Friday, February 20, 2015

Kedua #11



[Prolog][#1][#2][#3[#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10]

Tania mengukirkan senyuman tatkala melihat Amir terlena di sebelahnya. Penat mungkin. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Dengan hanya menyarungkan gaun tidur, dia berjalan ke ruang tamu, mencari telefon bimbit Amir. Tentunya berada dalam poket jaketnya itu. Senyuman terukir lagi bila dia menjumpai jaket hitam yang dipakai Amir tadi. Senyuman makin melebar bila telefon bimbit Amir ada dalam poket jaketnya.

Dibelek iPhone milik Amir, dicarinya nama Zara. Ah… mujur ada. Dia terus menyalin nombor Zara dalam telefonnya. Dia punya rancangan yang akan buat dirinya gembira. Dia harus menjatuhkan Zara. Harus membuatkan Amir membenci Zara supaya rancangannya tak akan diketahui Amir. 

Didailnya nombor Zara menggunakan telefon Amir. Lama juga berbunyi sebelum dijawab.

“Hello…” kedengaran suara perempuan di hujung talian. Tentunya Zara.

“Zara?” Tania menyoal.

Zara menelan air liur. Dipandang skrin telefonnya. Nama Amir yang tertera tapi mengapa suara perempuan pula? Ah… tentu itu Tania.

“Siapa ni?” Zara berpura-pura.

Tak payah nak berlakon sangat. Kau kenal siapa aku.”

Zara menarik nafas. Sudah mengagak.

“Apa yang kau nak?” Soal Zara keras. Kacau betul minah sekor ni. Baru aku nak berehat kejap, dah ada yang mengacau. Hish. Tak faham aku!

“Nothing. Saja nak kacau kau. Amir dengan aku sekarang ni. Sleeping next to me.” Sengaja Tania berkata sedemikian. Mungkin mahu membuatkan Zara cemburu. 

Kedengaran gelak tawa Zara di hujung talian. Tania menelan air liur. Tidak memahami gelak tawa Zara itu.

“Kau expect aku akan cemburu dengan bagitahu aku semua tu? Kau tak bagitahu yang dia dengan kau pun aku dah tahu. Tak payah nak bazir air liur sangat!” Talian dimatikan.

Tania mendengus. Ah… Zara ini tak ada perasaan ke apa. Takkan tak cemburu suami dengan perempuan lain. Walau betapa Amir mengatakan bahawa Zara tidak mencintainya, Tania yakin, Zara tentunya ada sedikit perasaan terhadap Amir. Perempuan mana yang tak jatuh hati dengan peribadi Amir? Sedangkan dia sendiri pun jatuh cinta pandang pertama melihat Amir ketika waktu mereka belajar dulu.

Akhirnya Tania memadam butiran panggilan kepada Zara. Risau jika Amir memeriksa dan tahu yang dia buat panggilan pada isterinya. Dia bangun dan melangkah ke bilik tidurnya. 

Setibanya di bilik, katil kelihatan kosong dan kedengaran pancuran air di bilik air. Beberapa ketika, Amir melangkah keluar dari bilik air dengan hanya tuala tersarung di pinggangnya.

“Hai sayang…” sapa Tania. Amir hanya mengukirkan senyuman sambil menyarungkan seluar dan baju ke badannya.

“You dah nak balik ke?” Soal Tania lagi.

“Ha’ah… dah lambat actually. I maybe kena pergi ambil Zara.” Ujar Amir sambil menyikat rambutnya sebelum memakai jam tangan. Angka sudah menunjukkan pukul 5 petang. Ah… dia tidak menyangka terlampau lama dia terlelap.

Tania mencebik apabila nama Zara disebut.

“Kenapa pula you kena ambil Zara? Dia tak boleh balik sendiri ke?” Tania tahu yang Amir menghantar Zara ke tempat kerjanya.

“Sebab I yang hantar dia, so ambil dia juga tanggungjawab I.” Entah… Amir sendiri tak tahu kenapa dia mahu mengambil Zara dari tempat kerjanya itu. Mungkin rasa tercabar Johan turut berada di situ.

“Maybe dia dah pulang?” Tania tak mahu mengaku kalah.

Amir menarik nafas sebelum menyembur wangian ke badanya. Mungkin betul juga apa yang dikatakan oleh Tania ini. Mungkin sahaja Zara sudah pulang bersama Johan ataupun anak-anak buahnya. Lagipun jam sudah lewat, tentunya Zara sudah pulang.

“Mana jaket I?” Soal Amir sambil memandang keadaan sekeliling bilik itu.

“Kat ruang tamu. Why?”

“I need my phone. Need to call Zara.”

Jawapan Amir itu membuatkan Tania menelan air liur. Dia mengekori Amir ke ruang tamu. Melihat saja Amir mendail nombor Zara. Kali pertama tidak berjawab, dicubanya kali kedua, masih lagi tidak berjawab.

“Kenapa?” Soal Tania apabila mendengar Amir mendengus.

“Dia tak jawab call I.”

“Maybe dia busy kot?” 

“Busy?” Amir memandang Tania. Takkanlah tak selesai lagi. Dia hairan.

“Maksud I busy benda lain… you faham kan?” Tania mengukirkan senyuman menggoda. Sengaja dia mahu menambah bara ke dalam api yang mula marak.

Amir menelan air liur. Takkanlah Zara… Ah.. Dengan siapa agaknya? Takkan dengan Johan? Tak mungkin! Amir kemudian mendail nombor Johan.

“Hello,” kedengaran suara Johan di hujung talian.

“Jo, Zara ada dengan kau tak?” Soal Amir tidak sabar.

“Zara? Nope. Dah lama dia balik. Kenapa?”

“Dia balik dengan siapa tadi?”

“Dengan aku. Kenapa? Kau bunyi lain macam je.”

“Tak ada apa-apalah. Bye.” Talian dimatikan. 

“Kenapa you call Jo?” Soal Tania hairan.

“Masa I hantar Zara tadi, Jo ada sama.” 

Tania mengangguk. Dia perasan sejak kebelakangan ini, Johan selalu bersama Tania. Dia pernah terserempak dengan mereka berdua. Banyak kali juga. Tapi dibiarkan sahaja. Bukannya ada kepentingan padanya.

“I pergi dulu. Bye.” Ciuman diberikan di bibir Tania. Tania mengukirkan senyuman sebelum menghantar Amir ke pintu.

***************************

Amir tiba di rumah ketika jam menunjukkan jam 6 petang. Kereta Zara diparkir kemas di garaj. Setibanya di tingkat atas, dia lihat Zara sedang mengambil angin di balkoni sambil mendengar muzik dan membaca buku. Ada sepotong kek di atas meja berhadapan wanita itu. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah situ sebelum mengambil tempat berhadapan wanita itu.

Zara memandang Amir dengan perasaan menyampah. Earphone di telinganya dialihkan manakala buku di tanganya ditutup. Dia memandang ke hadapan, satu KL mampu dinikmatinya dari sini. 

“Kenapa you tak jawab call I?” Amir terus mengeluarkan soalan.

“Sebab I rasa call dari you tak penting.” ujar Zara dingin.

Amir mengukirkan senyuman jengkel. Dia perhati Zara dari atas sampai ke bawah. Zara tiada cacat celanya. Cantik, berpendidikan tinggi cuma kehidupan Zara sahaja yang liar.

Menyedari dirinya diperhatikan,” You tengok apa?” Soal Zara berang. Akhirnya dia mengambil potongan kek di hadapannya ini. Lagi baik aku makan ini dari penduli pasal mamat ni. Tak habis-habis nak buat aku bengang.

“You dan Jo, is there something between both of you?” Soal Amir lagi.

Zara memandang Amir. Apa kejadahnya dia tanya soalan macam ni kat aku?

“Kenapa you nak tahu?”

“Just asking. Because you seem so comfortable with him?”

“So? You cemburu?”

Amir ketawa. “Why would I?”

“Tanyalah diri you sendiri.”

Amir tarik senyum senget. “So, do you need my help to get his heart?”

Zara ketap gigi. “ I tak perlu pertolongan dari you.” 

“Tentulah you tak perlukan pertolongan I. You dah ada banyak pengalaman dengan lelaki, bukan?” Sengaja Amir tuturkan ayat itu. “By the way, you still tak jawab soalan I ”

“Soalan apa?” Zara melenting.

Dah berapa banyak lelaki yang dah tidur dengan you?”

Zara menunjukkan reaksi jengkel. “I rasa you tahu jawapannya. It’s beyond than your expectation.”

Amir mengukirkan senyuman sinis. Sudah mengagak. Zara memang berbeza dari Tania. Tania juga ke kelab malam tapi tidak seliar Zara. Dan yang penting, Tania bukan jenis perempuan yang akan tidur dengan lelaki sembarangan. “So, you sama je dengan perempuan-perempuan yang I jumpat kat kelab.”

Zara mendengus. “Whatever I do, has nothing to do with you.”

Amir tarik senyum senget lagi. “Did your parents know this?”

“Kenapa you nak tahu? You nak bagi tahu diorang?” Zara menyoal. Ayah dan Mama tahu tabiatnya yang suka ke kelab malam tapi mereka tak pernah melarangnya asalkan dia tidak membuat sesuatu yang memalukan mereka.

“You rasa?” Amir cuba menguji.

“Try-lah. I rasa lagi cepat kita akan bercerai?”

Amir mengukirkan senyuman sinis. Suka sangat menyebut hal cerai. Kau nak cerai sangat ke Zara Amani?

“You memang nak bercerai?”

Zara mengangguk sambil menikmati kek.

“I takkan ceraikan kau.”

Zara menelan air liur. Dia pandang Amir.

“Why? Sampai bila you nak jadikan si Tania tu perempuan simpanan you? I pasti yang dia terbeban dengan status sebagai perempuan simpanan you.”

Amir mengetapkan giginya. Berang dengan ayat Zara.Tapi betul juga apa yang dikatakan oleh Zara, sampai bila dia dan Tania mahu berkeadaan sebegitu.

“I dah bagitahu awal-awal. I’m willing to divorce,” tambah Zara. Dia cuba untuk tidak mengingati janji yang dilakukan pada arwah datuknya. Dia penat dengan Tania sejujurnya. Tak habis-habis nak menguji kesabarannya.

Amir menelan air liur. Menceraikan Zara ibarat meletak jawatan CEO. Hanya itu yang buat dia bersetuju untuk mengahwini Zara Amani ini. Kalau tidak, jangan haraplah.

“Besides, I;m very very sure yang Tania akan happy dengan status sebagai isteri CEO. She can have everything that she wants,” sengaja Zara berkata sedemikian. Dia harap Amir memahami maksud tersirat dengan apa yang dia katakan sebentar tadi.

“You nak bagitahu I yang Tania tu hanya berminat degan harta I je?”

Zara mengangguk. Aku kata benar ni!

Amir mengukirkan senyuman sinis. Dia tahu ini cubaan Zara untuk menjatuhkan Tania. Dia tak akan percaya dengan apa yang dikatakan oleh wanita ini. 

“You sengaja tuduh dia,bukan?”

“Yes. It’s up on you whether to believe or not,” ujar Zara sebelum bangun dan beredar dari situ, meninggalkan Amir keseorangan di balkoni.

Amir mengukirkan senyuman sinis. Dia lagi percayakan Tania dari Zara. Jangan harap yang aku nak percaya apa yang kau bagitahu aku!






1 comment:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.