Wednesday, January 21, 2015

Masa Silam




Dia terus berlari. Berlari dan terus berlari. Sehingga kakinya berdarah. Sehingga air matanya kering, dia tetap berlari.

“Kenapa kau mahu lari? Bukankah aku ini sebahagian dari hidupmu?”  Yang mengejarnya bersuara. Bersuara setiap langkah lariannya.

“Kau adalah sesuatu yang aku tak mahu ingati. Mengapa masih mahu kejar aku?”

“Sebab aku ini sebahagian dari hidup kamu.”

Dan dia terus berlari. Berlari selagi dia mampu sehinggalah tiba di satu tempat itu.

“Berhenti berlari, sayang.”

Dan dia berhenti. Dia menoleh belakang. Ketakutannya tidak lagi mengejar. Dipandang manusia asing di hadapannya.

“Mengapa?” Soalnya pada manusia asing itu.

Masa silam yang menakutkan tetap akan menjadi sesuatu yang mengejar kita. Mengejar dan kita berlari untuk mengelak. Tapi tahu apa yang mampu hapuskan ketakutan itu?”

Dia geleng.

“Perlahan-lahan ambil masa untuk hilangkan ketakutan itu. Makin kau terburu-buru mahu elak dari itu, makin dia mahu kejar kamu. Berjalan, bukan berlari. Biarkan ketakutan itu melintasi kamu. Faham?”

Dia angguk. Dan manusia asing dihadapannya hilang. Mulai saat itu, dia berjalan. Dan sekarang dia hanya senyum saat masa silam melintasinya.

“You are not belong into the past anymore. Don’t be afraid of it.”




3 comments:

  1. Bertatih selepas jatuh yang sepatutnya. Mana ada orang terus berlari lepas tersungkur di tengah jalan.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.