Thursday, February 19, 2015

Kedua #10




Johan menanti Zara dengan sabar. Dia mahu menelefon sekali lagi tapi dia risau jika itu akan menyusahkan Zara. Kali terakhir dia hubungi Zara, katanya dalam perjalanan. Dia sudah sampai awal bersama anak-anak buah Zara. Ikutkan hatinya pagi tadi, dia mahu menjemput Zara di rumahnya tapi bila difikirkan kembali, lebih baik tak payah. Dia risau jika itu akan mengundang syak wasangka pada Amir. Dia tak mahu Amir mengetahui rahsianya.

Beberapa seketika, kelihatan kelibat BMW X6 milik Amir meluncur masuk ke perkarangan rumah anak yatim. Kereta Amir diparkir sebelah keretanya. Johan memerhatikan kereta tersebut sebelum melihat kelibat Zara keluar dari kereta disusuli dengan Amir.

“Jo?” Amir terkejut melihat kelibat sahabat baiknya. Lantas tangan dihulurkan sebelum dijabat mesra. “Kau buat apa kat sini?” Soal Amir lagi.

“Aku tolong Zara. Macam menarik je bunyinya bila dia ajak aku semalam,” balas Johan sambil matanya memandang Zara. Wajah Zara masam mencuka. Tentunya bergaduh dengan Amir.

“Dia ajak kau? Hurm…” Amir memandang Zara. Isterinya itu mengalihkan muka dari pandangannya. Takkanlah hubungan Zara dan Johan sudah sampai tahap ini?

“So, kau join jugak?” Soal Johan pula.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Amir sertai mereka? Macam menanti kucing bertanduk la gamaknya. Jangan harap lelaki sebelahnya ini nak sertai aktiviti yang mengotorkan dirinya.

Amir mengukirkan senyuman sahaja. Dia mahu sertai tapi bila terpandangkan wajah Zara yang masam mencuka, dia batalkan hasratnya ini. Tentunya Zara tidak mahu dia di sini. Lagipun, dia juga punya temu janji dengan Tania kejap lagi.

“Mana yang lain?” Soal Zara tanpa menunggu jawapan dari Amir.

“Diorang kat belakang. Tengah bincang dengan pengetua I rasa,” Johan membalas.

Zara menganggukkan kepala. “Jumpa kat belakang nanti.”

Johan hanya mengukirkan senyuman sambil melihat kelibat Zara beredar.

“So Mir, kau join tak?”Soal Johan lagi.

“Nope. I have a date after this,” ujar Amir sambil menyarungkan cermin mata hitam.

“With Tania?”

Amir menganggukkan kepalanya. Johan menelan air liur.

“Zara tahu tak?” Johan menyoal lagi.

Kenapa dia nak tahu pulak? Dia tahu ke tak tahu still sama je.”

“But she still your wife…”

Amir menarik nafas. Kaca mata hitam ditanggalkannya. Dia memandang Johan. Dia teringat pertemuannya dengan Johan sehari selepas insiden Tania disimbah air oleh Zara.

“I don’t know what to say. Kau tahu hal sebenar yang berlaku between aku dengan Zara. We didn’t love each other and we…” tiba-tiba sahaja Amir teringatkan kejadian semalam. Bibirnya mengukirkan senyuman. Seolah-olah masih terasa kehangatan bibir Zara di bibirnya. 

“Mir?” Johan memandang Amir. Hairan dengan Amir yang senyum secara tiba-tiba.

“Like I told you before, Zara is different. She’s wild and cold-hearted. She’s really really different from Tania…”

“And you still gonna choose Tania after what she had done to you?” Johan mencelah. Berang juga dengan Amir ini. Terlalu buta sampaikan tak sedar muslihat Tania yang sebenar.

“I still love Tania. Kau sendiri tahu dah berapa lama aku single after break up with Tania. Aku kenal Tania before Zara.”

“Kau kata Zara kawan kau masa kecil…”

“She didn’t remember me…” Amir mengeluh. Benar Zara itu rakan sepermainannya ketika kecil tapi Zara langsung tidak ingat tentangnya. Tidak tahu sama ada Zara sengaja atau tidak. Dia tahu Zara dan dia memang tidak sefahaman dari saat mereka bertentang mata, sebelum diperkenalkan oleh keluarga mereka.

Johan memandang Amir. Ah… dia tak mahu Zara terluka. Kalaulah dia mampu beritahu Amir hal sebenar, yang dia mahu Zara. Dia mahu Amir dan Zara bercerai.

“Look Jo, aku tak nak cakap lagi hal ni. I see you tomorrow at the club okay? Dah lama tak gathering.” Ujar Amir sambil menyarungkan kembali cermin mata hitamnya sebelum melangkah masuk ke dalam keretanya.

Johan hanya menganggukkan kepala. Dia hanya mengankat tangan tatkala kereta Amir membunyikan hon sebelum meluncur keluar dari perkarangan rumah anak yatim.

*************

Zara mengukirkan senyuman tatkala melihat pemandangan di hadapannya. Kanak-kanak dihadapannya sedang bergembira sesame mereka. Menyesal tidak membawa bersama kamera dslrnya tadi. Kalau tidak dia boleh mengambil gambar kanak-kanak ini dan mungkin gambar-gambar itu dapat dijadikan sebagai satu idea untuk mengindahkan lagi kawasan anak yatim ini.

Kerja pengubahsuaian tadi selesai dengan pantas. Ini semua kerjasama dari anak-anak yatim dan juga para guru yang turut membantu. Kerja yang banyak menjadi mudah. Penat yang diperolehinya hari ini sememangnya berbaloi. Sekurangnya dia tenang seketika dari masalah peribadi. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian semalam. Ah… dia hampir saja tewas. 

Tiba-tiba sahaja sebotol air mineral dihulurkan padanya. Zara memandang gerangan di sebelahnya. Rupa-rupanya Johan.

“I nampak you mengelamun dari tadi,” ujar Johan. Dari tadi dia perhatikan Zara. Mahu mendekati tapi dia ketika itu sibuk melayan kerenah kanak-kanak yang mahu dia membacakan cerita pada mereka.

“Tak lah. I tengok diorang tu. Happening sangat,” Zara menunjukkan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain sesame mereka. 

Johan mengukirkan senyuman. Hari ini dia dapat tahu satu lagi sisi Zara Amani ini.

“I tak tahu pula yang you suka kanak-kanak,” Johan bersuara lagi. Jujur, dia sendiri tidak menyangka Zara yang berhati dingin dan liar ini punya sisi sebegini.

“Tak adalah sangat. I just enjoy je. Diorang happy so do I. At least, apa yang kita lakukan hari ini buat diorang happy,” Zara berkata jujur. Dia sebenarnya bukannya suka sangat pada kanak-kanak tapi disebabkan minatnya ini mampu buatkan kanak-kanak disini gembira, dia turut merasa gembira.

Johan hanya menganggukkan kepala sambil mengukirkan senyuman. Dia faham apa yang dikatakan oleh Zara. Dia juga merasakan apa yang Zara rasakan.

“So, you nak balik dengan siapa nanti?” 

Soalan Johan membuatkan Zara menelan air liur. Mahu pulang dengan siapa? Dengan anak-anak buahnya? Risau jika tempat tidak mencukupi. Ah… apa kisah. Johan kan ada. Pulang sahaja dengan dia. Lagipun, sah-sah Johan akan pandu sendirian nanti.

“Kalau I balik dengan you, is that ok?” 

Soalan Zara membuatkan Johan ketawa. Dia mengangukkan kepala. Kalau Zara tidak minta sekalipun, tentunya dia mahu menawarkan diri menghantar wanita itu.




1 comment:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.