Monday, February 23, 2015

Kedua #13


Zara menggoyangkan badannya mengikut rentak muzik di sekelilingnya. Dia mahu melupakan apa yang berlaku tadi. Ah… benci betul bila mengingatkan kembali. Sebab Tania, dia bergaduh dengan Mama. Dia teringat pergaduhan dengan Mamanya setibanya dia di rumah keluarganya. Dia mengemas barangannya di rumahnya sebelum bergerak ke rumah keluarganya. Dia rasa itu sahaja tempat yang dia ada. Mahu ke rumah Sarah, dia risau jika itu akan menganggu kebebasan Sarah.

Selepas dia meletakkan beg baju di biliknya, Mama pulang. Dan ketika itulah pertengkaran berlaku.

“Kenapa Zara buat macam tu?” Datin Azrina memandang anak perempuannya. 

Zara mengeluh. Sah-sah berita yang kononnya dia menolak Tania tersebar.

“Apa yang Zara buat?” Zara berpura-pura tidak memahami soalan yang dilontarkan padanya. 

“Jangan nak berlagak tak tahu Zara. Kenapa Zara tolak budak tu? Apa yang dia dah buat pada Zara?” Soal Datin Azrina dengan geram. Nada suaranya makin tinggi.

“Zara tak buat semua tu!” Zara melenting. 

Jangan nak bohong dengan Mama,” Kali ini Datin Azrina tak mampu bersabar.

“Zara tak bohong. Zara tak buat semua tu!”

“Zara Amani!”

“Mama memang tak pernah nak percaya apa yang Zara kata bukan? Zara tak buat semua tu!” Zara meninggikan suara.

Datin Azrina menarik nafas. 

“Ayah mertua Zara yang beritahu. Amir cakap Zara tolak budak tu.”

Zara mengukirkan senyuman sinis. Ah… Amir yang buka cerita.

“Then tanyalah Amir hal sebenar. Dia lagi tahu hal sebenar!”

“Hal apa Zara? Bagitahu Mama! Zara tolak staff dia tanpa sebab. Simbah air kat muka dia. Tanpa sebab.”

“Bukan tanpa sebab Mama. Tania tu kekasih Amir.” Zara melangkah keluar dari rumah sejurus meluahkan hal sebenar.

Zara mengeluh lagi sebelum dia mengambil keputusan untuk melabuhkan punggung di kerusi berhadapan kaunter minuman. 

“Zara…” kedengaran suara perempuan. Zara menoleh. Sarah rupanya. Di saat itulah dia memeluk Sarah seeratnya. 

“Are you okay?” Sarah memandang wajah Zara. Kesan tamparan masih lagi kelihatan. Dia tahu itu selepas Kamal menelefonnya dan memberitahu hal sebenar.

Zara mengangguk.“Kau nak minum apa? Aku belanja?”

“Zara… kenapa kau tak bagitahu aku hal ni?” Sarah tidak menjawab soalan Zara. Dia pandang sahabat baiknya ini.

“Bagitahu apa?”

“All. Hal Amir dengan perempuan nama Tania. Kamal cerita semua pada aku.”

“Sebab benda tu tak penting pun bagi aku.”

Sarah menggelengkan kepalanya. Hairan dengan Zara. Memanglah hal itu tidak penting dalam hidupnya, tapi sekurangnya harus diceritakan padanya. Dia sudah mengagak insiden simbah air itu ada kaitan dengan ini. Zara takkan sewenangnya berbuat sebegitu pada Tania jika Tania tidak mengacau hidup Zara.

“But aku tak expect yang perempuan tu akan kacau hidup aku. I hate her!” Gelas di tangan dipegang dengan ketat seolah-olah mampu memecahkan gelas tersebut.

“Aku percaya kau. Aku yakin kau tak akan berbuat macam tu.” Sarah memandang Zara. Dia faham benar sikap Zara Amani ini. Bukan semalamam mereka berkawan, sudah bertahun-tahun sejak menuntut di sekolah menengah.

Zara menganggukkan kepala. Sekurangnya ada lagi yang masih mempercayai dirinya walau seluruh dunia membencinya.

“Kau nak stay dengan aku for a while?” Soal Sarah.

Zara menggelengkan kepalanya. “Nope, aku dah pindah barang aku ke rumah parent aku. Itu lagi better even aku rasa memang balik ni, memang banyak soal jawab.”

Sarah mengukirkan senyuman. Zara seorang yang tabah. 

“Zara…” kedengaran suara Johan. 

Zara menoleh. Dia mengukirkan senyuman pada lelaki itu.

“I’m with you.” Ayat yang dikeluarkan oleh Johan benar-benar membuatkan hatinya lega. Dipandangnya kedua-dua Sarah dan Johan. Dia tahu dia tak berseorangan.

Johan memandang Zara. Dia sebenarnya terkejut juga apabila Kamal menceritakan tentang apa yang berlaku tadi. Tidak menyangka Amir tergamak berbuat sedemikian pada Zara.

“You know the whole thing right?” Soal Zara pada Johan.

Johan tidak memberi respon. Dia tidak tahu apa perasaan Zara ketika ini. Adakah wanita ini sedang sedih tapi menutupnya dengan senyuman?

“Aku belanja korang malam ni eh?” Zara bersuara lagi.

Johan memandang Sarah. Sarah hanya mampu menggelengkan padanya, memberi isyarat supaya biarkan sahaja Zara dalam keadaan sebegitu. Berpura-pura itu yang terbaik untuk Zara mungkin.

********

Tania mengukirkan senyuman tatkala melihat kelibat Zara di kelab malam. Sengaja dia datang ke situ, ke tempat kegemaran Zara. Dia pulang awal dari waktu kerja sebenar. Permintaan Amir. Mungkin tidak mahu dirinya bersoal jawab dengan Tan Sri Ridzuan tentang apa yang berlaku tadi. Memang tadi, menjadi berita panas seluruh syarikat, CEO intermax Holdings menampar isterinya sendiri. Tania ketawa jahat dalam hati. Kemenangan pasti miliknya!

Dia mengorak langkah ke tempat Zara berada. Ada teman wanita Kamal dan Johan sekali. Itu tentunya bukan kebetulan Johan berada di situ. Dia yakin tentunya ada sesuatu yang berlaku diantara Johan dan Zara. 

“Well… well look what we have here,” Tania bersuara tatkala tiba di belakang Zara. Dia sedar Sarah dan Johan sedang memandangnya dengan riak terkejut.

“Tania, what are you doing here?” Soal Johan dengan nada geram. Berani betul Tania menunjukkan mukanya disini. Memang tak tahu malu langsung!

“Saja..” Ujar Tania sambil memandang Zara. Wanita itu masih belum memandangnya. Ah… tentunya sebab kau dah kalah bukan?

Zara menarik nafas sebelum menghabiskan minumannya. Dipandangnya Sarah sebelum memusingkan badannya ke arah Tania. Mahu melihat muka perempuan tak tahu malu ini. Dia sempat memberikan senyuman sinis pada Tania.

Tania menahan geram. Tidak memahami tujuan senyuman itu. Hey… bukan ke aku yang menang? Patutnya aku yang senyum bukan kau!

“Apa yang buat kau datang sini?” Soal Zara sinis.

Johan dan Sarah hanya memerhatikan sahaja. 

“Saja… nak tengok keadaan kau macam mana. How is that? Is it hurt?” Tania cuba menyentuh pipi Zara. Kesan tamparan masih kelihatan di pipi wanita itu. Namun belum sempat tangannya menyentuh pipi Zara, wanita itu menepis tangannya. Sekali lagi Tania ukirkan senyuman sinis.

“You better leave, Tania…” Johan bersuara.

Tania tidak pendulikan arahan Johan. Dipandangnya Zara sekali lagi. Kemudian diperhatikan keadaan sekeliling. Lagu Piece of Me nyanyian Britney Spears kedengaran.

“Aku rasa kau patut berambus dari sini!” Ujar Zara dengan penuh kebencian.

“Why would I? Tempat ni bukan kepunyaan kau, so kau tak ada hak nak halau aku.”

Zara bengang. Gelas kosong di atas meja, dicapainya dan dibaling. Bunyi bising dari rentak muzik menenggelamkan bunyi kaca pecah.

Rick, pemilik kelab malam yang berada di kaunter minuman memandang ke arah Zara. Dia menganggukkan kepala tatkala Johan mengankat tangannya, memberi isyarat supaya jangan risau.

“Zara, NO!” Johan terus mencapai Zara. Dia sedar Zara mahu mencederakan Tania. Mujur dia sempat menghalangnya.

“Let me go!” Kedengaran suara Zara. Dia meronta-ronta dari pegangan Johan. Mencekik Tania sampai mati mungkin pilihan yang terbaik.

“You better leave, Tania!” Sekali lagi Johan memberi arahan.

Tania mengukirkan senyuman sinis sebelum beredar. Aku menang tahu!

Sarah memandang Zara yang sedang meronta dalam pelukan Johan. Dia sedar mata Zara berkaca. Dan itu adalah kali pertama dia melihat keadaan sahabatnya itu. 



1 comment:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.