Wednesday, January 28, 2015

Prolog: Kedua.




Insiden pertama…

“Are you okay?” Soal Amir pada wanita di sebelahnya. Wajah wanita itu kelihatan pucat. Mungkin dia ni kali pertama naik kapal terbang. Namun pertanyaannya itu tidak berjawab. Wanita itu hanya memandangnya dengan dingin. Mak aih, sombongnya!

“Seriously, muka you memang nampak pucat. You sure ke you okay?” Sekali lagi Amir keluarkan soalan. Risau juga. Mungkin risau jika tiba-tiba saja wanita ini muntah. 

Buku di tangan wanita itu ditutup dengan kasar. Sedkit geram bacaannya terganggu. Dijeling lelaki di sebelahnya ibarat jelingan itumampu membunuh lelaki itu.

“Sorry for disturbing but your face really look pale.”

“None of your business I think.” Jawapan itu yang Amir peroleh dari wanita itu. Sombong nak mampus. Nasib baik kau cantik!

Amir mendiamkan diri. Dia kemudian membaca majalah yang disediakan sambil matanya melirik ke arah wanita di sebelahnya. Wanita itu terlalu asyik memandang ke luar tingkap. Kadang-kadang senyum sendirian. Pelik betul dia ni! Kejap masam kejap senyum. 

“I’m Amir, you?” Sengaja Amir bersuara sekali lagi. Mahu menarik perhatian wanita di sebelahnya. Dia lihat wanita itu memandangnya. Lama juga dia dipandang oleh wanita itu sebelum wanita itu mengalihkan pandangannya tanpa menjawab salam perkenalan. Jual mahal betul! 

Selepas itu Amir hanya mendiamkan diri sehinggalah satu ketika itu bila wanita itu tiba-tiba sahaja muntah ke atasnya. Memang dia berang teramat. Habis jaket yang dipakainya. Nasib baik dia pakai jaket. Jaket itu ditinggalkan di situ sebelum beredar. 

Kebetulan, mereka telah tiba ke destinasi.


*********************************** 



Insiden kedua…

Amir memandang wanita di hadapannya dengan tidak percaya. Wanita yang dijumpai dalam kapal terbang tadi sedang memegang jaket kulit miliknya. Wanita yang berlagak angkuh dengannya di kaunter penyambut tetamu siang tadi sedang memandangnya dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Tertanya-tanya wanita ini ikhlas atau tak. 

Dan otaknya sedang menghadam semula ayat yang diengarnya tadi. Atau dia salah dengar?

“Your jacket. Ambilah…” wanita dihadapannya bersuara lagi. Nada suara wanita itu seakan tidak ikhlas.

“For what? Jacket tu dah kotor…”

“I dah hantar dobi,”wanita itu tak mahu mengaku kalah.

Amir senyum sinis. 

“It’s okay. You can keep it. I boleh beli jacket lain.”

“I don’t need your jacket.”

“Then, throw it away.”

Wanita di hadapannya menunjukkan riak bengang. Amir tahu kejap lagi, kemungkinan ‘perang' akan berlaku. 

“Is there anything else?” Amir bersuara lagi apabila tiada respon dari wanita dihadapannya. Wanita itu kekal diam. 

“Kalau tak ada apa-apa, good night,then,” ucap Amir lagi. Wanita yang tidak dikenalinya kelihatan terkejut saat dia menutup pintu. Amir jungkit bahu. Malas dia mahu melayan. Padan muka wanita sombong itu. 

Agak-agak dia akan bertemu lagi tak dengan wanita sombong itu?


Reenapple: Aku rasa macam nak publish e-novel baru since Nota & Coklat kena sorok untuk sementara waktu. Hehe. Oh, ini yang aku tulis tahun 2013. 



4 comments:

  1. giles ahhhh. baca prolog saje dah buat aku melt. hi Amir :D

    ReplyDelete
  2. Impressive. Weh macam mana kau get all those ideas?
    Like seriously jaw dropping betul cerita kau.
    And, why you aint try to send your work to any publisher?
    Quality was great indeed! Memang super duper splendid!

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.