amir dan Zara namun belum sempat mereka bertolak, besan mereka sudah tiba di hadapan rumah. Kelibat Puan Suraya melangkah masuk dan mengambil tempat di salah sebuah kerusi yang ada di situ. Minuman dan kek dibawa masuk sebelum diletakkan ke atas meja.


“Kami minta maaf di atas kelakuan Amir pada Zara. Mungkin salah kami, tak didik dia dengan betul,” Tan Sri Ridzuan memulakan perbincangan.


“Kami pun minta maaf juga tentang kelakuan Zara. Bukan Amir saja yang bersalah. Zara pun bersalah juga,” Dato’ Mukhriz menambah.


Puan Suraya mengukirkan senyuman. Dia memandang kedua-dua belah keluarga ini. 


“Jadi… bagaimana mahu selesaikan hal anak-anak kita?” Soal Dato’ Mukhriz.


“Apa kata ikut sahaja cadangan Mak?” Puan Suraya bersuara.


“Mak… penceraian bukan jalan terbaik,” Tan Sri Ridzuan bersuara.


Dato’ Mukhriz dan Datin Azrina menarik nafas. Besan mereka hanya berpandangan sesame sendiri. Mungkin terkejut dengan cadangan yang dikeluarkan oleh Puan Suraya pada Amir semalam.


Puan Suraya mengukirkan senyuman. Percayalah, cadangannya itu lebih dari itu. Bukan penceraian yang akan berlaku. Dia faham cucunya itu. Tak akan sesenang membuat kata putus tanpa berfikir sedalamnya.

“Mak cuma cadangkan sahaja. Itu semua atas Amir.”

Tan Sri Ridzuan dan Puan Sri Marlisa saling berpandangan. Terbit rasa malu dan bersalah pada besan mereka di atas kelakuan Amir pada Zara. 

“Tapi… kalau nak diikutkan dengan keadaan sekarang, saya pun rasa begitu,” Datin Azrina bersuara. Jujurnya, dia juga tidak setuju dengan penceraian tapi jika itu mampu membuatkan Zara tenang, dia rela walau itu akan mengecewakan hatinya. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya dalam kesusahan walau Zara hanya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Dato’ Mukhriz menjeling isterinya. Dia tak akan bersetuju!

Tapi… mereka baru berkahwin. Masih dalam fasa nak kenal hati budi masing-masing,” celah Puan Sri Marlisa. Dia tak bersetuju dengan cadangan itu.

Tan Sri Ridzuan dan Dato’ Mukhriz mengangguk tanda setuju.

Jadi, biarkan sahaja mereka. Tak payah kamu semua sibuk nak fikir bagaimana nak selesaikan masalah mereka. Mereka akan selesaikan sendiri masalah yang mereka timbulkan…” Puan Suraya mencelah.

“Masalah mereka? Mak, Amir yang timbulkan masalah ni. Kalau bukan Amir yang ada hubungan dengan Tania, Zara takkan berperangai sebegini,” Tan Sri Ridzuan memotong.Bukan dia mahu pilih kasih tapi sudah terangan anak lelakinya bersalah.


“Memang Amir yang timbulkan masalah tapi ini dah jadi masalah mereka. Kalau Mak, mak biarkan mereka. Jangan ambil apa-apa tindakan. Mereka tentunya tahu apa yang mereka mahu. Sama ada mereka mahu teruskan perkahwinan ini atau tak.”


“Tapi…” Tan Sri Ridzuan masih tidak berpuas hati.


“Biarkan mereka. Kita tengok sahaja apa yang akan mereka akan lakukan. Just sit and watch,” ujar Puan Suraya lagi sebelum bangun dan beredar dari situ. Dia tahu apa yang dia lakukan ini.


Tan Sri Ridzuan dan Dato’ Mukhriz hanya mampu menghembuskan nafas. Ada benar juga dengan apa yang dikatakan oleh Puan Suraya tadi. Jikalau mereka mahu damaikan Amir dan Zara, tiada gunanya. Mungkin hanya menunggu saja segalanya selesai.


“Jadi…” Datin Azrina bersuara. 


“Kita biarkan sahaja mereka berdua. Beri mereka peluang untuk memilih jalan hidup mereka,” Dato’ Mukhriz bersuara. Rasanya itu yang patut dia lakukan dari dulu lagi. 

“Bagaimana dengan Zara?Soal Tan Sri Ridzuan pula

“Zara macam tu la. Berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku,” jawab Datin Azrina. Hairan juga dengan anak perempuannya itu, langsung tidak menunjukkan reaksi sedih. Gembira seperti selalu kecuali bila nama Amir dibangkitkan, mulalah mahu melenting.


“Tak ada apa-apa yang boleh kita buat dengan budak nama Tania tu?” Soal Puan Sri Marlisa pula.


Tan Sri Ridzuan menggelengkan kepalanya. “Tak boleh. Kalau ikut kontrak pekerja, pekerja baru diberikan masa cubaan selama 3 bulan. Dalam masa tu, tak boleh pecat mereka. Dan Tania baru saja sebulan kat syarikat.”


Puan Sri Marlisa mengeluh. Hajatnya mahu saja suaminya ini memecat Tania itu, tapi itu dikira kejam pula. Memecat pekerja atas sebab peribadi.


“Macam mana kalau Amir ceraikan Zara atau Zara minta cerai?” Soal Puan Sri Marlisa lagi. Risau jika Amir memilih Tania.


“Kalau mereka mahu bercerai, tentunya salah seorang akan ambil tindakan tapi sekarang, seminggu sudah berlalu dan tiada apa-apa tentang penceraian bukan?” Dato’ Mukhriz berkata.

“Macam yang mak bagitahu tadi, lagi baik kalau kita biarkan sahaja anak kita. Kita tunggu dan llihat saja apa tindakan mereka. Lagi baik kalau kita cuba tak masuk campur,” tambah pula Tan Sri Ridzuan.

Seisi ruang tamu menganggukkan kepala. Semua bersetuju dengan cadangan itu. Tunggu dan lihat sahaja apa tindakan Amir dan Zara terhadap perkahwinan mereka.






2 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.