Wednesday, February 25, 2015

Kedua #14



Amir Haikal memandang kedua-dua Tan Sri Ridzuan dan Puan Sri Marlissa. Ada riak geram pada wajah mereka, Tan Sri Ridzuan terutamanya. Dipandangnya pula Nenek. Wanita itu hanya memandangnya. Langsung tidak bersuara dari tadi. Yang bersuara hanyalah dia, Daddy dan Mummy. Ah… marah kah nenek atas apa yang dia buat pada Zara tadi?

Hilmi pula hanya memerhatikannya sahaja. Sudah bertahun-tahun Hilmi bekerja dengan keluarganya. Boleh dikatakan Hilmi pemegang rahsia keluarga mereka. Nampaknya rahsianya tidak mampu lagi Hilmi simpan. Keluarganya sudah tahu.

“I can’t believe you do this!” Kedengaran lagi suara Tan Sri Ridzuan. Hatinya panas bukan kepalang saat dia dengar apa yang berlaku di pejabat tadi. Amir menampar Zara di hadapan pekerjanya.

Puan Sri Marlisa hanya mampu mendiamkan diri. Suaminya jika marah, memang dia tak mampu untuk masuk campur. Geram juga dengan anak lelakinya ini. Sesuka hati menampar menantu kesayangannya. Kalau benar Zara menolak staffnya, tak seharusnya menghukum Zara sebegitu.

“Kenapa perlu Amir buat macam tu pada Zara?” Tan Sri Ridzuan menyoal lagi. Dari tadi dia menyoal soalan itu, namun tiada respon.

Amir mengeluh. Daddy tentunya tahu hal sebenar. Daddy bukannya bodoh. Tan Sri Ridzuan itu tentunya sudah menyiasat tentangnya dan Tania.

“Dia tolak Tania…” Akhirnya Amir membuka cerita. Ah… cerita yang sama tapi langsung tiada orang percaya.

“Did you saw her do that? Did you?”

Amir mahu menjawab tapi Tan Sri Ridzuan memotong niatnya.

“Dan kalau betul sekalipun dia tolak Tania, Amir tak sepatutnya tampar dia. Dahlah depan orang ramai. I don’t know what I’m suppose to tell her parents.” Tan Sri Ridzuan kembali melabuhkan punggung di sofa. Dia malu dengan besannya itu.

“Bagitahu jela apa yang Mir bagi tahu Daddy,” jawab Amir dengan selamba.

Amir!” Kali ini Puan Sri Marlisa bersuara.

Tan Sri Ridzuan mengeluh. Amir tak pernah berubah.

“Apa pentingnya Tania sampaikan kamu sanggup tampar Zara?” Puan Sri Marlisa menyoal.

Amir menelan air liur. Takkan mahu diberitahu hal sebenar? Daddy sedang merenungnya. Tentunya Daddy sudah tahu hal sebenar.

“Hilmi, pergi ambil fail saya atas meja di bilik kerja,” arah Tan Sri Ridzuan.

Hilmi menganggukkan kepala sebelum beredar. Suasana sepi seketika di ruang tamu Teratak Qalbu itu. Beberapa seketika, Hilmi muncul kembali. Di tangannya ada sebuah fail berwarna hitam sebelum dihulurkan pada Tan Sri Ridzuan.

Tan Sri Ridzuan mendengus sebelum melemparkan fail hitam itu ke atas meja. Gambar-gambar bertaburan keluar.

“Ini sebabnya!” Tan Sri Ridzuan bersuara sambil merenung tajam anaknya.

Puan Sri Marlisa terkejut melihat gambar-gambar tersebut. Gambar-gambar mesra Amir bersama Tania. Dipandangnya Amir, anaknya itu mengalihkan pandangan darinya.

“Apa semua ni Mir?” Puan Sri Marlisa melenting.

“Macam yang Mummy nampak, yes, Mir ada hubungan dengan Tania,” jawab Amir sambil memandang Puan Suraya. Ah… nenek ni kelihatan tenang je? Takkan tak marah kot aku buat Zara macam tu?

“How could you do this to Zara!” Puan Sri Marlisa meninggikan suara. Sakit hatinya mendengar jawapan dari Amir.

Amir kahwin dengan Zara tapi bercinta dengan Tania. Kenapa Mir layan Zara macam tu? Apa kurangnya Zara?” Kali ini Tan Sri Ridzuan bersuara. Nadanya ditinggikan. Terlampau geram dengan Amir yang lansung tiada rasa bersalah.

“You just ask me to marry her. Not to love her!” Kali ini Amir meninggikan suara. Bengang betul, semua berpihak pada Zara. Asyik Zara Zara.. Dia benci!

“Tapi Mir tak patut curang.”

“Siapa yang curang Daddy? Nobody!” Amir bengang. “Besides, Zara sendiri dah tahu hal ni dan dia sendiri yang kata dia okey!”

Tan Sri Ridzuan menelan air liur. Biar betul? Dia pandang isterinya dan ibunya. Kedua-duanya mendiamkan diri. Isterinya menggelengkan kepala padanya.

“I don’t care! Whether she knows or not, you don’t have the right to treat her like that!” Tan Sri Ridzuan tak mahu berputus asa. Walau macam mana sekalipun, hubungan Tania dengan Amir harus ditamatkan.

Amir menarik nafas. Tiada guna bertengkar dengan Daddy. Walau macam mana sekali pun, Daddy akan berpihak pada Zara. Dia tahu itu.

“Kalau Mir cuba nak lepaskan Zara…” Tan Sri Ridzuan mengugut.

“Nak terminate Mir dari jawatan CEO?” Amir mengukirkan senyuman sinis. Benar dia risau jika Daddy sanggup berbuat sedemikian. Tapi itu dulu, sekarang dia tak kisah. Kalau diminta untuk pilih Zara atau Tania, sah-sah dia akan pilih Tania walau memilih Tania mungkin akan menyebabkan dia hilang segalanya.

“Amir Haikal!” Tan Sri Ridzuan terasa tercabar.

“Hentikan semua ni.” Tiba-tiba sahaja Puan Suraya bersuara. Seluruh isi ruang tamu memandangnya. Dia yang dari tadi mendiamkan diri, mencapai sekeping gambar di atas meja. Diperhatinya gambar Amir dan Tania lama sebelum kembali memandang cucu lelakinya.

“Sampai begitu sekali kamu tak suka Zara?” Puan Suraya bersuara. Dia tahu Amir dan Zara memang tidak sehaluan saat kali pertama diperkenalkan. Dan dia juga sedar segala kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka selama ini adalah lakonan semata-mata.

Amir menelan air liur. Nenek memang terkenal dengan sikap tenangnya. Kadang-kadang sikap tenang nenek mampu membuatkan dia gerun dengan nenek.

“Jadi… ceraikan saja Zara. Kahwin saja dengan perempuan ni,” tambah Puan Suraya lagi.

“Ibu…” Tan Sri Ridzuan dan isterinya bersuara. Tidak menyangka ibu mereka sanggup berkata hal sedemikian.

Puan Suraya memandang pula anak lelakinya. “Jawatan Amir sebagai CEO tu, kamu kekalkan sahaja. Kita berdua tahu yang tiada siapa yang layak pegang jawatan itu selain Amir sendiri bukan?”

Tan Sri Ridzuan menelan air liur. Dia juga bersetuju dengan pendapat ibunya itu. Syarikat yang dibangunkan oleh arwah ayah dan ibunya ini, tentu ibunya memahami siapa yang layak atau tidak layak dalam syarikat itu.

“Amir fikirlah hal ini dengan betul,” ujar Puan Suraya sebelum bangun. Ditepuknya bahu cucu lelakinya sebelum beredar.

Amir menghembuskan nafasnya. Ah nenek ini sengaja mahu buat dia berbelah bagi.

“Hilmi, sediakan kereta. Hantar Amir balik! Make sure yang dia tak pergi mana lepas ni. Arahkan Daniel mengawalnya,” arah Tan Sri Ridzuan pada pembantu peribadinya.

Hilmi mengangguk sebelum beredar sekali lagi.

“Kalau Mir pilih Tania, jangan harap yang Mummy akan layan dia sama macam Mummy layan Zara,” ujar Puan Sri Marlisa sebelum beredar.

Amir menarik nafas sekali lagi. Dipandangnya Daddy, lelaki itu hanya mendiamkan diri. Tentunya Daddy seperti Mummy.

“Think carefully,” nasihat Tan Sri Ridzuan ketika melihat Amir berdiri.

Amir hanya menganggukkan kepala sebelum beredar dari situ.. Zara dan Tania? Yang mana satu? Ah… dia keliru.



6 comments:

  1. Ceraikan Zara je. Aku nak tengok hidup Amir merana dengan Tania. Hahahaha

    ReplyDelete
  2. Bila nak sambubg nota dan kopi tu?hmmm nak tahu ending pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nota dan coklat dalam construction. Apa-apa pun cuba enjoy novel Kedua dulu???

      Delete
  3. Saya tunggu nota dan coklat tu. keep it up sis. Ole ole ole

    ReplyDelete
  4. yes yes setuju dgn apa yg izrah zulkarnain ckap

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.